Monday 31 October 2011

BH Dengan Dua Jenis LMB

may be anda juga boleh mencubanya...


 gambar di atas menunjukkan sebuah bh yang mempunyai dua Lubang Masuk Burung (LMB). anda dapat lihat di sebelah kanan ialah LMB jenis monkey house dan sebelah kiri ialah jenis terjun...jadi apakah kelebihannya dan kenapa owner bh ini membuat kedua-dua LMB tersebut ek..

sebenarnya owner ini dapat dikatakan agak bijak...bagi saya dua LMB ini menunjukkan owner tersebut ragu-ragu jenis LMB terbaik untuk memudahkan dan disukai oleh burung walit di sini...jadi dengan dua jenis type LMB ini sekurangnya ianya dapat membuat kajian kelak LMB mana yang banyak dan mudah di masuki sang walit sehingga ke kawasan nesting room..jika terbukti sebuah sahaja LMB yang banyak di masuki walit maka sebuah LMB lagi akan di tutup..tetapi jika kedua-dua menunjukkan hasil yang positif maka lebih baik dibiarkan sahaja kan..janji walit dapt membuat pilihan yang mudah dan senang kan..

apa yang penting di sini ialah kita mahukan walit mudah measuki bh hingga ke nesting room...jika hal ini berlaku maka potensi kejayaan walit menetap dan terpengaruh untuk mendiami bh kita tinggi berbading walit yang hanya keluar masuk monkey house sahaj tetapi takut untuk terjun dan xplore hingga ke kawasan nesting room...jadi kita hanya mampu merancangkan...walit yang menentukan...jadi buatlah pilihan yang bijak..layan je...

swiftlet-zone 4 all
email me : shidey_zone@yahoo.com
phone : 012-5328332

Thursday 27 October 2011

Gambar Lawak Telur Burung Walit

sape punya keje ni...hehehe

apa yang tengok tak kene dengan gambar di atas ini...bagi yang baru may be tak tahu jawpannya...bagi yang dah ada pengalaman mesti tengok sekali je dah tau..hehe...

jawapannya ialah...Telur tersebut...

mana ada telur walit sebesar tersebut...telyr dalam gambar ini ialah telur ayam yang diletakkan dalam sarang burung walit ini..telur burung walit hanya kecil sahaja...kalau dah telur sebesar ini rasanya biawak pun akan masuk bl untuk makan telur ni....maka kita juga boleh jual telur ni jugak lah kt pasaraya...hahaha...apapun gambar ini diambil sebenarnya untuk dibuat perbezaan antara telur walit dan telur ayam...ternyata telur ayam boleh dimasukkan dalam sarang burung walit tetapi untuk burung walit mengeramnya adalah sukar sekali...huhuhu...jadi layan je kkk..

swiftlets_zone 4 all
email me : shidey_zone@yahoo.com
phone : 012-5328332

Monday 24 October 2011

Kelebihan Partion (Sekatan) Dalam Bh

Ramai juga yang bertanyakan soalan ini...

Partion atau pun ruangan sekatan dalam bh kini sering dibuat oleh mana-mana konsultan ataupun owner rumah burung ini..tetapi harus diingat ianya hanya sesuai untuk rumah burung yang bersaiz besar sahaja k..untuk bh yang kecil sesuai juga tetapi asalkan tidak menggangu ruangan ataupun laluan burung terbang memasuki kawasan nesting room kita..

apakah sebabnya dibuat partion atatupun sekatan ini ek...

1. adalah untuk mengawal cahaya yang memasuki ruangan masuk ke nesting room ini...telah diketahui bahawa makin gelap sesebuah kawasan nesting room itu adalah yang terbaik dan disukai oleh sang walit ini untuk bersarang...

2. adalah untuk mewujudkan ruangan atau bilik-bilik khas agar burung walit ini memilih kawasan mana yang disukainya untuk bersarang...diketahui bahawa privacy itu pentingkan untuk kita kawen dan memadu kasih...jadi macam itu jugalah kepada sang walit ini...betul ke niek..entah lah..

3. adalah untuk membezakan kawasan antara roving room dan nesting room..sekatan ini penting agar kawasan ini dapat dibezakan kerana kita dapat mengawal aroma yang dibuat dan kawasan mainan burung ini sebelum ke nesting room untuk bersarang..

4. dan lain-lain lagi...hehehe..jom layan gambar di bawah pula...

 kawasan nesting room yang dibuat partion ni...

 dijadikan banyak bilik ni.

 anda boleh mencubanya

 ini pula partion yang dibuat untuk membezakan antara kawasan nesting room dan roving room dan hanya dibuat lubang untuk sang walit memasukinya...seeloknya lubang dari roving room ke nesting room ini dibuat besar agar walit mudah memasukinya terutama anak-anak walit yang muda dan baru belajar untuk terbang...

 partion ini buat guna material apapun tak pe..guna syiling rumah ke, playwood ke dsgnya asalkan tidak dibuat menggangu laluan burung walit terbang dalam bh..

ini contoh partion yang mudah sahaja iaitu menggunakan kotak yang terpakai tetapi tebal dan besar..

.saya pernah juga masuk bh yang dibuat bilik-bilik begini ternyata ianya menjadi dan dapat lihat banyak sarang dalam bilik tersebut sedangkan kawasan terbuka tiada lagi walit memilihnya untuk bersarang..jadi tak alah kalau anda mencubanya kan...layan je..

swiftlet-zone 4 all
email me : shidey_zone@yahoo.com
phone : 012-5328332

Rahsia Ultrasonic Humidifier : Internal View

Bahagian 2

Selepas saya post kan bahagian ultrasonic humidifier saya telah mendapat banyak meseg dan email bertanyakan soalan bagaimana untuk membuat ultrasonic humidifier ini...justeru, hari ini saya telah akn post kan kali kedua bahagian ini iaitu bahagian dalam yang menjadi rahsia kejayaan ultrasonic humidifier ini berfungsi..jadi lepas ini may be anda boleh mencubanya membuatnya sendiri dengan mencari segala peralatan yang diperlukan ini di kedai-kedai berhampiran anda k..jom kita layan..

inilah keadaan dalam ultrasonic humidifier ini (gambar dari swiftlet like ni)...

untuk menjayakan ultrasonic humidifier ini anda memerlukan beberapa benda utamanya :

1) mist maker (benda yang panjang sebelah bebola hitam tu)...cari di kedai elektrik n elektronik ada kot...

2) fan (kipas - bergantung dengan besar mana nak buat ultrasonic ini..kalau besar dan mist maker besar maka      kene pakai fan yang besar sedikit....sama juga cari di kedai elektrik dan elektronik yang besar ada kot..

3) water lavel sensor (bebola hitam tersebut - berfungsi untuk kawal air yang masuk dalam tong tadahan ultrasonic humidifier tersebut...kat kedai banyak ni...saiz juga bergantung kesesuaian..



contoh pic di atas ini ialah mist maker yang di on kan sahaja maka akan terjadilah wap-wap air tersebut..
boleh juga digunakan macam ini sahaja tetapi lantai bh anda juga akan cepat basah sebab mist ini tidak dihalakan ke udara atau dalam bh..

ni pun sama ambil dari swiftlet like ni...

perhatikan pula gambar ini...apabila fan tersebut disambungkan kepada lubang yang dibuat menggunakan paip pvc tersebut..kipas ini apabila di pasang serentak dengan mist maker tersebut maka akan menolak wap-wap air tersebut keluar ke arah corong yang disediakan ini contohnya paip pvc ini...




dan beginilah akhinya terjadi jika semuanya berjalan dengan serentak menggunakan bahan-bahan utama tersebut..maka humidifier ultrasonic dalam bh anda akan terhasil dan berfungsi dengan baik sekali...ultrasonic humidifier sebegini atau chicken humidifier juga dicadangkan pada bh yang diperbuat dari bahan konkrit simen sahaja kerana ia mampu memberikan keadaan yang sejuk...jika digunakan pada bh yang diperbuat dari kayu maka lama-kelamaan wap-wap air ini akan meresap dalam bahan kayu tersebut menjadikannya reput akhirnya...jadi pada bh yang diperbuat dari bahan kayu di galakkan supaya hanya memakai kaedah kolam-kolam sahaja untuk kawal suhu...selamat mencuba...layan je k...sekadar membantu..

swiftlet_zone 4 all
email me : shidey_zone @yahoo.com
phone : 012-5328332

Monday 17 October 2011

Khabar Gembira Sahabat Dari Mukah, Sarawak

mesej ini diterima  pada 17.10.2011 (8.19 AM)

Pagi ni saya dikejutkan dengan meseg dari seorang sahabt perwalitan dari negeri sarawak..meseg yang dihantarnya kepada saya pada pukul 8.19 minit pagi..awal betul...rasanya di Sarawak dah tengah hari ketika ini...heheeh..tetapi apa yang penting isi mesegnya yang telah dihantar kepada saya berbunyi begini :

"salam bro, fulamak...tahniah, blog emakain cantek....oh ya...nak maklumkan bahawa bh dah mula bersarang. Hanya belum ada kesempatan nak hantar bukti kepada bro...Alhamdulillah, terima kasih banyak-banyak di atas perkongsian ilmu yang bro berikan..."

Alhamdulillah, seorang lagi sahabat yang dapat saya bantu dengan sedikit sahaja ilmu di dada ini...untuk makluman juga kami telah lama bertukar pandangan dan ilmu perwalitan ini hanya melalui meseg sahaja...dan saya banyak berkongsi ilmu dan memberikan pandangan berdasarkan pengalaman saya yang kecil ini sahaja...ternyata apa yang saya cadangkan banyak yang telah beliau buat...ternyata hasilnya kini mula kelihatan..ternayata usaha yang dibuatnya selama ini membuahkan hasil..

beliau juga telah memakai suara set super dari koleksi saya iaitu marvelous cloud, black cloud, thunder dan baby king...ternyata suara tersebut berjaya memikat sang walit dari kepulauan borneo sana..

apa yang penting nasihat saya jika telah ada tanda-tanda burung akan bersarang maka janganlah sering diganggu bh ketika ini..hal ini untuk memberikan masa yang panjang dan suasana yang selesa untuk walit bersarang...jika kita sering menganggunya maka bimbang kelak sang walit ini akan lari terus dan akan bersarang di bh jiran di sebelah yang lebih aman...berusahalah, kemudian beramal dan akhirnya baru bertawakkal....layan je k...

swiftlets-zone 4 all
email me : shidey_zone@yahoo.com
phone : 012-5328332

Suara Luar Dan Dalam Yang Baru

Nantikan Kemunculannya...

Suara luar dan dalam yang baru akan saya masukkan dalam list koleksi saya kelak..suara-suara ini ada yang popular digunakan samada di Malaysia dan di Indonesia...antara suara tersebut ialah Tongkat Ali,              Super BabyKing, suara inap, suara pooling sound, suara super caller, Suara Balai, Suara Red Wave 2, Suara Rambo B4, Suara NBU, Suara Viva Kajang, Suara King Kong, Pontianak A dan sebagainya...jadi kepada semua yang berminat dan tercari-cari suara jenis ini maka nantikan kemunculannya...layan je...

swiftlets-zone 4 all
email me : shidey_zone@yahoo.com
phone : 012-5328332

Rumah Burung Walit Kerangka Besi

Bahagian 2


semalam ketika melalui jalan di kawasan Gunong Keriang Alor Setar terpandang saya akan sebuah kedai pertukangan besi ini...apa yang menariknya ialah bahagian atas kedai tersebut tengah dipersiapkan design atau kerangka besi yang jika di amati dengan teliti menyerupai rumah burung walit.

.mana taknya siap dengan monkey house lagi juga dengan kerangka besi..untung lah taukeynya kan...ye lah semua bahan-bahan besi yang lebih di kedainya dipersipakn dan dikitar semula menjadi bh....lokainya juga strategik iaitu berhadapan dengan sawah padi, sungai dan berselahan dengan Gunuong Keriang yang mana kaya dengan gua-gua tersembunyi...rasanya banyak walit menginap di situ...apapun nanti saya kan lihat kemajuannya...harap bh design seperti ini juga akan cepat berjaya di sini...layan je...

swiftlets-zone 4 all
email me : shidey_zone@yahoo.com
phone : 012-5328332

Saturday 15 October 2011

Taman Perindustrian Ringan Simpang Empat.

Bahagian 2..jom jalan-jalan pandang-pandang...

minggu lepas saya melalui jalan ini sekali lagi...dan pada waktu ini saya telah bersedia dengan membawa kamera untuk mengambil gambar di sekitar kawasan ini yang hampir semuanya bangunan di sini telah bertukar menjadi rumah burung walit..asalnay telah digazet menjadi kawasan perindustrian ringan...tetapi diebabkan kawasan ini jauh dari pandangan masyarakat maka owner di sini telah menukarkannya menjadi bh.rasanya dalam 10 tahun lagi jika menjadi kawasan disini akan bertukar menjadi kawasan ekopark burung walit dengan sendirnya....apooo nak di katooo...jom layan je...
















swiftlets-zone 4 all
email me : shidey_zone @yahoo.com
phone : 012-5328332

Design Rumah Burung Walit Saiz Kecil Dari Indonesia

LMB yang kecil sahaja berbanding LMB di Malaysia

gambar di atas ialah design sebuah rumah burung walit di Indonesia..anda boleh lihat apa yang membezakan rumah burung walit Indonesia dan Malaysia yang paling ketara ialah Lubang Masuk Burung (LMB). Di sana LMB ini dibuat di dinding bh terus...dan saiznya pula adalah kecil sahaja...manakala di Malaysia banyak kaedah LMB ini...yang paling popular ialah Monkey house, open roof dan sebagainya...cuma kini banyak dilihat rumah burung di Malaysia ini telah meniru gaya LMB dari Indonesia ini tetapi tranformasi pembaharuan telah dibuat.

Pembaharuan bagi LMB ini di Malaysia ialah saiz lubang masuknya yang agak besar untuk memudahkan burung walit ini masuk dalam bh..di samping itu juga walalupun LMB ini dibuat terus ke dinding tetapi kawasan partion untuk roving room ini tetap dibuat untuk memberikan keselesaan untuk burung walit ini...

sebenarnya semua gaya LMB ini boleh digunakan tetapi faktor lokasi semasa yang mainkan peranan..di Indonesia telah diketahui mempunyai populasi walit yang besar di dunia kerana negara tersebut telah menceburi bidang ini puluhan tahun dahulu sedangkan populasi burung walit di Malaysia tidaklah besar kerana ianya bolhlah dikatakan baru bermula...atas faktor itulah menjadikan setiap peniruan ini memerlukan  juga tranformasi agar kena pada masa dan tempatnya...jadi bagi anda yang ingin meniru gaya bh di Indonesia maka di syorkan buatlah kajian dan rujukan dahulu k dengan masa, lokasi dan sebagainya tempat bh anda akan beroperasi kelak...layan je,...

swiftlets-zone 4 all
email me : swiftlets_zone@yahoo.com
phone : 012-5328332

Wednesday 12 October 2011

Lubang Masuk Burung Dari Tepi BH

Cara-Cara Yang Betul

Kini bh juga telah menjalani proses tranformasi yang menarik...jika dahulunya banyak rumah burung menggunakan kaedah monkey house, dog kennel, lubang masuk terjun, open roof dan sebagainya tetapi disebabkan banyak BH yang telah gagal dengan kaedah ini maka ramai yang telah mencuba kaedah lubang masuk dari tepi bh ini...bagi saya cara ini lebih berkesan dan wajar ditiru oleh ramai pemain baru industri ini..tetapi banyak perkara yang dibuat juga harus betul...lubang masuk cara ini diketahui mampu menarik burung dengan masa yang singkat sekali...dan cara ini banyak dibuat di negara Indonesia tetapi di sana lubangnya hanyalah kecil sahaja...di Malaysia diketahui lubang masuknya adalah besar kerana untuk memudahkan burung walit memasukinya...

jadi jika anda ingin memilih cara ini maka jom kita lihat apa yang boleh ditiru dan apa yang tak boleh ditiru...jom layannnnn....

Cara Salah
bh ini menggunakan kaedah masuk lubang dari tepi bh...tetapi cara yang dipih ini ialah salah...kerana lubang masuk burung yang besar ini telah menyebabkan kawasan nesting room terlalu cerah dan terang...untuk makluman semua burung walit suka kawasan yang agak gelap untuknya bersarang...kalau dah begini terang alamatnya sang walit ini akan terbang masuk dan kluar balik sahajalah...jadi janganlah ditiru k...

Cara Betul
kaedah ini adalah yang sesuai sekali jika anda memilih kaedah Lubang Masuk dari Dinding ini...kenapa dikatakan sesuai??? cara ini adalah kerana partion yang dibuat ini menyebabkan cahaya yang akan memasuki bh dapat dikurangkan...di samping itu juga..ianya dapat membezakan antara kawasan roving room dan nesting room...selalunya petak partion yang dibuat besar sepeti ini akan mampu bertindak sebagai ruang roving room untuk burung walit iini berputar dan bermain di situ sebelum ke nesting rooom...jika nesting room anda masih lagi cerah menggunakan kaedah ini maka cara di bawah boleh di tambah...

 Cara Boleh Ditiru

Cara Boleh Ditiru

Cara ini ialah dengan membuat partion di antara ruang nesting room dalam bh ini menjadi seperti ruangan bilik-bilik yang menjadikan kawasan nesting room ini gelap...burung walit ini akan terbang menyusuri setiap bilik ini dan bermain dalam ini sebelum memilih tempat yang sesuai untuknya bersarang...jadi buatlah pilihan yang bijak...di atas ini ialah pendapat saya sahaja Tetapi ramai juga yang telah mencuba dan berjaya...janganlah kita mengharapkan konsultan sahaj yang berpikir sebaiknya kita juga cuba menghasilkan kaedah yang terbaik untuk perkembangan bh kita...jadi bagi yang memilih kaedah Luabng Masuk Dari Dinding ini may be boleh meniru cara ini k...layan je....

swiftlets-zone 4 all
email me : shidey_zone@yahoo.com
phone : 012-5328332

Pakej Suara Super : Semua 4 Suara Terbukti Keberkesanannya

Khabar Gembira Daripada Sahabat

Meseg Yang Dihantar Pada Minggu Lepas

akum, tuan.pertamanya saya hendak mengucapkan terima kasih pada tuan. minggu lepas suara yang saya beli pada tuan telah sampai..keempat suara tersebut telah saya test di bh...Alhamdulillah tuan.semua suara tersebut menjadi..apabila di pasang sahaja di amplifier tak sampai 10 minit kira-kira 100 ekor burung walit datang menyerang bh saya...keluar masuk bh tanpa henti start pukul 9 pagi saya pasang..keempat suara tersebut saya test dan menjadi...terima kasih sekali lagi dengan nasihat yang telah diberikan juga...harap sebulan dua ni ada lah sarang...nanti kita berhubung lagi dan saya akan bgtau perkembangan seterusnya..tq..Shuib Kuala Krai, Kelantan..

 Syukur Alhamdulilah,

Alhamdulillah...salah seorang lagi yang telah saya dapat bantu walaupun hanya melalui pertanyaan dari email, handset dan jawapan saya juga melalui email dan hp tanpa bersua muka tetapi tetap berjaya mencapai matlamatnya..untuk makluman, en, Shuib ini telah membeli pakej 4 suara walit dari saya iaitu Marvelous Cloud, Lacur, Nemolizer dan Super AAA..dan beliau juga banyak bertanyakan pendapat saya tentang bhnya yang 9 bulan telah dibuka tetapi hasilnya yang tiada..alhamdulillah kami bertukar pendapat dan dia banyak mencuba kaedah-kaedah yang saya syorkan dalam bhnya seperti membuat makanan walit, arrangement tweeter, cara hendak mengawal suhu dan sebagianya...dengan berkat usahanya alhamdulillah kini bhnya kembali 'bernafas..dahulunya bhnya yang telah beroperasi 9 bulan tidak dikunjungi langsung burung walit...dan setelah 9 bulan tiada hasil maka beliau bertanyakan pendapt saya dan kami bertukar pendapat...kini keazamannya dalam industri ini meningkat kembali...alhamdulillah...saya doakan semoga bh beliau akan berjaya dengan cepat Aminn...

(sebenarnya banyak para sahabat yang telah berjaya tetapi ramai juga yang bgtau saya supaya jangan posting dalam blog ni...hehehe..tapi untuk en. shuib dia kata tak kisah letak dlm blog ini kerana hendak ramai lagi yang berjaya dalam industri ini...tq en shuib..)

swiftlets-zone 4 all
email : shidey_zone@yahoo.com
phone : 012-5328332

Tuesday 11 October 2011

Dulunya Hanya Stor Sekarang Dah Menjadi Bh

tranformasi : menjadi bh satu tingkat...

lihatlah gambar ini...asalnya sebuah stor lama yang jarang digunakan sahaja...hanya menjadi tempat penyimpanan baja-baja lama sahaja...disebabkan minat yang mendalam tentang industri ini maka ownernya telah berjaya menjimatkan kosnya untuk memiliki bh dengan hanaya membuat tranformasi sahaja ke atas stor tersebut,....

lihatlah kawasan semak samun sekitar bh telah dikemaskan dan menjadi kawasan yang sesuai untuk pemancaran suara panggilan walit...dengan kos yang minima maka ownernya telah mempunyai rumah walit...tahukah anda rumah walit yang kecil banayak jugak telah berjaya sedangkan yang besar2 juga lagi banyak menemui kegagalan...kegagalan di sini bermakna sudah setahun, dua tahun dan ke atas tetapi masih tiada lagi walit yang sudi menginap dan membuat sarang...jadi anda seorang yang gagal...bh satu  tingkat dulu wajar dicuba kerana apabila berjaya barulah anda menambah bh anda menjadi besar kelak...laburlah modal dengan perancangan yang betul...jangan ikut dengar cakap orang sahaja...nak memiliki bh perlu mempunyai ratusan ribu ringgit...alamatnya tak de lah bh kita sampai bila2...layan je...

swiftlets-zone 4 all
email me : shidey_zone@yahoo.com
phone : 012-5328332

Monday 3 October 2011

Lubang Masuk Burung Direct Ke Dinding

cara sebegini kini ramai yang menggemarinya...

lubang masuk di dinding mampu memikat dengan cepat burung walit berbanding monkey house

 contoh di atas ialah gambar rumah burung walit yang lubang masuknya terus ke dinding...cara ini kini ramai yang menggemarinya...bh saya yang kedua kelak juga akan saya gunakan cara ini...kenapa ramai orang lebih suka cara ini ek????

antara kelebihan utama cara ini ialah burung walit akan cepat memasuki rumah burung kita dan mudah untuknya terbang menyusuri hingga ke kawasan nesting room...inilah kelebihan utamanya...di samping itu juga...untuk mempercepatkan kejayaannya juga maka cara yang dibawah wajib ditiru...gambar di bawah akan menunjukkan sama ada kejayaan cepat atau lambat sesebuah bh itu banyak juga bergantung kepadanya....

roving room yang besar mampu memikat sang walit

gambar ini menunjukkan kawasan roving room yang luas...jika anda membuat lubang masuk burung direct ke dinding sebegini maka seharusnya menyediakan kawasan roving room yang selesa untuk rumah burung walit ini...roving roon ini akan bertindak sebagai tempat burung berpusing-pusing dahulu sebelumianya terbang menuju ke kawasan nesting rooom...saiz yang minimumi untuknya ialah 10x20 kaki...untuk burung ke nesting room pula seeloknya dibuat partion atau dinding yang mana satu lubang lain dibuat untuk burung menuju ke kawasan nesting room...cara ini sangat sesuai kerana cahaya dari luar akan dapat disekat dan kawasan nesting room juga akan gelap...berbanding cara monkey house cara ini dilihat cepat menarik burung walit untuk tinggal dalam bh kita...jadi bagi yang ingin mencuba industri ini saya cadangkan anda cuba kaedah lubang masuk sebegini...

swiftlets-zone 4 all
email me : shidey_zone@yahoo.com
phone : 012-5328332