Tuesday 21 June 2011

Lubang Masuk Burung : Arah Mana yang Sesuai

soalan ini saya dapat daripada email semalam dari sahabat baru perwalitan dari Negeri Sembilan

gambar contoh lubang masuk burung arah dari dalam bh

email dari sahabat :

Shidey, saya dalam proses membuat rumah burung sekarang ini...saiznya 20x30 dan lokasinya di kawasan kampung..masalah saya sekarang ini di manakah arah yang paling sesuai untuk saya membina lubang masuk burung...rumah burung ini saya membuatnya dengan sendiri sahaja dengan sedikit pembacaan.harap tuan bagi pendapat sedikit...tq

jawapan saya:

pertamanya saya mengucapkan selamat join bidang perwalitan ini..tahniah juga kepada tuan kerana berjaya mendapatkan maklumat asas mengenai ilmu perwalitan ini..saya berharap semua orang yang bakal membuat rumah burung walit ini seperti tuan iaitu membuat kajian dahulu mengenai asas bidang perwalitan rumah burung ini..berkaitan masalah tuan tersebut saya cadangkan kepada tuan supaya kajian lokasi burung dibuat terlebih dahulu...dan jika kajian ini sudah dilakukan maka tuan akan dapat membuat pengamatan potensi lokasi tersebut..masalah berkaitan lubang masuk burung dapat diselesaikan melalui pengamatan tuan ketika waktu petang iaitu pada pukul 7.00-7.30 petang arah burung walit pulang...ketika ini tuan akan dapat melihat dengan jelas burung walit terbang pulang ke bhnya...jika burung walit tersebut pulang arah utara ke selatan maka lubang masuk tuan juga perlu ke arah tersebut...hal ini agar burung walit tersebut dapat memasuki bhnya dengan mudah tanpa membuat U-turn untuk memasuki bh kelak..di samping itu juga lubang masuk yang sama arahnya pulang akan memungkinkan burung walit tersebut singgah melawati bh anda sebelum pulang ke bh mereka...lama kelamaan InsyAllah anak-anak walit muda ini akan cepat tertarik ke bh anda...harap sy dapat menjawabnya..tq...sharing is caring..




swiftlets-zone 4 all
email me : shidey_zone@yahoo.com
phone : 012-5328332

1 comment:

  1. Penerangan ttg penentuan arah lubanh burung masuk yg sangat baik. Penerangan ini juga sama dengan apa yg di perolehi dari sumber di lain-lain bacaan.
    Biasanya burung membuat perjalanan pulanh bertentangan dgn arah matahari turun, atau dari barat ke timur.

    ReplyDelete