Thursday 28 April 2011

Laporan Akhbar Sinar Harian Edisi Utara 28.4.2011 : Industri Burung Walit Berpotensi

laporan khas ni...dh banyak laporan sebegini di dada akhbar kini...

anda bacalah k...selamat membaca...tak jelas sila zoomm je..hehehe

ni pon sama jugak...zoom je kalau nk baca k...

ni company yang membuat seperti pelaburan...emm di nasihatkan anda buatlah bh ini ditanah sendiri k jangan bagi company lain atau consultant lain yang menguruskan duit anda...pelaburan anda buar..tapi hasilnya kelak n kemajuan bh anda anda tidak tahu langsung...akhirnya sape yang rugi...kalau buat sendiri anda boleh lihat dan pantau perkembangan sendiri kan...nasihatnya buatlah pilihan yang tepat k..

bacalah k...zoom je...

ni pula ruangan tanggungjawab JPV...veterinar lah...baca jugak k...layan je...hehhe

ni pula isu lesen burung walit...zoom gk kalau nk baca tau...hehehe


swiftlets-zone 4 all
emal me : shidey_zone@yahoo.com
phone : 012-5328332

Laporan Akhbar Metro 27.4.2011: Burung Walet Ancam Tanaman

hehehehe..cm lawak je bunyinya....

betul ke ni ek...em kajian dah dibuat ke ni...ataupun main bedal je artikel ni...statement yang dikeluarkan perlulah dengan bukti k...janganlah produktiviti pertanian cthnya di sini seperti padi tidak menjadai terus je salah kan burung walit ini...sedangkan banyak faktor yang menyebabkan terjadinya hasil padi yang kurang bermutu...sepertinya adalah musim banjir baru-baru ini dan juga terjadinya padi angin dan juga padi diserang oleh serangga makhluk perosak padi..macamlah burung walit ini memakan padi di sawah padi ini...

statement cmni perlulah dibuktikan dengan kajian k...jangan lah main hemtam kromo je...burung walit terlah terbukti memakan serangga kecil sahaja untuk makanannya...dan burung ini tidak sesekali makan padi pesawah...ataupun diorg marah sebab burung walit ini memakan serangga padi kot yang diorg bela untuk tmbh kan hasil pertanian...tapi apa jenis serangga tu...bgtau lah...bukti mana ek...huhuhu...bagi pengamal perwalitan ini maka apabila membaca artikel ini mesti nk tergelak de lah kn...ini yang dikatakan ilmu itu penting...hehehe

swiftlets-zone 4 all
email me : shidey_zone@yahoo.com
phone : 012-5328332

Bazooka Tweeter dan Fungsinya...

mampu memanggil burung walit sehingga lebih 5 km ni...

lihatlah bh ini...tidak cukup dengan tweeter luarnya..kemudian ditambah lagi dengan tweeter sekeling di luar kemudian tak cukup lagi ditambah pula dengan bazooka tweeter kt luarnya untuk memancing burung walit yang juah sehingga mampu mencapai berkilometer jauhnya.....dahsyat betul pemilih bh ni...semangat betul..sume telah dicubanya di sini..diharap hasilnya juga seperti yang dibuatnya...

pandangan dekat..adakah anda juga akan membuat seperti ini...boleh jugak kan...tetapi bh anda perlulah jauh dari penempatan sekeliling yang boleh menganggu ketenteraman mereka...jika tidak akan akan menjadi bahan cemuhan mereka ataupun bh ini akan diambil tindakan sendiri oleh mereka dengan menggangu bh anda seperti perbuatan khianat dan sebagainya...

hebat betul bh ini...kan...pandangan dari sudut bawah ke atas ini...lubang masuk yang besar juga memberikan keelesaan kepada burung walit untuk terbang memasuki bh ini tanpa gangguan...gaya terjun juga boleh dibuatnya di sini...papaun kita doakan kejayaan bh ini juga k...layan je...

swiftlets-zone 4 all
email me : shidey_zone@yahoo.com
phone : 012-5328332

Wednesday 27 April 2011

Design-Design Rumah Burung Walit (Bird House)

emmm mana satu pilihan anda ek...semuanya berkos ratusan ribu ringgit ni...pastikan anda tidak salah memilihnya..

 rumah burung walit design jenis inidibuat dengan memberikan keselesaan untuk burung walit masuk dan bermain di dalam bh..lihat sajalah design ini yang memberikan kelebihan untuk burung walit masuk dan berputar-putar dalam bh ini mengikut gaya yang disukainya...kawasan roving room yang luas memberikan keselesaan kepada burung walit ini..untuk bermain di kawasan tersebut sebelum terbang ke kawasan nesting room...

 design jenis ini pula mempunyai keistimewaannya tersendiri..monkey housenya yang besar mampu bertindak sebagai roving room juga...lubang antara lantai (LAL) dibuat sama besar dengan monkey house dan dibuat selari menghubungi tingkat atas dan bawah...cuma apa yang pentingnya pencahayaan yang banyak akan memasuki bh dan perlu dibuat ruangan sekatan bagi mengelak kawasan nesting room turut cerah nanti...

 design jenis pula anda dapat lihat monkey house dan lubang antara lantai (LAL) tidak selari..malah lubang antara lantai antara monkey house dan tingkat atas di buat sedikit kecil...cara ini dibuat untuk mengelak cahaya yang masuk terlampau terang di kawasan nesting room..LAL jenis ini begitu popular di buat oleh ramai consultan di luar sana...cuma LAL yang menghubungi tingkat 2 dan 3 tidak selari kerana mahu memberikan kebebasan untuk burung walit ini terbang menyusuri bh ini sebelum turung ke tingkat lainnya...dengan kata lainnya burung walit ini terpaksa bersusah payah untuk turun dari satu tingkat ke satu tingkat..design LAL jenis ini menyebabkan burung walit akan lebih suka membuat sarang di tingkat paling atas berbanding di bawah sekali...

 lihatlah lubang LAL yang selari dalam design jenis ini...burung tidak perlu bersusah payah untuk terbang jauh ke nesting room yang disukaiinya...perjalanannya juga singkat je..dengan sekali terjun je dari monkey house ia sudah mampu sampai ke tingkat yang paling bawah..cuma kaedah ini perlu dibuatkan sekatan agar dapat mengurangkan pencahayaan yang banyak dalam bh...

design bh 3D ini sangat menarik...design ini seperti gambar yang pertama sekali...lihatlah sekatan pencahayaan yang dibuatnya mampu mengurangi cahaya untuk memasuki bh....malah monkey husenya yang besar dan didepannya dibuat wall yang mampu bertindak sebagai penghalang suara panggilan luar ini agar tidak dikompen orang sekeliling jika tinggal berdekatan dengan perumahan...suara yang dihalang tersebut akan terpantul ke atas kembali kelak dan masih lagi mampu memikat burung walit...gaya ini juga sepeti gaya lubang masuk jenis terjun juga...jika lubang masuk tersebut dibuat besar anda akan dapat lihat burung walit yang bakal memasuki bh ini kebanyakkannya akan melakukan terjunan untuk masuk bh ini...dan dari pengamatan saya burung lebih gemar memasuki dengan gaya terjun ini..dan jika anda lihat di petang hari di bh yang berjaya sungguhpun monkey house yang dibuatnya sebagai lubang masuk tetapi bagi burung dewasa ini akan terbang dengan lajunya memasuki lubang masuk tersebut seperti pesawat sukhoi dan kemudian membuat terjunan yang menarik sebelum ke kawasan nesting mereka...

 design bh 3D ini juga menarik untuk diamati...lihatlah penghadang cahaya masuk yang dibuatnya sangat menarik sekali...penghadang ini dibuat agar dapat menyekat pencahyaan yang terang dari memasuki kawasan nesting room..design bh 2 tingkat ini wajar ditiru oleh bakal pengusaha baru kerana ianya mempunya kawasan roving room yang luas yang disukai oleh burung walit sebelum ke kawasan nesting room...di kawasan roving room ini dibuat sebuah kolam yang mana untuk menyejukkan bh ini...saya rasa design jenis ini akan cepat berjaya kerana saya sudah pernah memasuki bh yang design jenis ini yang mampu mengeluarkan hasil sehingga 3 kilo sekarang ini...

 design jenis ini dibuat kerana untuk mengurangkan cahaya memasuki bh...LAL yang tidak selari mampu bertindak mengawal cahaya memasuki bh dengan banyak...saya merasakan lubang masuk ini akan dibuat pada huruf P tersebut kerana mampu memberikan burung walit masa untuk masuk sehingga ke hujung monkey house ini sebelum membuat terjunan ke dalam bh tersebut...

design jenis ini pula sangat menyusahkan burung walit memasuki sehingga ke tingkat bawah sekali..lihatlah LAL yang dibuatnya aturannya semua di hujung bh dan tidak selari...burung walit terpaksa mengambil masa yang lama untuk untuk keluar dari bh ini jika ianya mendiami tingkat yang paling bawah...saya juga berpendapat tingkat yang paling bawah adalah kawasan yang paling terakhir sekali untuk burung walit bersarang...tu pun kalau semua tingkat yang lain telah penuh dengan sarang burung walit yang lain...tetapi tahukan anda cara untuk membuat burung walit ini turun ke kawasan paling rendah ialah dengan membuka lampu ditingkat paling bwh..biarlah seperti samar-samar sedikit...nanti kelak jika anda memasuki bh pasti akan ada tahi burung yang menandakan ianya telah mendiami atau turun ke tingkat tersebut...apapun anda yang memilih setiap design yang anda sukai dengan kos yang anda miliki...pastikan dibuat pilihan yang tepat terhadap semua design td...janganlah apabila dah dibuat bh tersebut kemudian apabila burung tidak masuk dan ada consultan lain pula dtg dan akan memberitahu anda bawah design tersebut salah dan dibuat perubahan...emmm kos lagi tuu..duit lah pe lag kalau nk ubahnya...apapun tepuk dada tanya hati tetapi Hati Dan Dada Yang Berilmulah....maksudnya buatlah kajian dan pembacaan dahulu sebelum turun dalam industri ini...janganlah hanya mengiku orang sahaja yang menceritakan kejayaan pelaburan dalam industri ini...tahukah anda hanya 20% sahaja yang berjaya dalam industri ini dan 80% lagi tidak berjaya dan masih terkapai-kapai mencari halatujunya tersendiri...anda buat-anda dapat...


swiftlets-zone 4 all
email me : shidey_zone@yahoo.com
phone : 012-5328332

Monday 25 April 2011

Cara-Cara Menarik Burung Walit Memasuki BH Hingga Ke Nesting Room

ramai orang terlupa cara jenis ini..

 lubang enterance hole yang menarik sekali..lihatlah berapa tweeter yang diletakkannya..tidak cukup dengan itu di kiri dan kanannya juga diletakkan 2 biji bazooka tweeter yang boleh memanggil burung walit ini dengan jarak yang cukup jauh sehingga 2-5 KM...perkara yang paling penting disini ialah jika burung walit tersebut terbang dan memasuki lubang ini maka sepetutnya terdapat pula tweeter yang memandunya terbang turun hingga ke peringkat roving room dan nesting room di dalam bh...untuk itu cara di bawah dilihat yang terbaik sekali...

 cara ini ialah dengan meletakkan aturan tweeter bersambungan antara satu sama lain dan dalam keadaan twweter tersebut diletakkan seperti selari yang mana mampu menarik perhatian burung walit ini kelak...selain itu kaedah ini digunakan agar burung walit ini tidak kelihatan seperti mencari suara tersebut yang apabila ianya melepasi tweeter utama di lubang masuk tadi maka sudah tiada suara luar tersebut yang memandunya ke peringkat lain pula..jika hal sebegini tidak dilakukan maka burung walit tersebut hanya akan keluar masuk bh sahaja kerana apabila ia memasuki lubang masuk td suara tersebut sudak tidak didengarinya dan ini akan mendorongnya keluar kembali keluar bh untuk menikmati suara luar tersebut....

 lihatlah gambar ini aturan tweeter ini dilakukan selari sahaja dan dapat mendorong burung walit untuk terbang sehingga ke tweetr yang terakhir iaitu hingga ke roving room dan nesting room...burung walit ini akan terbang melepasi tweeter 1,2,3,4,5,6 dan seterusnya sehinggalah ia sampai ke kawasan nesting room...cara sebegini sebenarnya bersesuainya untuk bh yang monkey housenya besar yang bertindak sebagai roving room atau pon bh tersebut lubang masuknya terus ke dinding....
 aturan tweeter yang menarik dan selari ini disusun sehingga ke kawasan roving room yang luas..selain itu ia bertindak sebagai jurupandu untuk burung walit ini ke kawasan yang sepatutnya dan burung ini tidak akan seperti ilang arah dan keluar kembali dari bh sebelum sampai ke kawasan nesting room..

 aturan tweeter ini juga boleh diletakkan seperti ini jika bh anda lebih dari satu tingkat dan menggunakan tangga simen sebagai lubang antara lantai atau LAL...kaedah ini ini begitu penting agar dapat memandu burung ini terbang sehingga ke level yang paling rendah dalam bh kita...

 jadi anda yang membuat pilihankan...sebaiknya kita mempermudahkan burung walit ini bukannya menyusahkannya untuk masuk dan mencari sendiri kawasan yang disukainya...sebaliknya kita perlu bertindak sebagai pemudahcara dalam hal ini....jika burung walit memasuki bh kita banyak maka kita juga yang untung kelakkan..jadi sama-samalah kita membuat pilihan yang mudah untuk burung walit memasuki bh kita...kegagalan dan kejayaan sesebuah bh juga banyak bergantung kepadanya...anda buat-anda dapat...hehee

swiftlets-zone 4 all
email me : shidey_zone@yahoo.com
phone : 012-5328332

Sunday 24 April 2011

Design Monkey House : Yang Mana Satu Pilihan Anda

bijaklah membuat pilihan..kejayaan dan kegagalan juga banyak bergantung kepadanya..


lihat lah perbezaan antara dua design monkey hole ini...ada yang mengatakan bahawa design gambar yang pertama adalah yang terbaik berbanding gambar yang kedua...entahlah...pada pendapat saya pula design monkey yang pertama ini turut mempunyai kelemahannya...antaranya ialah burung walit yang memasuki monkey houe ini tidak boleh berpusing-pusing dalam monkey house tersebut...sebaliknya burung tersebut perlu turun dengan terbang dengan sudut yang tajam untuk memasuki bh...ini kerana jika burung tersebut tidak terbang turun dengan sudut sedemikian maka burung tersebut akan melanggar wall yang dibut tersebut dan ini akan menyebabkan burung tersebut takut untuk turun ke dalam nesting room...dan akhirnya burung tersebut hanya keluar masuk monkey house sahaja tetapi tidak berani turun ke bawah...perkara ini banyak terjadi kepada burung-burung walit muda yang masih lagi takut-takut untuk turun dengan gaya terjun...tetapi jika kita tetap ingin memilih cara sedemikian maka enterance hole untuk burung tersebut perlu dipebesarkan agar burung terebut mampu terjun dengan bebas dan tidak sangkut atau terhantuk pada dinding...Tetapi harus juga diketahui bahawa masih banyak juga di luar sana yang meniru design lubang masuk sedemikian dan ada daripadanya juga telah berjaya menghasilkan puluhan kilo sarang burung walit ini...kesimpulan untuk ini ialah pengkajian perlu dilakukan jika memilih cara ini...iaitu jika selepas 3-4 bulan tiada burung walit yang sudi tidur dalam bh anda maka design monkey house jenis ini boleh dipersalahkan..cara terbaik anda ialah dengan melihat bh yang berdekatan atau sekeliling anda...jika banyak daripadanya menggunakan kaedah monkey house sedemikian maka anda bolehlah menirunya..ini kerana burung yang dikeliling tersebut yang akan cepat tertarik pembukaan bh anda dihari yang pertama..jadi anda sendiri yang membuat pilihan..

gambar ini pula menunjukkan design monkey house yang paling banyak ditiru dewasa ini...kaedah ini dikatakan memberi keselesaan kepada burung walit untuk berpusing-pusing dahulu dalam monkey house ini sebelum turun ke nesting room..kaedah ini banyak yang telah berjaya menghasilkan juga puluhan kilo...jika anda melalui jalan dan terpandang sesebuah bh maka anda akan banyak lihat design monkey houe yang begitu popular ini..cumanya saiz monkey house jenis ini ialah lagi besar lagi bagus kerana mampu menjadi tempat burung walit tersebut bermain dan berpusing-pusing mengikut suara dari tweeter luar tersebut sebelum turun ke nesting room..ada juga yang berkata design monkey house jenis ini tidak bagus dan burung walit tidak menyukainya...betul ke...kebanyakkan bh yang masuk hingga ke hari ini banyak yang menggunakan design jenis ini dan semuanya dapat dikategorikan sebagai bh yang berjaya...mana tidaknya..2 tahun sudah mampu mendapat 2-3 kilo sebulan...tetapi seperti diatas tadi juga anda dinasihatkan meniru design monkey house yang berdekatan dengan bh anda...tirulah yang berjaya sahaja...kalau yang tidak berjaya janganlah tiru pulak...selalunya bh yang berjaya ini burung walit seakan selesa dengan design jenis itu...jadi jika anda meniru design yang berjaya maka burung walit tersebut tidak perlu bersusah payah untuk memahami design bh anda tersebut yang mana sama sahaja dengan bhnya...jadi kita hanya merancang tuhan yang menentukan..usaha tangga kejayaan..

swiftlets-zone 4 all
email me : shidey_zone@yahoo.com
phone : 012-5328332

Saturday 23 April 2011

Cara-Cara Menambahkan Sarang Burung Walit Dalam BH : Sarang Tiruan

terbukti mampu memikat burung walit muda untuk bersarang..

 hanya menggunakan polisterin terpakai sahaja ni..tanpa kos lansung...

 ini pula jenis binder klip...asalnya digunakan sebagai klip kertas sahaja..tetapi mampu juga membantu burung walit membuat sarang ni...

 ini pula fake nest yang terdapat dipasaran kini...harganya dianggarkan RM 60 untuk 10 keping..

 contoh binder klip yang terdapat dipasaran...

 contoh fake nest yang terdapat di pasaran..dibuat menggunakan getah lembut ni...

 pandangan dekat clip binder tersebut,,,

 lihatlah bukti burung walit menyukai polisterin tersebut dan akhirnya bersarang di atasnya...

 yang ni pon sama juga...modal tiada untung ada...hehe

 ni pon sama...wah sarang bersih tu...tiada bulu langsung..mahal ni..hehe

 kelihatan anak burung walit menyukai fake nest ini dan bersarang di citu...

 polisterin masih lagi berada di kedududkan teratas dalam memikat burung walit muda untuk bersarang di atasnya...

 ini pon sama..so anda boleh juga menirunya...

 contoh binder klip tersebut setelah dipasang pada nesting plank

 burung walit telah membuat sarang di atas polisterin tersebut..3 minggu lagi siaplah ni rasanya...

 lihatlah bh ini..dalamnya di pasang polisterin dan binder ckip ini di hampir semua nesting plank..semuanya demi untuk memikat burung walit ini supaya bersarang dengan cepat...
 setelah burung walit ini bersaranag di atas polisterin tersebut maka kita bolehlah menanggalka polisterin tersebut setelah harvestnya dan digantikan di kawasan lain pula..kawasan polisterin yang lama tersebut akan menjadi tempat permanent untuk burung walit tersebut bersarang...

 pandangan dekat binder clip tersebut di pasang di nestig plannk..

 ini pon same jugak...

ini pon begitu juga..jadi andalah yang membuat pilihan k..cara-cara ini boleh dicuba juga k..yang penting kita merancangkan dan berusaha...lepas tu baru boleh bertawakal dan berdoa..hehe.

swiftlets-zone 4 all
email me : shidey_zone@yahoo.com
phone : 012-5328332

Thursday 21 April 2011

Kursus/Bengkel Burung Walit Di Selangor

kepada sesiapa yang berminat bolehlah mendaftar k...



Satu seminar/ kursus/ bangkel/(swiftlets Seminar, Swiftlets Course )akan diadakan seperti berikut:

Tajuk: Memiliki Rumah Walit (BHW- Bird House Walit) sebagai Aset Berharga. ( Kursus Fasa 4, Penternakan Burung Walit).

Tarikh : 28 MAY 2011 ( SABTU)*

Tempat : 48-M, Jalan Hentian 2. Off Jalan Reko , Pusat Hentian Kajang, Selangor
Masa: 8.30 pagi -hingga 4.30 ptg.
Yuran : RM 350.00 seorang*

Pendaftran - SILA CALL
6012-5917493

Dikendalikan oleh Damak Swiftlets Trading ( KT-0285082-H)
Nota ceramah , Sarapan pagi dan jamuan tengah hari disediakan .(maklumkan sekiranya Vegiterian)

Terbuka kepada semua yang ingin memiliki Rumah Walit atau suka kepada ilmu burung.
Berminat sila Hubungi atau SMS Damak :012-5917493
Yuran*
Kursus RM350.00 sila Bank in ke CIMB = 0313-0000486-105 atas nama Damak Swiftlets Trading.
Sila E-mailkan borang permohonan ke waletgroup@gmail.com

* Yuran boleh dijelaskan sekali gus atau Masukkan bayaran deposit RM100.00 ke ACC di atas. Baki boleh dijelaskan semasa hari kursus.
* Kursus akan diteruskan dengan kehadiran minimum 30 orang. Hanya Peserta 30 early bird akan mendapat suara percuma. ( Bernilai RM 200.00)

Insyallah!, ilmu dan kejayaan milik mereka yang sabar dan berusaha.

(sumber : waletgroup)

swiftlets-zone 4 all
email me : shidey_zone@yahoo.com
phone : 012-5328332

How To Control Temperature In Our BH...Part 4

cara ini tetap boleh ditiru tetapi kos tinggi jugak lah...

 wah kolam yang menarik betul dalam bh ini..boleh bela ikan cmni...

siap buat air terjun lagi tu....jadi ikan dapat idup dengan baik ni..boleh juga bela ikan perhiasan cmni

berapa banyak kolam simen seperti ini adalah bergantung kepada bajet anda juga...

 kolam panjang yang menghubungi nesting room dan roving room terus ni...

kolam simen ini siap ada kolam kecil plk utk menapis air pulak...dahsyat betul cara ini..modal? paham2 jelah...

lihatlah kedalaman kolam ini...boleh memelihara banyak ikan cmni...sebenarnya kolam simen memang mampu menurunkan suhu dalam bh kita...sy penah masuk bh yang tidak digunakan humidity langsung tetapi hanya menggunakan kaedah lama iaitu membina kolam simen..kolam yang dibina tidaklah terlalu besar dalam angaran 2x5 kaki 2 buah...satu ditempatkan di rooving room dan satu lagi di nesting room. ..ukuran bhnya adalah 20x40...ermmm ternyata apabila anda memasuki bh tersebut suhunya sejuk seperti diperlukan untuk burung walit...kini sahabat saya tersebut sudah mampu tersenyum dan menghitung sarang burungnya sebulan ke sebulan...dengar kata ujung tahun ni dah boleh harvest dan dianggarkan terdapat 2 kilo sarang burung walit dalam bhnya...tahniah kepada sahabat sy tersebut...jadi kepada anda boleh lah juga meniru cara ini k..

swiftlets-zone 4 all
email me : shidey_zone@yahoo.com
phone : 012-5328332