rumah burung walit satu tingkat ini cun dan menarik je tengok dari jauh kan..ternyata kosnya murah berbanding dengan rumah burung walit yang dibuat dari bata dan simen..lokasinya menarik jugak iaitu di kawasan sawah padi..
menariknya ialah bh ini hanya menggunakan tiang besi dan rangka besi sebagai pendokong utamanya..yang lainnya hanya dibuat menggunakan asbestos sahaja..rasanya lantainya dibuat menggunakan cement board kerana ianya lebih tahan lagi...
tahukah anda walaupun bh ini satu tingkat sahaja tetapi jika full house atau penuh mampu mencapai juga 5 kilo ke atas sebulan..banyak kan tu...lubang masuknya dibuat seakan monkey house tetapi ianya didongakkan sedikit ke atas menjadikan sang walit mudah untuk terjun masuk dalam bh ini...
Tetapi ciri-ciri lain haruslah diutamakan juga seperti suhu dan keselamatan bh ini...keselamatan bermaksud bukan dari pencuri sahaja tetapi juga taufan angin juga...bukan apa saya pernah saksikan bh ukuran 10x10 tersungkur ke bumi...semuanya gara-gara tiang kakinya yang tidak kuat...apabila angin kuat datang terus jatuh...
kepada yang tetap berminat menceburi bidang ini dan kekurangan modal boleh juga meniru cara ini...nak selamat lagi buat je bh sebegini berdekatan dengan rumah kediaman kita sendiri seperti di kg2...bukan apa senang nak memantau..apapun tahniah pada pemilik bh ini...layan je...
swiftlets-zone 4 all
email me : shidey_zone@yahoo.com
phone : 012-5328332
No comments:
Post a Comment