Sunday 27 February 2011

Design BH Satu Tingkat Yang Menarik....

Kenapa perlunya BH yang dua,tiga tingkat...1 tingkat pon berjaya jugak...

design n plan bh ini seperti ini..may be anda boleh menirunyakan..anda yang membuat pilihan..

pandangan jauh : sebuah BH yang tersergam indah dibelakang rumah taukeynya sahaja..

pandangan dekat : model design BH satu tingkat ini may be boleh ditiru oleh anda yang kekurangan bajet k..


BH ini usianya kira-kira 3 tahun lebih...ukurannya diangggarkan 30X50 satu tingkat sahaja...tetapi monkey housenya dibuat besar dan tinggi sedikit untuk memberikan kelebihan memanggil sang walit...suara panggilannya dibuat dua arah pada mulanya...kedua-duanya dihalakan ke arah sawah padi yang terbentang luas...tetapi kini setelah banyak sang walit mula mendiami BH ini maka satu lubang masuk telah ditutup untuk memberikan suhu yang selesa kepada sang walit...di tepi BH yang comel ini pula dibuat kebun dengan ditanam pokok-pokok pisang yang mana akan memberikan tempat untuk unggas-unggas yang menjadi kegemaran sang walit...rasanya macam tuannya telah melakukan pengkajian je dulu tetang habitat sang walit ini...

Apa yang sangat menarik dan tidak pernah dilakukan pengusaha lain ialah BH ini satu tingkat sahaja....anda mungkin dapat juga meniru design ini....may be kos untuk dua atau tiga tingkat BH anda tersebut boleh di buat ke satu tingkat sahaja....emmm hasilnya anda mungkin akan mendapat saiz BH yang besar...mungkin 50x80 atau 70x100 ke kan sapa tau dengan kos tersebut...entahlah anda sendiri yang membuat keputusan...emmmm...mesti ramai yang tertanya-tanya BH ini berjaya atau tidak kan...jangan pandang sebelah mata sahaja tau...hehehe..BH ini dikatakan dapat mengharvest sarang burung kira-kira 2-3 kilo sebulan...anda tidak percaya ke...datanglah sendiri di sini k..lokasinya ialah di Jalan Kg. Machang...em may be nanti sya boleh meniru design BH yang cantik ini untuk BH kedua saya kan...heheheheh

Swiftlets-zone 4 all
email me : shidey_zone@yahoo.com

Wednesday 23 February 2011

Pertanian Itu Perniagaan : Ikan Sepat Benua

Al Kisah : Mempelbagaikan Sumber Pendapatan...

Hari ini saya tak nk menulis tentang sang walit ini....hehehehe...nk rehatkan minda jap..hari ini saya ingin berkongsi mengenai spesis ikan air tawar atau orang Kedah memanggilnya sebagai ikan darat..ikan yang dimaksudkan ialah ikan sepat benua...semalam saya sempat mengikut seorang sahabat untuk meninjau kawasan tanah bapanya yang akan dibangunkannya sebagai rumah walit atau BH..pukul 5.00 petang kami berjanji berjumpa di rumahnya iaitu di sebuah kampung di Yan..seperti yang dijanjikan pukul 5 saya sampai ke rumahnya tetapi sahabat tersebut tiada di rumah kerana pergi mengambil bapanya yang mahu menunjukkan lokasi tersebut...semasa menunggu sahabat tersebut saya terpandang akan kolam-kolam kecil di belakang rumahnya yang cantik...saya segera meninjau kolam-kolam tersebut...adakah terkejutnya saya...dalam kolam tersebut mempunyai kira-kira 5,000 ekor ikan sepat benua...sahabat tersebut mempunyai 3 kolam..jadi 15,000 ikan sepat benua...wah banyak betul...apa lagi...sempat jugak saya snap beberapa keping gambar untuk di kongsi dengan anda...hehehe..ikan sepat benua ini rasanya sungguh sedap tau...feveret sy ni...hehehe...sbenarnya saya lebih suke memelihara ikan...bukan apa jika anda rasa tensen..anda dapat pegi relekkan minda dengan memberi ikan tersebut makan...hhuhu..pastu lepak tepi kolam kan...layan blues lah plk...hehhe..em...ingt lepas ni ne be ikan sepat ni plk lah..mentor dh de kan..nnti leh sy jd mentee kepada sahabat saya yang telah berjaya ni plk...sharing is caring...anda buat,anda dapat...layan je...(tentang sahabat saya tadi tu...lenkali lah cite k)..tengah do layan tengok ribuan ikan ni...hehehe..layan je...

terpegun saya apabila ternampak ribuan ikan sepat benua ini timbul di permukaan kolam...banyak betul ikan ni...1st time dapat lihat ikan sepat sebanyak ini...

geram betol tengok...cm rasa nk jala je terus ikan ni..mau dapat penih jala kalau sekali campak je ni..hehehe

goreng garing-garing sedap ni...makan pulak panas ngn nasi..perg meleleh air liur ni..nanti nk mintak lah kt sahabat ini ikan ni...hehehe

rezeki dari Allah...dimana ada kemahuan di situ ada jalan kan...so kepada yang berminat dalam pelbagai jenis industri pertanian ke penternakan ke lakukanlah dengan bersunguh-sungguh sehingga berjaya...pelbagai cabaran dan dugaan akan ditempuhi dalam merealisasikan impian tersebut..tetapi sejauh mana anda menghadapi dan menguruskan cabaran tersebut yang perlu dipelajari...janganlah sekadar hangat-hangat tahi ayam sahaja..atau pun sekadar melepas batuk di tangga sahaja..lakukanlah yang terbaik sebab jika anda berjaya maka akan da ramai yang mencontohi anda....jika tidak segerakanlah menguruskan penyelesaian sehingga berjaya...tidak ada seorang pun di dunia ini yang mencipta sesuatu terus beroleh kejayaan sebaliknya kegagalan yang diperolehinya..tetapi meraka terus bangkit dan masih mencipta dan mencipta dan mencipta sehinggalah berjaya mencapai apa yang dikehdakinya....anda buat anda dapat...

Pertanian Itu Perniagaan
email me : shidey_zone@yahoo.com

...From Zero.....To Hero...

Al-Kisah : Penantian itu satu penyeksaan...betul ke???


(Sebelum)
mula-mula kosong je BH kan...

selepas siapnya BH dan beroperasi semua pengusaha akan menunggu dengan tekun dan sabar menanti sarang yang pertama...kemudian sarangnya yang kedua, ketiga, keempat, kelima, keenam dan seterusnyakan...alhamdulillah kesabaran yang anda lakukan itu akan dibalas dengan hasil kejayaan yang anda nanti-nantikan...tapi jika sudah setahun Bh anda masih lagi kosong tiada sarang tetapi consultant yang membuatnya menyuruh anda menunggu lagi juga tanpa dia membuat minor renovation maka maksudnya anda akan menghadapi masalah yang besar...sabar pon ade limitnya jugak...jangan sampi anda tertipu...penantian satu penyeksaan macamni...manakan tidak...selalunya BH 2 tahun dah boleh harvest pon...walaupun tak byk at least 100 biji sarang akan mampu dicapai kan...jika tidak baik anda tanya balik orang yang membuatnya...hehehe..

(Sedang)
em selepas itu banyak burung akan tido dan menetap di Bh anda seperti gambar di atas ini...lepas itu.....



(Selepas)
anda inginkan hasil BH anda seperti ini ke? em mestilah kan...hehehe

lepas tu bersaranglah kan....beginilah yang akan terjadi jika BH anda telah berusia 3 ,4, 5 tahun ke atas...semua orang mahukannya...tetapi berapa ramai sahaja yang bertuah mendapat hasil yang sebeginikan...kebanyakkan yang mendapat hasil full house seperti ini adalah mereka yang telah menceburi bidang ini kira-kira 5 hingga 10 tahun yang lalu...tetapi jika anda tetap inginkannya maka anda mesti tahu caranya...pelbagai perkara harus dilakukan seperti masukkan aroma, try konsep BH, dan macam2 lagi...tapi adakah anda telah berjaya...saya syorkan anda beranilah membuat perkara-perkara yang baru k..try n error penting juga...kan....hehehe...anda buat... anda dapat....layan je...

Swiftlets-zone 4 all
email me : shidey_zone@yahoo.com

Tuesday 22 February 2011

Kita Hanya Merancang..Sang Walit Yang Menentukan...

Apa istimewanya dinding ini ek???

Jika perkara sebegini terjadi dalam BH anda maka bagi saya anda sememangnya bertuah...mana tidaknya..sang walit ini lebih suka membuat sarangnya di dinding BH berbanding nesting plank yang disediakan...bayangkan jika sume sang walit ini suke membuat sarangnya di situ maka dinding anda yang luas tersebut akan penuh dengan sarang sang walit...yang lebih bagus ialah semua sarang tersebut akan berbentuk C cup penuh...yang mana diketahui mempunyai grade dan harga yang tinggi di pasaran...lagi tinggi dan besar Bh anda lagi banyak sarang walit ini akan membuat sarangnya...anda sendiri juga tidak perlu bersusah payah mendongak untuk harvest kan...just relax n cool je mengharvest sarangnya...nesting plansk tersebut mungkin anda boleh mencabutnya terus dan dapat digunakan untuk pembinaan BH yang baru pula...untung-untung dan save kos pulak tu...cmne nk wat bagi jadi macam ni ek...entah lah..adakah anda insan yang terpilih??? atau rahsia yang tidak akan dikongsi kepada yang lain...entahlah...

Sebenarnya kita perlu membuat kajian yang terperinci kenapa sang walit ini suka membuat sarangnya di situ..mungkin design dinding tersebut menarik perhatianyya??? mungkin dinding tersebut diletakkan atatupun mempunyai aroma yang disukai walit??? mungkin dinding tersebut mempunyai suhu yang disukai walit??? entahlah...jawapannya tak pasti kerana jarang-jarang BH berjaya mendapatkan sarang yang sedemikian rupa...jika anda pon sudah tentu taukey Bh tersebut tidak akn berkongsi dengan anda rahsia kejayaannya...adakah faktor nasib ataupun ade rahsia yang disembunyikan...inilah yang dikatakan ilmu sang walit ini tidak ramai yang sudi berkongsi kerana bimbang keuntungannya yang diperolehinya kini di ketahui dan akan dirampas oleh orang lain...maklumlah kini setiap hari sahaja BH yang baru didirikan...jika anda terlewat anda akan ketinggalan...hahahaha...dah macam MLM lah plk kn...anda buat...anda dapat...layan je...

swiftlets-zone 4 all
email me : shidey_zone@yahoo.com

Monday 21 February 2011

New Giant BH Under Consctruction

gambar dekat ni...layan je...









swiftlets-zone 4 all
email me : shidey_zone @ yahoo.com

Sunday 20 February 2011

Sunset : Nice View In The Paddy Field

Di kala ini sang walit mula terbang pulang ke BH masing-masing...

Pemandangan yang cantik sekali...padi yang menghijau..dua BH berdiri kukuh di sini..

 Bh ini berada di jalan ke Guar Chempedak...ketika melalui jalan ini kelihatan banyak sang walit tengah berpusu-pusu memasuki BH...bertambah cantik lagi pemandangan di sini...belakang BH ini adalah Gunung Jerai yang tersergam indah..emm...lokasi yang cantik sekali...

swiftlets-zone 4 all
shidey_zone@yahoo.com

Pioneer BH In This Area..

Lokasi : Batu 17,Jalan Tunjang

Bh ini 2 tingkat dengan ukuran 20X50...tuannya merupakan taukey mesin padi..di keliling BH ini dilihat 4-5 buah mesin padi tengah di repair untuk musim menuai...

Bh ini merupakan yang pertama di kawasan ini...beruntungkan tuannya...lubang masuk burung ini dihalakan ke sungai di depannya...lokasi yang startegik sekali dikelilingi sawah padi yang luas....jika anda punyai tanah yang luas dan ingin menceburi bidang ini dinasihatkan buatlah research dulu k..jangan mudah terpengaruh dengan cerita-cerita yaang best didengar sahaja..seperti hasilnya yang tinggi...banyak kisah duka juga tau..seperti ditipu consultant, dah siap tapi burung walit tak masuk, suara pe ntah yang diberi kepada anda..dan macam2 lagi...ilmu itu penting..banyakkan baca bertambah lah ilmu...ilmu perwalitan ini juga sama...anda buat anda dapat...layan je...

swiftlets-zone 4 all
email me : shidey_zone@yahoo.com

Saturday 19 February 2011

Harvest Time : Now You Can Smile...

Alhamdulillah..Syukur Rezeki Yang DiberiNYA..

em...agak-agak anda berapa usia BH ini ek...lihatlah taukey Bh ini..senyum je memanjang..tanda tangan bagus lagi tu....em may be beliau juga salah seorang bumiputera yang terawal menceburi bidang ini..kini beliau dapat mendapatkan apa yang diimpikannya sebelum ini..bayangkan kalau sekilo sarang burung ini RM 4,500 X 5 kilo sarang burung yang diharvestnya setiap bulan..= RM 22,500 setiap bulan...pakcik kayooo....

 gambar ini rasanya BH yang baru di harvest...lihatlah gambar sarang burungnya...kemungkinan sarang sudut sahaja semuanya..tapi walaupun sarang sudut tetapi masih lagi harga tinggi dipasaran kini...dengar kata sarang sudut ini dapat juga dijual dengan harga RM 3,500 sekilo...em..still masyuk lagi kan...beza sikit je tue...kalau setiap bulan cmni still banyak jugak...mau kalah orang yang kerja kerajaan cmni...em..anda buat..anda dapat..

swiftlets-zone 4 all
email me : shidey_zone@yahoo.com

Million Dollar Industry : Bird Nest

Now Everybody Known The Potential

Contoh keratan akhbar sinar harian...ramai yang telah mengetahui industri ini dengan media-media massa dan elektronik telah mula menyiarkan potensi industri ini yang dahulunya didominasi oleh satu kaum sahaja dan dikatakan terlalu berahsia untuk menceritakan mengenai industri ini..kini ramai telah mula menceburinya...anda bila lagi...

 Kerajaan juga telah sedar akan potensi industri ini..kini setiap tahun dalam bajet tahunan telah dimasukkan peruntukan jutaan ringgit untuk membantu industri ini berkembang dengan baik...cuma diharap pemantauanmya lebih berkesan je...(sumber akbar ini : gem)

 keratan akhbar kosmo...diharap kerajaan dapat mencari jalan yang terbaik untuk memberikan lesen kepada pengusaha industri ini..janganlah mendengar pandangan sesetengah pihak atau satu kaum sahaja..kini industri ini telah mula berkembang dan ramai kaum bumiputera dan kaum India telah menceburi bidang ini..jadi penyelesaian dalam sesuatu isu harus mendengar pandangan yang lain juga..persatuan dalam industri ini juga banyak diketuai oleh satu kaum sahaja yang mana akan menjaga kepentingan mereka sahaja....justeru, pandangan semua orang yamh terlibat harus lah didengar dan diperhalusi sebelum keputusan dibuatkan...anda buat..anda dapat..layan je...

swiftlets-zone 4 all
email me : shidey_zone@yahoo.com

Wednesday 16 February 2011

Swiftlet Dulu Dan Swiftlet Kini...

Semuanya Mula Berubah..

gua-gua sebeginilah menjadi tempat kediaman sang walit...

 kini di sinilah rumah sang walit yang dibuat khas untuk mereka...


 dulunya dinding gua menjadi tempat bersarang...

 membina koloni mereka di sini...

 Tetapi kini di sinilah mereka bersarang dan membina koloni mereka.....

susah payah betul..guna tali je ni...kalau jatuh maut menanti...

 dulunya bersusah payah untuk mendapatkan sarang burung sang walit...bersabung nyawa lagi tu...



 kini mudahnya..dengan menggunakan tangga je dh boleh mengambil sarang sang walit...

 semuanya demi hasil sebegini...

 sekilo RM 4k - 8k ni bergantung kepada saiz n gradenya...

 baru kutip je ni rasanyalah...sarang sudut ni...tapi janji semuanya duitkan....

 sikit-sikit lama-lama jadi bukit

semua boleh menjadi kenyataan dengan industri sarang burung ini...anda buat anda dapat..

 swiftlets-zone 4 all
email me : shidey_zone@yahoo.com




 

Why PBT Want To Move Out BH In Georgetown....

keratan akhbar Sinar Harian..


em...kini banyak PBT mula mengambil langkah yang drastik untuk menutup rumah-rumah burung walit ini..lihat sajalah keratan akhbar ini...akhbar ini bulan disember 2010 lagi...sekarang dh tutup ke rumah burung di Georgetown ini ek...jawapannya tidak sekali...kenapa ek?..jawapannya banyak parti-parti politik berada dibelakang taukey-taukey rumah burung ini...masing-masing akan menunjukkan diri mereka hero demi undi yang akan diberikan pada PRU akan datang...bagi saya senang sahaja...jika betul hendak tutup di sana maka tutp sahaja lah...kerana di kawasan itu telah digazetkan sebagai tapak warisan dunia oleh UNESCO...jadi segala bentuk swiftlet farming di bandar tersebut diharamkan..sekarang masih lagi ding-dong n hanky-panky lagi tentang perkara ini...jadi pada pihak PBT jika ingin selesaikan kes rumah walit di kampung-kampung ini maka disarankan diselesaikan dahulu kes-kes yang telah termaktub memang tidak boleh dibina BH seperti di geogetown ini...selesaikanlah kes-kes ikan jerung ini dahulu k....anda buat, anda dapat....renung-renungkanlah dan selamat beramal....hehehe

swiftlets-zone 4 all
email me : shidey_zone@yahoo.com

Kota Sang Walit di Sungai Petani

Pemandangan yang sering di lihat di tengah-tengah sawah padi...

dulunya hanya sebuah sahaja tetapi kini...anda lihatlah dengan sendiri...

 tersergam indah di tengah-tengah sawah padi tanpa gangguan oleh sesiapa pun...

Lokasinya ialah di jalan ke Teluk Bayu..rasanya melibatkan kos kira-kira hampir sejuta ringgit ni...tuannya adik beradik ke ataupun share partner yang sangggup mengeluarkan modal untuk membina BH juga...tapi rasanya bukan bumiputera kerana ketika melalui jalan ini kelihatan seorang cina sedang memasuki kawasan BH ini....anda perlu ketahui bahawa BH besar tidak semestinya menjanjikan hasil yang besar...sebaliknya BH yang besar memberikan lebih keselesaan kepada walit untuk terbang menyusuri didalamnya...tetapi kini banyak juga BH yang besar-besar telah gagal untuk menarik sang walit ini untuk bersarang...kenapa ek?...em may be bukan rezekinya kot...jika sudah 6 bulan tetapi tiada sang walit ini yang sudi tidur maka disyorkan buatlah sedikit renovation ke..mesti ade yang tak kene tentang BH tersebut...anda buat anda dapat...

swiftlets-zone 4 all
email me : shidey_zone@yahoo.com

Tuesday 15 February 2011

Bird Shit (Tahi Burung Walit) : Can Tell U Everything

Panggilan Telefon Dari Seorang Sahabat...

Dalam 3 hari lepas (ketika di Langkawi) saya menerima panggilan telefon dari seorang sahabat yang berada di Selatan tanah air..nasib baik dia call tu masa tengah berehat di bilik..walaupun tak larat dengan jadual yang padat ketika berkursus saya menjawab jugak panggilan telefonnya...sahabat tersebut memberitahu bahawa beliau sudah mempunyai BH yang baru berusia 2 bulan ukuran 20x40 2 tingkat yang dibinanya sendiri...beliau bertanyakan kepada saya bagaimana hendak tahu sama ada sang walit ini telah tidur bermalam dalam BHnya tanpa menggunakan pemasangan CCTV?...saya bertanya kepadanya  takkan tak tau langsung kot basic maklumat swiftlet ini...dia kata tau jugak tapi tak pasti...em akhirnya saya menyuruhnya mencari dan membaca dulu maklumat dan buku-buku tetang ilmu sang walit ini...do n dont's tentangnya..buat kajian try n eror sendiri dan bermacam2 lagi..(esok saya akan pos buku ilmu perwalitan ini kepadanya tetapi jika dia masukkan duitlah)....heheehe..berbalik kepada soalannya tadi....saya bertanyakan kepadanya ade tak tanda-tanda tahi burung dalam BHnya...dia menjawabnya cmne nk tahu tahi burung sang walit ini...tapi katanya dilantai BHnya bersih je..tiada tanda-tanda kotor tahi burung pon...jadi jawapan saya senang sahaja...maknanya tiada langsunglah sang walit ini tidur dan bermalam dalam BHnya....dia bertanya lagi macam2..fenin gk saya...hehehe..apapun sharing is caring kan...hehehehe..perbualan kami mengambil masa kira-kira 15 minit jugak dan saya terpaksa memutuskannya kerana ade asigment kursus yang terpaksa dilakukan....buat sahabat di Selatan tanah air tu..bersabarlah dan lakukanlah minor renovation or tukar suara luar atau suara dalam yang lain jika 3-4 bulan BH anda masih lagi tidak dihuni sang walit ini..di sini saya kongsikan sedikit gambar berkaitan bird shit (tahi burung sang walit) ini...layan je...anda buat anda dapat...



















swiftlet-zone 4 all
email me : shidey_zone@yahoo.com