Wednesday 12 October 2011

Lubang Masuk Burung Dari Tepi BH

Cara-Cara Yang Betul

Kini bh juga telah menjalani proses tranformasi yang menarik...jika dahulunya banyak rumah burung menggunakan kaedah monkey house, dog kennel, lubang masuk terjun, open roof dan sebagainya tetapi disebabkan banyak BH yang telah gagal dengan kaedah ini maka ramai yang telah mencuba kaedah lubang masuk dari tepi bh ini...bagi saya cara ini lebih berkesan dan wajar ditiru oleh ramai pemain baru industri ini..tetapi banyak perkara yang dibuat juga harus betul...lubang masuk cara ini diketahui mampu menarik burung dengan masa yang singkat sekali...dan cara ini banyak dibuat di negara Indonesia tetapi di sana lubangnya hanyalah kecil sahaja...di Malaysia diketahui lubang masuknya adalah besar kerana untuk memudahkan burung walit memasukinya...

jadi jika anda ingin memilih cara ini maka jom kita lihat apa yang boleh ditiru dan apa yang tak boleh ditiru...jom layannnnn....

Cara Salah
bh ini menggunakan kaedah masuk lubang dari tepi bh...tetapi cara yang dipih ini ialah salah...kerana lubang masuk burung yang besar ini telah menyebabkan kawasan nesting room terlalu cerah dan terang...untuk makluman semua burung walit suka kawasan yang agak gelap untuknya bersarang...kalau dah begini terang alamatnya sang walit ini akan terbang masuk dan kluar balik sahajalah...jadi janganlah ditiru k...

Cara Betul
kaedah ini adalah yang sesuai sekali jika anda memilih kaedah Lubang Masuk dari Dinding ini...kenapa dikatakan sesuai??? cara ini adalah kerana partion yang dibuat ini menyebabkan cahaya yang akan memasuki bh dapat dikurangkan...di samping itu juga..ianya dapat membezakan antara kawasan roving room dan nesting room...selalunya petak partion yang dibuat besar sepeti ini akan mampu bertindak sebagai ruang roving room untuk burung walit iini berputar dan bermain di situ sebelum ke nesting rooom...jika nesting room anda masih lagi cerah menggunakan kaedah ini maka cara di bawah boleh di tambah...

 Cara Boleh Ditiru

Cara Boleh Ditiru

Cara ini ialah dengan membuat partion di antara ruang nesting room dalam bh ini menjadi seperti ruangan bilik-bilik yang menjadikan kawasan nesting room ini gelap...burung walit ini akan terbang menyusuri setiap bilik ini dan bermain dalam ini sebelum memilih tempat yang sesuai untuknya bersarang...jadi buatlah pilihan yang bijak...di atas ini ialah pendapat saya sahaja Tetapi ramai juga yang telah mencuba dan berjaya...janganlah kita mengharapkan konsultan sahaj yang berpikir sebaiknya kita juga cuba menghasilkan kaedah yang terbaik untuk perkembangan bh kita...jadi bagi yang memilih kaedah Luabng Masuk Dari Dinding ini may be boleh meniru cara ini k...layan je....

swiftlets-zone 4 all
email me : shidey_zone@yahoo.com
phone : 012-5328332

2 comments:

  1. assalamualaikum en shidey...saya nak tahu apabila partion pada LMB untuk menyekat cahaya dan disitu diletakkan dengan tweeter betul tak....adakan suara pada tweeter tersebut suara luar @ dalam???

    ReplyDelete
  2. wassalam...yup betul tu..jika untuk LMB di situ di letakkan dua tweeter luar dan dalam di mainkan suara dalam dan luar...malah tweeter luar juga perlu di letakkan dalam kawasan nesting room di hujung bh untuk memandu sang walit masuk sampi dalam bh..

    ReplyDelete