Monday 13 June 2011

Sarang Burung Walit Dari Sahabat Perwalitan, Lokasi BH : Perlis

gambar ini dihantar oleh sahabat melalui email kepada saya...di sini saya share kan bersama anda juga...

 bh ini berusia 11 bulan dan kini telah mempunyai 28 buah biji sarang burung walit ini...beliau hanya memberikan beberapa gambar sahaja untuk menjadi tontonan kita bersama...tuan punya bh ini saya kenal juga dalam blog ini..kira-kira 3 bulan yang lalu..ketika itu bhnya hanya mempunyai kira-kira 12 biji sarang sahaja...
 alhamdulillah dengan perbincangan kami bertukar-tukar pandangan melalui email akhirnya rezeki memihak kepadanya..antara yang saya menyuruhnya lakukan pembaharuan ialah membuat wyering lain, menambah kira-kira 30-50 tweeter baru dalam bh, membuat sedikit sekatan dalam kawasan nesting room dan memakai suara walit yang baru..beliau menggunakan suara walit marvelous cloud, thunder, black cloud, super AAA dan greenwave serta baby king sebagai suara dalam....yang mana 3 minggu sekali ditukarkannya jika tiada kelihatan burung walit bermain keluar masuk dalam bhnya pada waktu pagi..dan hasilnya Alhamdulillah seperti yang terkandung dalam gambar ini...layan je k...

 kelihatan burung walit ini mula membina koloni dalam bhnya...

 nesting mark yang baru dibuat oleh burung walit ni...alhamdulillah

 sarang burung yang mempunyai anak di dalamnya..baru lagi ni..anak pun belum tumbuh bulu...

 cantik sarang inikan...

 bucu kiri dan kanan telah penuh..jadi seterusnya burung walit ini akan membina sarangnya di jalur nesting plank yang panjang inilah untuk membina koloninya...insyaAllah...

sarang sudut juga ini..tetap rezekikan..kelihatan burung walit ini suka bersarang berdekatan dengan tweeter..jadi banyakkanlah tweeter dalam bh anda untuk mendapat pulangan hasil yang cepat...InyaAllah...saya doakan untuk sahabat ini semoga sarang burung walitnya bertambah dan untuk sahabat lain di luar sana yang telah menceburi dunia perwalitan ini maka buatlah sesuatu jika bh anda kelihatan semakin tenat iaitu tidak didiami oleh burung walit 5 bulan selepas membuka rumah tersebut...kalau telah ada yang sudi tidur maka alhamdulillah tunggulah masanya yang sesuai maka burung walit ini tetap akan bersarang dalam bh anda..kurangkanlah gangguan ketika ini...layan je..

swiftlets-zone 4 all
email me : shidey_zone@yahoo.com
phone : 012-5328332

No comments:

Post a Comment