Thursday 7 April 2011

Cara-Cara Pemasangan Tweeter..

Sesuai untuk bh baru dan lama..

seeloknya banyak tweeter ditempatkan berdekatan dengan sudut nesting plank..sebaniknya jaraknya lebih kurang 3 inci dari kawasan sudut nesting plank tersebut..lagi banyak tweeter dalam bh anda lagi bagus kerana  mewujudkan bunyi sekeliling dalam bh yang terbaik untuk memikat walit menginap dan bersarang..

selain itu, pemasangan tweeter ini perlu dilakukan selari untuk mewujudkan bunyi yang terbaik seolah-olah mewujudkan bunyi sekeliling yang sekata..hal ini kerana seolah-olah seperti telah banyaknya koloni burung walit dalam bh tersebut..selalunya anak muda burung walit akan cepat terpengaruh dengan bunyian sekeliling yang dimainkan dan seterusnya akan terus menginap dalam bh anda...

cara parabola tweeter kini menjadi ikutan dan ianya disebabkan telah terbukti akan keberkesanannya..banyak burung walit akan memilih sudut di atas parabola tweeter ini untuk membuat sarangnya dan membina koloninya yang pertama..selain itu adalah seeloknya kawasan sudut nesting plank ini tidak ditutup kerana burung walit akan memilih kawasan sudut 90 darjah ini untuk membuat sarangnya yang pertama kerana kurangnya gangguan yang boleh menganggunya...ada juga yang bertanya kepada saya berapa jumlah tweeter yang sangat diperlukan dalam bh..jawapannya senang sahaja...lagi banyak tweeter lagi bagus..yang penting cara penyusunannya agar mewujudkan suasana bunyi yang sekeliling dlm bh...dalam dalam soal mahal dan murah tweeter pula saya pernah sahaja menggunakan tweeter yang mahal dan murah dalam bh untuk membuat kajian...tetapi burung tidak memilih pon..dia tetap juga membuat sarang di tepi tweeter yang harganya hanya RM 1.20 sahaja berbanding tweeter yang harganya RM 6 lebih...inilah yang dikatakan kita hanya mampu merancang tetapi burung walit yang membuat keputusan...hehehehe

swiftlets-zone 4 all
email me : shidey_zone@yahoo.com
phone : 012-5328332

No comments:

Post a Comment