Monday, 24 October 2011

Rahsia Ultrasonic Humidifier : Internal View

Bahagian 2

Selepas saya post kan bahagian ultrasonic humidifier saya telah mendapat banyak meseg dan email bertanyakan soalan bagaimana untuk membuat ultrasonic humidifier ini...justeru, hari ini saya telah akn post kan kali kedua bahagian ini iaitu bahagian dalam yang menjadi rahsia kejayaan ultrasonic humidifier ini berfungsi..jadi lepas ini may be anda boleh mencubanya membuatnya sendiri dengan mencari segala peralatan yang diperlukan ini di kedai-kedai berhampiran anda k..jom kita layan..

inilah keadaan dalam ultrasonic humidifier ini (gambar dari swiftlet like ni)...

untuk menjayakan ultrasonic humidifier ini anda memerlukan beberapa benda utamanya :

1) mist maker (benda yang panjang sebelah bebola hitam tu)...cari di kedai elektrik n elektronik ada kot...

2) fan (kipas - bergantung dengan besar mana nak buat ultrasonic ini..kalau besar dan mist maker besar maka      kene pakai fan yang besar sedikit....sama juga cari di kedai elektrik dan elektronik yang besar ada kot..

3) water lavel sensor (bebola hitam tersebut - berfungsi untuk kawal air yang masuk dalam tong tadahan ultrasonic humidifier tersebut...kat kedai banyak ni...saiz juga bergantung kesesuaian..



contoh pic di atas ini ialah mist maker yang di on kan sahaja maka akan terjadilah wap-wap air tersebut..
boleh juga digunakan macam ini sahaja tetapi lantai bh anda juga akan cepat basah sebab mist ini tidak dihalakan ke udara atau dalam bh..

ni pun sama ambil dari swiftlet like ni...

perhatikan pula gambar ini...apabila fan tersebut disambungkan kepada lubang yang dibuat menggunakan paip pvc tersebut..kipas ini apabila di pasang serentak dengan mist maker tersebut maka akan menolak wap-wap air tersebut keluar ke arah corong yang disediakan ini contohnya paip pvc ini...




dan beginilah akhinya terjadi jika semuanya berjalan dengan serentak menggunakan bahan-bahan utama tersebut..maka humidifier ultrasonic dalam bh anda akan terhasil dan berfungsi dengan baik sekali...ultrasonic humidifier sebegini atau chicken humidifier juga dicadangkan pada bh yang diperbuat dari bahan konkrit simen sahaja kerana ia mampu memberikan keadaan yang sejuk...jika digunakan pada bh yang diperbuat dari kayu maka lama-kelamaan wap-wap air ini akan meresap dalam bahan kayu tersebut menjadikannya reput akhirnya...jadi pada bh yang diperbuat dari bahan kayu di galakkan supaya hanya memakai kaedah kolam-kolam sahaja untuk kawal suhu...selamat mencuba...layan je k...sekadar membantu..

swiftlet_zone 4 all
email me : shidey_zone @yahoo.com
phone : 012-5328332

2 comments:

  1. assalamualaikum tuan shidey...saya nak tanya 1 soalan..Adakah BH yang lantainya menggunakan papan tetapi atas papan tersebut ditutup dengan tikar manakala dindingnya pula menggunakan asbestos simen juga boleh menggunakan ultrasonic humidifier atau tidak..???

    ReplyDelete
  2. Adorable Cool Mist Humidifier: http://www.mudah.my/Crane+Adorable+2+1+Gallons+Cool+Mist+Humidifier+-25896466.htm

    ReplyDelete