Monday 28 May 2012

Awas !!! Binatang Berbahaya Dalam BH

Kawanan Sang tebuan juga sudi bersarang dalam BH...

ayooo..kalau kena menatang ni alamatnya mau sakit sebulan ni...pernah kah anda melihat tebuan masuk dalam bh anda...kalau ada maka berhati-hatilah ek...masuk tu bersebab tu..pada awlnya riki line dulu..biila dh suka (habitat cam walit jugak) maka ianya kan menjadikan tempat tersebut sebagai sarang mereka...

anda bayangkan dh 2-3 bulan anda tidak memasuki bh...kemudian apabila anda memasuki bh terkejut anda melihat sarang tebuan yang besar dalam bh anda..jadi apa yang perlu di buat ek...takkan nk bakar kot sarang tu dalam bh...alamatnya bh pon boleh terbakar...nk boh asap mau lari abih burung ni...jadi cmne nk buat ni ek...kalau sarang kecil baru cmni senag je...

anda semburkan sahaja ridsect je terus...komfem mati tebuan ni...tu pon pastikan anda membuat persediaan rapi seperti memaki baju tebal dan bersedia untuk lari....

bukan apa pastinya tebuan yang tak kena semburan tersebut akan kejar anda...sebab tu kalu nak sembur kena pastikan semua tebuan tersebut berada atas sarangnya...kemudian semburlah...dulu bh sys penah di masuki tebuan ni gak...mula-mula just buangkan sarang tersebut sahaja...tapi lepas 3 minggu tengok sarang tersebut dibuat semula dan lebih kurang besar ni lah...dengan hati yang membara maka saya semburkan terus ridsect je...abih mati semua tebuan tersebut...lepas tu bekas sarang tersebut yang ditinggalkan juga saya semburkan ridsect biar tebal ckit...

Alhamdulillah lepas tu tiada lagi sarang tebuan yang muncul ataupu sang tebuan berani masuk bersarng dalam bh...heheh..may be anda boleh mencuba kaedah ini kalau ada masalah yang sama k...

swiftlets-zone 4 all
phone : 012-5328332

Sunday 27 May 2012

Kenapa Kerajaan Negeri Kedah Mengambil Pendekatan Pemutihan Rumah Burung Walit

macam ketat jugak undang-undang ni...ish...ish..

ALOR SETAR - Bagi menyelesaikan pelbagai masalah yang timbul dari perusahaan burung walit di Kedah, maka kerajaan negeri melaksanakan Program Pemutihan Premis Burung Walit Negeri Kedah Darul Aman.
Exco Kerajaan Tempatan, Bekalan Air, Sumber Air dan Tenaga, YB Dato’ Ir. Phahrolrazi Zawawi berkata, selepas program pemutihan dilaksanakan maka pihaknya dapat mengawal aktiviti perusahaan burung walit dan juga dapat memantau operasi industri ini daripada semua aspek termasuk perancangan, pemeliharaan alam sekitar, nilai estetika dan kepentingan awam.

Beliau berkata demikian semasa bercakap di sidang media mengenai melaksanakan Program Pemutihan Premis Burung Walit Negeri Kedah Darul Aman di Wisma Darul Aman.
“Program pemutihan yang dijalankan adalah untuk memastikan pengusaha mematuhi garis panduan dan bagi menjamin kualiti sarang burung walit yang dihasilkan.

Melalui program ini pengusaha perlu mendaftar dan memohon lesen sementara dengan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dengan bayaran RM180 berbanding kadar biasa yang lebih tinggi,” katanya.
Menurutnya, selepas mendapat lesen sementara ini, mereka perlu memohon lesen tetap untuk premis tersebut yang melibatkan dua kaedah.

Premis yang mematuhi garis panduan akan diberikan terus lesen tetap manakala yang gagal patuhi garis panduan pula akan diberikan tempoh lima tahun untuk berpindah.

“Garis panduan yang dibenarkan adalah rumah burung dibina di kawasan zon industri atau pertanian, manakala bagi zon kediaman dan premis perniagaan tidak dibenarkan.
“Kita tidak akan bertindak kejam dengan merobohkan bangunan itu tetapi akan meminta mereka memohon lesen sementara untuk tempoh lima tahun,” katanya.

Tambahnya lagi, kerajaan negeri tidak akan lagi berkompromi dengan pengusaha burung walit sekiranya mereka tidak mematuhi Kod Amalan Baik Penternakan Burung Walit Jabatan Veterinar, selepas program pemutihan berakhir 30 jun ini.

Pengusaha yang masih berdegil dan enggan mendaftar dengan PBT dan Jabatan Veterinar serta tidak memiliki lesen, maka mereka akan berdepan dengan tindakan tegas termasuk denda dan bangunan dirobohkan.

“Selain itu, disebabkan masih ramai pengusaha belum mendaftarkan premis mereka selepas pelancaran program pemutihan bermula 1 Julai hingga 31 Disember  2011 lalu, maka kita akan lajutkan lagi tempoh sehingga 30 Jun ini.

“Selepas Jun ini kita tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan berdasarkan Undang-Undang Kecil PBT kerana sudah banyak kali kita bertolak ansur dalam garis panduan ini,” jelasnya.
Katanya lagi, dianggarkan jumlah keseluruhan premis pengusahaan burung walit di Kedah adalah sebanyak 1910 tetapi yang mendaftar hanyalah sebanyak 872 buah.



anda mampu mengikut garis panduan ini...entah lah..tepuk dada tanya duit ada ke...plan ada ke..status tanah clear ke..banyak nk kena ikut tu...kalau dulu buat undang-undang awal sebelum industri ni wujud kan bagus,,,entah lah...layan je..

swiftlets-zone 4 all
email me : shidey_zone@yahoo.com
phone : 012-5328332

Jom Jalan-Jalan di Bukit Tinggi Resort, Pahang

ada perkara menarik tentangnya...

kelihatan semua binaannya rasa macam dok di Negara Itali je..huhuhu..tapi ada benda yang telah menarik perhatian saya di sini...jom layan jap..


 ha inilah yang terpikir..hehe..susunan kayu di syiling resort ni dah macam nesting plank untuk sang walit bersarang je...jenis kayu tak sure plk...kalau burung walit masuk mau bersarang je terus...tapi gangguan dari manusia byk lah kan..lagi satu dalam bangunan yang sukar untuknya keluar masuk pulak kan...


ha tapi ada tempat yang sang walit boleh bersarang dan mudah keluar masuk...iaitu di kawasan parking kereta di resort ini..pada mulanya terpikir gak saya kalau burung masuk tak ganggu ke ngn batang paip dan wyering dalam parking ini...dalam mencari tersebut akhirnya saya telah berjumpa juga...


ha inilah dia sang walit atau burung jenis layang-layang yang telah memilih kawasan parking kereta sebagai tempat bersarang...kawasan ini cerah dan penuh gangguan tapi ianya tak kisah...lihatlah habitatnya yang tetap mencari kawasan sudut juga untuk bersarang...sila zoomkan ckit k..burung jenis ini menggunakan kira-kira 10% hingga 20% sahaja air liur sebagi gam untuk melekatkan ranting-ranting kayu yang dbuat sarang...shapenya sama juga seperti burung walit iaitu jenis C..

sebenarnya saya telah sap gambar yang lagi menarik iaitu kawanan burung ini membuat sarang..banyak betul dalam satu tempat iaitu kira-kira 100 sarang lebih...dan suasana sangat bising di situ dengan bunyi anak burung ini..tapi tak boleh nk letakkan dalam ni sbb tetiba gambar tu terdelete...rugi betul...tapi ternyata kawasan ini mempunyai potensi yang menraik..suhunya juga sejuk secara semula jadi...jadi dimakah burung walit bersarang ek...saya rasa mesti di kawasan gua sekitarnya yang mempunya kegelapan yang disukai oleh walit...jadi kalau anda datang ke sini dan parking di kawasan resort ini jangan lupa mendongak kan kepala atau mencari spot tahi burung di lantai dan anda pasti ketemu sarang layang-layang ini melekat di syiling kawasan parking ini..kalau ada tanda tapi sarang tak de bermaksud tukang cuci kawasan ini dh jolok buang sarang tersebut..hehehe..apapun selamat berkunjung ke bukit tinggi resort...layan je...

swiftlets-zone 4 all
phone : 012-5328332


Sunday 20 May 2012

Cara-Cara Meningkatkan Sarang Burung Walit Dalam BH

Perkara asas yang wajib dilakukan....terbukti berjaya....jangan ragu-ragu untuk mencubanya...

inilah bukti bahawa ianya mampu polisterin mampu memikat walit.

ramai yang bertanya kepada saya bagaimana cara untuk menambah sarang burung walit dalam bh...bagi saya cara yang wajib dilakukan oleh semua pengusaha industri perwalitan ini adalah dengan memperbanyakkan sarang palsu dalam bh anda...sarang palsu ini menjadikan perkara wajib yang perlu di lakukan...bagai mana caranya??? apakah material yang boleh digunakan???

antara material yang boleh digunakan ialah :

1) polisterin
2) kertas putih
3) clip besi
4) kepingan aliminium
5) sarang palsu yang terdapat di pasaran
6) dan lain-lain lagi...

sarang palsu dariapada pelbagai material ini telah terbukti menjadi dan berjaya memikat sang walit...yang bestnya menggunakan sarang palsu ini ialah setiap aroma yang anda cuba untuk try boleh cuba di semburkan atau di sapu di sini...kalau tak nak boh aroma pon boleh sahaja..ianya akan menjadikan daya penarikan untuk sang walit hingga di kawasan tersebut...jika ianya berkekalan iaitu ada tompokan najis di bawah sarang palsu tersebut dan sentiasa berkekalan maka akan melihat hasilnya dalam tempoh sebulan...InsyaAllah akan ada air liur emas sebagai tanda untuk bersarang di situ kelak...cuma kurangkanlah gangguan dalam bh tersebut...jadi selamat mencuba...layan je...

swiftlets-zone 4 all
phone : 012-5328332

Sunday 13 May 2012

Masalah Yang Sering Berlaku Dalam BH : Pemantauan Harus Dilakukan Selalu...

Alhamdulillah dah ada sarang tetapi perlu juga dipantau lagi...kenapa ek????


sarang ini telah mempunyai telur..putih lagi telur ni...dua biji ni solid putih je....ada mslh lagi ke ni...jika sarang ini berdekatan dengan tweeter maka pemantauannya harus dibuat selalu...kenapa ek..????.


contohnya dekat tweeter ini..alhamdulillah tweeter ini telah berjaya memikat sang walit untuk bersarang berdekatan dengannya...kanan dah siap sarang n dah ada telur pon...di kiri sang walit tengah membuat  sarang tersebut tak siap lagi ni...jadi, apakah masalahnya lagi ek...tengok sepintas lalu cm ok je kan...jom kita zooomkan dekat ckit lagi...


apakah yang anda nampak di sini...tak payah tgk dekat sarang tu...sarang pecah-pecah tu maksudnya suhu agak panas dlm bh tu...tapi sang walit tetap bersarang dlm bh tu kerana terpikat dengan bunyi suara dalam dari tweeter tersebut...tapi bukan itu yag nak saya katakan.....

Perkara yang penting di sini ialah anda lihatlah dengan teliti keadaan wayar penyambung pada tweeter tersebut..ianya telah terputus sama sekali..hal ini kerana apabila sang walit bersarang di bahagian belakang tweetr maka sudah tentu ia akan mengeluarkan najis walit kelak...najis yang berkumpul banyak dekat tweeter ini menyebabkan lama kelamaan wayar penyambungnya akan putus...jadi kelak tweeter tersebut tidak akan berfungsi...sebab itu saya katakan anda senantiasa memerhatikan keadaan ini dan sentiasa bersihkan najis walit ini...bayangkan kalau satu tak berbunyi maka ianya akan effect kepada berpuluh tweeter yang lain jika penyambungnya utama bermula di situ... jadi kalau 3 bulan sekali kita masuk bh maka bermakna bh kita 3 bulanlah tak berbuyi suara dalamkan...kita juga yang rugi kan...

Cara penyelesaiannya ialah anda perlu pakai clip penyambung wayar dan tweeter tersebut seperti penyambung dalam gambar tersebut di bahagian bwh...anda perhatikan dalam gambar tersebut nampak kan penyambung tweeter kaler merah dan biru tersebut...jadi cara tersebut telah menyelamatkan wayar penyambung tweeter tersebut...anda tak perlu lagi risau tentang masalah tersebut kelak jika sang walit banyak bersarang pada tweeter anda....apapun sharing is caring...layan je kk...

swiftlets-zone 4 all
phone : 012-5328332

Terima Kasih PM

semuanya kerana dia..


isu pengeksportan sarang burung malaysia ke china  di tarik balik semuanya adalah jasanya...baru-baru ini semasa lawatan PM ke China isu ini juga di bincangkan...nampaknya PM tak pernah lupa nasib kita di peringkat bawah ini...Alahamdulillah...semasa lawatan tersebut beberapa ketetapan telah dibuat dan salah satu daripadanya ialah berkaitan isu penjualan sarang burung ke china ini...dan apa yang dihajati telah pon kita dapat...cima yang penting kita pula mematuhi apa yang telah digariskan oleh kerajaan pula...kita cuba buat apa yang di perlukan...apa pun...tq PM....

swiftlets-zone 4 all
phone : 012-5328332

Larangan Eksport Sarang Burung Dari Malaysia Di Tarik Balik

Keratan Akhbar Utusan Yang Lalu...Rasanya pasti Harga Sarang akan Naik kembali

mengikut kementerian terlibat pengeksportan sarang burung walit kini telah di tarik balik oleh kerajaan China...jika dahulu kita di gampar gempurkan harga sarang burung ini telah jatuh dengan mendadak dengan alasan sarang burung ini tidak bermutu dan sukar untu di pasarkan di china...jadi kini may be kita boleh menarik nafas lega cikit kerana sekatan ini telah ditarik balik...permintaan akan timbul kembali...sebab itu saya pernah kata JANGAN JUAL LAGI SARANG BURUNG INI DENGAN HARGA MURAH...InsyAllah kini harganya akan naik dan terus naik lagi...yang penting sarang kita adalah berkualiti...

Cuma satu sahaja yang dipinta iaitu pengeksportan ke luar negara ini memerlukan memenuhi piawaian yang telah ditetapkan oleh kementerian...OK je ni...cuma janganlah pihak kementerian hanya melantik satu kompany sahaj yang bertindak sebagai badan utama untuk ekport sarang burung ini....monopoli namanya ni...apapun masih lagi menunggu khabar gembira yang lain pulak,,rasanya HARGA akan NAIK Kembali...Marilah kita sama-sama berdoa kepadaNYA...

Swiftlets-zone 4 all
phone : 012-5328332

Rezeki Sayang Burung Walit

dah puas adjust tapi last2 gambar senget jugak...jangan marah naaa...

 Minggu lepas saya terbaca akhbar sinar harian bahagian utara...apa yang bestnya ialah ada penceritaan 1 muka paper tersebut tentang usahawan burung walit dari Yan Kedah...seorang pengusaha berbangsa cina...dia telah mengusahakan rumah burungnya sejak tahun 2004 lagi...ketika itu dia merupakan usahawan yang pertama yang terokai bidang ini di daerah Yan...mengikutnya lagi bhnya hanya produktif iaiatu selepas 3 tahun...kemudian baru hasilnya dikuti dan burung bertambah selalu...tapi kejayaannya ini tidak datang bergolek...ada tipsnya berkaitan cara-cara untuk bagi burung walit bertambah dan tak masuk bh orang lain...silalah baca k...hehehe...sengetkan skikit kepala tu atau copy dan buat rotation nanti k...

di sini, taukey ini ada ceritakan tentang sifat burung walit yang sangat sensitif sekali dan apa yang boleh dan tidak boleh dilakukan dalam bidang ini...layan baca je k...

swiftlets-zone 4 all
phone ; 012-5328332