Wednesday 13 April 2011

Cara-Cara Melihat Telur Burung Walit Di Dalam Sarang

selalunya dilakukan sebelum anda ingin harvest sarangnya...

mula-mula buurng walit akan membuat sarang dalam bh anda...dan kemudiannya...

ha..akan bertelur lah seperti dalam gambar ini...selalunya burung walit akan bertelur dua biji dalam satu sarang..jadi unutk anda melihat adalah begitu susah kerana terpaksa turun-naik memanjat tangga..jadi untuk memudahkan anda melihat sama ada telur atau pun tidak dalam sarang tersebut may be anda boleh tiru cara seperti di bawah ini..mudah sahaja dan bajet ciput ataupun anda boleh menggunakan bahan-bahan terpakai sahaja..apapun anda yang membuat keputusan...pastikan anda mempunyai alat ini sebelum mengharvest sarang burung k..bukan apa untuk menjaga populasinya agar berkembang..

dapatkan sebuah cermin di pasaran..cari lah termurah pon tak pe..kt kedai RM 2 dan RM 1 banyak cermin jenis ini..kalau anda mempunyai cermin lama yang tidak digunakan lagi seperti side miror kereta or motor pon still boleh digunakan untuk kaedah jenis ini...

cermin tersebut hanya perlu diikat bersama dengan kayu atau pon batang rod yang panjang dan ringan untuk memudahkan anda melihat telur dalam sarang burung anda sebelum anda harvest sarang tersebut..perkara sebegini anda perlu lakukan dahulu untuk memelihara populasi burung walit dengan lebih baik..seeloknya jika masih ada telur maka sarang tersebut tidak akan diambil...

taraaa..ha sudah pon siap..jadi anda boleh lah menggunakannya..cara ini lebih mudah dan cepat dan tidak lah perlu anda naik turun tangga untuk melihat telur didalam sarang tersebut..janganlah kita dengan kejam terus mengambil sarang burung tersebut walaupun masih mempunyai telur untuk dieram oleh ibunya..biarlah telur tersebut menjadi anak dahulu dan apabila anak terebut telah terbang barulah kita mengambilnya...dan janganlah juga kita tidak melihat dahulu sama ada telur ataupun tidak dalam sarang tersebut dan hanya terus mengambil sarang dan akhirnya telur tersebut jatuh dan pecah...kesian pada burung walit ini juga k..populasi burung walit ini perlu dijaga dengan sebaiknya juga untuk memberikan kita pulangan yang seperti diimpikan iaitu seumur hidup...insyaAllah...marilah kita bersama-sama menjaga populasinya agar terus berkembang dan memberikan kita senyuman selalu...

swiftlets-zone 4 all
email me : shidey_zone@yahoo.com
phone : 012-5328332

No comments:

Post a Comment