Tuesday 7 June 2011

Bilakah Masa Yang Sesuai Untuk Harvest Hasil Sarang Burung...

Pertanyaan dari seorang sahabat dari Johor

mulanya sory lah k lama tak update blog..bukan apa ada kerja diluar kawasan dan kenduri sedikit..hehe..walaupun bercuti tetapi banyak pertanyaan dan email serta meseg yang telah saya reply kepada para sahabat sekalian..diharap ianya dapat membantu anda..

di sini saya kongsikan pertanyaan seorang sahabat yang bertanyakan soalan sedemikian kepada saya..sahabat ini memberitahu bahawa bhnya telah berusia 2 tahun lebih dan telah mempunyai 30-40 sarang burung walit dan ianya tidak pernah dikutip sejak bhnya dibuka..jadi beliau bertanyakan patutkah beliau mengutip hasil sarang burungnya sekarang..emmm...pada pendapat saya jika begitu maka sarang burungnya tersebut bolehlah dikutip kesemuanya...hal ini kerana sarang burung yang telah lama digunakan oleh burung walit ini maka gred dan mutunya agak merosot..hal ini kerana jika 2 tahun tidak dikutip maka kitaran burung walit ini bertelur telah menjadi sehingga 6 pusingan kitaran mengambil perkiraan setahun burung ini bertelur 3 kali..maka 3x2 adalah 6 kali kitaran...ataupun kata lainnya satu sarang tersebut telah menghasilkan kira-kira 12 ekor burung walit...iaitu mengambil kiraan 1 sarang akan menghasilkan 2 biji telur maka 2 tahun bersamaan 12 ekor..jadi sudah tentu mutu sarang tersebut telah merosot dan mempunyai banyak hama yang berkaitan...untuk itu sarang tersebut harulah diambil dan dijual ataupun dimakan je dulu..hehehe..

di samping itu juga, sarang itu perlu juga diambil kerana jika tidak burung walit tersebut tidak akan membuat sarangnya yang baru kerana sarang yang telah sedia ada dan tetap boleh digunakan...justeru apabila sarang tersebut diambil maka burung walit tersebut akan membuat sarangnya yang lain apabila tiba musim bertelur kelak yang mana sarang baru tersebut akan lebih bermutu dan berkualiti berbanding yang pertama tadi..masa yang sesuai juga perlu dilakukan untuk harbest ini...pastikan sarang yang akan diambil tersebut tidak mempunyai telur atau pun anak burung walit ini..jika ada maka tunggulah burung walit ini terbang maka barulah sarang tersebut diambil..sebaiknya juga masa yang sesuai diambil sarang burung ini ialah ketika sebelum musim hujan...hal ini kerana musim hujan atau tengkujuh merupakan masa yang sesuai untuk burung walit ini mengawan dan membuat sarangnya...jadi apabila sarang ini diambil sebelum itu maka apabila tiba musim hujan burung walit ini akan segera membuat sarangnya kerana air liurnya yang banyak akan terhasil disamping makanan yang mudah diperoleh ketika ini...di samping itu juga dinasihatkan kepada semua teman perwalitan juga apabila tibanya musim hujan maka janganlah anda membuat renovate di bh anda ataupun acapkali masuk dalam bh anda...hal in kerana ketika ini juga adalah musim burung walit mengawan dan membuat sarang..kebanyakan burung walit ketika hujan ini akan mendiami bh anda dan membuat sarangnya untuk bertelur..jadi jika anda menganggunya maka burung walit ini akan segera meninggalkan bh anda dan mencari bh lain untuk bersarang agar suasana aman dapat dikecapinya..anda buat - anda dapat...

dikatakan juga (oleh saif) hehe..Terdapat 3 musim pembiakan bagi burung Layang-layang Gua/Walet ini iaitu bermula dari bulan
Disember – Mac, April – Julai dan Ogos – November

swiftlets-zone 4 all
email me : shidey_zone@yahoo.com
phone : 012-5328332

3 comments:

  1. Salam tuan, Nak tanye rumah burung walet di buat dari kayu boleh ke?

    ReplyDelete
  2. Salam tuan bh sya bru jg siap dbuat..bagaimana cara utk cepatkan burung masuk mginap ada tip ka tuan..insyaAllah rezeki Allah yg berikan kita berusaha hene

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pemilihan lagu juga memainkan peranan..sebab sy pernah vuba menukar lagu baru atas nasihat tokey pembeli sarang burung.. Selepas itu hasil meningkat.. Sekiranya berminat boleh pm sy di email zul_238337@yahoo.com

      Delete