Email Dari sahabat :
Assalamualaikum, saya daripada pasir mas,Sarang burung saya bersauz 20x60 x 3 tingkat telah 4 bulan beroperasi.Sudah dua kali tukar suara luar, pada perigkat awat suara dipasang burung aktif dan ramai keluar masuk, tapi lama kelamaan semakin kurang.rumah di bina dalam kebun, dan laluan pulang burong, burong memang ramai di waktu petang , tapi tak berminat nak turun cuma lalu sahaja.keadaan dalaman suhu dan cahaya ok. Adakah suara yang dimainkan tidak menarik perhatian burung untuk singgah atau apakah pandangan tuan.
Disebelah kiri bagunan baru sedang dalam pembinaan, Suara luar yang digunakan ialah T-King
dan suara dlm TD-2, burung belum ada buat sarang dan masih belum ada burong yg menetap. Ada juga saya sediakan
makanan.
Burong ramai tapi cuma berlegar di atas sahaja ada juga yg masuk tapi tak banyak.
Mintak pandangan. . sekian wassallam.
Sekadar Kongsi Pendapat :
sekadar share pendapat k...
1) suara luar dan suara dalam yang puan mksdkan tersebut saya tak pernah dengar langsung...rasanya dalam carian internet dan antara suara luar dan dalam yang famous dalam group walit pon tak penah dengar suara begitu...ada satu suara yg dinamakan suara duress atau stress sound memang burung dtg sangatlah byank tetapi tidak akan masuk dalam bh kita..kalau ada pun beberapa ekor yang berani sahaja...suara tersebut hanyalah sesuai untuk test lokasi sebelum didirikan bh sahaja kerana ianya untuk kita tahu anggaran walit yang ada di kawasan kita...tapi kalau di pasir mas tersangatlah banyak burung puan (dl sy keje kt klntn jadi tau lah jugak area tu..hehehe)..saya rasa suara luar dan dalam tersebut telah di rename kan semula...jadi saya cadangkan puan tukarkan suara luar dan dalam yang lain...
2) suara luar dan dalam tersangatlah penting puan...ada dalam blog saya saya ada ceritakan..utk sekadar share pendapat masalah yg sering terjadi sahaja...saya ada suara dalam yg sangat popular iaitu superbabyking...dah ramai member2 lain pakai dalam 3 hingga 4 minggu dah ada burung tidur..saya rasa puan kene mempunyai koleksi suara walit sendiri...bukan apa suara ini perlu kita tukarkan selalu jika burung walit dah tak dtg ke bh kita...kalau puan dah ada suara lain tukarkan sahaja...
3) saya lihat kawasan roving room puan dah ok...punya puan perlu tambahkan tweeter luar di kawasan lubang antara lantai tersebut dan lubang masuk ke nesting room dan di hujung dinding roving room...4 kawasan tersebut haruslah di pasang dengan suara luar yg sama..kita mengandaikan burung walit yang datang ke bh kita disebabkan ianya suka pada suara luar tersebut...seterusnya ia akan mencari punca suara tersebut dan jika kita pasangkan pada 4 kawasan tadi suara luar yang sama maka burung walit ini akan terbang menyusuri hingga ke kawasan nesting room..insyaallah ianya akan cepat tertarik pula untuk tinggal dengan mencari tweeter suara dalam kelak yang mamapu memikatnya utk tinggal dlm bh kita...cubalah kaedah ini puan...saya jarang bgtau org kecuali ada yang bertanya...ramai dah berjaya..insyaalah tak salah mencuba kan..belajar dari kesilapan kan..
4) makanan yang puan buat tu dari nenas kan...nenas pon boleh guna jugak dan buah buahan lain pon boleh guna jugak...tapi lambat gak nk jadi unggas tu...cuba try kaedah makanan walit saya dengan gunakan roti gerdenia dan susu tgk...blh tgk dr blog saya...insyallah akan hasilkan unggas jugak...puan boleh letakkan di kawasan roving room dan nesting room..tak berbau langsg...
5)saya nmpk dlm blog ini puan guna humidifier jenis chicken coop kan...kalau puan gunakan yg tu tuan boleh try kaedah aroma ini...puan pegi ke kedai farmasi dan beli minyak ikan yang dalam kapsul tu..alah bentuk cam ubat yg kita dok telan tu...rasanya dalam RM 30-50 sebotol or dua botol kot..lupa dah..hehe.kemudian puan masukkan dalam 15 biji hingga 30 biji ke kapsul minyak ikan tersebut dalam bekas air dalam chicken coop tu...insyaallah dalam 2 hari akan keluarkan bau apabila humidifier tersebut berfungsi kelak..burung walit juga suka bau begitu...saya dh penah cuba...kalau burung yg ada dalam bh kita pon takkan lari apabila bau aroma itu...
apapun sekadar sy share pendapat k...yg lain tu rasanya dh ok kot...perkara yng UTAMA penting ialah bagaimana nak buat burung walit masuk dan tido dalam bh kita...tak kisah lah ianya nk tido di tingkat berapa pun...apabila perkara ini berjaya maka barulah kita kisah untuk baginya tido sampi ke tingkat bawah k...perkara utama ini banyak berkait rapat dengan suara luar dan dalam...kalau puan ada suara koleksi walit lain...cuba try ubah tgk k..apapun sekadar pendapat..try dl n bgtau hasilnya nnti k..ada mslh mseg or email je k. sekadar membantu...layan je...hehe...swiftlet-s 4 all..
swiftlets-zone 4 all
email me : shidey_zone@yahoo.com
phone : 012-5328332
No comments:
Post a Comment