Sunday 24 June 2012

Cara-Cara Mengurangkan Kepanasan Dalam BH

Idea dan Cara dari Seorang Sahabat...sila baca...

pandangan depan


pandangan dari bawah

Assalamulaikum. Disini saya ingin berkongsi pendapat. Untuk mengurangkan suhu yang panas dalam bh, saya pasang exhus fan  pada dinding bahagian luar bh , cara pasang ialah kipas hendaklah diluar, dimana udara diluar akan disedut masuk ke dalam, ini dapat mengurangkan kepanasan dalam bh terutama pada waktu malam, ini  kerana udara di luar lebih sejuk, udara yang panas di dalam bh akan keluar apabila exh fan dihidupkan,. Di sebelah luar, dibuat satu kotak pada exh fan tersebut untuk mengelakan cahaya masuk. saya telah cuba dan berkesan. saya menghidupkan exh fan pada pk 12.00pm- 1.00pm,  4,00 - 5.00pm dan 7.00pm -11.00pm. Pemasangan kotak ini mungkin tidak menarik kerana saya pasang sendiri.sekian .sila lihat .Gambar kotak  luar.


Hassan
Kuala Krai,
Kelantan.

idea yang bagus sekali..may be anda boleh mencuba jugak ni bagi yang mempunyai bh yang panas pada waktu malam atau suhu tetap tidak setabil bila dah bermacam-macam cara di buat...cara exaust fan ni memang bagus...dah lama saya dengar tapi tak pernah mencubanya sebab suhu dah ok dlm bh..cuma seeloknya pastikan mulut kipas tu di luar bh k atau pun kalau dalam bh pastikan ianya di buat pelindung tutup...kalau tak bimbang kalau burung walit tersedut masuk dalam tu je...lagi satu pastikan juga ianya ditutup dengan jaring halus...bukan apa untuk mengelakkan ianya menjadi laluan masuk ular yang mudah merayap plk..apapun TQVM pada encik Hassan atas idea tersebut...

Barang sesiapa ada idea yang bernas may be boleh email pada saya untuk saya pos kan dalam ini...ianya secara tak langsung mampu membantu sebagai ilmu yang baru kepada rakan-rakan di luar sana...kalau kita membantu orang lain insyAllah keberkatan akan kita peroleh jua..buat pa nak rahsiakan ilmu yang mampu membantu orang lain...hope dapat email dari sahabat kelak...layan je..

swiftlets-zone 4 all
phone : 012-5328332

Thursday 14 June 2012

Jawatan Kosong Segera di Seluruh Malaysia

tiada tarikh tutup...

satu kain rentang yang cukup menarik sekali bunyinya...jawatan kosong ni..jadi jom kita sertainya....sapa-sapa pon layak...tiada apa yang perlu dibawa untuk di temuduga...pusat temuduga di serata malaysia di masjid-masjid dan surau-surau...jadi datanglah beramai-ramai ke pusat temuduga tersebut...

kini cara berlembut tapi keras ini sangat menjadi kegemaran para jawatankuasa khariah masjid untuk menyedarkan orang ramai..yang pasti apabila anda terbaca pasti anda akan tersenyum dengan kain rentang ini...tak nampak sila zoomkan k..jom kita mengisi kekosongan tersebut bersama-sama...heheh..layan je..

phone : 012-5328332

Wednesday 13 June 2012

Bilakah Masa Yang Sesuai Untuk Melihat Sang Walit Pulang Ke BH

masanya tak tentu ni..faktor cuaca dan musim juga berperanan penting..

tiada masa yang tepat menentukan sang walit pulang...semuanya bergantung kepada faktor cuaca yang memainkan peranan utama...jika cuaca di luar mendung sahaja ataupun baru selepas hujan dan pada waktu pukul 7.00 petang telah gelap maka tidak mustahil sang walit ini akan pulang awal ke bh...tetapi time yang selalu sang walit pulang ke bh ialah pada waktu magrib...

semuanya bergantung pada waktu solat maghrib...jika azan solat maghrib telah berkumandang oleh muazzin maka anda akan dapat lihat ketika ini sang walit akan terbang pulang ke bh dengan cepatnya..azan tersebut seakan petanda bahawa waktu petang untuk mencari makan telah tamat dan semua sang walit ini akan terbang pulang ke bh...

bagi saya pula, masa yang sesuai selalu saya akan menunggu sang walit pulang ke bh ialah pada jam 7.30 ptg ke atas...tggu dengan melihat di LMB bh dan kiralah kalau anda mampu berapa ekor sang walit masuk ke bh...sang walit yang masuk time itu pastinya adalah burung walit kepunyaan kita..jadi kalau sang walit masuk sedikit may be anda dapat bilang dengan mudah..tetapi apabila semunya pulang serentak alamatnya anda akan terpegun sahaja melihatnya pulang sambil berkata "Alhamdulillah Syukur"...hasilnya akan anda peroleh nanti...apapun hayatilah rasa nikmat apabila dapat melihat sang walit pulang ke bh anda...hehe..kenikmatan dan kepuasan yang sukar dilihat di mana2...hehe

swiftlets-zone 4 all
phone : 012-5328332

Tuesday 5 June 2012

Contoh Design Rumah Burung Walit

Kaedah LMB Monkey House yang dipilih

kaedah lmb monkey house ini selalu digunakan oleh usahawan perwalitan ini...gambar ini merupakan salah satu contoh design rumah burung walit yang selalu kita tengok...kalau anda nampak tak clear sila zoomkan gambar tersebut..maka anda akan nampak design sebenar..

anda dapat lihat di sini ada beberapa partition telah diletakkan dalam bh ini..semuanya untuk menawal cahaya agar masuk dalam bh dan memberikan ruangan kegelapan yang maksimum untuk sang walit ini bersarang dalam bh anda..habitat sang walit harus di jaga iaitu ianya akan bersarang dalam kawasan yang sangat gelap dalam bh...jadi selamat mencuba k...layan je

swiftlets-zone 4 all
phone : 012-5328332