Wednesday 29 December 2010

Antara Yang Terawal......

Percaya atau tidak disinilah terletaknya BH antara yang paling top di kawasan Sungai Petani. Anda dapat saksikan pagi, tengah hari dan petang burung masih keluar masuk dari BH ini. Pada lewat petangnya iaitu pada jam 6.30 petang ribuan walit telah mula pulang ke BH ini.Rasanya BH ini sudah menjangkau usia 5 tahun ke atas.Tahniah kepada taukeynya. Malahan di sekeliling dan sepanjang jalan ini jika anda mendongak ke atas anda akan dapat saksikan hampir keseluruhan bangunan kedai di tingkat atas telah di renovate menjadi rumah burung dan dibawahnya kedai atau pejabat beroperasi seperti biasa setiap hari. Bunyi kicauan merdu memanggil burung walit ini akan kedengaran dengan jelas di sepanjang jalan ini. Dikatakan juga di kawasan inilah antara tempat terawal rumah kedai yang direnovate menjadi rumah burung walit di Sungai Petani..Tahniah kepada mereka yang telah berjaya. Anda bila lagi..tepuk dada tanya hati..

No comments:

Post a Comment