Monday 20 June 2011

Rumah Burung Walit Tradisional

lokasi Daerah Yan..May Be rumah ini sama seperti rumah sahabat dari Terengganu yang email bertanyakan kepada saya..

 asalnya rumah ini didiami oleh keluarga mereka...tetapi kini apabila semuanya telah berkerja sendiri maka rumah terebut ditinggalkan begitu sahaja..maka daripada rumah tersebut reput sahaja menyembah bumi maka suatu cadangan telah diterima oleh semua ahli keluarga iaitu menukarkan rumah tersebut menjadi rumah burung tanpa merubah struktur keadaan rumah tersebut...jika berjaya hasil kelak jugak akan diperolehi iaitu sarang burung walit ini..idea yang menarik sekali...di sini saya merasakan bahawa rumah tersebut juga adalah seperti rumah sahabat kita dari Kuala Terengganu yang juga mahu menukarkan rumah lama keluarganya menjadi rumah burung walit..may be cara seperti ini dapat ditiru...

 rumah burung tradisional ini telah dibuat ventilation hole iaitu agar dapat mengawal mikro dalam rumah burung ini..hal ini penting iaitu dengan pengudaraan yang terbaik dapat mengawal suhu juga dalam rumah burung ini..di samping itu juga tingkap-tingkap lama rumah ini juga telah diletakkan simen bord untuk menutup kawasan tersebut..seeloknya rumah burung ini dibaluti juga oleh polisterin di dinding di bahagian dalamnya agar dapat mengawal suhu dalam rumah burung walit...

 monkey house rumah burung ini seeloknya dibuat besar kerana memudahkan burung walit muda terjun sehingga ke nesting plank...jika monkeu house dan lubangnya terlalu kecil maka burung walit muda hanya akan keluar masuk bh sahaja dan takut untuk turun ke bawah...ada yang bertanyakan kepada saya kalau lubang masuk besar nanti burung hantu masuk pula...memang betul persoalan tu...tetapi jawapan saya senang sahaja iaitu jika burung tiada dalam bh anda maka burung hantu pun tak akan datang...burung hantu hanya akan tertarik apabila melihat koloni burung walit memasuki bh anda apabila tiba waktu pulangnya...jadi buat permulaan ini iaitu 3 bulan pertama maka perbesarkanlah lubang masuk burung anda..apabila burung telah tidur banyak maka barulah anda kecilkannya k...di samping itu hexagon tweeter perlu juga diletakkan di atas monkey house anda..jaraknya iaitu hanya maksimumnya 5 kaki sahaja...jangan terlalu tinggi kerana jika tidak burung hanya berpusing di situ sahaja dan tidak memasuki bh anda...seeloknya 4 tweeter bertindak sebagi hexagon tweeter ini agar dapat menjadi sokongan memanggil burung walit ke bh anda...bahagian dalamnya seeloknya dibuat roving room dan juga lubang untuk ke nesting room...hal ini perlu dibuat kerana anda perlu mengawal cahaya yang memasuki bh agar tidak ke nesting room...di samping itu juga roving room mampu bertindak sebagai tempat burung berpusing atau bermain dahulu sebelum ke nesting planks anda...betul ke ni..sekadar bertukar pandanagan...hehehe...layan je..


swiftlets-zone 4 all
email me : shidey_zone@yahoo.com
phone : 012-5328332

No comments:

Post a Comment