Sunday, 24 June 2012

Cara-Cara Mengurangkan Kepanasan Dalam BH

Idea dan Cara dari Seorang Sahabat...sila baca...

pandangan depan


pandangan dari bawah

Assalamulaikum. Disini saya ingin berkongsi pendapat. Untuk mengurangkan suhu yang panas dalam bh, saya pasang exhus fan  pada dinding bahagian luar bh , cara pasang ialah kipas hendaklah diluar, dimana udara diluar akan disedut masuk ke dalam, ini dapat mengurangkan kepanasan dalam bh terutama pada waktu malam, ini  kerana udara di luar lebih sejuk, udara yang panas di dalam bh akan keluar apabila exh fan dihidupkan,. Di sebelah luar, dibuat satu kotak pada exh fan tersebut untuk mengelakan cahaya masuk. saya telah cuba dan berkesan. saya menghidupkan exh fan pada pk 12.00pm- 1.00pm,  4,00 - 5.00pm dan 7.00pm -11.00pm. Pemasangan kotak ini mungkin tidak menarik kerana saya pasang sendiri.sekian .sila lihat .Gambar kotak  luar.


Hassan
Kuala Krai,
Kelantan.

idea yang bagus sekali..may be anda boleh mencuba jugak ni bagi yang mempunyai bh yang panas pada waktu malam atau suhu tetap tidak setabil bila dah bermacam-macam cara di buat...cara exaust fan ni memang bagus...dah lama saya dengar tapi tak pernah mencubanya sebab suhu dah ok dlm bh..cuma seeloknya pastikan mulut kipas tu di luar bh k atau pun kalau dalam bh pastikan ianya di buat pelindung tutup...kalau tak bimbang kalau burung walit tersedut masuk dalam tu je...lagi satu pastikan juga ianya ditutup dengan jaring halus...bukan apa untuk mengelakkan ianya menjadi laluan masuk ular yang mudah merayap plk..apapun TQVM pada encik Hassan atas idea tersebut...

Barang sesiapa ada idea yang bernas may be boleh email pada saya untuk saya pos kan dalam ini...ianya secara tak langsung mampu membantu sebagai ilmu yang baru kepada rakan-rakan di luar sana...kalau kita membantu orang lain insyAllah keberkatan akan kita peroleh jua..buat pa nak rahsiakan ilmu yang mampu membantu orang lain...hope dapat email dari sahabat kelak...layan je..

swiftlets-zone 4 all
phone : 012-5328332

No comments:

Post a Comment