Wednesday 30 March 2011

Pelbagai Kaedah Digunakan Untuk Memanggil Burung Walit..

Masing-masing bersaing demi sarangnya

lihatlah gambar ini..berapa banyak bazooka di pasang di lubang masuk burung ini..semua bazooka ini mampu mencapai jarak yang jauh sehingga melebihi 5-10KM dan dipancarkan dilaluan burung walit ini terbang pulang ke BH masing-masing...monkey house yang dibina juga besar bagi memberikan keselesaan kepada sang walit ini untuk berputar dahulu sebelum turung ke nesting room..hebat sekali cara ini tetapi memerluka modal yang agak tinggi..tapi hasilnya cukup menarik sekali aiaitu tidak sampi setahun dengar kata bh tersebut mampu mempunyai lebih 3kg sarang burung walit...pelaburan yang menguntungkan dalam jangka masa yang singkat..may be dah rezeki tuannya kan...

padanan tweeter di lubang masuk sangat penting sekali...selalunya tweeter di lubang masuk lebih daripada satu dan diletakkan dengan keadaan sama banyak jika..cthnya jika di kirinya diletakkan 2 tweeter maka di kanannya juga perlu diletakkan 2 tweeter juga...ini bagi memberikan bunyi yang seimbang dan dapat memandu burung walit ini terbang menyusuri lubang tersebut seterusnya ke dalam bh anda...selain itu jika sebuah tweeter ini rosak anda masih lagi mempunyai baki tweeter tersebut untuk memancing sang walit ini kan..cara yang bagus sekali...

lihatlah berapa banyak tweeter diletakkan dalam lubang masuk ini...bahgian dalamnya juga diletakkan tweeter dan disusn dengan cara tinggi ke rendah agar dapat memancing brung walit ini turun mengikuti bunyi dari tweeter tersebut dan setersunya sehingga ke roving room dan akhirnya ke nesting room...cara ini selalu berkesan dan memancing walit agar terbang turung sehingga ke bawah..lubang masuk juga perlu dibuat satu kaki dari shiling monkey house kerana kebanyakakn burung walit muda akan terbang memasuki monkey house ini dan terbang mendongak ke atas...jika ianya melanggar shiling tersebut maka burung walit ini akan takut dan segera keluar masuk sahaj dalam bh anda dan tidak turun ke nesting room atau roving room...anda buat anda dapat k...layan je...

swiftlets-zone 4 all
email me : shidey_zone@yahoo.com
phone: 012-5328332

Tuesday 29 March 2011

Burung Walit Mula Membina Koloni

Bermula dengan 1,2,3,4,5 dan seterusnya bertambah...

asalnya sebuah sarang sahaja di sini tetapi apabila anak tersebut menetas sarang seterusnya tidak jauh dari familinya..dan sarang yang seterusnya akan tidak jauh dari sebelumnya...kerana habitat semulajadinya yang hidup berkoloni...

 kemudiannya apabila makin banyak sarang dan anak menetas maka akan terjadilah koloni mereka..selalunya koloni ini akan terjadi dengan sendirinya kerana burung walit adalah jenis yang hidup secara berkoloni...dan saban tahun sarang dalam bh anda ini akan bertambah seperti yang anda inginkan...Alhamdulillah rezeki...

akhirnya ia akan membentuk koloni burung walit seperti gambar di atas..jika ini terjadi maka anda adalah orang yang bertuah...dan bolehlah membuat sedikit kenduri kesyukuran cmni...hehehe..insyAllah jika telah termaktub rezeki kita maka ianya akan tercapai juga...cuma lambat atau cepat sahaja kan..sabar separuh daripada iman..tetapi jika bh anda dah berusia lebih 5 bulan dan tiada tanda-tanda burung walit ini tinggal di dalamnya maka segeralah membuat sedikit perubahan...tanyalah pada yang pakar..sabar pon ade jugak limitnyakan..modal anda maka andalah yang membuat pilihan..layan je...


swiftlets-zone 4 all
email me : shidey_zone@yahoo.com
phone : 012-5328332

Monday 28 March 2011

Basic Of Knowledge : All About Swiftlet Farm

Tahukah anda nama dan fungsi barang ini???

sebelum join industri ini dinasihatkan tahu nama dan fungsi equipment seperti gambar dia atas ini

Jika jawapannya 'ya' maka anda sememangnya seorang yang telah mempunyai bh ataupun anda seorang yang sedang melakukan kajian berkaitan sarang burung walit ini.syabas diucapkan dan anda telah lulus ujian yang pertama. Tetapi jika anda tidak tahu langsung berkaitan nama dan fungsi equipment seperti di atas ini maka dinasihatkan anda membuatlah kajian dahulu berkaitainnya sebelum anda menceburi bidang perwalitan ini..jika jawapan anda 'saya tidak perlu tahu semua nama dan fungsi barang tersebut sebab consultan yang membuat bh saya dah janji bahawa burung akan masuk dalam bh juga walaupun kurangnya ilmu walit ini''...erm...alamatnya anda seorang lagi yang akan terjerumus dalam masalah mencari identiti industri ini setelah ditinggalkan consultan tersebut...rugi bukan..kalau anda tahu jenis dan fungsi barang ini maka anda sendiri akan mampu untuk manjaga dan mengendalikannya sendiri tanpa perlu mengupah orang lain...pertambahan kos mungkin dapat dikurangkan...dah le buat mahal2...burung tak masuk plk..tak de yang tidur plk...yang paling teruk lagi...owner bh tersebut tidak tahu apa-apa tentang burung walit dan fungsi equipment yang perlu ada dalam sesebuah bh..owner tersebut sekadar mengeluarkan modal dan menyerahkan bulat-bulat pada konsultannta..alamatnya akan timbullah seorang lagi mangsa yang perlu diselamatkan kelak....nasihat saya carilah ilmu dan basic pengetahuan tentang sang walit ini...tetapi jika anda seorang yang kaya maka tak kisah lah lah kan...may be anda boleh melantik 3,4,5 consultant untuk memperbaiki bh anda..tetapi bagi yang kurang berkemampuan seperti saya ini maka buat kajian dahulu sebelum anda terjun dalam industri ini k kawan-kawan...anda buat-anda dapat...hehehehe..nasihat untuk kebaikan..ni...

swiftlets-zone 4 all
email me : shidey_zone@yahoo.com
phone : 012-5328332

Sunday 27 March 2011

Sharing Is Caring....

Ilmu itu penting sebelum menceburkan diri dalam bidang perwalitan..

gambar hiasan

Semalam ketika saya sedang lepak di rumah kedengaran sebuah rumah motosikal memasuki perkarangan umah mertua saya..diamati betul-betul orangnya tidak saya kenali...saya pon keluar berjumpa dengannya dan beliau memperkenalkan dirinya sebagai encik S..dia memberitahu tujuannya datang ke rumah saya adalah kerana tertarik dengan BH yang berada di sebelah rumah mak mertua saya (bh saya lah tue)...huhu..dia seperti terpegun melihat banyak betul sang walit keluar-masuk melalui enterance hole...akhirnya dia membuka bicara...Encik S ini mempunyai sebuah BH yang daripada rumah kayu yang telah direnovatenya menjadi BH di Jeniang Kedah...bhnya berusi 5 bulan dan sehingga kini tiada seekor pon sudi menginap bhnya walaupun setiap hari ratusan sang walit mengelilingi bhnya...beliau meminta pendapat saya...saya bertanya kepadanya di mana beliau mendapat suara tersebut..beliau berkata di internet dengan harga RM 500...apabila ditanya nama suara yang dibelinya tersebut beliau memberitahu tidak tahu kerana beliau terus pasang di Amplifier sejurus dapat sahaj suara tersebut...saya memberiakn pendapat seperti ini..."encik balik rumah dulu dan tengok dulu suara yang dibeli tersebut namnya apa..jika namanya duress sound maka sudah tentu sang walit ini akan datang banyak mengelilingi BH tetapi tidak akan memasuki dan tidur dalam bhnya"..beliau seperti baru mendapat ilmu yang baru...apabila saya memberitahunya bahawa saya menjual suara RM 500 4 jenis suara beliau terus berminat dan membelinya....beliau berjanji akan try suara tersebut dan memberitahu kemajuannya...dan jika tidak menjadi juga maka saya sendiri akan turun membantu encik S ini...emr..bila lagi kita hendak membantu kaum bumi seperti kita kan..takkan kita hendak melihat kaum kita yang sudah menghabiskan RM 15 ribu ringgit mngrenovate rumah kg menjadi BH dan disebabkan kurangnya ilmu maka akan menjadi kegagalan...ini yang dikatakan..malu bertanya sesat jalan...

buatlah research dahulu jika anda ingin ceburi bidang ilmu...jenis-jenis suara juga penting...janganlah anda terpengaruh dalam youtube dengan ratusan sang walit datang ke BHnya sedangkan anda tidak tahu jenis suara yang diaminkan akhirnya anda sendiri tertipu...setiap suara walit yang dijual mampu memberikan peranan masing-masing seperti suara test lokasi dan suara panggilan walit menginap...anda sendiri perlu bijak memilih...janganlah membeli tanpa bertanya...fikir-fikirkanlah..

swiftlets-zone 4 all
email me : shidey_zone@yahoo.com

Memaksimumkan Penggunaan Tanah Di Sekeliling Anda...

Jalan-jalan...pandang-pandang

sebuah bh yang dibawahnya adalah opis syarikat kontruktor pembinaan..kaedah open roof digunakan kerana dikelilingi oleh kawasan rumah kampung..erm tahniah kepada pemiliknya kerana memilih kaedah yang tepat ....jika dilihat dengan mata kasar ianya dalah seakan-akan rumah orang tetapi jika diamati betul2nya adalah rumah burung...lokasi di jalan ke Sungai Baru..

bh ini pula dibawahnya adalah pejabat syarikat pengangkutan dan pembinaan...taukeynya seorang cina...tanah ini asalnya tanah sawah dan beliau telah menggunakan penggunaan tanah denga baik..lokasinya adalah 4 km dari bh yang di atas tersebut..dahsayt betul taukey-taukey ini..sudahlah mereka ini kaya tetapi tetap berminat menceburi dunia perwalitan ini kan...anda bila lagi...mulakan dengan yang kecil-kecil dulu kk...

swiftlets-zone 4 all
email me : shidey_zone@yahoo.com

Sunday 20 March 2011

Enterance Hole Yang Kecil Dan Menarik

Anda mampu juga menirunya...tetapi beranikah anda...

pandangan jauh : sebuah rumah kg yang bertukar menjadi BH...

pandangan pertengahan : lubang enterance hole yang kecil dan menarik...

pandangan dekat : sungguh pon kecil ia tidak mengalang sang walit masuk dengan mudah dalam bh ini


Siapa kata lubang masuk yang kecil tidak berjaya...buktinya pada sebuah rumah kampung yang telah ditukarkan menjadi bh ini...pada mulanya saya juga tidak percaya...bolehkan sang walit ini memasuki bh ini..tidak terhantuk di dinding ke ni...tengah saya sedang berfikir tiba-tiba kelihatan 3 ekor sang walit terbang rendah ke arah lubang masuk ini..dan...dan...hehehe..dengan mudahnya ia masuk bh ini melalui lubang tersebut...terkejut juga...saya tunggu kira-kira 5 minit tetapi sang walit tersebut tidak juga keluar dari bh tersebut...emmm rasanya penginap tetap bh ini rasanya...tetapi mesti ramai yang tidak percaya akan lubang masuk yang jenis ini...jika ditunjukkan kepada consultant mesti ramai yang akan berkata lubang masuk ini kecil dan salah..dan dengan selamba mereka akan mengatakan sedia membantu anda untuk membuat monkey house yang bersesuaian...mengapa anda berbelanja lebih sedangkan hasilnya yang tidak pastikan...apapun sang walit yang membuat keputusan...may be dh rezeki tuannyakan...lokasi bh ini ialah jalan ke Pantai Merdeka...di sini sang walit memang banyak disebabkan telah ada bh yang berusia 5 tahun ke atas dan telah berjaya...may be disebabkan sang walit yang terlalu banyak buat cara apapun walit akan masukkan..tapi apapun keadaan dalam bh ini  rasanya yang menjadi penarik utama sang walit menginap...cuma rahsia ini tuannya sahaja yang mengetahuinya...heheheheh..layan je...

swiftlets-zone 4 all
email me : shidey_zone@yahoo.com
phone : 012-5328332

Thursday 17 March 2011

How To Protect Our Swiftlet From Thief

salah satu cara menghalang pencuri..bagi yang mampu lah..

cara ini sering digunapakai oleh taukey-taukey cina untuk mempertahankan BH mereka daripdaa diceroboh dan dimasuki pencuri...kita serba tahu bahawa pencuri sarang burung ini sanggup melakukan apa jua cara pon untuk memasuki BH seperti memanjat dinding BH dan memasuki BH melalui lubang masuk burung..jadi bagi taukey-taukey cina pendekatan dengan meletakkan wayar kabel elektrik disekeliling atap di atas BH menjadi satu budaya yang popular...em bajetnya pon besar jugakkan...dahsyat betulkan...protection 4 BH lebih hebat dari protect rumah sendir...kenapa ek???


jawapannya ialah kerana sarang burung tersebut yang mempunya nilai yang tinggi di pasaran...kehilangan sarang brung sekilo bermakna hilangnya wang ringgit RM 5k...banyakkan tu....bayangkanlah pula jika BH yang mampu mengeluarkan pulangan dianggarkan 10-20 kilo sebulan...hohoho..lagi dahsyat lah securitynya kan...kalau upanh pak guard untk jg BH pon gaji mereka tetap bolah dibayar kan..dengan RM 600 sebualn gaji mereka sedangkan sekilo sarang burung dh RM 4k-5k kn...so selepas tolaknya pon still untung lagi kan...melainkan dekat pak guard pon kita tak percaya kan...taku pula harapkan pagar-pagar makan padi..hehehe..anda sendiri lah yang membuat keputusan k...anda buat...anda dapat...

swiftlets-zone 4 all
email me : shidey_zone@yahoo.com

Monday 14 March 2011

How Efective Parabola Tweeter...

Perbelanjaan yang berbaloi-baloi...cara memikat sang walit mendiami BH anda....

gambar jauh...kelihatan internal tweeter kebanyakkannya dibuat parabola tweeter...memerlukan modal yang agak tinggi..ye lah...kalau sepatutnya satu tweeter sahaja diperlukan tetapi untuk menjayakannya memerlukan 4-6 tweeter bergantunglah kepada anda sendiri...sebenarnya empat tweeter sudah memadai untk membuat parabola ini...sungguhpon modal yang agak tinggi sedikit tetapi hasilnya kelak agak lumayan...seperti gambar di bawah...

gambar dekat...sebuah bh yang telah berjaya dengan kaedah tweeter parabola ini...kelihatan burung walit suka bersarang di sekitar tweeter parabola itu...kelebihan yang ada pada tweeter parabola jenis ini kerana ia mampu membuatkan keadaan bunyi sekeliling yang bagus...bayangkan jika brung walit ini terbang dalam bh anda ia akan mendengar bunyi sang walit ini seperti banyak bermain sekeliling dalam bh tersebut...walaupun ia duduk di tempatnya bersarang tetapi daya memikat tweeter jenis ini mampu menarik sang walit untuk mendiami bh anda...kerana ia seolah-olah mendengar banyak burung walit bermain-main dalam bh tersebut. hasilnya apabila bayangan seperti banyak sang walit dalam bh tersebut akan mendorongnya untuk turut tinggal di situ...kita serba tahu bahawa sang walit suka hidup berkoloni...jadi apabila ada bh yang memasuki bh anda ia akan merasakan koloni yang besar dan banyak dalam bh tersebut...jadi apa lagi..may be dia akan turut join koloni bayangan tersebut juga...betul ke ni...??? may be anda boleh mencuba dulu dengan satu parabola kan..jika ada yang telah mencuba dan berjaya may be boleh komen di sini...lepas ni saya juga akan mencuba kaedah ini...dan akan beritahunya kelak selepas 3 bulan...

swiftlets-zone 4 all
email me: shidey_zone@yahoo.com

swiftlet House For Sale..

Lokasi Kulim..

Kulim Swiftlet Bird House

Double storey Shophouse in outskirt Kulim town (Taman Kempas Indah).
20 wide X 96 length feet (29.5m x 6.14m = 181 m) – Very long shop lot for smooth swiflet flow in.

All construction and setup perfectly done w/ latest sound systems & call monitoring.

Located at successful 2 neighbor BH.

Potential to amount of swiflet growth in neighbor.

Reason selling: Owner have no time to monitor as owner now move to KL and have few BH is down South.





  • Phone: 0124292447




  • Price: RM 310 ,000 
  • Sunday 13 March 2011

    Agensi Kerajaan Mula Berminat Dengan Industri Sarang Burung

    MADA mula menjadi pioneer agensi...

    MADA kini mencuba industri baru yang diluar bidangnya...potensi yang besar ini meyebabkan mereka mula membuka mata...pada pendapat saya..jika berjaya projek pertama ini tidak mustahil mereka akan mengembangkannya di kawasan-kawasan tanah MADA di keseluruhan Kedah.

    Lokasi tanah yang besar dan luas di seluruh Kedah menjadikan MADA tiada masalah untuk mendirikan BH..Lokasi ini adalah di Kampung Jeram..BH yang dibina ukurannya dianggarkan 20X60 3 tingkat...kaedah open roof digunakan untuk memancing burung walit ini...kaedah ini digunakan kerana bagi mengelakkan bunyi bising suara panggilan sang walit ini dari penduduk sekitarnya...usia BH ini tidak sampai setahun lagi...Insyallah jika BH pertama ini berjaya saya rasa kelak mereka akan mengesyorkan pula kepada golongan pak tani di bawah seliaan mereka...diharap BH ini mampu menjadi BH projek yang membolehkan golongan pak tani memasuki dan melihat sendiri keadaan dalaman BH tersebut dan bentuk sarang brung walit yang sebenar...marilah kita sama-sama berdoa agar kejayaan akan segera diperoleh oleh mereka...syabas diucapkan kepada MADA...


    swiftlets-zone 4 all
    email me : shidey_zone@yahoo.com

    Saturday 12 March 2011

    New Design of Bird House : Believe It Or Not???

    Sebelah rumah anda ada bukit yang bergua??..beranikah meniru design ini...

    dulunya sebuah gua...tetapi telah di update menjadi BH...huhu..hanya menutup pintu gua tersebut dengan bata-bata yang disemenkan...kemudiannya membuat lubang enterance hole untuk sang walit sahaja...last sekali pasang tweeter dalam dan pasanag suara luar untuk panggil burung ni...hebat betul cara ini...modal ckit sahaja digunakan...tetapi anda perlu cari bukit yang berbatu n mempunyai mata air sedikit dalamnya...bukan apa air yang menitik dan mewujudkan kolam-kolam kecil mampu memberikan suhu yang disukai sang walit...tetapi persoalannya...adakah anda mempunyai bukit bergua seperti ini...???..may be itu harta ahmad albab yang punya...hehehe

    Pandangan dari dalam setelah pintu masuk gua tersebut ditutup dan diikat bata sepenuhnya dan membuat satu lubang masuk untuk sang walit...hebat betul kan pemikiran orang sekarang ini...lokasinya ialah di Indonesia...di Malaysia belum lagi ada yang meniru aksi ini...kenapa ek...jawapannya ialah tidak semua bukit di Malaysia mempunyai gua...jika ada pun kebanyakkannya menjadi tempat tidur bagi sang kelawar sahaja...tidak banyak yang didiami sang walit..kalau ade gua pon sumenya tinggi dan terlalu bahaya untuk membuatnya...tapi tidak mustahilkan ade jugak gua-gua yang rendah yang belum dixplore lagi kan...may be tuan punya gua tersebut mampu membuat design sebegini...hehe..anda buat...anda dapat...


    swiftlets-zone 4 all
    email me : shidey_zone@yahoo.com

    Thursday 10 March 2011

    Akhbar : Pengiktirafan Dan Isu Industri Sarang Burung

    Kini semakin ramai yang mengiktiraf industri ini..layan je..







    swiftlets-zone 4 all
    email me : shidey_zone@yahoo.com

    Wednesday 9 March 2011

    How To Prevent Ur BH From Small Predator...

    Cara ini sangat sesuai bagi BH yang mempunyai masalah serangga perosak....

    dapatkan sebotol Fendona SC di kedai racun pon ade jual ni..sebotol RM60-RM70 rasanya...terbukti mampu membunuh lipas, semut, anai-anai dan semua jenis serangga yang tidak bertulang belakang dalam BH anda..sy sendiri masih menggunakannya sehingga sekarang...

    jika anda mempunyai humidity sebegini...anda just masukkan sedikit fendona sc tersebut dalam humidity ini...boleh juga ukurannya mengikut tudung fendona tersebut...satu tudung tu sudah mencukupi...bagi yang tiada humidity seperti ini maka terpaksa lah menggunakan mesin penyembur racun dan sembur menggunakan manual di sekeliling BH...

    haaa..cmnilah caranya kalau takde humidity tu...kene wat manual lah ckitkan..takpe kan..yang penting demi hasil yang tinggi..hehehe..

    hasilnya selepas 2 atau 3 hari anda akan dapat lihat beginilah...jika dalam BH anda banyak lipas dan semut yang bersembunyi selepas menggunakan fendona tersebut semua lipas dan semut tersebut akan mati bergelimpangan di lantai2-lantai BH anda...hasil yang cukup positif...

    lipas adalah binatang yang cukup bahaya dalam BH anda kerana ia mampu memakan sarang burung anda..sy pernah melihat lipas dengan selamba memakan sarang burung ini walaupun ketika itu sang walit tengah duduk megeram telur..so hapuskan pemangsa jenis ini...

    bila semuanya mati...alhamdulillah sang walit akan dapat membuat sarangnya dengan aman sekali tanpa gangguan daripada makhluk perosak ini...


    swiftlets-zone 4 all
    email me : shidey_zone@yahoo.com

    Tuesday 8 March 2011

    Dulunya Pejabat Projek Tanaman Tembakau

    Sekarang sudah bertukar menjadi BH

    Lokasinya: di Jalan Muda Kuari ke Changlun

    taukeynya adalah orang melayu..dulu juga adalah taukey tembakau yang berjaya..syabas!!!

    BH ini merupakan pioneer di kawasan ini...usia BH ini adalah sudah menjangkaui 2 tahun ke atas...lokasinya yang strategik dikelilingi kawasan pertanian seperti sawah padi, kawasan bukit, tanaman kelapa sawit, getah, kawasan ternakan ayam menjadikannya lokasi yang paling strategik...kini disebabkan kemajuan yang dicapai oleh BH ini menyebabkan banyak BH yang baru dalam pembinaan akan didirikan di kawasan ini yang mana kelak akan menjadi persaingan kepada BH ini..saya rasa taukey gudang tembakau ini akan memperbesarkan BHnya kelak..hal ini kerana dikelilinya banyak bangunan lama daripada projek tembakau dahulu yang tidak digunakan seperti dalam gambar ini...tidak mustahil kan...jika BH ini berjaya mendapatkan pulangannya yang besar akan menyebabkan seluruh kawasan ini bertukar menjadi rumah walit...kelak akan terjadi sebuah lagi pusat ecopark sang walit rasanya...siapa tahukan...layan je...

    swiftlets-zone 4 all
    email me : shidey_zone@yahoo.com

    Monday 7 March 2011

    Akhbar Utusan Malaysia : Bahagian Utara

    Selasa, 8 Mac 2011

    hari ini saya terbaca dalam akhbar berita utusan..ermm...lagi kisah mengenai sang walit terkandung dalamnya...kali ini beritanya mengatakan mengenai 200 orang penduduk di kawasan Padang Serai Kulim membantah projek burung walit di kawasan kediaman mereka...antara aduan yang dikemukakan ialah bunyi  suara luar yang dimainkan oleh pengusaha sang walit ini terlalu kuat menganggu ketenteraman kehidupan mereka seharian...malah mereka juga mengatakan najis sang walit ini juga berbau busuk dang sering terbau sehingga ke rumah mereka...betul ke ni...atau sekadar aduan yang tiada bukti...tentang bunyi yang kuat  itu saya rasa ada betulnya...kenapa pengusaha ini perlu memasang suara luar yang kuat ek..,..bagi saya suara yang perlahan juga memadai asalkan mampu menarik sang walit ini...lagi satu untuk mengelak aduan sebegini maka disyorkan kaedah open roof digunakan agar mengurangkan gangguan bunyi bising...tentang adua najis sang walit yang berbau busuk tu pula...saya rasakan tak sesuailah...ini kerana najis sang walit yng berada dalam BH tidak akan terbau ke luar daripada BH tersebut...dan selalunya pengusaha industri ini akan mengeluarkan najis walit tersebut jika dh berlambak dalam itu...hanya sedikit ditinggalkan sebagai aroma untuk menarik sang walit...bayangkan kalau tahi burung walit banyak dalam itu...tuan punya BH sendiri jugak tak berani nak masuk BHnya kan...so jika rasa BH anda menganggu jiran tetangga maka disyorkan pelbagai kaedah perlu diambil agar win-win situation diperoleh....anda pon tak sakit kepala sangat nnanti jika hari-hari ada sahaja aduna tentang Bh anda...bayangkan setelah ratusan ribuan dilaburkan tetapi Bh anda sering diganggu oleh orang laut...anda juga yang akn rugi nantikan...fikir-fikirkanlah...

    swiftlets-zone 4 all
    email me : shidey_zone@yahoo.com

    How To Get Quality Of Bird Nest...

    Kenali Nesting Plank anda...


    Semalam ada yang menghantar sms kepada saya bertanya kan soalan sebegini...bagaimana kita hendak mendapat sarang burung yang berkualiti atau grade yang terbaik?..sebenarnya dah ramai yang bertanyakan soalan yang sebegini..dh letih jugak menjawagnya tapi agar tidak menghampakan sahabat baru dari Kuala Kedah saya pon menjawab kepadanya...semuanya bergantung kepada burung itu sendiri..di mana tempatnya bersarang...adakah kualiti sarang yang dibuatnya berkualiti tinggi dan macam-macam lagi...sebenarnya sarang yang grade nya tinggi ialah sarang yang berbentuk C cup penuh dengan kurangnya bulu pada sarang tersebut..sarang yang berntuk segitiga pula bukan tidak berkualiti tetapi harganya yang sedikit murah...dengar kata orang murah pon bukan sebab apa..hanya sebab orang-orang cina tidak suka benda atau pon apa sahaj yang berbentuk segitiga seperti juga nombor 4..hehehe..betul ke ni..entah lah..tapi bagi orang yang membuat air minuman sarang burung or jeli sarang burung ini semua sarang sama sahaja...sebab merak ini akan mengisar sarang tersebut...jadi sudut tidak lah penting sangat kan..betul ke ni...entahlah...hehe..layan je...



    swiftlets-zone 4 all
    email me : shidey_zone@yahoo.com

    Pemandangan di Kampung Gelam, Yan

    Mungkin sesuai digelar sebagai kawasan ekopark burung walit....


    pemandangan yang tidak selalu kita lihat...di sini sahaj dalam radius jarak 100-200 meter sahaja anda akan kelihatan beberapa BH gergasi..semuanya didirikan di kampung ini dan pemiliknya adalah kaum cina..pemandangan yang cantik sekali bagi peminat-peminat sang walit ini..em..dalam jangka masa 5 tahun lagi saya rasa kawasan ini akan bertukar menjadi ekopark sang walit kot...siapa tahu kan...jom kita layan je...














    swiftlets-zone 4 all
    email me : shidey_zone@yahoo.com

    Sunday 6 March 2011

    One MorePioneer BH in This Area

    sebuah  lagi giant BH..under construction..

    Ketika melalui jalan pida 2,3,4 hendak ke Air Itam kedah terpandang saya sebuah BH Bergasi yang berdiri megah di sini tengah2 sawah..em kelihatannya masih lagi under construction...yang menghairankan saya ini lah BH tersebut masih lagi belum dipasang suara panggilan luar tetapi puluhan sang walit ini kelihatan sedang berpusing-pusing bermain di luarny bagaikan tidak sabar untuk memasuki dan bermalam dalam BH tersebut...em beginilah yang akan terjadi jika anda merupakan pioneer ditempat anda..anda buat anda dapat.

    swiftlets-zone 4 all
    email me : shidey_zone@yahoo.com

    Thursday 3 March 2011

    Anda Tiada Tanah Untuk Membina BH???

    Beranikah anda meniru design ini...

    adakah anda terdesak membina BH?...tiada tanah yang bersesuaian...atau anda tiada tanah langsung tetapi mempunyai rumah...dan ingin juga membina BH...em beranikah anda meniru design Bh seperti ini...Lokasinya ialah di Kota Bharu, Kelantan...asalnya BH ini adalah sebuah rumah banglo...pada mulanya tuan rumah ini hanya menambah sedikit sahaja bahagian atas rumahnya untuk dijadikan BH...tapi lama-kelamaan BH di bahagian tingkat atas rumahnya menunjukkan hasil yang positif sekali..sedikit penambahan dilakukan lagi ke atas BH tersebut....em...BH tersebut masih juga menunjukkan hasil yang positif...akhirnya apabila penambahan menjadi tambahan lagi maka hasilnya BH tuan punya rumah ini menjadi begini...rumah banglo ini akhirnya berubah wajah menjadi BH sepenuhnya...anda tidak percaya ke...datanglah ke sini jam 7.30 petang...anda akan dapat saksikan banyak sang walit ini mula pulang ke sarangnya...inilah yang dikatakan di mana ada kemahuan disitu ada jalan....layan je...

    swiftlets-zone 4 all
    email me : shidey_zone@yahoo.com

    Wednesday 2 March 2011

    Kami Berjiran...Tapi Sang Walit Yang Membuat Keputusan...

    Persaingan yang sihat..inilah yang kita kehendaki...

    kaedah monkey house digunakan..lubang masuk dh ok tu....

    kaedah yang sama jugak ni...tapi lubang masuk dikecilkan sedikit ni...tapi masa saya lalu cni ternampak ada sang walit yang masuk ke bh ini melalui enterance hole...menarik je.. yang kecil ni...

    BH ini hanya sebelah je...masing bersaing demi mendapatkan hasil yang semaksimum yang mungkin...yang penting persaingat yang sihat perlu diwujudkan..buat apa kite nak dengki kepada BH yang lainkan..yang penting bagaimana kita hendak buat perubahan agar Bh kita turut didiami sang walit ini kan...anda buat..anda dapat...

    swiftlet_zone 4 all
    email me: shidey_zone@yahoo.com

    Tuesday 1 March 2011

    Istimewanya Sang Walit ini....

    BH seakan rumah orang...

     Lokasi : Pengkalan Kubor, Kelantan

    betapa bertuahnya sang walit kan....dulu ianya hanya mendiami gua-gua di kawasan bukit sahaja..tetapi kini manusia sanggup melaburkan ratusan ribuan dan jutaan ringgit membina rumah kepada sang walit ini...beruntung sungguh burung walit inikan...kita sendiri mendiami rumah yang tidak seberapa tetapi berani membuat rumah sang walit yang besar-besar pula...kenapa ek???? jawapannya satu sahaja iaitu kerana sarangnya yang mampu mencapai ratusan ribuan malahan jutaan rinngit jika dijual...bayangkan jika sarangnya berharga RM 5k sekilo dipasarankan...kalau di darabkan dengan 50 kilo sarangnya berapakah hasil yang akan diperoleh oleh taukeynya...tentulah ratusan ribuan rinngitkan...justeru, kini tidak asing lagi jika kita melihat bangunan yang didirikan seperti sebuah sekolah tetapi rupanya rumah sang walit sahaja...anda buat anda dapat...

    swiftlets-zone 4 all
    email me : shidey_zone@yahoo.com