Saturday, 12 November 2011

Kenapa Rumah Burung Gagal Memancing Burung Walit ??.

ramai yang bertanyakan soalan sebegini...

Pada pendapat saya banyak faktor boleh diperkatakan di sini..kejayaan dan kegagalan sesebuah rumah burung walit adalah banyak bergantung dengan semua ini. jom kuta layan dahulu akan semua kaedah ini...tak salah mencuba kan..ini sekadar pendapat saya k...layan je...antaranya ialah :


  • jika suara luar power dan suara dalam power tetapi design rumah burung yang menyebabkan burung     walit sukar memasuki bh juga akan menyebabkan burung walit ini terus terbang keluar masuk sahaja dari bh...design ini banyak disebabkan oleh lubang masuk burung yang kecil, monkey house yang sempit, laluan burung terbang dalam bh di ganggu dan sebagainya....
  • Suara dalam power tetapi suara luar hampeh juga mendorong kegagalan ini...ialah suara luar amat penting untuk kejayaan dan kegagalan bh...suara luar merupakan senjata utama untuk memancing sang walit ini...jadi jika suara luar hampeh aka seekor burung pun tidak akan datang ke bh dan memasukinya...saban hari tunggu dan sampi 3 bulan dan lebih tapi tak de langsung burung datang ke bh kita ataupun kalau datang buat dekkkk je maka kene lah tukar k...kalau tak 10 tahun pon tak tentu akan ada sarangnya...sedangkan apabila suara power dipasang dan burung terus masuk dan tidur maka bermaksud kombinasi yang menarik antara suara dalam dan suara luar akan menyebabkan kita yang tengok pon akan tersenyum nanti..
  • Suara luar power tetapi suara dalam hampeh juga turut mendorongnya akan terbang keluar masuk juga..hal ini banyak terjadi apabila setelah kita amati burung walit gemar dengan suara luar dan datang banyak tetapi keluar masuk sahaja dan setelah 2 minggu tiada juga tanda-tanda burung tidur seperti tahi burung dalam bh maka juga bermakna burung walit tidak mengemari suara dalam yang diaminkan tersebut..



  • Ada juga di sebabkan suara luar dan dalam memang power tetapi tiada tweeter yang diletakkan untukmenyahut kembali suara luar tersebut juga memaksa mungkin menempah kegagalan...keadaan ini selalu berlaku kerana apabila burung walit telah melepasi tweeter di luar maka tiada suara luar lain yang menyahutnya kemabli iaitu menjadi sebagi panduan agarnya terbang menyusurinya...kaedah ini saya rasa logik dan perlu di pratikkan kerana banyak org berjaya telah menggunakan kaedah seperti ini...jadi jika bh anda mengalami masalah baik kaji balik setiap masalah ini..rasanya pasti yang ada kaitan k..





gambar di atas ialah gambar bagaimana tweeter tambahan untuk menarik burung walit ini di pasang...pastikan ianya ada kerana ianya merupakan sebab utama menentukan kejayaan bh anda juga..sebaiknya tweeter ini di psanag suara luar yang sama dengan suara luar yang dimainkan di lubang masuk walit..betul ke ni...hehehe..layan je k...

swiftlet-zone 4 all
email me : shidey_zone@yahoo.com
phone : 012-5328332

No comments:

Post a Comment