Wednesday 20 April 2011

Kenapa Pengusaha Burung Walit Di Sarawak Lebih Suka Melabur Di Indonesia

petikan sebuah akhbar di sarawak yang lalu...


Pengusaha dari Sarawak lebih cenderung melabur di Pontianak, Indonesia dengan nilai pelaburan kini mencecah RM10 juta

MIRI: Kesukaran memperolehi lesen menternak burung walit menyebabkan pengusaha dari Sarawak le-bih cenderung melabur di Pontianak, Indonesia dengan nilai pelaburan kini men-cecah RM10 juta.Penasihat Unit Pembangunan Usahawan Bumiputera, Jabatan Ketua Menteri Datuk Adzmy Abdullah berkata, walaupun Sarawak merupakan pengeluar utama sarang burung walit di Malaysia, namun jumlah keluarannya masih jauh ketinggalan berbanding Perak dan Sela-ngor.

“Setakat ini kita mempunyai kira-kira 1,500 pengusaha sarang burung walit, namun tidak semua beroperasi kerana kesukaran mendapatkan lesen.

“Justeru ada yang membuat pelaburan di negara jiran, mungkin kerana di sana prosedurnya lebih mudah dan terjamin berbanding di sini.

“Sehubungan itu, kita menggesa kerajaan khususnya Jabatan Perhutanan memudahkan prosedur yang ada bagi menggalakkan rakyat tempatan melabur di negeri sendiri seterusnya meningkatkan pengeluaran produk ini,” katanya kepada Utusan Borneo semalam.

Antara pengeluar utama sarang burung walit di Sarawak ialah Samarahan, Mukah, Sarikei dan Miri.

Mengulas lanjut, Azdmy memberitahu setakat ini kerajaan sedang mengeluarkan garis panduan dan ia diharap dapat memudahkan para pengusaha yang berminat untuk menceburi industri sarang burung walit.

“Industri ini mempunyai potensi yang amat besar kerana sarang burung walit mempunyai nilai perubatan yang tinggi di kebanyakan negara Asia seperti China, Hong Kong, Singapura, Jepun dan Asia Pasifik.

“Malah negara Timur Tengah sudah menunjukkan minat untuk mengimport produk sarang burung walit. Ia mempunyai potensi untuk berdaya maju serta ruang komersial yang luas,” tegas-nya.

Menurut beliau, setakat 2007, Malaysia mengeksport lebih 150 tan metrik sarang burung walit dan menyumbang keuntungan sebanyak RM750 juta. Sarang burung walit kini dijual dengan harga RM3,500 hingga RM4,500 sekilogram bergantung kepada gred dan harga ini dijangka terus meningkat berdasarkan peningkatan permintaan setiap tahun.

Katanya, negara pengeksport utama ialah Indonesia iaitu 80 peratus diikuti Thailand dan Malaysia yang mengeskport di antara lapan hingga 10 peratus.

“Berbanding sektor lain, industri sarang burung walit tidak perlu menebang hutan, membotakan bukit atau mengeringkan paya, namun masih juga berupaya mengaut keuntungan berjuta-juta ringgit setiap tahun.

“Sehubungan itu kita patut galakkan industri ini dan agensi yang berkaitan memberi kerjasama untuk merancakkan industri terbabit,” katanya sambil menambah Unit Pembangunan Usahawan Bumiputera turut memberikan kursus bimbingan dan bantuan modal melalui Tekun dan Agrobank.

Mengenai pengeluaran lesen sarang burung walit, beliau difahamkan setakat ini Jabatan Perhutanan sudah mengeluarkan beberapa lesen baru kepada pengusaha yang memenuhi syarat.





swiftlets-zone 4 all
email me : shidey_zone@yahoo.com
phone : 012-5328332

No comments:

Post a Comment