contohnya dekat tweeter ini..alhamdulillah tweeter ini telah berjaya memikat sang walit untuk bersarang berdekatan dengannya...kanan dah siap sarang n dah ada telur pon...di kiri sang walit tengah membuat sarang tersebut tak siap lagi ni...jadi, apakah masalahnya lagi ek...tengok sepintas lalu cm ok je kan...jom kita zooomkan dekat ckit lagi...
apakah yang anda nampak di sini...tak payah tgk dekat sarang tu...sarang pecah-pecah tu maksudnya suhu agak panas dlm bh tu...tapi sang walit tetap bersarang dlm bh tu kerana terpikat dengan bunyi suara dalam dari tweeter tersebut...tapi bukan itu yag nak saya katakan.....
Perkara yang penting di sini ialah anda lihatlah dengan teliti keadaan wayar penyambung pada tweeter tersebut..ianya telah terputus sama sekali..hal ini kerana apabila sang walit bersarang di bahagian belakang tweetr maka sudah tentu ia akan mengeluarkan najis walit kelak...najis yang berkumpul banyak dekat tweeter ini menyebabkan lama kelamaan wayar penyambungnya akan putus...jadi kelak tweeter tersebut tidak akan berfungsi...sebab itu saya katakan anda senantiasa memerhatikan keadaan ini dan sentiasa bersihkan najis walit ini...bayangkan kalau satu tak berbunyi maka ianya akan effect kepada berpuluh tweeter yang lain jika penyambungnya utama bermula di situ... jadi kalau 3 bulan sekali kita masuk bh maka bermakna bh kita 3 bulanlah tak berbuyi suara dalamkan...kita juga yang rugi kan...
Cara penyelesaiannya ialah anda perlu pakai clip penyambung wayar dan tweeter tersebut seperti penyambung dalam gambar tersebut di bahagian bwh...anda perhatikan dalam gambar tersebut nampak kan penyambung tweeter kaler merah dan biru tersebut...jadi cara tersebut telah menyelamatkan wayar penyambung tweeter tersebut...anda tak perlu lagi risau tentang masalah tersebut kelak jika sang walit banyak bersarang pada tweeter anda....apapun sharing is caring...layan je kk...
swiftlets-zone 4 all
email me : shidey_zone@yahoo.com
phone : 012-5328332
No comments:
Post a Comment