Tuesday 7 June 2011

Persaingan Yang Sengit Dalam Industri Burung Walit..

lihatlah gambar ini yang menerangkan segala-galanya..

apa yang anda dapat saksikan dalam gambar ini ialah hampir semua bangunan komersial di sini telah bertukar menjadi bh atau rumah burung walit ini..kenapa ini terjadi ek??? kenapa meraka tidak teruskan perniagaan yang dahulunya diusahakan??? kenapa sanggup menanggung risiko kepada pelaburan yang tidak pasti ini ek??? kalau laburkan dalam ASB konfirm setiap tahun sekurang-kurangnya 8 peratus hasil keuntungan di atas pelaburan tersebut dapat dicapai...tetapi kini masih lagi ramai yang sanggup turun ke industri ini..jawapannya mudah sahaja semuanya demi hasil sarang burung yang bernilai tinggi ini yang sehingga kini harganya tidak pernah turun di pasaran..sekilo sarang burung mentah dianggarkan RM 4K - RM 5 K mengikut gred tertentu..kalau dah dicuci atau diproses maka hasil sarangnya dianggarkan bernilai 2 kali ganda daripada tersebut...pasarannya kini tidak sahaja tertumpu di Negara China sahaja tetapi telah merebak sehingga ke benua eropah dan afrika..

tahukah anda semua rakyat berbangsa cina akan suka memakan sarang burung ini yang diketahui berkhasit sejak dahulu lagi..pengiraannya dapatlah kita buat mudah dengan pengiraan begini...rakyat negara China berjumlah contohnya 300 juta orang..10% daripadanya adalah golongan kelas pertengahan yang mana mampu memakan sarang burung ini..jadi 10% ini bersamaan dengan 30 juta orang yang mampu membelinya..rakyat Malaysia pun tidak sampi 30 juta orang..jadi anda pikir-pikirkanlah...di samping itu juga, rakyat China seluruh pelosok dunia ada kan...di samping itu juga permintaan yang tinggi sarang burung ini juga adalah dalam bidang industri kecantikan yang mana kini banyak produk-produk kecantikan telah menggunakan sarang burung in sebagai pati utama untuk menegangkan kembali kulit atau pun sebagai awet muda...jadi sebab itu lah kini permintaan sarang burung ini tidak dapat dipenuhi semunanya...dengan kata lainnya permintaan melebihi penawaran ini menyebabkan industri ini mudah berkembang dengan baik..hasilnya juga kini 80 % daripada BH yang telah dibuat juga telah gagal memancing walit ini..hanya 20 % sahaja yang telah berjaya dalam industri ini...sebab itu disyorkan supaya ilmu pembacaan dalam industri ini penting sebelum kita mula terjun dalan group perwalitan ini..tuntutlah ilmu hingga ke negeri China..pepatah dahulu..pepatah kini jual lah sarang burung hingga ke Negara China...hehehe..anda buat-anda dapat..

swiftlets-zone 4 all
email me : shidey_zone@yahoo.com
phone : 012-5328332

No comments:

Post a Comment