Saturday 15 October 2011

Design Rumah Burung Walit Saiz Kecil Dari Indonesia

LMB yang kecil sahaja berbanding LMB di Malaysia

gambar di atas ialah design sebuah rumah burung walit di Indonesia..anda boleh lihat apa yang membezakan rumah burung walit Indonesia dan Malaysia yang paling ketara ialah Lubang Masuk Burung (LMB). Di sana LMB ini dibuat di dinding bh terus...dan saiznya pula adalah kecil sahaja...manakala di Malaysia banyak kaedah LMB ini...yang paling popular ialah Monkey house, open roof dan sebagainya...cuma kini banyak dilihat rumah burung di Malaysia ini telah meniru gaya LMB dari Indonesia ini tetapi tranformasi pembaharuan telah dibuat.

Pembaharuan bagi LMB ini di Malaysia ialah saiz lubang masuknya yang agak besar untuk memudahkan burung walit ini masuk dalam bh..di samping itu juga walalupun LMB ini dibuat terus ke dinding tetapi kawasan partion untuk roving room ini tetap dibuat untuk memberikan keselesaan untuk burung walit ini...

sebenarnya semua gaya LMB ini boleh digunakan tetapi faktor lokasi semasa yang mainkan peranan..di Indonesia telah diketahui mempunyai populasi walit yang besar di dunia kerana negara tersebut telah menceburi bidang ini puluhan tahun dahulu sedangkan populasi burung walit di Malaysia tidaklah besar kerana ianya bolhlah dikatakan baru bermula...atas faktor itulah menjadikan setiap peniruan ini memerlukan  juga tranformasi agar kena pada masa dan tempatnya...jadi bagi anda yang ingin meniru gaya bh di Indonesia maka di syorkan buatlah kajian dan rujukan dahulu k dengan masa, lokasi dan sebagainya tempat bh anda akan beroperasi kelak...layan je,...

swiftlets-zone 4 all
email me : swiftlets_zone@yahoo.com
phone : 012-5328332

1 comment:

  1. Assalamualaikum
    terima kasih sebab memberikan pendedahan cara pembudayaan burung walit terima kasih sekali lagi.

    ReplyDelete