Thursday 18 October 2012

LMB Open Roof Mampu Memberikan Hasil Yang Cepat???

Dua perniagaan berjalan serentak

ketika melalui kawasan ini sya terpandang sebuah bh yang sangat unik...mana taknya ianya terletak betul2 di sebelah kilang padi...ternyata ianya milik tauke kilang padi tersebut...dibahagian bawahnya adalah opis kilang padi tersebut...memang menarik sekali...2 dalam 2 ni..kiranya di kawasan tersebut 2 perniagaan berlaku serentak iaitu kilang padi dan penternakan bh...

apa yang menariknya ialah ketika itu terdapat puluhan sang walit bermain di situ keluar masuk bh...ketika itu juga banyak lori2 padi baru masuki kilang membawa hasil muatan padi yang baru dituai...ternyata ianya juga menjadi tempat sang walit mencari makan sekali...jadi sang walit dalam bh tersebut tidak perlu mencari makanan jauh2 untuk anak2nya ataupun untuk dirinya...rezeki depan pintu sahaja..

ternaya tauke kilang ini telah optimumkan perniaagaannya serentakk...jika anda mempunyai perniagaan seperti ini atau seperti tempat penternakan ayam, lembu maka lebih baik anda mendirikan juga bh...unggas di kawasan tersebut mampu menjadi tempat makanan sang walit..

swiftelts-zone 4 all
phone : 0125328332

Salah Satu Cara Control Suhu Dalam BH

Bh from Terengganu

ini adalah bh kawan saya...sebulan lepas saya berkesempatan melawat sebuah bh kawan saya di terengganu...ada du aperkara di sini yang best..pertamanya keropok lekornya memang sedap...hahahaha...keduanya tak terbilang saya rumah burung yang didiriakn di sini...ternaya terlalu banyak jika di bandingkan dengan negeri-negeri lain..

ternyata Terengganu merupakan negeri emas bagi penternak walit di sini...ribuan sang walit akan pulang ke bh apabila tiba waktu senja...apa yang menarik tentang bh ini adalah di sekeliling bh ini ditutp rapi dengan 'orkid net' yang mana bertindak sebagai penahan cara matahari dari menyuluh tepat ke dinding bh

Secara tak langsungnya ianya menjadikan terdapat lapisan kedua or etiga yang mampu menghalang cahaya matahri agar mengenai bh secara tak tangsung dapat mengawal haba panas terik...

perkara yang tak bagusnya ialah orkid neting ini akan terbang dan jatuh jika anda tidak ikatnya dengan baik dan kuat serta kemas..bukan apa bayangkan jika kejadian angin kuat tiba maka sudah tentu plastik orked ini akan berterbangan jika anda tidak mngikatnya dengan baik..malah ianya akan tersangkut di pokok sekeliling bh apabila ianya tidak diikat dengan kemas...anda lah yang menjadi mangsanya untuk repair kembali...jadi hati2 lah k...cara ni juga boleh anda tiru tapi buatlah dengan baik k...layan je..

swiftlets-zone 4 all
phone : 012-5328332

Wednesday 26 September 2012

Penternak Burung Walit Tak Puas Hati

Jom Layan Baca Paper ni...

apa yang terjadi ni ek...semakin ramai yang tak puas hati dasar baru kerajaan ini...ce citer ckit sebab apa tak puas hati ni...nampak tak papaer tu...kalau tak nampak sila zoomkan ckit k...

nampaknya apa yang dikatakan dulu menjadi kenyataan...ye lah bagi tujuan eksport hanya lantik syraikat tunggal sahaj untuk monopoli eksport ni...mana boleh cmtu...ni dh negara monopoli kan...dulu ok je...no rule..no policy yang nyusahkan kita...bila ada sahaja untung laebih masing nk monopoli...dasar dunia tol...apapun jom suarakan tak puas hati kita...rasanya cm2 leh jadi kini kan..apapun sy rasa hal monopli ini akan habis nanti sebab makin ramai yang tak puas hati...banyak persatuan dh berpiket la ni..baru depa tau...jangan senang nk tarik rezeki orang cmtu je...sebiji kek perlu juga dikongsikan...kalau makan semua beli mau gaduh tu...huhuhu...papun harap nnti ianya akan terbuka kembali...senantiasa doakan untuk keadilan semua ushawan perwalitan...

swiftlets-zone 4 all
phone : 012-5328332

Tuesday 25 September 2012

Sebuah BH Seakan Rumah Banglo

Lokasi di Kota Sarang Semut

kelihata sebuah bh yang mirip seperti rumah banglo dua tingkat..lokasinya adalah berdekatan dengan kawasan taman perumahan di Kota Sarang semut...usia bh ini barulah dalam setahun sahaja...hasilnya hanya tuannya sahaja yang tahu...kelihatan bh ini menggunaka monkey house dengan 1 LMB...sebelumnya pernah dibuat LMB di direct to wall tetapi telah ditutp..mungkin ianya tidak sesuai kerana berdekatan dengan poko kelapa yang mana boleh dijadikan port untuk pemangsa membuat serang hendap pada sang walit yang pulang..


inilah gambar dari jauh bh tersebut..haa nampak cam rumah banglo kan..jadi kini semua orang tidak mengambil tahu sangat tentang garis panduan tersebut...kalau betul ikut garis panduan sudah tentu bh ini tak dapat dibuat di lokasi ini..berdekatan rumah dan opis kerajaan pula tu (sekolah)..tapi apapun di harap bh ini mampu menjadi jugakk...janga bh sahaja besar kan tetapi hasilnya tiada setelah 1-2 tahun menanti...penantian satu penyeksaan tau..hehehe..layan je..

swiftlets-zone 4 all
phone : 012-5328332

Monday 24 September 2012

Kerajaan China Tetap Syarat Sijil RFID

banyak kali dah kecoh tentang isu ini...

ramai juga yang antar email n meseg pada saya bertanyakan tentang isu RFID ini...perlukah kita pasang ek di bh...bagaimana nk pasang...siapa consultan yang boleh pasang benda ini ek dan macam2 lagi soalan yang diajukan...

Benda ni yang dahulunya cm sampah orang buat tak tau je dah jadi top tetiba...semaunya gara-gara inaya akan dipasang pada sarang burung walit...untuk makluman semua RFID ini hanya akan dikenakan pada pengeksport sarang burung walit dari Malaysia ke China sahaja...kalau anda pengeksport utama anda akan kena pasang lah...kalau setakat jual kecilan ni tak yah pasang pon tak pa..

tetapi tahukah anda kini undang-undang berkaitan sarang burung walit ni banyak menyusahkan kita...garis panduan yang dibuat tanpa persetujuan dan penelitian yang detail dan banyak lagi...malah kementerian sendiri juga kurang membantu golongan bumiputera sendiri...yang untung tetap orang tengah juga...sebab itu kini ramai yang telah eksport sarang burung walit ni ke luar dengan cara seludup je...bayangkan dulu tax untuk ekpsort hanya RM 100 je sekilo sarang burung walit tetapi kini dah melampau yang dikenakan...yang untungnya tokey RFID, Orang Tengah, Pengumpul Tunggal yang dilantik Kementerian dan macam2 lagi..harap2 ada penyelesaiannya kelak...layan je....

swiftlets-zone 4 all
phone : 012-5328332

Memancing Di Teluk Bayu, Sungai Petani

Lokasi : Chalet Terapung PPK Teluk Bayu.
Tarikh : 8 September 2012

Inilah Pelantar Memancing Terapung di Chalet Teluk Bayu

akhirnya ikan yang ditunggu telah dapat dipancing...ikan jenahak sekilo lebih gak ni...


ikan jenahak dan tenda yang dicari dalam misi ini....tapi dapat jugak ikan lain seperti sembilang 8 ekor, tetuka 5 ekor, udang lipan seekor dan ikan duri dan gelama je yang banyak...


 cicah air asam best ni...selamat memancing dan cuti-cuti malaysia...

Swiftlets-zone 4 all
Phone : 012-5328332

Kawasan Shahab Perdana Telah Bertukar Menjadi Rumah Burung Walit

Jom jalan-jalan pandang-pandang...

kelihatan monkey house sebuah bh yang dibuat jenis sudut segi tiga di atas sebuah bangunan...

yang ini pon sama...jarak dengan bangunan kerajaan hanya 50 meter sahaja...rasanya tiada komplen langsung dari jiran yang berdekatan...sebab tu saya penah kata tiada satu pon garis panduan pematuhan pemeliharaan burung walit ini akan dapat dipatuhi oleh para pemain industri ini...

sama juga dengan bangunan ini...LMB nya dibuat lebih daripada satu..malahan di sebelahnya juga terlihat bangunan yang telah diconvert menjadi bh...kenapa begini terjadi ek...

Semuanya kerana kawasan tersebut yang terletaknya dalam atau belakang dari tempat yang dikunjungi oleh kita..jadi tiada penyewa yang sanggup sewa bangunan di situ...jadi daripada ianya terus rugi begitu sahaja dan terpaksa membayar hutang bank akibat pinjaman untuk membeli bangunan tersebut dahulu maka ramai pemiliknya telah menukarkan bangunan mereka menjadi sebuah bh untuk memikat sang walit...sebab itu bila anda melalui kawasan ini anda akan terdengar bunyi suara luar memanggil atau cuba memikat sang walit untuk masuk dan menginap dalam bh...apapun daripada rugi baik mencauba sesuatu yang baru kan...garis panduan tetap tak patuh...apa boleh buat kan...daripada rugi begitu sahaja...layan je lah...

swiftlets-zone 4 all
phone : 012-5328332

Alhamdulillah Berjumpa Lagi Kita...Sory Lama Tak Update Blog...

sory semua kepada sahabat perwalitan....

ramai yang tertanya-tanya dan email serta meseg pada saya kena tidak update blog..ada masalah apa ke..tak sihat ke..alhamdulillah dan terima kasih kepada yang masih mengingati juga saya...

untuk makluman semua saya tak update lama dh blog ini adalah kerana jadual tugasan saya yang terlalu padat 2 hingga 3 bulan ini..keje pon balik lewat malam lagi...di samping itu juga..komputer di rumah saya juga rosak kerana di sambar kilat...semuanya kerana on line ketika hujan dan guruh....

Tapi kini alhamdulillah, semuanya telah dapat diatasi...InsyaAllah blog ini akan tersu hidup seperti tuannya juga..dan saya akan membantu para sahabat sekalian yang mempunyai masalah...masalah akan cuba kita atasi sama-...saya bukan pakar tetapi sahabat perwalitan anda semua...

Swiftlets-zone 4 all
phone : 012-5328332

Saturday 14 July 2012

Sarang Burung Walit : Tak terkecuali Dari Skim Begini...

macam-macam dah kini...

dunia kini dh makin mencabar betul...bila ada sesuatu bisnes yang mampu membawa keuntungan berganda maka akan lahirlah idea seseorang untuk mewujudkan skim yang bukan-bukan...semuanya demi minat orang ramai yang inginkan keuntungan sekali ganda dan suka melabur dalam benda yang mereka sendiri tak faham....yang mereka tau ialah selepas 1 hingga 2 tahun dapat duit berkali ganda...sulu ada skim cacing, ayam, itik, ikan arowana dan kini burung walit pula...dulu saya penah postkan perkara ini...hari ini just nk remind sahabat2 je...

pernahkah anda melihat satu skim yang sebegini berjaya...tak dak bukan...kerana anda sendiri tak tahu apa hak anda..memanglah pakai lawyer lah apa lah...tapi anda sendiri tak tau apapun...dimana lot yang anda masuk tersebut...anda pernah tengok ka...pernah lawat ke...ada nama anda ke...semaunya tak pasti betulll...last2 cukup 1 hingga 2 tahun apabila call nk minta untung pelaburan maka akan ada masalah bnyak...sory hasil tak menjadi...masalah genetik...banyak gangguan dan macam2 lagi alasan...jadi akhirnya tggulah lama2 sampi berjanggut...hasilnya wang pelaburan hilang cmtu ja...em melangut je lah kan...

apa yang anda boleh buat ialah report polis...nanti geng tersebut akan kena tangkap tapi duit anda cmne,,,,entah lah kena tggu lagii...bukan ada insuran yang akan cover pon...last2 rugi lagi...

Pandangan saya di sini ialah jangan sesekali percaya kepada bisnes yang anda sendiri tak pasti ..hasil dan kejayaan boleh diceritakan tapi kebenaran susah anda hendak mendapatnya...lebih baik melabur kepada sesuatu yang kita minat dan tahu..maka susah nk kena kelelntong...kalau nk selamat melaburlah dalam bidang yang diiktiraf oleh kerajaan...ASB, ASW, dan macam2 lagi...

buatlah pilihan yang bijak kengkawan semua...katakan tidak kepada bisnes jenis pelaburan begini...benda hidup ni macam2 boleh jadi...kalau benda kekal ialah boh dlm bank ja...hehehe...layan je..

swiftlets-zone 4 all
phone : 012-5328332

Sunday 24 June 2012

Cara-Cara Mengurangkan Kepanasan Dalam BH

Idea dan Cara dari Seorang Sahabat...sila baca...

pandangan depan


pandangan dari bawah

Assalamulaikum. Disini saya ingin berkongsi pendapat. Untuk mengurangkan suhu yang panas dalam bh, saya pasang exhus fan  pada dinding bahagian luar bh , cara pasang ialah kipas hendaklah diluar, dimana udara diluar akan disedut masuk ke dalam, ini dapat mengurangkan kepanasan dalam bh terutama pada waktu malam, ini  kerana udara di luar lebih sejuk, udara yang panas di dalam bh akan keluar apabila exh fan dihidupkan,. Di sebelah luar, dibuat satu kotak pada exh fan tersebut untuk mengelakan cahaya masuk. saya telah cuba dan berkesan. saya menghidupkan exh fan pada pk 12.00pm- 1.00pm,  4,00 - 5.00pm dan 7.00pm -11.00pm. Pemasangan kotak ini mungkin tidak menarik kerana saya pasang sendiri.sekian .sila lihat .Gambar kotak  luar.


Hassan
Kuala Krai,
Kelantan.

idea yang bagus sekali..may be anda boleh mencuba jugak ni bagi yang mempunyai bh yang panas pada waktu malam atau suhu tetap tidak setabil bila dah bermacam-macam cara di buat...cara exaust fan ni memang bagus...dah lama saya dengar tapi tak pernah mencubanya sebab suhu dah ok dlm bh..cuma seeloknya pastikan mulut kipas tu di luar bh k atau pun kalau dalam bh pastikan ianya di buat pelindung tutup...kalau tak bimbang kalau burung walit tersedut masuk dalam tu je...lagi satu pastikan juga ianya ditutup dengan jaring halus...bukan apa untuk mengelakkan ianya menjadi laluan masuk ular yang mudah merayap plk..apapun TQVM pada encik Hassan atas idea tersebut...

Barang sesiapa ada idea yang bernas may be boleh email pada saya untuk saya pos kan dalam ini...ianya secara tak langsung mampu membantu sebagai ilmu yang baru kepada rakan-rakan di luar sana...kalau kita membantu orang lain insyAllah keberkatan akan kita peroleh jua..buat pa nak rahsiakan ilmu yang mampu membantu orang lain...hope dapat email dari sahabat kelak...layan je..

swiftlets-zone 4 all
phone : 012-5328332

Thursday 14 June 2012

Jawatan Kosong Segera di Seluruh Malaysia

tiada tarikh tutup...

satu kain rentang yang cukup menarik sekali bunyinya...jawatan kosong ni..jadi jom kita sertainya....sapa-sapa pon layak...tiada apa yang perlu dibawa untuk di temuduga...pusat temuduga di serata malaysia di masjid-masjid dan surau-surau...jadi datanglah beramai-ramai ke pusat temuduga tersebut...

kini cara berlembut tapi keras ini sangat menjadi kegemaran para jawatankuasa khariah masjid untuk menyedarkan orang ramai..yang pasti apabila anda terbaca pasti anda akan tersenyum dengan kain rentang ini...tak nampak sila zoomkan k..jom kita mengisi kekosongan tersebut bersama-sama...heheh..layan je..

phone : 012-5328332

Wednesday 13 June 2012

Bilakah Masa Yang Sesuai Untuk Melihat Sang Walit Pulang Ke BH

masanya tak tentu ni..faktor cuaca dan musim juga berperanan penting..

tiada masa yang tepat menentukan sang walit pulang...semuanya bergantung kepada faktor cuaca yang memainkan peranan utama...jika cuaca di luar mendung sahaja ataupun baru selepas hujan dan pada waktu pukul 7.00 petang telah gelap maka tidak mustahil sang walit ini akan pulang awal ke bh...tetapi time yang selalu sang walit pulang ke bh ialah pada waktu magrib...

semuanya bergantung pada waktu solat maghrib...jika azan solat maghrib telah berkumandang oleh muazzin maka anda akan dapat lihat ketika ini sang walit akan terbang pulang ke bh dengan cepatnya..azan tersebut seakan petanda bahawa waktu petang untuk mencari makan telah tamat dan semua sang walit ini akan terbang pulang ke bh...

bagi saya pula, masa yang sesuai selalu saya akan menunggu sang walit pulang ke bh ialah pada jam 7.30 ptg ke atas...tggu dengan melihat di LMB bh dan kiralah kalau anda mampu berapa ekor sang walit masuk ke bh...sang walit yang masuk time itu pastinya adalah burung walit kepunyaan kita..jadi kalau sang walit masuk sedikit may be anda dapat bilang dengan mudah..tetapi apabila semunya pulang serentak alamatnya anda akan terpegun sahaja melihatnya pulang sambil berkata "Alhamdulillah Syukur"...hasilnya akan anda peroleh nanti...apapun hayatilah rasa nikmat apabila dapat melihat sang walit pulang ke bh anda...hehe..kenikmatan dan kepuasan yang sukar dilihat di mana2...hehe

swiftlets-zone 4 all
phone : 012-5328332

Tuesday 5 June 2012

Contoh Design Rumah Burung Walit

Kaedah LMB Monkey House yang dipilih

kaedah lmb monkey house ini selalu digunakan oleh usahawan perwalitan ini...gambar ini merupakan salah satu contoh design rumah burung walit yang selalu kita tengok...kalau anda nampak tak clear sila zoomkan gambar tersebut..maka anda akan nampak design sebenar..

anda dapat lihat di sini ada beberapa partition telah diletakkan dalam bh ini..semuanya untuk menawal cahaya agar masuk dalam bh dan memberikan ruangan kegelapan yang maksimum untuk sang walit ini bersarang dalam bh anda..habitat sang walit harus di jaga iaitu ianya akan bersarang dalam kawasan yang sangat gelap dalam bh...jadi selamat mencuba k...layan je

swiftlets-zone 4 all
phone : 012-5328332


Monday 28 May 2012

Awas !!! Binatang Berbahaya Dalam BH

Kawanan Sang tebuan juga sudi bersarang dalam BH...

ayooo..kalau kena menatang ni alamatnya mau sakit sebulan ni...pernah kah anda melihat tebuan masuk dalam bh anda...kalau ada maka berhati-hatilah ek...masuk tu bersebab tu..pada awlnya riki line dulu..biila dh suka (habitat cam walit jugak) maka ianya kan menjadikan tempat tersebut sebagai sarang mereka...

anda bayangkan dh 2-3 bulan anda tidak memasuki bh...kemudian apabila anda memasuki bh terkejut anda melihat sarang tebuan yang besar dalam bh anda..jadi apa yang perlu di buat ek...takkan nk bakar kot sarang tu dalam bh...alamatnya bh pon boleh terbakar...nk boh asap mau lari abih burung ni...jadi cmne nk buat ni ek...kalau sarang kecil baru cmni senag je...

anda semburkan sahaja ridsect je terus...komfem mati tebuan ni...tu pon pastikan anda membuat persediaan rapi seperti memaki baju tebal dan bersedia untuk lari....

bukan apa pastinya tebuan yang tak kena semburan tersebut akan kejar anda...sebab tu kalu nak sembur kena pastikan semua tebuan tersebut berada atas sarangnya...kemudian semburlah...dulu bh sys penah di masuki tebuan ni gak...mula-mula just buangkan sarang tersebut sahaja...tapi lepas 3 minggu tengok sarang tersebut dibuat semula dan lebih kurang besar ni lah...dengan hati yang membara maka saya semburkan terus ridsect je...abih mati semua tebuan tersebut...lepas tu bekas sarang tersebut yang ditinggalkan juga saya semburkan ridsect biar tebal ckit...

Alhamdulillah lepas tu tiada lagi sarang tebuan yang muncul ataupu sang tebuan berani masuk bersarng dalam bh...heheh..may be anda boleh mencuba kaedah ini kalau ada masalah yang sama k...

swiftlets-zone 4 all
phone : 012-5328332

Sunday 27 May 2012

Kenapa Kerajaan Negeri Kedah Mengambil Pendekatan Pemutihan Rumah Burung Walit

macam ketat jugak undang-undang ni...ish...ish..

ALOR SETAR - Bagi menyelesaikan pelbagai masalah yang timbul dari perusahaan burung walit di Kedah, maka kerajaan negeri melaksanakan Program Pemutihan Premis Burung Walit Negeri Kedah Darul Aman.
Exco Kerajaan Tempatan, Bekalan Air, Sumber Air dan Tenaga, YB Dato’ Ir. Phahrolrazi Zawawi berkata, selepas program pemutihan dilaksanakan maka pihaknya dapat mengawal aktiviti perusahaan burung walit dan juga dapat memantau operasi industri ini daripada semua aspek termasuk perancangan, pemeliharaan alam sekitar, nilai estetika dan kepentingan awam.

Beliau berkata demikian semasa bercakap di sidang media mengenai melaksanakan Program Pemutihan Premis Burung Walit Negeri Kedah Darul Aman di Wisma Darul Aman.
“Program pemutihan yang dijalankan adalah untuk memastikan pengusaha mematuhi garis panduan dan bagi menjamin kualiti sarang burung walit yang dihasilkan.

Melalui program ini pengusaha perlu mendaftar dan memohon lesen sementara dengan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dengan bayaran RM180 berbanding kadar biasa yang lebih tinggi,” katanya.
Menurutnya, selepas mendapat lesen sementara ini, mereka perlu memohon lesen tetap untuk premis tersebut yang melibatkan dua kaedah.

Premis yang mematuhi garis panduan akan diberikan terus lesen tetap manakala yang gagal patuhi garis panduan pula akan diberikan tempoh lima tahun untuk berpindah.

“Garis panduan yang dibenarkan adalah rumah burung dibina di kawasan zon industri atau pertanian, manakala bagi zon kediaman dan premis perniagaan tidak dibenarkan.
“Kita tidak akan bertindak kejam dengan merobohkan bangunan itu tetapi akan meminta mereka memohon lesen sementara untuk tempoh lima tahun,” katanya.

Tambahnya lagi, kerajaan negeri tidak akan lagi berkompromi dengan pengusaha burung walit sekiranya mereka tidak mematuhi Kod Amalan Baik Penternakan Burung Walit Jabatan Veterinar, selepas program pemutihan berakhir 30 jun ini.

Pengusaha yang masih berdegil dan enggan mendaftar dengan PBT dan Jabatan Veterinar serta tidak memiliki lesen, maka mereka akan berdepan dengan tindakan tegas termasuk denda dan bangunan dirobohkan.

“Selain itu, disebabkan masih ramai pengusaha belum mendaftarkan premis mereka selepas pelancaran program pemutihan bermula 1 Julai hingga 31 Disember  2011 lalu, maka kita akan lajutkan lagi tempoh sehingga 30 Jun ini.

“Selepas Jun ini kita tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan berdasarkan Undang-Undang Kecil PBT kerana sudah banyak kali kita bertolak ansur dalam garis panduan ini,” jelasnya.
Katanya lagi, dianggarkan jumlah keseluruhan premis pengusahaan burung walit di Kedah adalah sebanyak 1910 tetapi yang mendaftar hanyalah sebanyak 872 buah.



anda mampu mengikut garis panduan ini...entah lah..tepuk dada tanya duit ada ke...plan ada ke..status tanah clear ke..banyak nk kena ikut tu...kalau dulu buat undang-undang awal sebelum industri ni wujud kan bagus,,,entah lah...layan je..

swiftlets-zone 4 all
email me : shidey_zone@yahoo.com
phone : 012-5328332

Jom Jalan-Jalan di Bukit Tinggi Resort, Pahang

ada perkara menarik tentangnya...

kelihatan semua binaannya rasa macam dok di Negara Itali je..huhuhu..tapi ada benda yang telah menarik perhatian saya di sini...jom layan jap..


 ha inilah yang terpikir..hehe..susunan kayu di syiling resort ni dah macam nesting plank untuk sang walit bersarang je...jenis kayu tak sure plk...kalau burung walit masuk mau bersarang je terus...tapi gangguan dari manusia byk lah kan..lagi satu dalam bangunan yang sukar untuknya keluar masuk pulak kan...


ha tapi ada tempat yang sang walit boleh bersarang dan mudah keluar masuk...iaitu di kawasan parking kereta di resort ini..pada mulanya terpikir gak saya kalau burung masuk tak ganggu ke ngn batang paip dan wyering dalam parking ini...dalam mencari tersebut akhirnya saya telah berjumpa juga...


ha inilah dia sang walit atau burung jenis layang-layang yang telah memilih kawasan parking kereta sebagai tempat bersarang...kawasan ini cerah dan penuh gangguan tapi ianya tak kisah...lihatlah habitatnya yang tetap mencari kawasan sudut juga untuk bersarang...sila zoomkan ckit k..burung jenis ini menggunakan kira-kira 10% hingga 20% sahaja air liur sebagi gam untuk melekatkan ranting-ranting kayu yang dbuat sarang...shapenya sama juga seperti burung walit iaitu jenis C..

sebenarnya saya telah sap gambar yang lagi menarik iaitu kawanan burung ini membuat sarang..banyak betul dalam satu tempat iaitu kira-kira 100 sarang lebih...dan suasana sangat bising di situ dengan bunyi anak burung ini..tapi tak boleh nk letakkan dalam ni sbb tetiba gambar tu terdelete...rugi betul...tapi ternyata kawasan ini mempunyai potensi yang menraik..suhunya juga sejuk secara semula jadi...jadi dimakah burung walit bersarang ek...saya rasa mesti di kawasan gua sekitarnya yang mempunya kegelapan yang disukai oleh walit...jadi kalau anda datang ke sini dan parking di kawasan resort ini jangan lupa mendongak kan kepala atau mencari spot tahi burung di lantai dan anda pasti ketemu sarang layang-layang ini melekat di syiling kawasan parking ini..kalau ada tanda tapi sarang tak de bermaksud tukang cuci kawasan ini dh jolok buang sarang tersebut..hehehe..apapun selamat berkunjung ke bukit tinggi resort...layan je...

swiftlets-zone 4 all
phone : 012-5328332


Sunday 20 May 2012

Cara-Cara Meningkatkan Sarang Burung Walit Dalam BH

Perkara asas yang wajib dilakukan....terbukti berjaya....jangan ragu-ragu untuk mencubanya...

inilah bukti bahawa ianya mampu polisterin mampu memikat walit.

ramai yang bertanya kepada saya bagaimana cara untuk menambah sarang burung walit dalam bh...bagi saya cara yang wajib dilakukan oleh semua pengusaha industri perwalitan ini adalah dengan memperbanyakkan sarang palsu dalam bh anda...sarang palsu ini menjadikan perkara wajib yang perlu di lakukan...bagai mana caranya??? apakah material yang boleh digunakan???

antara material yang boleh digunakan ialah :

1) polisterin
2) kertas putih
3) clip besi
4) kepingan aliminium
5) sarang palsu yang terdapat di pasaran
6) dan lain-lain lagi...

sarang palsu dariapada pelbagai material ini telah terbukti menjadi dan berjaya memikat sang walit...yang bestnya menggunakan sarang palsu ini ialah setiap aroma yang anda cuba untuk try boleh cuba di semburkan atau di sapu di sini...kalau tak nak boh aroma pon boleh sahaja..ianya akan menjadikan daya penarikan untuk sang walit hingga di kawasan tersebut...jika ianya berkekalan iaitu ada tompokan najis di bawah sarang palsu tersebut dan sentiasa berkekalan maka akan melihat hasilnya dalam tempoh sebulan...InsyaAllah akan ada air liur emas sebagai tanda untuk bersarang di situ kelak...cuma kurangkanlah gangguan dalam bh tersebut...jadi selamat mencuba...layan je...

swiftlets-zone 4 all
phone : 012-5328332

Sunday 13 May 2012

Masalah Yang Sering Berlaku Dalam BH : Pemantauan Harus Dilakukan Selalu...

Alhamdulillah dah ada sarang tetapi perlu juga dipantau lagi...kenapa ek????


sarang ini telah mempunyai telur..putih lagi telur ni...dua biji ni solid putih je....ada mslh lagi ke ni...jika sarang ini berdekatan dengan tweeter maka pemantauannya harus dibuat selalu...kenapa ek..????.


contohnya dekat tweeter ini..alhamdulillah tweeter ini telah berjaya memikat sang walit untuk bersarang berdekatan dengannya...kanan dah siap sarang n dah ada telur pon...di kiri sang walit tengah membuat  sarang tersebut tak siap lagi ni...jadi, apakah masalahnya lagi ek...tengok sepintas lalu cm ok je kan...jom kita zooomkan dekat ckit lagi...


apakah yang anda nampak di sini...tak payah tgk dekat sarang tu...sarang pecah-pecah tu maksudnya suhu agak panas dlm bh tu...tapi sang walit tetap bersarang dlm bh tu kerana terpikat dengan bunyi suara dalam dari tweeter tersebut...tapi bukan itu yag nak saya katakan.....

Perkara yang penting di sini ialah anda lihatlah dengan teliti keadaan wayar penyambung pada tweeter tersebut..ianya telah terputus sama sekali..hal ini kerana apabila sang walit bersarang di bahagian belakang tweetr maka sudah tentu ia akan mengeluarkan najis walit kelak...najis yang berkumpul banyak dekat tweeter ini menyebabkan lama kelamaan wayar penyambungnya akan putus...jadi kelak tweeter tersebut tidak akan berfungsi...sebab itu saya katakan anda senantiasa memerhatikan keadaan ini dan sentiasa bersihkan najis walit ini...bayangkan kalau satu tak berbunyi maka ianya akan effect kepada berpuluh tweeter yang lain jika penyambungnya utama bermula di situ... jadi kalau 3 bulan sekali kita masuk bh maka bermakna bh kita 3 bulanlah tak berbuyi suara dalamkan...kita juga yang rugi kan...

Cara penyelesaiannya ialah anda perlu pakai clip penyambung wayar dan tweeter tersebut seperti penyambung dalam gambar tersebut di bahagian bwh...anda perhatikan dalam gambar tersebut nampak kan penyambung tweeter kaler merah dan biru tersebut...jadi cara tersebut telah menyelamatkan wayar penyambung tweeter tersebut...anda tak perlu lagi risau tentang masalah tersebut kelak jika sang walit banyak bersarang pada tweeter anda....apapun sharing is caring...layan je kk...

swiftlets-zone 4 all
phone : 012-5328332

Terima Kasih PM

semuanya kerana dia..


isu pengeksportan sarang burung malaysia ke china  di tarik balik semuanya adalah jasanya...baru-baru ini semasa lawatan PM ke China isu ini juga di bincangkan...nampaknya PM tak pernah lupa nasib kita di peringkat bawah ini...Alahamdulillah...semasa lawatan tersebut beberapa ketetapan telah dibuat dan salah satu daripadanya ialah berkaitan isu penjualan sarang burung ke china ini...dan apa yang dihajati telah pon kita dapat...cima yang penting kita pula mematuhi apa yang telah digariskan oleh kerajaan pula...kita cuba buat apa yang di perlukan...apa pun...tq PM....

swiftlets-zone 4 all
phone : 012-5328332

Larangan Eksport Sarang Burung Dari Malaysia Di Tarik Balik

Keratan Akhbar Utusan Yang Lalu...Rasanya pasti Harga Sarang akan Naik kembali

mengikut kementerian terlibat pengeksportan sarang burung walit kini telah di tarik balik oleh kerajaan China...jika dahulu kita di gampar gempurkan harga sarang burung ini telah jatuh dengan mendadak dengan alasan sarang burung ini tidak bermutu dan sukar untu di pasarkan di china...jadi kini may be kita boleh menarik nafas lega cikit kerana sekatan ini telah ditarik balik...permintaan akan timbul kembali...sebab itu saya pernah kata JANGAN JUAL LAGI SARANG BURUNG INI DENGAN HARGA MURAH...InsyAllah kini harganya akan naik dan terus naik lagi...yang penting sarang kita adalah berkualiti...

Cuma satu sahaja yang dipinta iaitu pengeksportan ke luar negara ini memerlukan memenuhi piawaian yang telah ditetapkan oleh kementerian...OK je ni...cuma janganlah pihak kementerian hanya melantik satu kompany sahaj yang bertindak sebagai badan utama untuk ekport sarang burung ini....monopoli namanya ni...apapun masih lagi menunggu khabar gembira yang lain pulak,,rasanya HARGA akan NAIK Kembali...Marilah kita sama-sama berdoa kepadaNYA...

Swiftlets-zone 4 all
phone : 012-5328332

Rezeki Sayang Burung Walit

dah puas adjust tapi last2 gambar senget jugak...jangan marah naaa...

 Minggu lepas saya terbaca akhbar sinar harian bahagian utara...apa yang bestnya ialah ada penceritaan 1 muka paper tersebut tentang usahawan burung walit dari Yan Kedah...seorang pengusaha berbangsa cina...dia telah mengusahakan rumah burungnya sejak tahun 2004 lagi...ketika itu dia merupakan usahawan yang pertama yang terokai bidang ini di daerah Yan...mengikutnya lagi bhnya hanya produktif iaiatu selepas 3 tahun...kemudian baru hasilnya dikuti dan burung bertambah selalu...tapi kejayaannya ini tidak datang bergolek...ada tipsnya berkaitan cara-cara untuk bagi burung walit bertambah dan tak masuk bh orang lain...silalah baca k...hehehe...sengetkan skikit kepala tu atau copy dan buat rotation nanti k...

di sini, taukey ini ada ceritakan tentang sifat burung walit yang sangat sensitif sekali dan apa yang boleh dan tidak boleh dilakukan dalam bidang ini...layan baca je k...

swiftlets-zone 4 all
phone ; 012-5328332

Thursday 19 April 2012

Kenapa BH Ini Memasang Lampu Dalam Monkey Housenya

ada beberapa sebabnya..


semalam ketika melalui jalan mergong saya terpandang akan sebuah bh yang berdekatan dengan stesen minyak petronas..apa yang menariknya tentang bh ini ialah ianya tidak gelap seprti bh laian...lampu didalam monkey housenya dinyalakan...adakah ownernya terlupa untuk tutup atau pon ianya adalah satu cara yang boleh memancing walit..

ada beberapa sebab kenapa ianya terjadi???

1) memasang lampu sebegini dapat menakutkan burung hantu dari mendekati bh kita

2) memsang lampu begini mampu mencerahkan kawasan tersebut dan tidak disukai oleh walit kerana walit lebih suka kawasan nesting yang bergelapan

3) memasang lampu begini mampu menarik serangga memasuki monkey house terutamanya time selepas hujan yang mana mampu menjadi makanan walit kelak...tapi awas ia juga mampu menarik kehadiran cicak yang banyak dalam bh.

4) memasang lampu begini jika di pasang di tingkat paling bawah sekali bh yang tidak dihinggapi oleh walit mampu menariknya turun hingga ke bahagian bawah bh...pasti akan ada tahi walit nanti di tingkat tersebut...tak percaya cuba buat..hehe

5) memasng lampu begini menyebabkan lampu tak cepat rosak keraan tak kena air hujan dan mudah tukar dan pasang sendiri...hehehe..

6) renung-renungkanlah dan selamat beramal...hehehe

swiftlets-zone 4 all
email me : shidey_zone@yahoo.com
phone : 012-5328332

Tuesday 3 April 2012

BH Sarang Burung Walit Yang Cuteeee

lihatlah warnanya yang menarik sekali..


BH ini letaknya dalam daerah Yan...apa yang menggamit kita ialah warnyanya yang kelihatan terang je berbelang-belang...saiznya dianggarkan 20x50 3 tingkat...kosnya ratusan ribu ringgit...ternyata dalam kini harga sarang burung walit jatuh pun tetapi masih ramai yang sudi membuat sarang walit ini k...kenapa ek...ternyata permintaannya masih ada cuma ianya telah digunakan isu ini oleh orang tertentu untuk kaut keuntungan dengan membeli dengan harga murah kepada kita...

Bh ini mempunyai 4 LMB...banyak betul...ketika melalui bh ini jam menunjukkan pukul 2,000 petang...ternyata tiada burung yang bermain ketika ini...apapun di hara bh ini juga mempunyai masa depan yang baik...kalau tak nanti hutang banyak pulak tak leh nak bayar kan...tapi tokey bh ini adalah orang cina saya rasa,,,jadi feng shuinya may be ok kot...hehehe...jadi dtglah ke sini kalau nk lihat bh ini k...tengok dari luar je lah.hehehe

swiftlets-zone 4 all
email me : shidey_zone@yahoo.com
phone : 012-5328332

Jom Jalan-Jalan Ke Sabah...

Dah jadi Program Jalan-Jalan Cari Makan Pulakkk..

seekor 350 ni...lepas tawar and tawar dapat harga RM 200...nak try rasanya punya pasal maka setuju je lah...makan lobster yang mahal toiii...tapi harga tu kalau di tempat lain tak dpt ooo..jadi kira murah lah balik kan..huhuh

 yang ni kecik ckit...tapi harga mahal lah jugakkk...saja snapkan gambar untuk anda...ternyata lobster banyak gila kt sabah...murah-murah ja...kalau tak takut kena penyakit...makan lah...huhuuhhu..tapi insyaallah ok je...hehe
 zul GM sedang lepak tunggu nak masuk hotel ni...lambat betoi...dia dok tengok beg n kasut yang baru beli...sama kala...hahaha..orang yang asyik makan tak berhenti ni...art pulak...dok ngikut ja...dokk jekk lebih2 ja tau...haha...apapun nnti kita p lagi wei...tempat lain plk ke...

pak tuan sedang baca doa makan...nak halau hantu-hantu lobster ni yang dok perati ja......pak tuan juga merangkap tokey  kari kepala ikan kt kedah ni...haha..tu bernafsu tengok lobster yang besar tadi lepas masak jadi camtu...bayangkan isisnya besar ulas durian...sedap tol...pasni makan lagi...pak tuan makan sungguh...program ni dah jadi jalan-jalan cari makan plk pastu...jalan je makan...jalan je makan...huhuhu...apapun nanti atur lagi wei bila freee...jadi layan je,,,

swiftlets-zone 4 all
email me : shidey_zone@yahoo.com
phone : 012-5328332

Tong Kedap Udara Yang Menarik Ni...

Boleh simpan sarang burung walit dalam ni..kedap udara ni..


ketika menaiki kereta saya terpandang seorang pakcik yang sedang menunggang motosikal...di seat belakangnya di bawa sebuah tong atau bekas yang besar...setelah diamati maka tong tersebut seperti tong yang boleh diisi banyak benda...rasanya pak cik ni baru balik meniaga ni..

ketika ini timbul idea gila saya...iaitu tong tersebut juga boleh disimpan sarang burung walit...tong tersebut merupakan kedap udara dan mampu mengelak sarang tersebut dari rosak...tong tersebut rasanya boleh didapati di mana-mana kedai yang berhampiran anda...jadi layan je kkk gambar ini...chow...

swiftlets-zone 4 all
email me : shidey_zone @yahoo.com
phone : 012-5328332

Pendaftaran Pemutihan Perusahaan Sarang Burung Walit

jom pegi daftar beramai-ramai...


semalam ketika melalui bandar Alor Setar terpandang saya banner yang diletakkan di depan Majlis Bandaraya Alor Star ini...banner yang diletakkan kan itu menggamit saya untuk snapkan dan kongsi bersama tuan-tuan..

ini hasilnya...ternyata kini semua mjlis daerah dan majlis perbandaran sedang giat melaksanakan pendaftaran perusahaan burung walit ini khasnya di negeri kedah...pendaftaran ini tidak semestinya hanya tertumpu di pejabat majlis daerah sahaja tetapi terdapat 6 tempat lagi di pejabat lain seperti Pejabat veterinanr dan sebagainya...kalau tuan nk jelas sila zoomkan banner tersebut maka tuan-tuan akan nampk nanti...

apapun jom kita berdaftar beramai-ramai di sana..sapa-2sapa yang dah berdaftar tu may be boleh komen kat sini apa  syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh Majlis ini...saya pon akan riki-riki jugak nanti dan saya akan post kan di sini nanti..layan je...

swiftlets-zone 4 all
email me : shidey_zone@yahoo.com
phone : 012-5328332

Thursday 22 March 2012

Dua Buah BH di Kampung Halamanku...

ownernya adalah chinese...



dulu berhadapan dengan bh inilah tapak cadangan bh kepunyaan saya...tapi kemudiannya ianya bertukar tempat apabila saya membuatnya di kawasan lain...tapi bakal tapak cadangan sya atersebut kini telah didirikan 2 buah bh serentak...kedua-duanya adalah dari kaum cina...tak kisahlah...nanti apabila burung ini banyak maka saya kan membuatnya juga di sini...

posting terdahulu pernah say aceritakan bh ini...hari ni nak tunjuk sahaja dua buah bh tersebut yang telah siap dan telah beroperasi...kosnya...mestilah ratusan ribu ringgit ni...kalau anda mampu boleh je buat besar ni..tapi nasihat saya buat kecik dl pon tak kisah...olepas jadi maka buatlah besar mana pon yang anda mampu sebeb pulangannya dah terjamin selepas itu kan...anda buat -anda dapat..

swiftlets-zone 4 all
email me : shidey_zone@yahoo.com
phone : 012-5328332

Thursday 15 March 2012

FELDA Giat Usahakan Projek Emas Putih

rasanya berita ni sebelum harga jatuh...tapi apapun syabas pada FELDA sebab menceburi bidang ini untuk manfaat masyarakat setempat....


swiftlets-zone 4 all
email me : shidey_zone@yahoo.com
phone : 012-5328332