Tuesday 7 June 2011

Sharing Is Caring : Rumah Burung Saiz 10X20 Kaki

gambar kiriman sahabat baru industri perwalitan dari Terengganu...

Rumah Burung Sahabat Dari Terengganu saiz 10x20

Gambar ini dikirimkan oleh seorang sahabat kita yang bakal menceburi industri perwalitan ini...bhnya bakal disiapkan ujung bulan ini InsyaAllah...saiz bhnya kecil sahaja iaitu 10x20..lokasi bhnya adalah di Terengganu yang mana di renovate rumah lama dalam kawasan ladang getah ini...dia mencadangkan supaya saya memberikan sedikit komen tentang bh yang bakal dibina ini....di sini saya cadangkan kepadanya supaya bhnya ini dibina dengan design lubang masuk burung walit kaedah open roof..


contoh bh yang menggunakan kaedah open roof 

kaedah ini bersesuaian di sini kerana lokasi bh ini yang dikelilingi pokok-pokok besar yang mana jika menggunakan kaedah monkey house suara yang dimainkan tersebut akan tersekat oleh pokok-pokok tersebut...kaedah open roof paling sesuai dimana suara walit yang dimainkan akan dipancarkan ke langit terus di laluan burung walit ini... di lubang masuknya nanti juga perlu diletakkan tweeter jenis bazooka bagi memancing burung walit ini dari jauh.... di samping tweeter lain untuk memanggil burung walit ini..tweeter bazooka ini perlu kerana ianya mampu memanggil burung walit yang jauh sehingga puluhan kilometer dan dapat menarik burung walit yang melalui kawasan ini untuk mencari makanan ataupun dalam perjalanan pulang ke bhnya apabila di waktu petang...

contoh hexagon tweeter (ditutup dengan pvc agar meminimumkan air hujan masuk dan kena tweeter jenis ini)

hexagon tweeter juga perlu ditempatkan di atas lubang masuk ini yang mana akan bertindak sebagai penarik untuk bh ini mendekati bhnya juga..tweeter jenis ini elok diletakkan di atas lubang masuk burung tadi...


contoh tweeter parabola dalam bh ni nesting plank

saya juga mencadangkannya di dalam bh ini kelak supaya digunakan tweeter dan dibuat parabola di dalamnya..hal ini kerana parabola ini telah diketahui mampu mewujudkan keadaan sekeliling di dalam bh yang mana di sukai oleh burung walit..lagi banyak parabola ataupun tweeter maka akan lebih disukai oleh burung walit..


contoh partion yang digunakan untuk menggelapkan kawasan nesting plank

di samping itu juga partion perlu dibuat agar suasana dalam kawasan nesting room ini akan lebih bergelap yang mana di sukai oleh walit untuk bersarang...disebabkan designya yang kecil maka eloklah dibuat partion yang berukuran 5x5 kaki sahaja yang mana akan bertindak sebagai roving room sebelum ke nesting room..partion ini dibuat juga untuk cover kawasan papan nesting plank agar ianya gelap di kawasan burung walit bersarang...kolam konkrit juga sesuai dibina di dalam bh ini yang mana bertindak mengawal suhu..saiznya memadai 5x5 kaki untuk bh yang kecil sebegini...sekadar berkongsi pendapat dengan ilmu yang sedikit di dada saya ini...jadi andalah yang membuat pilihan k..sy doakan agar bh ini akan cepat disiapkan dan dimasuki burung serta bersarang dengan cepat..marilah kita bersama-sama mendoakan kejayaan sahabat baru kita ini..aminnn


 contoh bh yang menggunakan kaedah open roof

swiftlets-zone 4 all
email me : shidey_zone@yahoo.com
phone : 012-5328332

No comments:

Post a Comment