Wednesday 13 April 2011

Rumah Burung Walit Jabatan Perhilitan

dari Jabatan Perhilitan kepada Jabatan Veterinar..

tahniah diucapkan kepada Jabatan Perhilitan Malaysia kerana telah memperkenalkan industri ini di mata masyarakat hari ini...dahulunya industri ini di janakan secara senyap-senyap sahaja oleh kumpulan tertentu tetapi apabila Jabatan Perhilitan sering membuat kursus-kursus secara percuma kepada golongan bumiputera menyebabkan kita mula membuka mata akan hasil pulangan yang menguntungkan ini..gambar di atas ini adalah gambar model rumah burung jabatan ini yang dijana menggunakan kuasa solar..dengar kata hasil dari rumah burung ini sudah mampu di capai 2-4 kilo sebulan kini...syabas diucapkan kepada jabatan ini...dahulunya burung walit diletakkan di bawah Jabatan Perhilitan kerana spesis ini diletakkan sebagai haiwan yang diancam kepupusannya tetapi dewasa ini apabila semakin ramai golongan yang mengusaha industri burung walit ini menyebabkan pertambahan sehingga10 kali ganda populasinya menyebabkan tanggungjawabnya telah ditukar kepada Jabatan Veterinar pula...

kini apabila jabatan veterinar mula mengambil tanggungjawab ini dapat dilihat kebanyakkan kursus yang dianjurkan semuanya bercorak joint venture dengan syarikat tertentu yang berkonsepkan keuntungan...akibatnya kos kursus dikenakan sehingga ratusan ringgit..siapa yang mampu sahaja akan mengikuti kursus inikan...may be jabatan ini boleh meniru jabatan perhilitan kembali iaitu pengkajian perlu dilakukan dahulu dengan jabatan itu sendiri mempunyai rumah burung walit seperti jabatan perhilitan ini...lakukanlah kajian terperinci demi meningkatkan populasinya..may be jabatan veterinar boleh menunjukkan bukti kejayaan jabatan ini dalam perladangan burung walit ini...janganlah mengambil contoh dari yang telah berjaya...sebaliknya dibuktikan dengan pengkajian yang dilakukan...banyakkanlah membantu golongan bumiputera yang baru menapak dalam industri ini k..janganlah hanya memberi tumpuan kepada syarikat yang berjaya sahaja..heheehe..

swiftlets-zone 4 all
email me : shidey_zone@yahoo.com
phone : 012-5328332

1 comment:

  1. BETUL TU SHIDEY..PAK DIN 1000% SETUJU.. JANGAN HANYA DIGALAKKAN SEMUA ORG MENCEBURI BIDANG INI SEDANGKAN KITA TAK TAHU POPULASI SEBENAR BURUNG INI DISESUATU LOKASI rMAH LEBIH BANYAK DARI BURUNG SEPERTI DI YAN, SEKINCAN, DAN LAIN-LAIN DI NEGERI-NEGERI LAIN...ERMMM PENING SI BURUNG NAK CARI RUMAH UNTUK TINGGALKAN?

    ReplyDelete