Monday 25 July 2011

Hujan Oh Hujan...Bila Kau Mau Turun....

beginilah gambar sebuah bh ketika cuaca mendung mahu hujan....


sebuah bh di SP yang sempat saya ambil gambarnya...lihatlah ketika ini banyak burung mula mengerumuni bh ini...tahukah anda apabila cuaca sejuk seperti nak hujan maka burung walit akan pulang awal ke bhnya...sebab ketika itu banyak makanan yang telah diperolehinya dan ianya akan segera pulang ke bhnya untuk berehat...dan musim hujan juga merupakan musim bagi burung walit ini bersarang dan bertelur...maka sebab itu apabila tibanya musim hujan maka semua pengusaha burung walit ini akan mengambil semua sarangnya agar burung walit ini dapat membuat sarangnya yang baru dengan lebih cepat

swiftlets-zone 4 all
email me ; shidey_zone@yahoo.com
phone ; 012-5328332

Senangnya Dalam Hati...

Gambar Salleh Yaakob Dan Familinya...

 wah dengan empat orang isterinya semasa bercuti di China...

SY dan semua ahli keluarganya semasa bercuti di sana...diharap SY akan berbahagia bersama 4 orang tersayang...I 4 LLOW...hehehe...janagan marah k...layan je...

BH Anda Terlalu Cerah? Anda Mahukan Nesting Room Gelap? Cuba Kaedah Ini...

kepentingan kegelapan di kawasan nesting room...cara ini boleh ditiru...

 kaedah menggunakan partion untuk mengawal kegelapan banyak digunakan kini...tahukah anda burung walit sangat suka bersarang di kawasan gelap...walalupun ada teori yang mengatakan ada juga burung walit yang suka membuat sarang di kawasan terang,,,tetapi hakikatnya banyak burung walit ini suka mendiami kawasan nesting room yang gelap...jadi pelbagai kaedah boleh digunakan untuik menggelapkan rungan nesting room anda...

 kaedah yang sangat sesuai ialah dengan menggunakan partion sebagai ruang pembahagian antara setiap kawasan nesting room...cara ini sangat sesuai kerana ia secara tidak langsung dapat menggelapkan ruangan burung walit ini bersarang...di samping itu juga ianya mampu mewujudkan bilik-bilik khas untuk bruung walit ini bersarang....

lihatlah setaip gambar ini...banyak bilik dihasilkan dengan partion ini...tapi sebelum memasangnya maka buatlah kajian dahulu arah mana burung walit terabng memasuki bh anda sehingga ke nesting room..jika sudah kenaliny amaka laluan tersebut jangan di buat partion sebalik di sebelah lain dibuat...hal ini kerana untuk mengelakkan kita menganggu ruangan laluan kegemaran burung walit ini terbang...banyak bh telah menggunakan kaedah ini dan ianya terbukti kejayaannya...jadi anda boleh mencubanya k...

swiftlets-zone 4 all
email me : shidey_zone@yahoo.com
phone : 012-5328332

Wednesday 20 July 2011

Gambar-Gambar Rumah Burung Walit Dan Sedikit Perkongsian

macam-macam cara dan design rumah burung walit kini

sebuah rumah burung walit dengan saiz yang kecil iaitu kira-kira 10x20 sahaja tetapi dibuat tinggi tiangnya...pastikan tiang ini kukuh...jangan ribut datang je terus terbalik..kita yang rugi nanti...

 sebuah rumah burung yang dilengkapi hexagon dan kain neting untuk mengawal suhu panasnya dari meyerap ke dalam bh...good idea...lokasinya juga strategik ini di keliling hutan sedikit yang menjadi kawasan mkanan burung walit...
 sebuah rumah atau stor lama yang telah di upgrade menjadi bh...walaupun kecil dan rendah tetapi disebabkan ianya dibuat di kawasan lapang maka memudahkan suara ini terpancar dan mudah burung walit turun ke bh ini...monkey hiuse yang besar seperti ini juga menjadi keselesaan burung walit...satu tingkat pon berjaya jugak kan...

 lubang masuk dan simple tapi memudahkan burung walit ini masuk...luang masuk ini tersu menghubungkan kawasan roving room yang besar akan menjadi keselesaan burung walit ini...lokasinya yang berdekatan dengan pantai sangat baik dibuat menggunakan bata merah dan kokrit kerana akan menadi suhu dalam bh lagi sejuk dan di sini kerangka besi tak boleh digunakan sebab akan cepat karat...

 sebuah bh pandangan dari atas bukit ini...monkey house yang kecil menyukarkan burung walit untuk turun..tetapi kalau nk buat kecil sebegini pastikan lubang masuk itu besar keraan burung ini akan terjun terus sahaja ke dalam bh...buatlah keputusan yang bijak...

rumah burung menggunakan kerangka besi ni...boleh dibuat malah banyak juga yang telah berjaya...tetapi pastikan jangan terlalu lembap di dalamnya agar bh ini dapat bertahan dengan lamanya...lagi satu bh sebegini perlu dibina berdekatan dengan rumah kita...kerana keselamatannya yang tiada dan mudah dimasuki oleh pencuri malahan takut juga ribut datang sekali je terus terbalik dan terbang di bawa angin...pastikan juga struktur asasnya juga kuat k...layan je..hehehe

swiftlets-zone 4 all
email me : 012-5328332
phone : 012-5328332

Rumah Burung Menggunakan Kerangka Besi...

berhati-hatilah menggunakannya....


 rumah burung kini mampu di bina menggunakan struktur apappun...malah ada yang menggunakan kayu dan ada juga yang menggunakan besi...tetapi cara yang terbaik menggunakan bata simen...Tetapi jika anda berminat menggunakan kerangka besi bagi menjimatkan kosnya tiada halangan...tetapi pastikan beberapa cara anda perlu mengambil perhatian...jika anda membuat kerangka jenis besi maka pastikan jangan menggunakan humidifier berpanjangan ataupun membuat kolam yang besar seperti ini dalam bh anda...perkara ini ialah bagi mengelak bh anda tersebut terlalu sejuk yang mana haba atau wap sejuk mampu diserap oleh besi tersebut yang mana lama -kelamaan iaiatu dalam tempoh 10 tahun atau kurang maka bh anda akan menjadi tidak kukuh apabila bh tbesi tersebut telah menjadi karat...maka anda juga yang akan rugi kan...


bh sepatutnya tahan seuumur hidup seperti rumah kita juga yang mana boleh di warisi oleh semua anak cucu kita...tetapi jika ianya sudah tidak selamat dan tidak tahan sedangkan ketika itu burung banyak mendiami bh kita maka sudah tentu kita juga yang rugikan apabila besi dan struktur tersebut tidak kuat ataupun rosak yang mana perlu penggantian sepebuhnya...tapi jika anda berminat juga membina dengan kos yang rendah ini pastikan kolam air tersebut tidak terlalu dekat dengan besi-besi ini...cara yang lain untuk keselamatan ialah dengan anda mensimenkan sekali besi tersebut yang mana agar tidak kelihatan yang mana mampu memberikan kekuatan lebih dari tadi...sekadar cadangan dan perhatian kepada anda sahaja k...anda buat..anda dapat...layan je...

swiftlets-zone 4 all
email me : shidey_zone@yahoo.com
phone : 012-5328332

Apabila Orang Tidak Memahami Habitat Burung Walit...

kesian burung ini sering dipersalahkan

tahukah anda kini banyak orang komplen mengenai burung walit ini...sehinggakan ada yang berkata bahawa kehadiran burung walit yang banyak ini telah mencemarkan dan mengotorkan bandar-bandar dengan najis tahi burung ini yang berada di mana-mana malah sehinggakan mereka terkena najis ini ataupon kenderaan dan infrastruktur awak yang lain turut terkena dengan najis ini seperti di gambar ini..orang yang sering mempersalahkan kejadian sebegini adalah mereka yang tidak memahami habitat burung walit ini atau pon tiada ilmu mengenainya...

burung walit sangat istimewa berbanding burung lain kerana burung ini apabila keluar dari sarangnya ia tidak akan hinggap di mana-mana pun kecuali rumahnya...sebab itu jika kita terpandang di atas wayar elektrik contohnya banyak burung ini bertenggek maka ketahuilah oleh anda bahawa burung itu bukan spesis burung walit tetapi inya adalah burung layang-layang...maka kebanyakkan najis itu bukan di buat oleh burung walit ini sebaliknya burung lain...jasi janganlah kita membuat keputusan selagi kita BUTA tentang burung walit ini...kerana susu sapi yang mendapat nama...buatlah keputusan dengan ilmu di dada bukanlah demi meraih sokongan tertentu...fakta mampu menarangkan segalanya...apabila seseorang itu bercakap benda yang bohong ataupon khabar angin apabila diberitahu seramai 10 orang maka berita palsu tersebut kelak akan menyebabkan orang turut mempercayainya...petikan kata-kata hikmah ni...hehehe...jadi bercakaplah dengan fakta bukanlah dengan Pembohongan semata-mata...layan je...

swiftlets-zone 4 all
email me : shidey_zone@yahoo.com
phone : 012-5328332

Tuesday 19 July 2011

Kisah BH Yang Malang...

cerita lama ni...kisah menjadi teladan...

bh ini dengar kata telah menghasilkan puluhan kilo sebulan..ianya merupakan awalnya sebuah supermarket yang didirikan tetapi tuan punya bagunan ini akhirnya telah mnukarkan design ini menjadi rumah burung walit..pada awalnya tiada sesiapa yang tahu potensi industri ini dan apa yang dibuat oleh taukey ini...tetapi kini apabila orang mula mengetahui industri ini dan bijak untuk komplen kepada PBT ini lah hasilnya...BH ini tidak mendapat lesen pembinaan rumah burung walit oleh PBT...apabila puluhan surat telah di hantar oleh PBT supaya bh ini ditutup dan dengan kedegilan ownernya maka PBT telah menggunakan kuasa meraka iaitu meruntuhkan BH ini...emmm bagaimanakah nasib ribuan burung walit yang mendiami bh ini ek...sudah tentu mencari bh baru pula untuk didiami..apabila bh ini diruntuhkan maka sudah tentu bh yang didirikan tidak berjauhan dengan bh ini pula yang mendapat untung iaitu ribuan burung walit ini berpindah ke bh nya...kisah ini perlu dijadikan teladan yang mana jika kita mendapat banyak surat dari PBT kelak berkaitan halangan industri ini saya merasakan lebih baik kita pergi berbincang seeloknya dengan meraka mencari penyelesaiankan..tak cuba tak tahu...may be mereka ada kaedah untuk kita menjaga bh kita kan...ikutlah aturan dan undang-undang oleh PBT...kalau ikut kita je maka mungkin kita akan tergolong dalam kisah sebegini pulak...hehehe...layan je..

swiftlets-zone 4 all
email me : shidey_zone@yahoo.com
phone ; 012-5328332

Cara-Cara Memasang Nesting Planks Bertingkat

cantik dan kemas sahaja melihatnya...

 hanya yang pakar sahaja mampu membina nesting plank jenis ini...banyak yang jumpa tukang dan consultan bh ini yang tidak mahu membina nesting plank jenis ini kerana meraka tidak tahu...hehehe...

 anda lihat kaedah yang dipasangkan oleh tukang ini..beliau menggunaka kayu 1'2 juga sebagai pendokongnya untuk membuat seperti aturan tangga..

 apabila siap maka ianya dipasangkan di shiling bh anda,,,jangan buat banyak sangat tingkat keraan takut  berat dan mempunya bebanan yang berat pula untuk ditanggung oleh kayu nesting atasnya...

kelihatan kemas sahaja....kalau papan jenis bertingkat ini dipasang dalam bh anda yang hanya saiz 20x20 sahaja maka tak mustahil bh tersebut juga mampu menghasilkan puluhan kilo sebulan sekali harvest apabila penuh kelak...layan je...

swiftlets-zone 4 all
email me : shidey_zone@yahoo.com
phone : 012-5328332

Kenapa Burung Walit Tidak Memasuki BH Apabila Suara Luar Dimainkan

salah satu puncanya juga ni...

ramai beranggapan bahawa apabila bh di siapkan dan panggilan suara dibuat burung walit sudah tentu akan memasuki bh..jika ianya masuk alhamdulillah maka kita telah melakukan perkara yang betul...tetapi jika burung just berlegar-legar sahaj di luar bh dan enggan memasuki bh maka beberapa perkara perlu di kaji..

1) adakah suara luar panggilan yang dimainkan tersebut adalah suara sebetulnya bukan duress sound atau suara test lokasi..untuk makluman suara test lokasi hanya sesuai untuk test lokasi sahaja jangan sesekali di pasangkan pada bh anda...suata test lokasi ini ialah suara stress sound yang keluarkan oleh burung walit apabila ianya dalam keadaan seperti ketakutan...suara tersebut sememanynya akan menarik banyak walit mengunjungi bh anda tetapi tiada yang akan sudi menginap dan memasukinya.

2) adakah aturan tweeter di dalam lubang masuk burung itu di susun dengan betul..seperti pic di atas..banyak orang telah meniru memasng tweeter jenis itu..ada yang burung takut masuk dan ada yang betul..jika tiada burung memasuki bh cuba anda ubah dan pasangkan dengan cara yang kedua di sebelah nya pula...

3)adakah suara luar terlalu keras atau kuat???tahukah anda suara luar yang kuat juga ditakuti burung walit ini...sebenarnya ada tweeter luar yang apabila di pasang kuat mampu mengeluarkan suara tidak clear dan seperti harming yang mana menyebabkan burung takut untuk memasuki lubang masuk tadi..saya pernah melihat sendiri suara luar yang dipasang kuat tiada burung sudi memasuki bh..tetapi suara yang sama apabila di perlahankan dengan tone yang betul maka berpusu-pusu burung walit ini baru berani keluar-masuk bh..

4)adakah lubang masuk burung anda besar dan ikut saiz yang bersesuainya...hal ini sangat penting jika lubang masuk burung anda kecil maka burung ini akan ambil masa sebelum berani turun mencari punca suara tersebut..jika lubang masuk kecil dan sukar baginya takkan burung nak masuk pulakkan yang mana kelak jika sayapnya tersangkut maka ia akan mati pula...

5) ada lagi sebab yang lain kenapa burung walit tidak memasuki bh apabila suara luar dimainkan...untuk permulaannya baik anda mengkaji akan perkara ini ini dahulu k..

swiftlets-zone 4 all
email me : shidey_zone@yahoo.com
phone : 012-5328332

Saturday 16 July 2011

Serangga Utama Makanan Burung Walit

semuanya terdapat di sekeliling anda....

serangga di atas adalah makanan utama burung walit...burung walit ini memakannya dengan cara menyambar..sebab itu anda akandapat saksikan adegan ini adalah semasa lepas hujan...apabila selepas hujan turun adegan memakan serangga ini banyak dilakukan dengan koloninya yang lain...selalunya apabila hujan serangga yang terabang ini sukar untuk terbang mencari tempat yang selamat..hal ini kerana sayapnya yang basah menyukarnya untuk terbang dengan laju mencari kawasan yang selamat...alamatnya selamatlah ianya menjadi makanan sang walit ini...sebab itu juga burung walit ini selalunya terbang rendah berdekatan sawah padi dan kawaan belukar...semuanya demi mencari serangga jenis inilah...apabila anak burung walit ini menetas ibunya terpaksa menambahkan pencarian makanan burung walit ini sebanyak 3-4 kali ganda..ini kerana ianya perlu untuk menyuapkan anaknya juga dengan makanan dari serangga jenis ini juga...layan je..hehehe

swiftlets-zone 4 all
email me : shidey_zone@yahoo.com
phone : 012-5328332

Material Berbeza Tetapi Objektifnya Tetap Sama

apa yang anda dapat bezakan tentang dua gambar ini???


 gambar ini menunjukkan humidifier berfungsi dengan baik dan ditutup dengan penutup yang mempunyai 4 corong untuk menyebarkan mist air tersebut ke ruangan yang berbeza..tahukah anda bahawa humidifier jenis ini atau jenis type chicken ini tidak dijual dengan penutup jenis ini..untuk penutup ini sahaja mampu mencecah sehingga RM 100 ringgit pula..wah dua kali bayar ni...apabila penutup ini di pasang maka risiko lantai anda terlalu basah dapat dikurangkan..bayangkan jika humidifier ini dipasang di tingkat 2 atau 3 maka apabila lantai bh tersebut terlalu basah maka ianya akan mendorong juga nanti nesting plank di tingkat di bawahnya akan turut basah yang mana lama-kelamaan akan menjadi kulat ataupon rosak terus sahaja..kalau di tingkat bwah sekali tiada masalah kerana ianya lantai terakhir..jadi di cadangkan supaya anda menutup humidity jenis ini dengan pelbagai cara kreatif anda..antaranya seperti ini..kalau hendak bajet ciput lah..hehehe


cara ini ialah dengan menutupnya menggunakan tikar getah sahaja...tetapi seeloknya di tutup jangan terlalu rapat dengan punca mist ini kerana kelak mist ini tidak mampu keluar untuk menyejukkan bh anda...seeloknya ianya ditutp dengan memberikan ruangan agar kipas dan mist ini dapat berfungsi dengan baik...ataupun sekurangnya 1 kaki dari punca kipas yang menyebarkan mist tersebut...emm cara ini kalau anda hendak bajet ciputlah k...jangan kompeln pulak nanti..hehehe..ramai orang kita sekarang ini hendak yang canggih tapi bajet ciput...hendak hasil yang tinggi tapi bajet ciput...entahlah sama-sama kita fikirkan...layannn je...

swiftlets-zone 4 all
email me : shidey_zone@yahoo.com
phone : 012-5328332

Idea Yang Sangat Kreatif Jugak Dalam Memancing Walit

apa yang anda fikirkan dengan fambar ini???


sekali tengok mesti tak perasankan..semuanya nampak biasa sahaja...sama seperti bh yang lain juga..yang mempunyai nesting planks untuk burung walit bersarangkan...tetapi lain gambar ini...Apa yang anda dapat perhatikan dengan jelas di situ ialah seekor burung walit sedang berehat di kawasan nesting planks...cuba anda perhatikan di bawah burung itu pula iaitu di dinding..apa yang speselnya ek...

istimewa di sini ialah owner bh ini telah melukisatay mengecat seperti gambar burung walit yang sedang berehat di dinding dalam bh ini di kawasan nesting plank..tengok dari gambar ini macam real je burung walit tetapi apabila diperhalusi ianya merupakan gambar seakannya yang telah di cat menggunakan cat hitam..em adakah burung walit itu menginap di dalam bh ini disebabkan oleh lukisan itu ek...entahlah..tetapi sekadar nak mencuba tiada salahnya kan..tak de effect apapun...inilah merupakan salah satu kaedah juga untuk memancing burung walit agar menginap dalam bh kita..anda buat anda dapat...layan je..

swiftlets zone 4 all
email me : shidey_zone@yahoo.com
phone : 012-5328332

Monday 11 July 2011

Crazy Idea : Swiftlets House

semuanya demi potensi industri ini...


 lihatlah gambar ini..apa yang dapat anda bayangkan..dahsyat betul kan idea diorg ni..semuanya demi untuk menceburi bidang perwalitan ini..rasanya mereka ini sudah tiada tanah langsung untuk didirikan bh kan...sebab itulah cara dengan mengrenovate tempat kediaman mereka menjadi bh..jika anda berminat untuk mengrenovate umah anda juga menjadi bh maka disarankan supaya tapak asas tersebut mampu menampung dan menanggung beban yang berat di atasnya...bukan apa industri ini adalah industri seumur hidupkan...kit atak mau apabila 5 hingga 6 tahun kemudiannya runtuh...jadi anda juga yang rugikan...

gambar ini juga seperti gambar di atas tadi..asalnya sebuah rumah lama kemudiannya ditukarkan menjadi rumah burung..semuanya demi hasil sarang burung yang bernilai tinggi di pasaran..jadi disebabkan harga tanah yang tinggi maka ownernya telah membuat keputusan untuk menukarkan rumah ini menjadi bh..anda buat anda dapat...

swiftlets-zone 4 all
email me : shidey_zone@yahoo.com
phone : 012-5328332

Jom Baca Maklumat Asas Tentang Burung Walit Ni...

sekurangnya anda tahu apa itu burung walit dan habitatnya..


bacalah dengan teliti k..dan fahamilah semuanya...sekurangnya anda akan dapat sesuatu darinya..bermula sejarahnya dan kemudianya sehinggalah bagaimana anda ingin mendapat lesennya dari pihak PBT ini...tak nampak sila zoommmkan k..bagi sampi nampak dan boleh baca...semuanya terkandung dalam gambar di atas...


di sini juga diceritakan mengenai loan-loan yang anda boleh dapati untuk membina rumah burung walit ini...saban tahun peruntukan yang diberikan oleh BANK terhadap pinjaman untuk rumah burung walit ini bertambah...inilah yang dikatakan potensinya keuntungannya yang semakin digilai oleh pemain dalam industri ini...zommkannya dan bacalah k...layan je...

swiftlets-zone 4 all
email me : shidey_zone@yahoo.com
phone : 012-5328332

Kepentingan Test Lokasi Sebelum Membina Rumah Burung Walit

perkara pertama dan teratas sekali yang perlu di buat ni....

 perkara asas ini perlu anada buat sebelum membina bh...hal ini bagi menentukan lokasi anda tersebut mempunyai burung walit dalam bilangan yang banyak atau pon sedikit...kerana faktor ini juga memainkan peranan mengenai kegagalan dan kejayaan bh anda kelak..adalah disarankan di sini supaya anda buat lah sendiri test lokasi tersebut k ataupon suruh sahaja konsultan yang akan membina bh anda tersebut membuat test lokasi dahulu sebelum membina bh...jangan datang je kata OK...dan terus buat bh...


pelbagai cara anda boleh guna untuk test lokasi ini...anda boleh juga menggunakan audio kereta yang mempunya usb port lah..cucuk je ctu n pasangkan kuat-kuat sound tersebut...tetapi hasilnya agak kuranglah kerana suara tersebut tidak akan tertumpu jauh...tetapi hasil juga anda dapat tengok sendiri...ada juga yang menggunakan telefon sahaja....cara ini pernah saya cuba tetapi sekadar suka-suka sahaja...iaitu rakamkan video suara test lokasi tersebut kemudiannya apabila berada dlm hp anda maka anda bolehlah mainkannya di tempat yang anda rasa nk test...tapi telefon yang anda nak test tersebut pastikan mempunya speeker yang kuat maka barulah boleh dengar...yg tadi sume adalah cara bajet sahaja....kalau cara yang terbaik ialah dengan suruh konsultan tersebut test lokasi bh anda dengan alatan yang dipunyainya iaitu speeker yang jernih yang mampu memancing burung walit hingga datang ke arah suara tersebut...jadi anda akan rasa cepat teruja apbila melihat koloni burung yang datanag...jadi di sini, berapa banayak burung yang datang ke bh anda nanti mampu menceritakan kisah bh anda pada masa akan datang...ianya dapat di gredkan seperti:

Super AA - 100 ekor ke atas
A - 70-100 ekor
B - 50-70 ekor
C - 30 - 50 ekor
D - 1 - 30 ekor
GAGAL - 0 ekor

jadi andalah yang membuat pilihan k...gred di atas hanyalah penilaian saya sahaja..sape yang tak setuju dan tak puas hati biarlah.jangan komplen....hehehe...layan je

swiftlets-zone 4 all
email me : shidey_zone@yahoo.com
phone : 012-5328332

Wednesday 6 July 2011

Air Liur Emas Rezeki Daripada Langit : Solat Sunat Dhuha Mampu Memberikan Rezeki Yang Baik

semua orang Islam boleh mencubanya...

kalau tak nampak ayat ni sila Zommkan k...

betul ke ni...em kalau tak betul pon anda dapat pahala gk kan..Tetapi dalam ayat doa dalam sunat dhuha tersebut ada menyebut tentang "jika rezekiku masih di langit maka turunkanlah" jadi burung walitkan terbang ke langit kan...maka ayat ini sangat sesuai bagi orang Islam yang menceburi bidang industri perwalitan ini...cubalah sembahyang sunat dhuha ini...manatau InsyaAllah rezeki anda telah termaktubkan...apapun tidak salah mencuba selain kita tetap mendapat pahala dari Yang Maha Esa...

swiftlets-zone 4 all
email me : shidey_zone@yahoo.com
phone : 012-5328332

Keajaiban Burung Walit Dan Suara Azan

betulkan ini..kebetulan sahaja atau pun sememangnya telah tersurat.....

(petikan dari jahani) tak clearke...em zoomkan je...

pernahkan anda terpikir mengenai perkara ini...bagi yang telah mempunyai rumah burung walit rasanya anda sememangnya telah perasan akan perkara ini...pernahkah anda terpikir sebenarnya burung walit ini terdorong menjadikan panduan suara azan ini sebagai menentukan waktunya bangun dan pulangnya ke bh..jika gambar di atas kecil tak boleh baca maka anda boleh zoomkan je k...jika anda membuat pemerhatian sendiri pon anda akan perasan iaitu azan subuh dijadikan panduan untuk burung walit ini keluar dari bh untuk mencari makan di kala hari...dan azan maghrib menjadi tanda menentukan burung walit ini masa untuk pulang ke bhnya...jadi adakah ini kebetulan atau pun telah tersurat...fenomena ini juga sering diperdebatkan dahulu...malah di Terengganu dan Kelantan malah di Indonesia kebanyakan bh yang berdekatan masjid dan surau semuanya dilihat berjaya menghasilkan puluhan kilo sebulan...adakah perkara ini benar atau kebetulan sahaja...saya rasa ramai yang ingin menkajinya...malah dahulu ada juga mendengar seorang sahabat saya yang ingin menkompose suara burung ini berlatarbelakangkan bunyi azan agar burung banyak masuk bhnya dan cepat bersarang...tetapi apabila di pandang dari sudut yang lain pula bimbang jika disalahguna maka hajat sahabat tersebut tidak diteruskan...jadi fenomena ini tetap terjadi dan kita tidak akan mampu memberhentikannya...kepada semua pemilik tanah yang tidak jauh sangat dari suarau dan masjid may be boleh mencuba tetapi jangan sampi bising di tegur tok imam sudah lah...dan kacau orang nak sembahyang pula..alamatnya tidak tenteramlah bh tersebut...hehehe

swiftlets-zone 4 all
email me : shidey_zone@yahoo.com
phone : 012-5328332

Tuesday 5 July 2011

Gangguan Burung Walit : Kenapa Terjadi

laporan akhbar yang lalu

kenapa orang sering komplen gangguan burung walit...pada pandangan saya semuanya banyak berpunca daripada gangguan bunyi suara luar dari tweeter yang di pasang oleh owner bh tersebut...sebab itu di syorkan pembinaan bh ini jauh dari penempatan manusia...jika berdekatan dengan penempatan manusia maka keadaan orang sekeliling perlu juga diambil kira...janganlah demi untung kita sanggup menghiraukan mereka...dulu mereka hdup aman sahaja...dengan ada bh di kawasan mereka maka telah mengganggu ketenteraman di kawasan tersebut...kalau kita pon kita kan mrh jugak kan...jadi sentiasalah tegur jiran anda tersebut dan berbincang dengan mereka...

ada satu kes yang wajar di contohi yang telah berlaku kepada kawan saya di kulim yang mana bhnya di bina dalam sebuah kampung...apa yang menariknya beliau sering berbincang tentang bhnya dengan masyarkat sekeliling...pendapat mereka diambil kira...malah untuk tune amplifiernya untuk memainkan suara burung walit juga dipanggil mereka...dia kaan bertanyakan kepada mereka samada kuat ke tak suara tersebut...sehinggalah msayrakat di situ kata PASS..suara level ni ok tak mengnaggu mereka...maka dia pon tune mngikut kehendak masayarakat di situ...apa yang penting burung walit ini walalupun perlahan tetapi tetap dapat mendengar suara yang dimainkan...kini setelah setahun 10 bulan sarang burungnya telah ada 68 biji...alhamdulillah...komplen tiada untung ada...hehe...jadi sentiasalah memahami jiran terdekat dengan bh anda k...

swiftlets-zone 4 all
email me : shidey_zone@yahoo.com
phone : 012-5328332

Sunday 3 July 2011

Khabar Gembira Dari Penang

Sharing is Caring....sinar harapan kini kembali menyinari

Petang tadi saya telah berjumpa dengan seorang sahabat yang telah menceburi bidang perwalitan ini dari Penang...Alhamdulillah setelah temujanji berjaya dibuat kami telah berjumpa di Sungai Dua..pertemuan kali ini dibuat kerana sahabat ini ingin membeli koleksi suara burung walit yang saya ada...untuk pengetahuan juga sebelum ini sahabat ini telah membeli suara burung walit dengan saya juga iaitu baby king dan black cloud..Alhamdulillah perkembangan positif suara tersebut telah memberikan harapan yang tinggi dan akhirnya beliau bersetuju membeli semua koleksi saya tersebut...

apa yang mengembirakan hati saya ialah apabila beliau mengatakan bahawa sebelum ini perkembangan sarang burung walitnya tidak berkembang setelah rumah burungnya diserang oleh burung hantu dengan habis semuanya dimakannya..setelah itu alhamdulillah blog ini telah menemukan kami dan beliau mencuba koleksi baby king dan black cloud saya...alhamdulillah kini rumah burungnya kembali menunjukkan tanda yang positif dan dengar kata kira-kira lebih 20 biji sarang kini telah ada dalam bhnya...Alhamdulillah...

Perkara kedua yang mengembirakan saya juga ialah sahabat itu juga telah memberikan suara tersebut pada sahabatnya yang telah mempunyai rumah burung walit yang diusahakannya selama 4 tahun dan HANYA mempunyai 4 sarang sahaja...Alhamdulillah apabila sahabatnya memakai suara tersebut dalam tempoh sebulan sahaja perkembangan bhnya semakin baik apabila telah ada beberapa nesting mark yang baru...alhamdulillah nampaknya usaha saya membantu dengan cara ini juga berjaya mewujudkan kembali sinar harapan kepada mereka...saya berharap mereka mendapat hasil sarang burung walit ini dengan cepat...marilah kita sama-sama mendoakan kejayaan mereka ini kembali berterusan...sharing is caring...layan je...(sory tak sempat pula ambil gambar tadi..hehee)

swiftlets-zone 4 all
email me : shidey_zone@yahoo.com
phone : 012-5328332

Rumah Burung Walit Yang Gagal : Ilmu Perwalitan Penting Diketahui

kenapa perkara sebegini masih lagi terjadi...

 lihatlah gambar ini...kenapa perkara sebegini masih lagi terjadi sedangkan saya sudah mengesyorkan supaya pembacaan dan ketahuilah ilmu tentang perkara asas dalam rumah burung walit ini...janganlah kita kelak menggigit jari dan menunggu perkara yang tidak akan terjadi...seperti pungguk rindukan burung..semuanya kerana tiada ilmu dan apabila di tanya pada konsultan sabarlah..nanti akan ada burung yang akn datang tidur dan bersarang...sedangkan hakikatnya kita tiada tahu langsung basic dalam industri ini dan hanya ingin ceburinya sebab Orang Kata Bisnes Ini Untung...dahlah tu silap pulak lantik konsultan..tahukan anda kini ramai konsultan yang mengambil kesempatan...semuanya juga baru dalam industri ini...akhinrnya tweeter juga di pasang salah...contohnya dalam gambar ini...kesalahan yang tidak dapat dimaafkan ni...dah la tu..serangga macam lipas juga banyak dalam bh ini...mustahil burung akan datang tidur dan bersarang dalam bh ini...alamatnya rugilah anda...

kesalahan kelas 1 ini cukup tinggi dan sukar dimaafkan...jika anda lihat kini konsultan anda sedang memasang tweeter dalaman dalam bh anda sebegini iaitu dengan tweeter dihalakan ke atas maka tegurlah dia suruh pasang dengan cara betul...kalau anda terpandang cara ini maka anda juga akan tahu bahawa konsultan itu tidak tahu langsung tentang pembinaan rumah burung ini...maka anda akan menenpah kegagalan...jadi buatlah kajian sebelum membuat keputusan...ratusan atau puluhan ribuan ringgit yang dibelanjakan haruslah mendapat pulangan yang setimpal...tepuk dada tanya hati...kenali dulu perkara asas dalam industri ini sebelum membuat keputusan turun dalam bidang ini...layan je...

swiftlets-zone 4 all
email me : shidey_zone@yahoo.com
phone : 012-5328332

KampungKu Kini Pesat Dengan Industri Burung Walit : Think Positive Atau Negative

Dulu aku penah berangan untuk membina bh di sini...tetapi kini...

 kini perkembangan industri burung walit ini sangat cepat membangun dan sukar di gugat...setelah bh saya siap pada tahun lepas saya pernah berangan untuk membuat bh kedua di kampung halaman sendiri iaitu di jitra kedah,....tetap disebabkan bajet masih belum mencukupi maka hajat tersebut saya tangguhkan seketika...Tetapi...

 nampaknya potensi lokasi yang telah saya kaji ini juga telah dikaji oleh orang lain juga dalam perkembangan industri ini...anda bayangkan dalam setahun lebih sahaja kira-kira 8 hingga 10 buah bh telah didirikan di kawasan ini iaitu Kampung coconut island, Machang dan Tunjang...tidak cukup dengan itu kini kira-kira 5 buah lagi dilihat dalam pembinaan dan dijangka disiapkan dalam tempoh 3-4 bulan lagi...sungguh dahsyat potensi industri burung walit ini...emmm adakah saya terlewat untuk membina bh di kawasan ini ek...saya rasa tidak kerana saya sentiasa berfikiran positif...

 apa yang menarik tentang pembinaan bh di sini ialah akan menyebabkan kawasan di sini satu hari nanti akan menjadi tempat ecopark burung walit yang mana dalam tempoh 5 tahun akan datang bakal didimi ribuan burung walit anggaran kasarnya...jadi lokasi disini masih lagi akan strategikakn untuk membina bh...apa yang paling menariknya ialah....

ada sebuah bh yang kini dalam pembinaan dengan anggaran saiz 20x70 3 tingkat sedang dalam proses pembinaan..menariknya ialah bh tersebut dibina betul2 berdepan tanah lokasi yang saya akan membina bh yang ke 2..jadi apa lagi saya akan tunggu bh yang besar itu siap dulu dan biarlah bh tersebut didiami oleh ratusan atau ribuan burung walit dulu...akhinya saya akan membina bh ke 2 tersebut berdepan dengan bhnya...brung walit yang banyak mendiami bhnya kelak akan saya panggil untuk ke bh saya juga...rasanya dengan cara ini faktor kegagalan akan dapat diminimakan...apa yang penting kita bertanding secara sihatkan...hehee..gambar di atas ialah beberapa bh yang saya sempat ambil berdekatan dengan lokasi bh saya yang kedua tersebut...kelak tunggulah dalam 2 tahun lagi bh yang ke 2 atau ke 3 aku akan menyusul di kawasan ini...saya berharap bh ini semua akan berjaya dan melahirkan banyak koloni walit...hehehe..chaiyok2..layan je...

swiftlets-zone 4 all
email me : shidey_zone@yahoo.com
phone : 012-5328332