Saturday 20 August 2011

SKMM Pelopor Bird's Nest Tracking System...

to prevent fakes nest in the market...

Minggu lepas telefon saya berdering dan apabila di angkat ada seseorang memperkenalkan yang dia daripada SKMM (Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia)..terkejut gak yang saya tau kalau SKMM tentang netbook 1 Malaysia je...ehhee..nampak sangat jarang baca paper sekarang ni..bz je..hehehe..dan kami berbual lebih kurang 20 minit dan penerangan diberinya kepada saya...akhirnya barulah saya faham bahawa SKMM kini tengah dalam proses untuk menghasilkan Tracking Sistem untuk pengusaha burung walit ini...

Rasionalnya idea ini ialah disebabkan pertumbuhan yang pesat industri ini maka ramai daripada orang lain telah mengambil kesempatan dengan menghasilkan sarang burung palsu dan telah mengeskportnya hingga ke luar negara...sarang burung palsu ini jika dilihat daripada mata kasar iainya adalg tulen seperti sarang burung walit yang asli...tetapi apabila diletakkan dibawah mikroskop dan dibuat ujian makmal maka pembohongan ini akan diketahui...sarang palsu ini banyak dibuat menggunakan agar-agar dan sebagainya...akhirnya apabila Negara Luar seperti China mendapat tahu tentang kepalsuan sarang ini dan memberitahu Kerajaan Malaysia namun begitu di pihak Kerajaan Malaysia tindakan sukar dilakukan untuk mengesan punca daripada sarang tersebut dihasilkan...

Justeru, atas dasar itu kini SKMM telah membina suatu sistem pengesanan punca sarang burung walit ini yang mana kelak semua produk sarang burung di Malaysia yang akan dieksport ataupun dijual haruslah mempunyai dan berdaftar dengan sistem ini...bagi industri sarang burung walit ini sangat untung kerana ramai pihak yang mengambil berat dan cuba untuk membanteras pemalsuan yang berleluasa....

Atas dasar itu maka kini SKMM sedang dalam proses untuk memberikan taklimat program bagi menjayakan sistem Bird's Nest Tracking Sistem ini bagi mereka di kawasan Utara iaitu dari Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak Utara...untuk makluman juga taklima yg pertama telah ramai dihadiri oleh kaum bukan bumiputera...Jadi untuk kali ini ianya hanya terbuka kepada kaum BUMIPUTERA SAHAJA...

jadi kepada yang berminat untuk tahu tentang lebih lanjut akan tentang ini maka boleh lah memberikan butiran seperti di bawah melalui email saya :

a) Nama :
b) Alamat Tempat Tinggal :
c) No H/P :
d) Email :

Semua butiran ini akan saya isi dalam borang yang telah diberikan kepada saya ini melalui email..jika ada yang tidak percaya tentang ini boleh lah melihat email SKMM di bawah yang telah dihantar kepada saya..



Mencari Pengusaha Baru RBW Bumiputera

Monday, 15 August, 2011 2:34 AM
From:
Add sender to Contacts
To:
"shidey_zone@yahoo.com" <shidey_zone@yahoo.com>
Cc:
"ibnumasri@yahoo.com" <ibnumasri@yahoo.com>
Message contains attachments
2 Files (462KB) | Download All




Dengan segala hormatnya sila  semak lampiran di atas untuk rujukan pihak tuan.
Sehubungan itu saya memerlukan senarai Pengusaha RBW di kawasan utara  untuk menjayakan program yang di rancang seperti dalam lampiran di atas. Senarai kawasan RBW  yang di madsudkan adalah Perlis, Kedah,  Pulau Pinang dan Perak Utara.
Dengan ini saya mengucapkan ribuan terima kasih dan Assalammualaikum.  


swiftlets-zone 4 all
email me : shidey_zone@yahoo.com
phone : 012-5328332

Friday 19 August 2011

Keselamatan Di Dalam Rumah Burung Walit

Security First

Tajuk ini saya rasakan sangat penting untuk kita ketahui dan ambil berat...bukan apa kebanyakan kosultan ataupun owner bh itu sendiri memandang tidak endah perkara ini ataupun seolah-olah ia terlupa akan peri pentingnya soal ini...banyak kes telah berlaku kini tetapi ianya tidaklah banyak diketahui oleh umum terutamnya pemain industri ini..perkara yang hendak sentuh di sini ialah soal keselamatan diri kita sendiri didalam bh...saya sudah masuk banyak rumah burung walit dah..dan ada owner yang bagus yang mana menjaga soal ini ada juga yang memandang hanya sebelah mata..lihatlah gambar ini yang mana lubang antara lantai yang besar memberikan keselesaan untuk burung walit...ciri keselamatannya dalam bh ini ialah apabila owner atau konsultannya turut mengikat bata lebih kurang 1 kaki agar memberikan keselamatan apabila berada dalam bh ini terutamnya berdekatan dengan lubang antara lantai atau LAL ini...


owner atau konsultan ini pula memilih kaedah ini iaitu dengan memasang gril besi di ruangan lubang antara lantai ini...cara ini dilihat yang terbaik sekali untuk menjaga keselamatan apabila berdekatan dengan lubang antara lantai...tahukah anda kebanyakan kemalangan yang berlaku ialah owner atau konsultan tersebut jatuh melalui lubang antara lantai seperti ini lah...malah dah ada juga kematian apabila jatuh melalui lubang ini...cuma jika anda measang gril seperti ini maka janganlah buat tinggi sangat kerana ianya mampu menganggu laluan terbang burung walit ini untuk turun ke tingkat seterusnya...

masalah utama yang saya sering lihat di dalam bh ialah tidak memasang lampu di dalam bh..apabila saya tanya maka mereka menjawabnya burungkan perlukan gelap...hehehe..nak tergelak jugak saya..yup betul burung tersebut memang perlukan gelap untuk bersarang dan sebagainya...tetapi kita ini perlukan gelap jugak ke untuk melawat bh kita...untuk keselamatan diri owner bh tersebut saya cadangkan supaya semua bh di pasang beberapa lampu kalimantang dalam bh...dan apanila owner tersebut hendak masuk maka pasanglah lampu tersebut...pastikan lampu tersebut di pasang 5 minit sebelum kita memasuki bh..haa kita pon selamat kan...ini tidak setakat pakai lampu picit je mana boleh terarng..dah la sampi tingkat 3 tu..kalau tersilap langkah jatuh mau mati tu...selain itu dengan adanya lampu dalam bh juga memudahkan kita untuk membuat minor renovation kelak kan..

Di samping itu juga nasihat saya supaya apabila anda memasuki bh maka bagitahulah seseorang seperti ibu, isteri, rakan dan sebagainya...bukan apa jika mereka tidak dapat menghubungi anda maka mereka tahu di mana untuk mencari anda...banyak kes yang berlaku apabila berlaku kemalangan dalam bh maka tiada siapa pun yang tahu...ye lah masuk bh kunci dari dalam tetapi apabila kita jatuh dan sebagainya maka tiada siapa yang akan dapat tolong kita...jadi bagitahulah orang yang terdekat dengan kita...

gambar hiasan je ni...kita tak nak terjadi seperti ini...sebab itu saya cadangkan jika bh yang 3-4 tingkat tu maka soal keselamatan owner haruslah ditingkatkan..bukan apa yg tu kalau jatuh sudah tentu mati...alamatnya hasrat untuk mempunyai bh tersebut mungkin akan terkubur bersama jasad kita sahaja..jadi buatlah pilihan yang bijak..lakukanlah perancangan yang sebetulnya..kita tidak mahu turut tergolong dalam kisah yang sedih ini kelak...anda buat anda dapat..layan je...

swiftlets-zone 4 all
email me : shidey_zone@yahoo.com
phone : 012-5328332

Thursday 18 August 2011

BH Yang Berjaya Di Sungai Petani

Rasanya milik Presiden Persatuan Burung Walit Malaysia...

lihatlah di celah-celah bangunan ini...kelihatan sebuah bh di tengah pekan Sungai Petani ini yang telah berjaya..anda akan saksikan di sini ribuan burung walit memasuki bh ini di kala waktu petang...ditambah kalau pada waktu tersebut hujan petang maka ketika waktu juga anda akan lihat ribuan walit mula pulang di waktu petang,,datanglah ke sini untuk saksikannya...layan je..

swiftlets-zone 4 all
email me : shidey@yahoo.com
phone : 012-5328332

Tweeter Yang Rosak Akibat Cuaca Yang Panas

cuaca panas penyebab utama juga kerosakan ini...

 beginilah keadaan tweeter yang telah rosak akibat panas yang melampau sangat di atas bumbung bh..sebab itu jika anda meletakkan tweeter hexagon di atas bh pastikan ianya juga ditutup dengan elok..bukan apa jika panas yang melampau maka kelak tweeter anda akan cepat rosak....lihat gambar ini siap nak cair dh....ye lah plastik bertemu api (kepanasan) mesti lama-lama akan cair gk kan...so anda juga akan rugikan apabila terpaksa 4 bulan sekali bertukar..dh la tinggi nak memanjat bh tu..jadi buatlah pelindung untuk tweeter hexagon anda k...


lihat dengan teliti dh kemik n cair dh kan...dh rosak pon ni..jadi nk tukar lagi ke..boleh je..kelak rosak pulak...jadi buatlah perancangan yang betul...sekarang ni panas sangat tambah pula dengan bumbung bh anda dibuat daripada zink..dan hexagon anda rendah pula tu..ditambah juga penutup yang anda buat untuk cover tweeter ini menggunakan zink...maka akan jadi beginilah tweeter hexagon  bh anda kelak...justeru saya cadangkan supaya cover hexagon anda tersebut yang dibuat untuk selamat dari hujan dibuat dengan benda yang boleh menyerap panas..seperti kain ke yang tidak serapkan air dan neting sayur ke dan sebagainya...jadi buatlah pilihan yang bijak..

swiftlets-zone 4 all
shidey_zone@yahoo.com
phone : 012-5328332

Friday 12 August 2011

Kenapa Burung Walit Juga Memilih Dinding Untuk Bersarang

apa speselnya di dinding ini ek...

 banyak faktor kenapa ada juga burung walit tetap memilih di dinding untuk bersarang sedangkan papan nesting planks telah pon disediakan untuknya bersarang di situ..antaranya ialah suhu di dinding tersebut may be sangat sejuk dan disukai oleh burung walit...may be juga papan nesting yang disediakan tersebut telah pon ditumbuhi kulat atau baunya yang kurang enak untuk dihinggapi oleh burung walit...

tetapi satu faktor yang menarik tetang dinding konkrit ini ialah ianya tidak rata ataupun sedikit bahasa kedahnya bergerutu..huhu..yang mana menyebabkan burung walit ini lebih mudah untuk mencengkam kakinya di kawasan didinding ini..kalau dah 2 bulan setiap malam burung walit ini tidur di dinding ini maka sudah tentu kelak ianya akan bersarang juga di dinding bh kita seperti dalam gambar ini..ternyata dinding bh dalam gambar ini terlalu istimewa sehinggakan banyak burung walit ini memilih untuk bersarang padanya...ataupun...

owner bh tersebut telah menyembur aroma yang tertentu di dinding ini untuk memikat burung walit ini menginap dalam bhnya...tahukah anda banyak aroma untuk memancing burung walit ini menginap dalam bh kita diperbuat daripada campuran air..maka oleh sebab itu ianya tidak sesuai di semburkan di kawasan nesting plank yang mana jika disemburkan selalu di situ akan menyebabkan terjadinya kulat atau reput di nesting plank tersebut...sebab itu aroma selaunya disembur di dinding di bawah papan nesting plank..dalam gambar ini menunjukkan aroma tersebut sememangnya telah berjaya memikat burung walit untuk tidur di dinding tersebut..jika hal ini berpanjangan sehingga 1 bulan atau lebih ianya tetap tidur di situ maka dalam bulan ke 2 tidak mustahil anda akan melihat air salivanya yang pertama akan ada di situ dan seterusnya ianya akan bersarang di situ juga..jadi anda yang merancang burung walit yang menentukan...layan je..

swiftlets-zone 4 all
email me : shidey_zone@yahoo.com
phone : 012-5328332

Bajet Untuk Kursus Dah Habis...

berita yang kurang enak di dengar..

hari ini saya ingin memohon maaf kepada semua sahabat yang telah memberikan nama untuk menghadiri kursus yang akan dibuat oleh saya dan agensi kerajaan...bukan apa pada hari khamis yang lalu sahabat saya dari agensi kerajaan yang ingin menaja untuk membuat kursus tersebut telah call dan bagitau bahawa bajet yang saya mahukan untuk membuat kursus asas tentang industri perwalitan ini telah habis digunakan...katanya lagi tulah lambat sangat hendak mencari 30 orang untuk kursus ini maka bajetnya telah digunakan untuk dibuat kursus lain..sedih jugak saya mendengarnya...sebab utama saya ingin join agensi kerajaan untuk membuat kursus ini adalah kerana kelak pertamanya bajet untuk yuran akan dapat dikurangkan may be bawah seratus sahja..sedangkan kursus swasta yang dibuat semuanya berharga ratusan ringgit malah ada yang berharga ribuan ringgit...sebab kedua ialah kerana apabila adanya penglibatan agensi kerajaan dalam melaksanakan kursus ini seperti pihak majlis perpandaran dan jabatan perhilitan serta jabatan veterinar maka sijil yang diperolehinya kelak mempunyai kualiti dan diiktiraf dalam memohon lesen untuk membuat atau memiliki rumah burung ini...jadi nak buat macam mana kan rezeki kita tiada kali ini...tetapi kawan saya juga berjanji iaitu jika ada lagi bajet untuk membuat kursus kepada orang awam maka beliau akan memberitahu saya...oleh itu, kepada semua sahabat yang telah memberikan nama untuk menghadiri kursus ini saya memohon maaf  beribua kemaafan...dah macam hari raya pulak..hehehe...semua nama tersebut akan saya simpan dan kelak jika  ada kursus yang akan diadakan saya akan masukkan nama tersebut paling atas sekali...sekian harap maklum...tq..

swiftlets-zone 4 all
email me : shidey_zone@yahoo.com
phone ; 012-5328332

Adakah Anda Ingin Menceburi Bidang Perwalitan Ini???

jadi jawab dahulu apakah nama setiap gambar gambar ini dan fungsinya...

 hahaha dan macam cikgu tanya soklan peperiksaan pulakkan...bukan apa saya berharap setiap orang yang bakal atau telah menceburi bidang ini membuat kajian atau melakukan dahulu pembacaan tentang burung walit dan industri ini...tahukah anda bidang ini ramai yang telah gagal disebabkan banyak faktor utama seperti tidak tahu langsung bidang ilmu ini dan hanya mengharapkan konsultan sahaja yang membina rumah burung walit...yang mana kelak akan apabila di tinggalkan terkontang-kanting baru mencari konsultan penyelamat atau pon membiarkan sahaja bangunan tersebut mencadi rumah hantu...hutang dan loan pulak kene bayar...jadi sape yang rugi...jadi kenali lah dahulu brg2 dalam gambar ini dan fungsinya k...

bidang perwalitan ini tidak seperti bidang lain yang mampu ditiru dengan mudah sesekali...ianya tidak semestinya membuat bh yang besar kemudiannya selepas 1-2 tahun akan berjaya kutip hasil sehingga 2-3 kilo sebulan...itulah yang ramai orang terpedaya dengan kenyataan yang sering digempar-gempurkan sedangkan hakikat yang sebenar ramai yang tidak ketahuinya...sebab itu saya nasihatkan kenalilah dahulu habitat ini dan buatlah pencarian di internet atau bahan ilmiah lain agar anda juga tidak dikategorikan sebagai seorang yang merancang untuk gagal dan gagal untuk merancang...tepuk dada pegi cari bahan tetang perwalitan ini....hehee..layan je.,..

swiftlets-zone 4 all
email me : shidey_zone@yahoo.com
phone : 012-5328332

Berapa Banyak Tweeter Yang Diperlukan Dalam Rumah Burung Walit

soalan yang sering ditanya oleh sahabat...

banyak email dan mesej yang saya terima bertanyakan tentang soalan berbentuk sedemikian....bagi saya mudah sahaja iaitu kita serba ketahui bahawa selalunya sarang burung yang pertama yang akan dibuat adalah berdekatan dengan tweeter dalam kita..malah ada burung yang sanggup membuat sarangnya di atas tweeter tersebut..

nampaknya suara dalam dari tweeter ini berjaya memikat burung ini bersarang dekat tweeter ini..

.jika hal ini berlaku ianya bermaksud bahawa burung walit tersebut sememangnya menyukai suara dalam yang dimainkan tersebut daripada tweeter tersebut...jadi banyakkanlah tweeter dalaman dalam rumah burung anda..contohnya rumah burung saiz sederhana iaitu 20x30 3 tingkat berapa yang diperlukan..bagi saya untuk setiap lantai atau tingkat rumah burung tersebut diperlukan sekurangnya 50 tweeter dalam...jadi cmpur dengan 3 tgkat bermakna 150 biji tweeter yang diperlukan...jika anda kekurangan modal tidak salah untuk hanya memasang 20-30 biji tweeter dalaman sahaja dalam rumah burung...tetapi jika anda kelak melihat banyak burung walit yang suka bersarang dalam bh anda berdekatan dengan tweeter ataupun di atas tweeter seperti gambar di bawah ini maka disyorkan supaya anda menambah tweeter tersebut...bukan apa untuk memberikan banyak pilhan dan banyak burung walit bersarang dalam bh anda..malah ada banyak kes juga dengan satu tweeter dalam yang terbaik dan berkualiti mampu memikat banyak burung untuk bersarang dalam bh anda...pendek kata selalulah membuat pemeriksaan terhadap tweeter anda...anda buat anda dapat..layan je...

swiftlets-zone 4 all
email me : shidey_zone@yahoo.com
phone : 012-5328332

Sunday 7 August 2011

Lubang Masuk Burung Yang Kecil : Negatif dan Positifnya...

Lokasi di Sungai Petani

ketika sedang repair kereta pada hari sabtu yang lepas maka terdengar saya bunyi luar suara burung walit dari belakang kedai tersebut..dan bag peminat dalam industri ini maka tak akan duduk diamnya maka sy terus mencari punca suara tersebut...maka hasilnya saya terjumpa sebuah rumah kedai yang telah bertukar menjadi bh...kedai tersebut dahulunya adalah sebuah kedai roti...apa yang menariknya ialah lubang masuk burung walit tersebut yang kecil sahaj bagi pandangan saya...tahukah anda lubang burung masuk yang kecil ialah ideanya datang dari Negara Indonesia....sebab itu kalau ada konsultan yang membuat bh dengan lubang masuknya kecil maka tahulah anda konsultan tersebut dapat ilmu dari indonesia ataupon hanya tengok dari laman sesawang sahaj terus jadi konsultan...huhuh...agak je lah...tetapi lubang masuk yang kecil sebenarnya mampu memberi ruang yang lebih gelap di dalam kawasan dalam bh anda...tetapi apa yang negatifnya ialah ianya mampu meyekat dari burung walit ini memasuki bh anda...jadi sudah tentu burung walit ini hanya berpusing sahaaj di luar sebab ianya tidak berani ataupon takut ataupun tidak boleh memasuki bh anda...jadi siapa yang rugikan....sebab itu di nasihatkan bahawa lubang masuk burung walit dibesarkan dahulu dan apabila hasil dan banyak barulah dikecilkan...tetapi jangan kecil sangat sampai burung pon tak leh masukan..ilmu itu penting layan je...

swiftlets-zone 4 all
email me : shidey_zone@yahoo.com
phone : 012-5328332

Ultrasonic Humidifier Juga Mampu Memikat Burung Walit Mendiami Bh Anda

may be anda juga boleh mencubanya...

saya jug akini tengah mencari bahan-bahan seperti ini untuk mencuba membuatnya sendiri...tak cuba buat tak tahu kan..may be kos nya lagi rendahkan...kalau beli di pasaran mau mencecah ratusan dan ribuan ringgit ni...kalau anda juga seperti saya ingin mencuba membuatnya maka anda perlu dapatkan tong isi minyak yang besar sebegini....alah kedai plastik terpakai pon banyak ni...kemudiian buat kan lubang untuk pipe pvc dan kipas macam dalam gambar ini...

kemudian buat juga lubang untuk sambungkan air paip seperti gambar ini...pastikan juga hujung paip iaitu dalam tong tersebut disambungkan dengan pelampung yang mana dapat kontrol penuh dan kurang air dalam tong ini..kelak kita juga tak rugi kan dan bh pon tak lah basah dengan teruk....

paip pvc ini disambung dan diikat dengan tong tersabut...pastikan iainya diikat dengan kemas..anda boleh menggunakan cable tied atau pon dawai untuk mengukuhkannya agar berdiri dengan baiak disebelah kipas tersebut....

 kemudian nilah hasilnya...berjaya...suksess...apabila kipas tersebut di onnnkan maka mist yang ditiupnya kaan keluar dari lubang paip pvc ini...di hujung lubang paip pvc tersebut maka disyorkan anda membuatnya dalam bentuk T shape kerana anda mudah untuk mengawal aliran mist tersebut ke kanan dan kiri bh...

ha ini lah yang dikatakan bentuk T tadi...maka lairan mist tersebut dapat dihalakana dengan baik sekali...em modal ciput jakan...cum amasa sahaja yang diperlukan...bagi sesiap yang ingin mencuba tidak salahkan..tetapi bagi yang hanya main bayar sahaja berapa pon di kedai maka beli je lah...tak payah semua ini kan...tetapi bagi yang inginkan ilmu baru maka boleh mencubanya...lihatlah bukti di bawah ini yang mana burung sukakan mist yang dikeluarkan oleh utrasonic humidifier ini yang mana tidak bising berbanding dengan type chicken copp...tatapi bagi saya yang mana menunjukkan hasil yang baik dan lebih baik baik juga di cubakan....lihatlah gambar di bawah ini yang menunjukkan bukti burung suka pada mist yang dikeluarkan olehnya...

bukti yang jelas sekali bahawa burung ini tidak takut langsung dengan mist yang keluar dari humidifier jenis ini...ye lah ianya tidak keluarkan bunyi yang bising langsung...di samping itu juga kita dapat mengawal kontrol mist ini dengan mudah...malah dalam gambar ini juga menunjukkan burung walit asyik bermain-main dengan mist ini malah dikatakan juga dalam ia bermain mist ini ia juga meminum dan menyedut air ini untuk menghasilkan sarangnya...maka tak lah perlu ianya tunggu musim hujan je kan dan ke sungai untuk mencari air untuk hasilkan saliva tersebut...jadi anda lah yang membuat pilihan ka...nk pasang ke tidak humidifier jenis ini dalam bh anda...hendak cuba buat ke hendak beli...tepuk dada tanya selera...layan je....

swiftlets-zone 4 all
email me : shidey_zone@yahoo.com
phone : 012-5328332

Saturday 6 August 2011

Suara Luar Thunder

antara top 5 jugak ni...

masih lagi menunjukkan hasil yang produktif bila menggunakannya..ternyata tidak mengecewakan..layan je...

swiftlets-zone 4 all
email me : shidey_zone@yahoo.com
phone : 012-5328332

Lagi Bantahan Tentang Industri Burung Walit...

kenapa ianya sering terjadi????

jawapanya ialah semuanya gara-gara pengusaha industri ini yang sering mencari lokasi untuk mendirikan bh di tempat yang salah...anda bacalh keratan akhbar ini...akhbar semalam ini dalam akhbar metro kalau tak silap saya...zoomkan kalau nk baca...lokasi yang salah akan menjadikan hajat kita untuk membina bh akan ditentang habis-habisan...contoh cadangan pembinaan bh ini yang dikatakan akan dibina berdekatan dengan sekolah...kalau sy pon akan lawan jugak ni..ye lah budak-budak ngn belajar janganlah kita ganggunya kan..di sini saya gariskan beberapa tempat yang tidak di syorkan pembinaan bh yang mana boleh menganggu orang lain 

a) jangan dibina bh berdekatan dengan sekolah
b) jangan dibina bh berdekatan dengan masjid dan surau
c) jangan dibina bh jaraknya hanya 50 meter dari penempatan manusia (kalau rumah anda sahaja di situ oklah)
d) jangan dibina bh berdekatan dengan kawasan tumpuan ramai seperti di bandar-bandar maju 
e) jangan dibina bh berdekatan dengan kawasan perkilangan
f) dan lain-lain tempat yg org tak sukalah..hehehe

jadi, buatlah pilihan yang bijak...tetapi kalau kita hanya ada tanah di situ sahaja dan tetap ingin membina bh...maka anda terpaksa keluarkan modal lebih ckitlah...ye lah terpaksa nk buat bh anda macam kedap bunyikan..lagi satu pastikan lubang masuk jangan dihalakan ke arah kawasan yg memang ada seperti di atas tadi...lagi satu kalau ada juga ganguan maka bawalah berbincangkan...dengn perbincangan insyAllahh semua masalah boleh setelkan...anda buat-anda dapat...layan je...

swiftlets-zone 4 all
email me : shidey_zone@yahoo.com
phone : 012-5328332

Rumah Burung Walit Dari Bahan Kayu

semuanya demi menceburi bidang ini....

 kelihatan sebuah bh dari kayu yg dibina di tengah-tengah kawasan hutan bakau ni..ownernya sanggup buat bh guna kayu ni sbb ini je yg mampu kan...tapi kalau buat bh jeniskayu pastikan dekat ngn umah kita...bukan apa senang ckit nk monitornya...secure tu tak de...

 bh ni ppn dibuat dari kayu jugak...apa yang kurang elok untuk dilihat di sini....jawapannya lubang masuk burung...anda zoomkan gambar ini anda dapat saksikan lubang masuk yang bentuk bulat itu....kecil sahaja lubang masuk ni...tapi percayakah anda bh ini telah mempunya 10 sarang...ini yang dikatakan rezeki...tapi bh jenis kayu mempunyai banyak kelemahannya...

 ini dh macam gudang padi je dl...tapi gudang padi lg besar rasnya...bh yang kecil sahaja...juga dibina gunakayu...lihat lubang masuknya...macam2,,,,kalau boleh jangan tiru cara ini...burung sukar nk masuk n keluar...mau tersangkut nanti sayapnya...

ini model yg paling murah utk mempunyai rumah burung..buat dalam dusun je ni...saiz lbh kurang 10x20 je ni...tapi tetap namanya rumah burung walit..hehehe..cuma adakah ianya berjaya...boleh jugak jika kene pada caranya...cuma kene pandai kawal suhu dan sebagainya...pastikan struktur kukuh..jangan sekali angin datang je...gedebummmmmm jatuh hancur...kita jugak yg rugi...anda buatlah pilihan yang bijak...

swiftlets-zone 4 all
email me : shidey_zone@yahoo.com
phone : 012-5328332

Wednesday 3 August 2011

Lubang Masuk Burung Walit Yang Besar Dan Menarik..

kaedah yang juga dapat anda cuba...

rumah burung walit di lot bangunan kedai di Bandar Puteri Jaya SP..

 lubang masuknya yang besar menjadikan terjadinya 2 fungsi yang menarik...

apa yang manraik tentang lubang masuk jenis ini..anda tak nampk sila zoomkan...sory lah nmpk gelap sikit...heheh...apa yang speselnya tentang lubang masuk jenis ini....sebenarnya ianya adalah lkaedah monkey house atau dog kennel ini lubang masuk ini...tetapi apabila saya melalui jalan ini dan meembuat pengamatan kira-kira 20 minit ada perkara lain yang sy jumpa....pertamnya lubang masuk ini menjadikan burung walit masuk dan keluar sepeti bh biasa...Tetapi disebabkan lubang masuk ini besar maka sy dapat lihat dengan dekat bagaimana banyak burung yang datangt ke monkey house ini dengan lajunya akan terbang dengan gaya terjun terus ke Lubang Antara Lantai dan terus ke kawasan dalam bh...dah kelihatan kira-kira 5 minit atau lebih baru burung walit ini keluar kembali dari bh...em kalau dah banyak burung masuk bh dan mampu stay begitu lama saya dapat rasakan bahawa bh ini akan cepat dapat menarik burung walit mendiami bhnya...jadi teknik ini sangat menarik untuk ditiru oleh anda yang baru mencuba industri ini...cara ini dilihat sangat berhasil sekali yang mana dapat menrik burung walit mendiami bh kita...tetapi jika ingin mencuba kaedah lubang masuk yang besar sebegini maka bh anda tersebut perlulah jauh dari haiwan pemangsa yang boleh menggangu ketenteraman burung ini seperti monyet, kera, tupai, burung helang, burung hantu, biawak dan sebagaimana yang mana kan mudah masuk juga dalam bh anda..jadi buatlah pilihan yang bijak dengan mengambil kira faktor lokasi juga...anda buat-anda dapat....

swiftlets-zone 4 all
email me : shidey_zone@yahoo.com
phone : 012-5328332

Bagaimana Cara Untuk Anda Ketahui Suara Luar Walit Produktif???

musim sekarang sangat sesuai untuk anda ketahuinya hasilnya ...

lihatlah contoh suara burung walit yang terbaik..ketika musim ini mampu menarik ratusan burung walit ini mengerumuni dan keluar masuk bhnya..

tahukah anda ketika ini cauaca tidak menentu di banyak negeri kini....malah di negeri sebelah utara khasnya kini merupakan cuaca yang mendung sahaja seharian...malah capkali hujan turun sama ada di sebelah pagi ataupun malam...malah cuaca yang panas juga tidak sampi ke kemuncaknya...maka ketika ini rumah burung anda sepatutnya akan dikunjungi puluhan burung walit atatupun ratusan burung walit ketika ini...tidak kira ketika waktu pagi, tengah hari ataupun petang....dan jika bh anda seharian tiada langsung burung walit yang datang kini maka anda akan menempuh kegagalan...sedangkan apabila anda melihat bh orang lain yang sekitar anda dihujani ratusan burung walit keluar masuk...tetapi bh anda tiada yang sudi datang ...malah buat-buat tak dengar je atau pon buat deeeek je burung walit yang lalu...maka jika anda menerima nasib sebegini maka disyorkan supaya anda menukarkan sahaja suara luar walit tersebut...kalau anda masih lagi memakinya dan hanya tunggu sahhaja maka anda akan jadi sepeti bulan jatuh ke riba...tahukah anda ketika ini adalah musim burung walit membiak dan mengawan..ketika ini juga banyak sarang-sarang baru yang akan dihasilkan...justeru, ketika dan waktu ini adalah masa yang sesuai untuk memikat burung walit mendiami dan bersarang dalam bh anda...janganlah hanya menunggu..lakukan sesuatu agar burung walit ini juga mengerumuni bh anda seperti gambar di atas...buatlah sesuatu...ilmu itu penting...anda buat---anda dapat...layan je...

swiftlets-zone 4 all
email me : shidey_zone@yahoo.com
phone : 012-5328332

Tuesday 2 August 2011

Bh Yang Telah Berjaya di Daerah Yan

Usia bh ini menjangkau 5 tahun dah rasanya....


kelihatan sayup-sayup dari jauh sebuah bh yang yang didirikan di tengah-tengah sawah...bh ini kelihatan banyak sekali burung dtg kuar masuk...dengar katanya bh inilah yang pertama dibina di kawasan ini...barulah diikuti oleh bh lain yang sekelilingnya yang kini dianggarkan menjangkau 7 buah lebih...semuanya gara-gara bh ini yang telah produktif dan dianggarkan mencapai puluhan kilo sebulan..em taukeynya pula adalah seorang chinese pertama yang menceburi bidang ini...kedudukannya yang jauh menjadikan bh ini jarang diketahui oleh masyarakat setempat selain dari di kacau oleh PBT...jadi jika anda ingin membina bh idaman maka disyorkan di bina di kawasan yang jauh dari penempatan manusia...kerana ianya mudah untuk mempraktikkan semua perkara tentang industri ini...cuma pastikan juga lori boleh masuk dh le untuk membina bh...kalau tak mau teruk kena angkut semua brg tersebut...hehehe...buatlah pilihan yang bijak....

swiftlets-zone 4 all
email me : shidey_zone@yahoo.com
phone : 012-5328332