Sunday 24 April 2011

Design Monkey House : Yang Mana Satu Pilihan Anda

bijaklah membuat pilihan..kejayaan dan kegagalan juga banyak bergantung kepadanya..


lihat lah perbezaan antara dua design monkey hole ini...ada yang mengatakan bahawa design gambar yang pertama adalah yang terbaik berbanding gambar yang kedua...entahlah...pada pendapat saya pula design monkey yang pertama ini turut mempunyai kelemahannya...antaranya ialah burung walit yang memasuki monkey houe ini tidak boleh berpusing-pusing dalam monkey house tersebut...sebaliknya burung tersebut perlu turun dengan terbang dengan sudut yang tajam untuk memasuki bh...ini kerana jika burung tersebut tidak terbang turun dengan sudut sedemikian maka burung tersebut akan melanggar wall yang dibut tersebut dan ini akan menyebabkan burung tersebut takut untuk turun ke dalam nesting room...dan akhirnya burung tersebut hanya keluar masuk monkey house sahaja tetapi tidak berani turun ke bawah...perkara ini banyak terjadi kepada burung-burung walit muda yang masih lagi takut-takut untuk turun dengan gaya terjun...tetapi jika kita tetap ingin memilih cara sedemikian maka enterance hole untuk burung tersebut perlu dipebesarkan agar burung terebut mampu terjun dengan bebas dan tidak sangkut atau terhantuk pada dinding...Tetapi harus juga diketahui bahawa masih banyak juga di luar sana yang meniru design lubang masuk sedemikian dan ada daripadanya juga telah berjaya menghasilkan puluhan kilo sarang burung walit ini...kesimpulan untuk ini ialah pengkajian perlu dilakukan jika memilih cara ini...iaitu jika selepas 3-4 bulan tiada burung walit yang sudi tidur dalam bh anda maka design monkey house jenis ini boleh dipersalahkan..cara terbaik anda ialah dengan melihat bh yang berdekatan atau sekeliling anda...jika banyak daripadanya menggunakan kaedah monkey house sedemikian maka anda bolehlah menirunya..ini kerana burung yang dikeliling tersebut yang akan cepat tertarik pembukaan bh anda dihari yang pertama..jadi anda sendiri yang membuat pilihan..

gambar ini pula menunjukkan design monkey house yang paling banyak ditiru dewasa ini...kaedah ini dikatakan memberi keselesaan kepada burung walit untuk berpusing-pusing dahulu dalam monkey house ini sebelum turun ke nesting room..kaedah ini banyak yang telah berjaya menghasilkan juga puluhan kilo...jika anda melalui jalan dan terpandang sesebuah bh maka anda akan banyak lihat design monkey houe yang begitu popular ini..cumanya saiz monkey house jenis ini ialah lagi besar lagi bagus kerana mampu menjadi tempat burung walit tersebut bermain dan berpusing-pusing mengikut suara dari tweeter luar tersebut sebelum turun ke nesting room..ada juga yang berkata design monkey house jenis ini tidak bagus dan burung walit tidak menyukainya...betul ke...kebanyakkan bh yang masuk hingga ke hari ini banyak yang menggunakan design jenis ini dan semuanya dapat dikategorikan sebagai bh yang berjaya...mana tidaknya..2 tahun sudah mampu mendapat 2-3 kilo sebulan...tetapi seperti diatas tadi juga anda dinasihatkan meniru design monkey house yang berdekatan dengan bh anda...tirulah yang berjaya sahaja...kalau yang tidak berjaya janganlah tiru pulak...selalunya bh yang berjaya ini burung walit seakan selesa dengan design jenis itu...jadi jika anda meniru design yang berjaya maka burung walit tersebut tidak perlu bersusah payah untuk memahami design bh anda tersebut yang mana sama sahaja dengan bhnya...jadi kita hanya merancang tuhan yang menentukan..usaha tangga kejayaan..

swiftlets-zone 4 all
email me : shidey_zone@yahoo.com
phone : 012-5328332

No comments:

Post a Comment