Friday 9 December 2011

Aroma Untuk Rumah Burung Walit : Boleh Juga Dicuba

petua dan tips ini daripada sahabat dari Perak


 ikan keli ni goreng pon sedap ni...bagi garing ckit tentu sedap kan..hehehe..tetapi hal yang menariknya tentang ikan keli bagi industri perwalitan ini ialah tentang tips dari seorang sahabat perwalitan dari perak yang telah meseg saya semalam..beliau bertanyakan kepada saya tentang kaedah minayk ikan tersebut sebagai aroma dan saya reply emailnya dengan detail dan inya faham..kemudian ianya juga memberi pendapat tentang kaedah yang telah digunakan di bhnya yang pertama dahulu dan turut menjadi...semaunya berpunca dari ikan keli ini...


 katanya ikan keli mempunyai hanyir yang pekat dan dapat juga digunakan sebagai aroma dalam bh kita...be;iau mendapat kaedah ini dari kawannya dari terengganu yang telah mencubanya dan berjaya...maka ianya juga telah mencuba pada bhnya kira-kira 9 bulan telah beroperasi dan kini telah menghasilkan kira-kira 90 lebih sarang walit ini..

.katanya hanyir ikan tersebut diambil dan di masukkan dalam humidity pon blh ataupon di sapukan di dinding bh yang mana kan menghasilkan bau aroma dlam bh tersebut..alhamdulillah ianya berjaya memikat walit juga katanya...saya bertanya kepadanya kenapa ianya tidak memakai kaedah itu untuk bh keduanya...katanya dia dah malas nk pegi mencari peniaga ikan keli untuk mendapatkan hanyir ikan tersebut dan ingin guna kaedah minyak ikan tu pula untuk bhnya...

ye lah tak lah kotorkan tangan kan..hehe..tapi berita yang di sampaikannya ini menunjukkan ilmu baru yang may be boleh di cuba jika bh anda kosong sahaja...modal tak de tapi insyallah akan berjaya...saya tak gerenti ianya berjaya tetapi anda boleh mencubanya jugak...terutama pada bh yang baru di buka atau akan dibuka kelak...kalau bh yang dh ada puluhan sarang walit tersebut rasanya baik tak yah cuba kot bimbang kalau burung yang ada dan suka natural aroma dlm bh tersebut lari kerana ada roma yang baru pula...

tapi kalau nk cuba boleh je tapi jangan mrahkan sy pulak k...hehe..tetapi pada sesiapa yang pernah mencuba kaedah ini ataupun kaedah lain maka bolehlah berkongsi dengan saya dan sahabat yang lain agar semuanya mendapat manfaat dlm industri ini,,,jangan lah Biarkan Rahsia pulak kan...huhuhu..membantu orang lain dengan inovasi baru sangat penting kan..pahala pon dapat je..bukan nk kene kuarkan modal pon..hehehe


tetapi beranikah anda dapatkan hanyir ikan daripada ikan ini...ikan ni pon dah spesis cm ikan keli gak ni..hehe..kalau ikan keli besar ni tak yah ambik hanyir ikan dah..jual ikan ni pon boleh duit gak..hehehe..layan je...

swiftlets-zone 4 all
email me : shidey_zone@yahoo.com
phone : 012-5328332

Thursday 8 December 2011

Potensi Ekonomi Industri Sarang Burung

kalau tak nampak jugak cuba zoomkan cikit gambar ini...

gambar di atas menunjukkan kenyataan yang memang terjadi dalam industri perwalitan atau sarang burung ini...untuk makluman semua saya penah postingkan benda ini dahulu tetapi hari ini just to ingatkan balik...indutri sarang burung ini sememanynya sanagt produktif di dunia hari ini..malah sehingga ke hari ini potensi permintaan dunia terhadap industri ini tidak dapat dipenuhi walalupun saban hari ianya telah dijual di merata dunia...

negara pelopor utama industri ini ialah Indonesia, keduanya ialah Thailand dan ketiga barulah Malaysia...jadi di sini bermaksud industri ini di negara kita masih lagi di peringkat awal kerana kita masih lagi tidak mampu menyangi thailand...Nak bersaing dengan Indonesia tunggu kucing bertanduk lah dl...di Indonesia puluhan juta burung walit telah berada di sana kerana industri ini perwalitan ini telah bermula di sana sejak tahun 1960-an lagi....di Malaysia baru star sejak tahun 1997 sahaja...jadi perbezaan yang lama itu menjadikan Indonesia terlalu ke depan dalam bidang ini...sebab itu kebanyakkan konsultan Malaysia yang tersohor banyak datangnya dari ilmu yang dituntut mereka di Indonesia melalui kursus dan pengalaman yang dituntut di sana dan di bawa pulang untuk di adaptasi di malaysia dengan sedikit perubahan teknologi dan budaya kerana perbezaan kawasan khatulistiwa dan cuaca di sini..

akhirnya lahirlah industri perwalitan di Malaysia yang pada mulanya dimulakan oleh kaum cina yang mana sukar untuk di ketahui rahsia rumah gelap emas kerana tidak mahu berkongsi idea dalam bisnes ini...tapi lama kelamaan industri mula kelihatan potensinya yang sukar dibendung lagi kerana hasilnya yang lumayan..

tetapi potensi industri ini yang tinggi menyebabkan ada orang yang cuba tiru sarang burung ini dengan hasilkan sarang tiruan yang dibaut dari agar-agar, darah ayam, dan sbgnya dan dieksport ke china...akibatnya harga sarang burung ini jatuh dan kerajaan china Bann produk sarang burung Malaysia kerana ramai pengusaha lanun ini memalsukan sarang burung ini...kini perbincangan sedang diadakan oleh kementerian asas tani dan kementerian kesihatan untuk membawa kembali produk ini ke china dengan penambahan yang ketat agar lanun palsu ini tak boleh lagi tiru..huhuhu..panjang hak cite ini ek...dah la kk..

yang pentingnya sehingga ke hari ini 60%-70% permintaan dunia terhadap produk sarang burung ini masih lagi tidak dapat dipenuhi oleh pengusaha sarang burung ini...sebab itu lah kot orang buat bh ini 3-4 tingkat ek sebab nk bagi banyak saranag...hehehe...tapi jangan buat 3-4 tingkat tapi lps  2-3 tahun tetap kosong jugak kan...maka ada maslsh di situ...tapi nasihat saya untuk turun ke industri ini buatlah dulu kajian k..dalam kejayaan industri ini tetapi masih ada juga di Malaysia kira-kira 60 % yang membuat bh ini tidak berhasil iaitu burung tidak datang dan bersarng dlm bh...kalau ada cmni kene buat pembaharuan k..cuba berusaha dengan benda2 yang baru dan inovasi dalam industri ini k..layan je..

swiftlets-zone 4 all
email me :swiftlets-zone 4 all
phone : 012-5328332

Wednesday 7 December 2011

Bandaraya Alor Star Kini Didiami Burung Walit

lokasi berhadapan dengan pasific mall je ni...

gamabr ini telah lama di ambil cuma lambat post je..dulu masa membeli belah di kawasan ini kedengaran suara walit yang kuat berdekatan dengan shoping mall ii...setelah dia matai maka saya pon mencari punca suara tersebut...dan akhirnya sya berjaya menemuinya maka snap sekeping gambar untuk share pada anda...

lokasinya ialah bersebelahan sahaja dengan shopping mall tersebut..rumah burung walit ini telah dibuat dengan convert tingkat atas bangunan ini menjadi rumah walit di tingkat paling atas sekali...lubang masuknya dibuat dengan cara masuk ke dinding...tetapi rumah walit ini juga memaki kaedah hexagon tweeter di kelilingnya betul2 di atas lubang masuk burung...ternyata ianya mampu memikat sang walit yang banyak juga..

apa kata majlis perbandaran ek...rilekk je...hehhee..agak2 ade lesen tak ni...kalau ada baguslah...kalau tak de maka tak kacau org pulak ek..hehehe.ternyata ownernya telah memaksimumkan penggunaan bangunan tersebut...jika dilihat bangunan ini seakan sudah tidak didimi oleh orang atau pon disewa untuk tujuan aktiviti komersial...sebab itu ownernya tukar jadi rumah walit kan...ye lah nak bg sewa tak mau org sewa...jadi buat rumah alit lg best..hehe..apabila siapnya projek double tracking di kawasan ini kelak maka kita akan dapat lihat dengan lebih dekat lagi bh ini kerana laluan by pass tersebut kelak akan melalui betul2 bersebelah dengan bh ini...jadi kelak apabila anda melalui jalan ini maka ushar2 lah bh ini k..hehe..layan je..

swiftlets-zone 4 all
email me : shidey_zone@yahoo.com
phone : 012-5328332

Monday 5 December 2011

Monkey House : Ancaman Utama Kegagalan Rumah Burung Walit

ramai yang terlupa perkara ini...

 (gambar hiasan je ni)

monkey house @ dog kenel ataupon apa yang orang panggil di luar sana banyak memainkan peranan dalam industri perwalitan ini...salah satu kejayaan dan kegagalan rumah burung walit ini banyak juga bergantung kepadanya...tahukah anda bahawa semua rumah walit banyak meniru gaya monkey house tetapi ramai yang tidak  tahu apakah fungsinya..banyak yang sekadar hanya meniru sahaja...jika buat bh perlu ada monkey house ini...tetapi bila tanya kenapa dan kelebihan dan kekurangannya...jawabnya hampeh dan bgtau semua orang perlu ada benda ni..maka alamtanya kelak akan gagal nnti...

kegagalan sesebuah bh banyak bergantung juga kepadanya...banyak saya dapat email dan sms yang bertanyakan soalan begini..bos, suara yang saya beli dari u banyak burung datang....tapi kenapa burung tak mau turun bwah,...shidey, suara walit awak terbaik...tapi kenapa burung datang tapi masuk kejap je pastu keluar tak sampi 1 minit pon...bila ditanya kembali adakah mereka memakai monkey house maka jawabnya YA...maka di sini suara walit tersebut tidak salah malahan terbaik dan berjaya memainkan fungsinya untuk menarik walit masuk dalam bh...tetapi walit tak mau turun ke bawah dan masuk je terus keluar adalah masalah bh itu sendiri...

Jom layan perkara yang akan sebabkan masalah berkaitan monkey house...

1) monkey house yang dibuat terlalu tinggi malahan ada yang sampi 10-15 kaki..
2) monkey house yang dibuat terlalu kecil dan sempit (tak buat pon lg bagus kan)..hehe
3) monkey house dibuat banyak lubang masuk burung (lebih dari 2)
4) monkey house dibuat lubang masuk burung yang berdekatan syiling..
5)Monkey house yang dibuat berdekatan dengan pokok yang besar2 sekitar bh

banyak lagi jugak sebab kegagalan ini...nanti kita bincangkan juga jalan penyelesaian dan monkey house yang terbaik k...layan je..

swiftlets-zone 4 all
email me : shidey_zone@yahoo.com
phone : 012-5328332


Friday 25 November 2011

RM 1000.00 Untuk 41 Suara Luar Dan Dalam Koleksi Swiftlets-Zone


salam 1 Malaysia kepada semua sahabat perwalitan...kini anda dapat lihat keliling anda di mana hampir puluhan BH yang didirikan saban hari...malah masyarakt bumiputera juga banyak yang telah membuka mata untuk membina bh..dengan modal yang sedikit usaha mereka untuk mempunyai bh juga tercapai kini..di harap semuanya kelak akan berjalan lancar...

untuk membantu anda di luar sana maka kini swiftlets-zone akan cuba membantu anda diluar sana dengan menganjurkan jualan murah atau sale....hehehe...sale di sini ialah untuk koleksi suara walit  luar dan dalam koleksi swiftelts-zone...percayalah anda tidak akan mendapat seperti ini di luar sana...jadi untuk itu maka swiftlets-zone membua jualan murah bermula sekarang..........

Pakej Jualan Murah Ini Hanya Akan Tamat Pada 31 Disember 2011 Sahaja...
kini swiftlets-zone menawarkan semua koleksi suara luar dan dalam tersebut hanya pada harga 
RM 1000.00 sahaja...dengan kos itu anda akan mendapat 41 koleksi suara walit luar dan dalam dari swiftlets-zone...ternyata ianya murah dari pasaran yang harganya mampu mencecah ribuan yang lebih tinggi lagi untuk 41 suara walit ini......jadi buatlah pilihan bijak...Insyaallah anda akan mendapat apa yang anda impikan nanti...




......RM 1000.00 = 41 SUARA LUAR DAN DALAM SWIFTLETS-ZONE.....


SWIFTLETS-ZONE 4 ALL
EMAIL ME : shidey_zone@yahoo.com
Phone : 012-5328332

Monday 21 November 2011

Email Sahabat Perwalitan Dari Pantai Timur

Masalah Burung Datang....Tapi Buat Dekkkkkk je...


Email Dari sahabat :

Assalamualaikum, saya  daripada pasir mas,
Sarang burung saya bersauz 20x60 x 3 tingkat telah 4 bulan beroperasi.

Sudah dua kali tukar suara luar,  pada perigkat awat suara dipasang burung aktif dan ramai keluar masuk, tapi lama kelamaan semakin kurang.
rumah di bina dalam kebun, dan laluan pulang burong, burong memang ramai di waktu petang , tapi tak berminat nak turun cuma lalu sahaja.
keadaan dalaman suhu dan cahaya ok. Adakah suara yang dimainkan tidak menarik perhatian burung untuk singgah atau apakah pandangan tuan. 


Disebelah kiri bagunan baru sedang dalam pembinaan,  Suara luar yang digunakan ialah T-King
dan suara dlm TD-2, burung belum ada buat sarang  dan masih belum ada burong yg menetap. Ada juga saya sediakan 
makanan.

Burong ramai tapi  cuma berlegar di atas sahaja ada juga yg masuk tapi tak banyak.

Mintak pandangan. . sekian wassallam.



Sekadar Kongsi Pendapat : 

puan,

sekadar share pendapat k...

1) suara luar dan suara dalam yang puan mksdkan tersebut saya tak pernah dengar langsung...rasanya dalam carian internet dan antara suara luar dan dalam yang famous dalam group walit pon tak penah dengar suara begitu...ada satu suara yg dinamakan suara duress atau stress sound memang burung dtg sangatlah byank tetapi tidak akan masuk dalam bh kita..kalau ada pun beberapa ekor yang berani sahaja...suara tersebut hanyalah sesuai untuk test lokasi sebelum didirikan bh sahaja kerana ianya untuk kita tahu anggaran walit yang ada di kawasan kita...tapi kalau di pasir mas tersangatlah banyak burung puan (dl sy keje kt klntn jadi tau lah jugak area tu..hehehe)..saya rasa suara luar dan dalam tersebut telah di rename kan semula...jadi saya cadangkan puan tukarkan suara luar dan dalam yang lain...

2) suara luar dan dalam tersangatlah penting puan...ada dalam blog saya saya ada ceritakan..utk sekadar share pendapat masalah yg sering terjadi sahaja...saya ada suara dalam yg sangat popular iaitu superbabyking...dah ramai member2 lain pakai dalam 3 hingga 4 minggu dah ada burung tidur..saya rasa puan kene mempunyai koleksi suara walit sendiri...bukan apa suara ini perlu kita tukarkan selalu jika burung walit dah tak dtg ke bh kita...kalau puan dah ada suara lain tukarkan sahaja...

3) saya lihat kawasan roving room puan dah ok...punya puan perlu tambahkan tweeter luar di kawasan lubang antara lantai tersebut dan lubang masuk ke nesting room dan di hujung dinding roving room...4 kawasan tersebut haruslah di pasang dengan suara luar yg sama..kita mengandaikan burung walit yang datang ke bh kita disebabkan ianya suka pada suara luar tersebut...seterusnya ia akan mencari punca suara tersebut dan jika kita pasangkan pada 4 kawasan tadi suara luar yang sama maka burung walit ini akan terbang menyusuri hingga ke kawasan nesting room..insyaallah ianya akan cepat tertarik pula untuk tinggal dengan mencari tweeter suara dalam kelak yang mamapu memikatnya utk tinggal dlm bh kita...cubalah kaedah ini puan...saya jarang bgtau org kecuali ada yang bertanya...ramai dah berjaya..insyaalah tak salah mencuba kan..belajar dari kesilapan kan..

4) makanan yang puan buat tu dari nenas kan...nenas pon boleh guna jugak dan buah buahan lain pon boleh guna jugak...tapi lambat gak nk jadi unggas tu...cuba try kaedah makanan walit saya dengan gunakan roti gerdenia dan susu tgk...blh tgk dr blog saya...insyallah akan hasilkan unggas jugak...puan boleh letakkan di kawasan roving room dan nesting room..tak berbau langsg...

5)saya nmpk dlm blog ini puan guna humidifier jenis chicken coop kan...kalau puan gunakan yg tu tuan boleh try kaedah aroma ini...puan pegi ke kedai farmasi dan beli minyak ikan yang dalam kapsul tu..alah bentuk cam ubat yg kita dok telan tu...rasanya dalam RM 30-50 sebotol or dua botol kot..lupa dah..hehe.kemudian puan masukkan dalam 15 biji hingga 30 biji ke kapsul minyak ikan tersebut dalam bekas air dalam chicken coop tu...insyaallah dalam 2 hari akan keluarkan bau apabila humidifier tersebut berfungsi kelak..burung walit juga suka bau begitu...saya dh penah cuba...kalau burung yg ada dalam bh kita pon takkan lari apabila bau aroma itu...

apapun sekadar sy share pendapat k...yg lain tu rasanya dh ok kot...perkara yng UTAMA penting ialah bagaimana nak buat burung walit masuk dan tido dalam bh kita...tak kisah lah ianya nk tido di tingkat berapa pun...apabila perkara ini berjaya maka barulah kita kisah untuk baginya tido sampi ke tingkat bawah k...perkara utama ini banyak berkait rapat dengan suara luar dan dalam...kalau puan ada suara koleksi walit lain...cuba try ubah tgk k..apapun sekadar pendapat..try dl n bgtau hasilnya nnti k..ada mslh mseg or email je k. sekadar membantu...layan je...hehe...swiftlet-s 4 all..





swiftlets-zone 4 all
email me : shidey_zone@yahoo.com
phone : 012-5328332

Email Dari Sahabat Perwalitan

Masalah Di LMB Kaedah Corong Masuk...

 (gambar hiasan)
semalam seorang sahabat lama telah menghantar email kepada saya..bh beliau mempunyai masalah burung tak mau masuk bh...gambar bhnya lebih kurg jugak bh ini iaitu menggunakan kaedah masuk seperti corong tersebut...masalahnya burung datang banyak tetapi hanya beberapa ekor sahaj yg masuk bh...yg lain cm takut je..jadi setelah banyak pembaharuan pada bh di lakukan telah dibuat dan sama sahaja maka saya sarankan sahaj agar corong tersebut dibuang je dan lihat hasilnya kelak..kita nantikan berita gembira dari sahabat kelak...jom layan emailnya...

email dari sahabat :
salam En Shidey
kenapa ye burung hanya berlegar sahaja kat lubang masuk.saya melihat seolah-olah burung mcm takut untuk masuk dan bila sampai kat lubang masuk seolah-olah burung brek dan naik keatas tak masuk kedlm rumah.dalam 50 ekor dtg hanya 2 ekor aje masuk.Rumah burung saya beroperasi sudah 5bulan lebih  beroperasi.setakat ini hanya lbh kurang 3 atau 4 ekor tidur kat dalam rumah.
rumah burung saya 20x30x30,saiz rooving room 10x30.kedudukan lubang masuk matahari jatuh,rumah burung saya tak guna monkey house kerana saya menebuk lubang didinding lbh kurang besar 2 kaki x 2 kaki suhu 28 

Kongsi pendapat :


saya baru tgk gmbr bh tu (owner attach gambar jugak). sy rasa may be lubng masuk bntuk corong tu yg sbbkn burung takut masuk bh.saiz lubng tu dh ok tp bila ltkkn corong tu menyebbkn lubg tu jd sempit. burung takut masuk bimbgkn sypnya kena corong tu.sy rasa baik buang corong tu dan gunakan kaedah sekatan partion dlm bh utk kurgkn chaya masuk bh. ini mslh besar kalau tak buang.tq

Swiftlet-zone 4 all
email me : shidey_zone@yahoo.com
Phone : 012-5328332

Sunday 13 November 2011

Gambar Dalam BH Yang Menarik..

i like this photos...sarang palsu dari kertas yang menjadi...


saya tengok gambar ini banyak kalai dah tetapi sy masih lagi tetap menyukainya...apa yang spesel tentang gambar keadaan dalam bh ini ek...ternyata semuanya menjadi...fake nest iaitu sarang tiruan yang diperbuat dari kertas putih menjadi tempat burung walit ini bersarang...malah kawasan bucu ini juga merupakan tempat yang disukainya..burung walit ini juga suka bersarang dekat dengan tweeter  yang menjadi kesukaannya...rasanya ianya menyukai suara dalam yang di mainkan dalam bh ini kan..tahniah pada owner ini...tapi dengar kata ownernya dah renovate bh ini...entah lah...

tetapi bagi anda yang baru dan lama dalam industri ini tetapi hasil walit masih lagi kurang maka tak salah anda meniru kaedah ini...modal cipy je tak sampi RM 10 pon...anda buat sendiri sarang palsu dari kertas putih (kertas manila putih lebih baik sebab keras)..buat bentuk seperti sarang walit ini kemudiannya staplerkan sahaja sarang kerta stersebut dekat tweeter anda dalam bh...tak salah kita cuba kan...untuk permulaan ini tidak lah perlu kita memikir kualiti sarang walit...yg penting kita cuba untuk walit bersarang dengan cepat dalam bh kita dan membina koloninya...jika ini berlaku bermakna anda di tangga kejayaan kelak..layan je...


swiftlets-zone 4 all
email me : shidey_zone@yahoo.com
phone : 012-5328332

Saturday 12 November 2011

Kenapa Rumah Burung Gagal Memancing Burung Walit ??.

ramai yang bertanyakan soalan sebegini...

Pada pendapat saya banyak faktor boleh diperkatakan di sini..kejayaan dan kegagalan sesebuah rumah burung walit adalah banyak bergantung dengan semua ini. jom kuta layan dahulu akan semua kaedah ini...tak salah mencuba kan..ini sekadar pendapat saya k...layan je...antaranya ialah :


  • jika suara luar power dan suara dalam power tetapi design rumah burung yang menyebabkan burung     walit sukar memasuki bh juga akan menyebabkan burung walit ini terus terbang keluar masuk sahaja dari bh...design ini banyak disebabkan oleh lubang masuk burung yang kecil, monkey house yang sempit, laluan burung terbang dalam bh di ganggu dan sebagainya....
  • Suara dalam power tetapi suara luar hampeh juga mendorong kegagalan ini...ialah suara luar amat penting untuk kejayaan dan kegagalan bh...suara luar merupakan senjata utama untuk memancing sang walit ini...jadi jika suara luar hampeh aka seekor burung pun tidak akan datang ke bh dan memasukinya...saban hari tunggu dan sampi 3 bulan dan lebih tapi tak de langsung burung datang ke bh kita ataupun kalau datang buat dekkkk je maka kene lah tukar k...kalau tak 10 tahun pon tak tentu akan ada sarangnya...sedangkan apabila suara power dipasang dan burung terus masuk dan tidur maka bermaksud kombinasi yang menarik antara suara dalam dan suara luar akan menyebabkan kita yang tengok pon akan tersenyum nanti..
  • Suara luar power tetapi suara dalam hampeh juga turut mendorongnya akan terbang keluar masuk juga..hal ini banyak terjadi apabila setelah kita amati burung walit gemar dengan suara luar dan datang banyak tetapi keluar masuk sahaja dan setelah 2 minggu tiada juga tanda-tanda burung tidur seperti tahi burung dalam bh maka juga bermakna burung walit tidak mengemari suara dalam yang diaminkan tersebut..



  • Ada juga di sebabkan suara luar dan dalam memang power tetapi tiada tweeter yang diletakkan untukmenyahut kembali suara luar tersebut juga memaksa mungkin menempah kegagalan...keadaan ini selalu berlaku kerana apabila burung walit telah melepasi tweeter di luar maka tiada suara luar lain yang menyahutnya kemabli iaitu menjadi sebagi panduan agarnya terbang menyusurinya...kaedah ini saya rasa logik dan perlu di pratikkan kerana banyak org berjaya telah menggunakan kaedah seperti ini...jadi jika bh anda mengalami masalah baik kaji balik setiap masalah ini..rasanya pasti yang ada kaitan k..





gambar di atas ialah gambar bagaimana tweeter tambahan untuk menarik burung walit ini di pasang...pastikan ianya ada kerana ianya merupakan sebab utama menentukan kejayaan bh anda juga..sebaiknya tweeter ini di psanag suara luar yang sama dengan suara luar yang dimainkan di lubang masuk walit..betul ke ni...hehehe..layan je k...

swiftlet-zone 4 all
email me : shidey_zone@yahoo.com
phone : 012-5328332

Tuesday 8 November 2011

Sarang Burung Walit Sudut 90' Darjah

jom kita fahaminya...

gambar di atas menunjukkan papan nesting plank yang berbeza...pertamanya papan nesting plank yang tidak ditutup corner board yang satu lagi ditutup corner board..apakah perbezaan dan huraian anda di sini...

jawapannya satu sahaja iaitu bagi kawasan yang tidak ditutup corner board hanya akan menghasilkan 4 sarang sudut sahaja tetapi bagi nesting plank yang ditutup corner board ini pula akan menghasilkan 8 sarang sudut...jadi sudah tentu kelebihan pada yang tutp corner board ini kan...

tetapi dari pandangan lain sudut yang tidak ditutup ini pun tidaklah menjadi satu kesalahan langsung..kerana lama kelamaan apabila semua sudut ini telah penuh maka sang walit akan cepat membuat sarangnya di kawasan lajur plank yang terbuka pula...sedangkan bagi yang mempunyai sudut lagi seperti yang ditutup corner board ini ianya akan mengambil masa untuk semuanya dipenuhi kan...jadi sang walit akan mengambil masa yang lama untuk membuat di lajur lank yang terbuka..jadi masing-masing ada kelebihan kan...apapun kita hanya merancang tetapi walit yang menentukan kawasan yang akan bersarang...jadi layan je...hehehe

swiftlets-zone 4 all
email me : shidey_zone @yahoo.com
phone : 012-5328332

Harvest Hasil Yang Lumayan

semua orang inginkannya...

tetapi berapa ramai yang dapat dan berpeluang menuai hasil sebegini ek...lihatlah sarang walit ini yang dibuat tersusun rapi dan memudahkan ownernya menuai hasil sarang walit ini...kalau tengok cmni mau terliur je kitakan...tak jadi air liur walit dah..air liur kita yang meleleh dulu...hehehhe...apapun ini adalah hasil dan rezeki tuannya...

apabila kena pada caranya...suara luar dan dalam tepat, design tepat, lokasi tepat, suhu elok, aroma betul, pantang larang diikut, doa telah dibuat maka insyAllah kita juga mampu menjadi seperti owner bh dalam gambar ini...putih je kan sarang ini...semuanya bentuk C cup penuh pulak tu...mahal tu bro...sarang gred AAA ni rasanya...

apapun kesabaran itu penting dalam industri ini...tetapi kesabaran juga ada hadnya...jika sudah setahun bh dibuat tetapi tiada seekor pon walit yang tinggal dan membuat sarang maka mesti ada yang tak kene dengan bh anda...jangan lah menunggu lagi...buatlah perubahan dan kajian yang betul...belajar lagi sehingga anda berjaya...ramai yang telah berjayakan...may be ada kesilapan sedikit yang telah anda lakukan yang menyebabkan bh anda tidak mempunyai sarang..buatlah pembahruan k...kalau nk tunggu jugak rasanya 10 tahun pon takkan ada sarang kalau dah ada kesilapan di awalnya..keputusan di tangan anda k..layan je...


swiftlets-zone 4 all
email me : shidey_zone @yahoo.com
phone : 012-5328332

Lubang Masuk Burung Walit Yang Rendah

lokasi di Indonesia

lihat gambar ini...perhatikan apa yang ditunjukkan oleh orang tersebut...ternyata ianya ialah sebuah Lubang Masuk Burung atau LMB..ketinggian kedudukan LMB ini dari tanah hanyalah lebih kurang7 or 8 kaki sahaja...rendah sangat kan...

Tetapi di Indonesia tiada masalah...kerana di sana burung walit terlalu banyak...malah ianya sudah tidak takut akan manusia yang memasuki bhnya...jadi buatlah LMB tinggi mana pun...asalkan logik dan suara luar dimainkan untuk memancing sang walit ini dan ianya akan tetap datang dan masuk bh kita..

kalau buat kat Malaysia ketinggian begini maka ada sahaja yang mudah masuk..may be biawak, ular, tupai, semut, ayam, itik, kucing jugak tidak terkecuali akan memasuki bh dan merosakkan segala apa yang ada dalam bh kita nanti..sebab itu saya selalu berpesan bahawa nak tiru tu biarlah kena pada tempat dan lokasinya...buatlah kajian baik dan buruknya dahulu...kalau upah konsultan indonesia takut hasilnya kelak jadi cmni pulak...hahaha..entahlah...layan je..

swiftlets-zone 4 all
email me : shidey_zone @yahoo.com
phone : 012-5328332


BH Satu Tingkat Menggunakan Kerangka Besi

beberapa faktor lain harus juga di utamakan

rumah burung walit satu tingkat ini cun dan menarik je tengok dari jauh kan..ternyata kosnya murah berbanding dengan rumah burung walit yang dibuat dari bata dan simen..lokasinya  menarik jugak iaitu di kawasan sawah padi..

menariknya ialah bh ini hanya menggunakan tiang besi dan rangka besi sebagai pendokong utamanya..yang lainnya hanya dibuat menggunakan asbestos sahaja..rasanya lantainya dibuat menggunakan cement board kerana ianya lebih tahan lagi...

tahukah anda walaupun bh ini satu tingkat sahaja tetapi jika full house atau penuh mampu mencapai juga 5 kilo ke atas sebulan..banyak kan tu...lubang masuknya dibuat seakan monkey house tetapi ianya didongakkan sedikit ke atas menjadikan sang walit mudah untuk terjun masuk dalam bh ini...

Tetapi ciri-ciri lain haruslah diutamakan juga seperti suhu dan keselamatan bh ini...keselamatan bermaksud bukan dari pencuri sahaja tetapi juga taufan angin juga...bukan apa saya pernah saksikan bh ukuran 10x10 tersungkur ke bumi...semuanya gara-gara tiang kakinya yang tidak kuat...apabila angin kuat datang terus jatuh...

kepada yang tetap berminat menceburi bidang ini dan kekurangan modal boleh juga meniru cara ini...nak selamat lagi buat je bh sebegini berdekatan dengan rumah kediaman kita sendiri seperti di kg2...bukan apa senang nak memantau..apapun tahniah pada pemilik bh ini...layan je...

swiftlets-zone 4 all
email me : shidey_zone@yahoo.com
phone : 012-5328332

Malaysia Swiftlet zone: Betul Ke Ni...

bagi negeri semenanjung...layan je..

                                             sape buat kajian ini ek..hehe

anda dapat saksikan sendiri di sini kawasan potensi burung walit di semenanjung malaysia...kategorinya dapat dipecahkan kepada 3 kawasan utama iaitu heaven zone,prime zone dan popular zone..betul ke ni....layan je...Tetapi pada pendapat saya pula lain sikit...iaitu...:

Heaven zone
Negeri Kelantan
Negeri Terengganu
Negeri Perak

Prime Zone
Negeri Pulau Pinang
Negeri Kedah
Negeri Pahang
Negeri Melaka
Negeri Johor

Popular Zone
Negeri Selangor
Negeri Sembilan
Negeri Perlis


Kenapa saya katakan begini ek..pendapat saya ialah heaven zone merupakan negeri yang antara terawal melibatkan diri dalam industri ini...sebab itu apabila anda datang ke negeri ini anda akan dapat saksikan banyak rumah burung yang lama telah didirikan...malah populasi burung walit di sana juga adalah yang terbanyak sekali direkodkan....jadi jika anda mendirikan rumah burung walit di sana janganlah risau kerana populasi burung walit di sana memang banyak...kalau buat bh tapi burung tak masuk jugak mesti ada kesilapan teknikal...jadi jangan ambil mudah buat lah sesuatu ye...untung orang dari sana...

prime zone pula ialah negeri kelompok yang kedua menceburi bidang ini...populasi burung walitnya juga banyak tetapi kurang dari negeri heaven tersebut...tetapi potensinya juga amatlah cerah sekali...Tetapi harus diingat bahawa prime zone ini tidak semua lokasi di kawasan ini menjadi...sebelum buat bh di sini maka seeloknya dibuat kajian suara test lokasi dahulu...bukan apa ada juga daerah atau kawasan yang kurang mempunyai koloni burung walit walaupun anda merupakan org pertama akan membuat bh di situ...jadi buatlah keputusan yang bijak k...

popular zone pula ialah kelompok negeri yang kurang mempunyai burung walit...tetapi disebabkan kini ramai yang telah menceburi bidang ini maka bilangan sang walit di sana juga semakin bertambah...tetapi kini banyak rumah walit yang didirikan...bukan apa takut kalau bh lagi banyak dari burung je...hehehe..maka buatlah ujian test lokasi dahulu k...jika bh yang dicadangkan akan di bini berdekatan dengan bh yang telah mempunyai hasil 4 kilo ke atas sebulan maka usah berpikir lagi buat je bh...ujian lokai pon tak penting...bukan apa potensi untuk berjaya akan cepat berlaku...tetapi kalau bh tak menjadi jugak maka buat lah pembaharuan...kesilapan teknikal selalu berlaku..jangan cepat putus asa..hehe

kesimpulannya, kawasan mana pun tapak cadangan bh kelak maka saya syorkan dibuat ujian lokasi dahulu...hanya dengan cara ini sahajalah keyakinan akan datng pada anda untuk membuat bh..jika ujian lokasi menunjukkan ratusan sang walit datang maka tapak tersebut terbaikkkk...kalau sekadar 5 ekor je datang...baik cek dl betul ke suara test lokasi tu..atau setelah 5 hari di cuba dan hanya 5 ekor je datang jugak maka baik buat kan kawasan lain k...betul ke ni...entah lah...layan je...

swiftlets-zone 4 all
email me : shidey_zone@yahoo.com
phone : 012-5328332

Monday 31 October 2011

BH Dengan Dua Jenis LMB

may be anda juga boleh mencubanya...


 gambar di atas menunjukkan sebuah bh yang mempunyai dua Lubang Masuk Burung (LMB). anda dapat lihat di sebelah kanan ialah LMB jenis monkey house dan sebelah kiri ialah jenis terjun...jadi apakah kelebihannya dan kenapa owner bh ini membuat kedua-dua LMB tersebut ek..

sebenarnya owner ini dapat dikatakan agak bijak...bagi saya dua LMB ini menunjukkan owner tersebut ragu-ragu jenis LMB terbaik untuk memudahkan dan disukai oleh burung walit di sini...jadi dengan dua jenis type LMB ini sekurangnya ianya dapat membuat kajian kelak LMB mana yang banyak dan mudah di masuki sang walit sehingga ke kawasan nesting room..jika terbukti sebuah sahaja LMB yang banyak di masuki walit maka sebuah LMB lagi akan di tutup..tetapi jika kedua-dua menunjukkan hasil yang positif maka lebih baik dibiarkan sahaja kan..janji walit dapt membuat pilihan yang mudah dan senang kan..

apa yang penting di sini ialah kita mahukan walit mudah measuki bh hingga ke nesting room...jika hal ini berlaku maka potensi kejayaan walit menetap dan terpengaruh untuk mendiami bh kita tinggi berbading walit yang hanya keluar masuk monkey house sahaj tetapi takut untuk terjun dan xplore hingga ke kawasan nesting room...jadi kita hanya mampu merancangkan...walit yang menentukan...jadi buatlah pilihan yang bijak..layan je...

swiftlet-zone 4 all
email me : shidey_zone@yahoo.com
phone : 012-5328332

Thursday 27 October 2011

Gambar Lawak Telur Burung Walit

sape punya keje ni...hehehe

apa yang tengok tak kene dengan gambar di atas ini...bagi yang baru may be tak tahu jawpannya...bagi yang dah ada pengalaman mesti tengok sekali je dah tau..hehe...

jawapannya ialah...Telur tersebut...

mana ada telur walit sebesar tersebut...telyr dalam gambar ini ialah telur ayam yang diletakkan dalam sarang burung walit ini..telur burung walit hanya kecil sahaja...kalau dah telur sebesar ini rasanya biawak pun akan masuk bl untuk makan telur ni....maka kita juga boleh jual telur ni jugak lah kt pasaraya...hahaha...apapun gambar ini diambil sebenarnya untuk dibuat perbezaan antara telur walit dan telur ayam...ternyata telur ayam boleh dimasukkan dalam sarang burung walit tetapi untuk burung walit mengeramnya adalah sukar sekali...huhuhu...jadi layan je kkk..

swiftlets_zone 4 all
email me : shidey_zone@yahoo.com
phone : 012-5328332

Monday 24 October 2011

Kelebihan Partion (Sekatan) Dalam Bh

Ramai juga yang bertanyakan soalan ini...

Partion atau pun ruangan sekatan dalam bh kini sering dibuat oleh mana-mana konsultan ataupun owner rumah burung ini..tetapi harus diingat ianya hanya sesuai untuk rumah burung yang bersaiz besar sahaja k..untuk bh yang kecil sesuai juga tetapi asalkan tidak menggangu ruangan ataupun laluan burung terbang memasuki kawasan nesting room kita..

apakah sebabnya dibuat partion atatupun sekatan ini ek...

1. adalah untuk mengawal cahaya yang memasuki ruangan masuk ke nesting room ini...telah diketahui bahawa makin gelap sesebuah kawasan nesting room itu adalah yang terbaik dan disukai oleh sang walit ini untuk bersarang...

2. adalah untuk mewujudkan ruangan atau bilik-bilik khas agar burung walit ini memilih kawasan mana yang disukainya untuk bersarang...diketahui bahawa privacy itu pentingkan untuk kita kawen dan memadu kasih...jadi macam itu jugalah kepada sang walit ini...betul ke niek..entah lah..

3. adalah untuk membezakan kawasan antara roving room dan nesting room..sekatan ini penting agar kawasan ini dapat dibezakan kerana kita dapat mengawal aroma yang dibuat dan kawasan mainan burung ini sebelum ke nesting room untuk bersarang..

4. dan lain-lain lagi...hehehe..jom layan gambar di bawah pula...

 kawasan nesting room yang dibuat partion ni...

 dijadikan banyak bilik ni.

 anda boleh mencubanya

 ini pula partion yang dibuat untuk membezakan antara kawasan nesting room dan roving room dan hanya dibuat lubang untuk sang walit memasukinya...seeloknya lubang dari roving room ke nesting room ini dibuat besar agar walit mudah memasukinya terutama anak-anak walit yang muda dan baru belajar untuk terbang...

 partion ini buat guna material apapun tak pe..guna syiling rumah ke, playwood ke dsgnya asalkan tidak dibuat menggangu laluan burung walit terbang dalam bh..

ini contoh partion yang mudah sahaja iaitu menggunakan kotak yang terpakai tetapi tebal dan besar..

.saya pernah juga masuk bh yang dibuat bilik-bilik begini ternyata ianya menjadi dan dapat lihat banyak sarang dalam bilik tersebut sedangkan kawasan terbuka tiada lagi walit memilihnya untuk bersarang..jadi tak alah kalau anda mencubanya kan...layan je..

swiftlet-zone 4 all
email me : shidey_zone@yahoo.com
phone : 012-5328332

Rahsia Ultrasonic Humidifier : Internal View

Bahagian 2

Selepas saya post kan bahagian ultrasonic humidifier saya telah mendapat banyak meseg dan email bertanyakan soalan bagaimana untuk membuat ultrasonic humidifier ini...justeru, hari ini saya telah akn post kan kali kedua bahagian ini iaitu bahagian dalam yang menjadi rahsia kejayaan ultrasonic humidifier ini berfungsi..jadi lepas ini may be anda boleh mencubanya membuatnya sendiri dengan mencari segala peralatan yang diperlukan ini di kedai-kedai berhampiran anda k..jom kita layan..

inilah keadaan dalam ultrasonic humidifier ini (gambar dari swiftlet like ni)...

untuk menjayakan ultrasonic humidifier ini anda memerlukan beberapa benda utamanya :

1) mist maker (benda yang panjang sebelah bebola hitam tu)...cari di kedai elektrik n elektronik ada kot...

2) fan (kipas - bergantung dengan besar mana nak buat ultrasonic ini..kalau besar dan mist maker besar maka      kene pakai fan yang besar sedikit....sama juga cari di kedai elektrik dan elektronik yang besar ada kot..

3) water lavel sensor (bebola hitam tersebut - berfungsi untuk kawal air yang masuk dalam tong tadahan ultrasonic humidifier tersebut...kat kedai banyak ni...saiz juga bergantung kesesuaian..



contoh pic di atas ini ialah mist maker yang di on kan sahaja maka akan terjadilah wap-wap air tersebut..
boleh juga digunakan macam ini sahaja tetapi lantai bh anda juga akan cepat basah sebab mist ini tidak dihalakan ke udara atau dalam bh..

ni pun sama ambil dari swiftlet like ni...

perhatikan pula gambar ini...apabila fan tersebut disambungkan kepada lubang yang dibuat menggunakan paip pvc tersebut..kipas ini apabila di pasang serentak dengan mist maker tersebut maka akan menolak wap-wap air tersebut keluar ke arah corong yang disediakan ini contohnya paip pvc ini...




dan beginilah akhinya terjadi jika semuanya berjalan dengan serentak menggunakan bahan-bahan utama tersebut..maka humidifier ultrasonic dalam bh anda akan terhasil dan berfungsi dengan baik sekali...ultrasonic humidifier sebegini atau chicken humidifier juga dicadangkan pada bh yang diperbuat dari bahan konkrit simen sahaja kerana ia mampu memberikan keadaan yang sejuk...jika digunakan pada bh yang diperbuat dari kayu maka lama-kelamaan wap-wap air ini akan meresap dalam bahan kayu tersebut menjadikannya reput akhirnya...jadi pada bh yang diperbuat dari bahan kayu di galakkan supaya hanya memakai kaedah kolam-kolam sahaja untuk kawal suhu...selamat mencuba...layan je k...sekadar membantu..

swiftlet_zone 4 all
email me : shidey_zone @yahoo.com
phone : 012-5328332

Monday 17 October 2011

Khabar Gembira Sahabat Dari Mukah, Sarawak

mesej ini diterima  pada 17.10.2011 (8.19 AM)

Pagi ni saya dikejutkan dengan meseg dari seorang sahabt perwalitan dari negeri sarawak..meseg yang dihantarnya kepada saya pada pukul 8.19 minit pagi..awal betul...rasanya di Sarawak dah tengah hari ketika ini...heheeh..tetapi apa yang penting isi mesegnya yang telah dihantar kepada saya berbunyi begini :

"salam bro, fulamak...tahniah, blog emakain cantek....oh ya...nak maklumkan bahawa bh dah mula bersarang. Hanya belum ada kesempatan nak hantar bukti kepada bro...Alhamdulillah, terima kasih banyak-banyak di atas perkongsian ilmu yang bro berikan..."

Alhamdulillah, seorang lagi sahabat yang dapat saya bantu dengan sedikit sahaja ilmu di dada ini...untuk makluman juga kami telah lama bertukar pandangan dan ilmu perwalitan ini hanya melalui meseg sahaja...dan saya banyak berkongsi ilmu dan memberikan pandangan berdasarkan pengalaman saya yang kecil ini sahaja...ternyata apa yang saya cadangkan banyak yang telah beliau buat...ternyata hasilnya kini mula kelihatan..ternayata usaha yang dibuatnya selama ini membuahkan hasil..

beliau juga telah memakai suara set super dari koleksi saya iaitu marvelous cloud, black cloud, thunder dan baby king...ternyata suara tersebut berjaya memikat sang walit dari kepulauan borneo sana..

apa yang penting nasihat saya jika telah ada tanda-tanda burung akan bersarang maka janganlah sering diganggu bh ketika ini..hal ini untuk memberikan masa yang panjang dan suasana yang selesa untuk walit bersarang...jika kita sering menganggunya maka bimbang kelak sang walit ini akan lari terus dan akan bersarang di bh jiran di sebelah yang lebih aman...berusahalah, kemudian beramal dan akhirnya baru bertawakkal....layan je k...

swiftlets-zone 4 all
email me : shidey_zone@yahoo.com
phone : 012-5328332

Suara Luar Dan Dalam Yang Baru

Nantikan Kemunculannya...

Suara luar dan dalam yang baru akan saya masukkan dalam list koleksi saya kelak..suara-suara ini ada yang popular digunakan samada di Malaysia dan di Indonesia...antara suara tersebut ialah Tongkat Ali,              Super BabyKing, suara inap, suara pooling sound, suara super caller, Suara Balai, Suara Red Wave 2, Suara Rambo B4, Suara NBU, Suara Viva Kajang, Suara King Kong, Pontianak A dan sebagainya...jadi kepada semua yang berminat dan tercari-cari suara jenis ini maka nantikan kemunculannya...layan je...

swiftlets-zone 4 all
email me : shidey_zone@yahoo.com
phone : 012-5328332

Rumah Burung Walit Kerangka Besi

Bahagian 2


semalam ketika melalui jalan di kawasan Gunong Keriang Alor Setar terpandang saya akan sebuah kedai pertukangan besi ini...apa yang menariknya ialah bahagian atas kedai tersebut tengah dipersiapkan design atau kerangka besi yang jika di amati dengan teliti menyerupai rumah burung walit.

.mana taknya siap dengan monkey house lagi juga dengan kerangka besi..untung lah taukeynya kan...ye lah semua bahan-bahan besi yang lebih di kedainya dipersipakn dan dikitar semula menjadi bh....lokainya juga strategik iaitu berhadapan dengan sawah padi, sungai dan berselahan dengan Gunuong Keriang yang mana kaya dengan gua-gua tersembunyi...rasanya banyak walit menginap di situ...apapun nanti saya kan lihat kemajuannya...harap bh design seperti ini juga akan cepat berjaya di sini...layan je...

swiftlets-zone 4 all
email me : shidey_zone@yahoo.com
phone : 012-5328332

Saturday 15 October 2011

Taman Perindustrian Ringan Simpang Empat.

Bahagian 2..jom jalan-jalan pandang-pandang...

minggu lepas saya melalui jalan ini sekali lagi...dan pada waktu ini saya telah bersedia dengan membawa kamera untuk mengambil gambar di sekitar kawasan ini yang hampir semuanya bangunan di sini telah bertukar menjadi rumah burung walit..asalnay telah digazet menjadi kawasan perindustrian ringan...tetapi diebabkan kawasan ini jauh dari pandangan masyarakat maka owner di sini telah menukarkannya menjadi bh.rasanya dalam 10 tahun lagi jika menjadi kawasan disini akan bertukar menjadi kawasan ekopark burung walit dengan sendirnya....apooo nak di katooo...jom layan je...
















swiftlets-zone 4 all
email me : shidey_zone @yahoo.com
phone : 012-5328332

Design Rumah Burung Walit Saiz Kecil Dari Indonesia

LMB yang kecil sahaja berbanding LMB di Malaysia

gambar di atas ialah design sebuah rumah burung walit di Indonesia..anda boleh lihat apa yang membezakan rumah burung walit Indonesia dan Malaysia yang paling ketara ialah Lubang Masuk Burung (LMB). Di sana LMB ini dibuat di dinding bh terus...dan saiznya pula adalah kecil sahaja...manakala di Malaysia banyak kaedah LMB ini...yang paling popular ialah Monkey house, open roof dan sebagainya...cuma kini banyak dilihat rumah burung di Malaysia ini telah meniru gaya LMB dari Indonesia ini tetapi tranformasi pembaharuan telah dibuat.

Pembaharuan bagi LMB ini di Malaysia ialah saiz lubang masuknya yang agak besar untuk memudahkan burung walit ini masuk dalam bh..di samping itu juga walalupun LMB ini dibuat terus ke dinding tetapi kawasan partion untuk roving room ini tetap dibuat untuk memberikan keselesaan untuk burung walit ini...

sebenarnya semua gaya LMB ini boleh digunakan tetapi faktor lokasi semasa yang mainkan peranan..di Indonesia telah diketahui mempunyai populasi walit yang besar di dunia kerana negara tersebut telah menceburi bidang ini puluhan tahun dahulu sedangkan populasi burung walit di Malaysia tidaklah besar kerana ianya bolhlah dikatakan baru bermula...atas faktor itulah menjadikan setiap peniruan ini memerlukan  juga tranformasi agar kena pada masa dan tempatnya...jadi bagi anda yang ingin meniru gaya bh di Indonesia maka di syorkan buatlah kajian dan rujukan dahulu k dengan masa, lokasi dan sebagainya tempat bh anda akan beroperasi kelak...layan je,...

swiftlets-zone 4 all
email me : swiftlets_zone@yahoo.com
phone : 012-5328332