Monday 25 April 2011

Cara-Cara Menarik Burung Walit Memasuki BH Hingga Ke Nesting Room

ramai orang terlupa cara jenis ini..

 lubang enterance hole yang menarik sekali..lihatlah berapa tweeter yang diletakkannya..tidak cukup dengan itu di kiri dan kanannya juga diletakkan 2 biji bazooka tweeter yang boleh memanggil burung walit ini dengan jarak yang cukup jauh sehingga 2-5 KM...perkara yang paling penting disini ialah jika burung walit tersebut terbang dan memasuki lubang ini maka sepetutnya terdapat pula tweeter yang memandunya terbang turun hingga ke peringkat roving room dan nesting room di dalam bh...untuk itu cara di bawah dilihat yang terbaik sekali...

 cara ini ialah dengan meletakkan aturan tweeter bersambungan antara satu sama lain dan dalam keadaan twweter tersebut diletakkan seperti selari yang mana mampu menarik perhatian burung walit ini kelak...selain itu kaedah ini digunakan agar burung walit ini tidak kelihatan seperti mencari suara tersebut yang apabila ianya melepasi tweeter utama di lubang masuk tadi maka sudah tiada suara luar tersebut yang memandunya ke peringkat lain pula..jika hal sebegini tidak dilakukan maka burung walit tersebut hanya akan keluar masuk bh sahaja kerana apabila ia memasuki lubang masuk td suara tersebut sudak tidak didengarinya dan ini akan mendorongnya keluar kembali keluar bh untuk menikmati suara luar tersebut....

 lihatlah gambar ini aturan tweeter ini dilakukan selari sahaja dan dapat mendorong burung walit untuk terbang sehingga ke tweetr yang terakhir iaitu hingga ke roving room dan nesting room...burung walit ini akan terbang melepasi tweeter 1,2,3,4,5,6 dan seterusnya sehinggalah ia sampai ke kawasan nesting room...cara sebegini sebenarnya bersesuainya untuk bh yang monkey housenya besar yang bertindak sebagai roving room atau pon bh tersebut lubang masuknya terus ke dinding....
 aturan tweeter yang menarik dan selari ini disusun sehingga ke kawasan roving room yang luas..selain itu ia bertindak sebagai jurupandu untuk burung walit ini ke kawasan yang sepatutnya dan burung ini tidak akan seperti ilang arah dan keluar kembali dari bh sebelum sampai ke kawasan nesting room..

 aturan tweeter ini juga boleh diletakkan seperti ini jika bh anda lebih dari satu tingkat dan menggunakan tangga simen sebagai lubang antara lantai atau LAL...kaedah ini ini begitu penting agar dapat memandu burung ini terbang sehingga ke level yang paling rendah dalam bh kita...

 jadi anda yang membuat pilihankan...sebaiknya kita mempermudahkan burung walit ini bukannya menyusahkannya untuk masuk dan mencari sendiri kawasan yang disukainya...sebaliknya kita perlu bertindak sebagai pemudahcara dalam hal ini....jika burung walit memasuki bh kita banyak maka kita juga yang untung kelakkan..jadi sama-samalah kita membuat pilihan yang mudah untuk burung walit memasuki bh kita...kegagalan dan kejayaan sesebuah bh juga banyak bergantung kepadanya...anda buat-anda dapat...hehee

swiftlets-zone 4 all
email me : shidey_zone@yahoo.com
phone : 012-5328332

2 comments:

  1. Adakah kita perlu meletakkan suara luar kat bahagian nesting room bagi memandu burung walet ke kawasan vip room atau tidak perlu ataupun kat kwasan roving room sahaja???

    ReplyDelete
  2. Assalam, saya baru menceburi bidang ni. Saya buat di rumah..
    Kawasan rumah saya kawasan kampung.. 1 hingge 2 km dari ladang kelape sawit.. saolan saye, suare walit ape yang sesuai untuk digune???

    ReplyDelete