Wednesday 29 December 2010

Kemarau 14 tahun Berakhir......

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia...Tahniah kepada pasukan bola sepak Malaysia kerana telah berjaya menamtkan badi 14 tahun dengan menjuarai Piala Suzuki AFF dengan agregat 4-2. Perlawanan semalam begitu mendebarkan kerana sejak tiupan wisel permulaan lagi Indonesia telah menggempur kubu pertahanan Malaysia dengan gasaknya. Alhamdulillah dh memang rezeki Malaysia pada tahun 2010 ini maka perlawanan semalam berakhir dengan 2-1 tetapi disebabkan perlawanan pertama Malaysia telah menang dengan 3-0 maka ini menjadikan agregat keseluruhannya ialah 4-2. Apapun semua rakyat Malaysia berharap kemenangan ini dapatlah dijadikan batu loncatan kebangkita bola sepak di Malaysia. Kemarau emas sukan Sea yang lalu juga telah ditebus tahun lepas. Mungkin satu hari nanti angan2 kite untuk melihat pasukan bola sepak Malaysia bermain dalam Piala Dunia akan menjadi kenyataan. bersama-sama lah kite rakyat Malaysia doakan...Tahniah sekali lagi...1,2,3 bertukar..zassssss

Antara Yang Terawal......

Percaya atau tidak disinilah terletaknya BH antara yang paling top di kawasan Sungai Petani. Anda dapat saksikan pagi, tengah hari dan petang burung masih keluar masuk dari BH ini. Pada lewat petangnya iaitu pada jam 6.30 petang ribuan walit telah mula pulang ke BH ini.Rasanya BH ini sudah menjangkau usia 5 tahun ke atas.Tahniah kepada taukeynya. Malahan di sekeliling dan sepanjang jalan ini jika anda mendongak ke atas anda akan dapat saksikan hampir keseluruhan bangunan kedai di tingkat atas telah di renovate menjadi rumah burung dan dibawahnya kedai atau pejabat beroperasi seperti biasa setiap hari. Bunyi kicauan merdu memanggil burung walit ini akan kedengaran dengan jelas di sepanjang jalan ini. Dikatakan juga di kawasan inilah antara tempat terawal rumah kedai yang direnovate menjadi rumah burung walit di Sungai Petani..Tahniah kepada mereka yang telah berjaya. Anda bila lagi..tepuk dada tanya hati..

Jalan-Jalan Pndang-Pandang.....


BH ini terletak di sebelah jalan utama ke kompleks pentadbiran anak bukit dan dikelilingi oleh rumah kampung disekitarnya..saiznya diangggarkan 20x50x3 tingkat dan dianggarkan kosnya hampir 200k..ianya dilihat belum berfungsi sepenuhnya mungkin sistem dalamannya yang belum siap..bagi mengelak komplen yang akan berlarutan dari penduduk kg maka taukeynya menggunakan kaedah open roof sbg lubang masuk burung..rasanya awal tahun 2011 akan beroperasi sepenuhnya..marilah kita doakan bersama kejayaan rakan baru kita ini...

Segalanya Tentang BH..














Jika dilihat dan diamati sebuah BH ini adalah saiz gergasi yang selalu kita lihat berdiri gagah di tengah-tengah sawah dan kawasan hutan belantara. Kos membinanya dianggarkan bernilai ratusan ribuan ringgit. Tetapi golongan ini tetap berani melabur wang sedemikian demi pulangannya yang jika diberikan rezeki akan mampu menampung sehingga anak dan cucu mereka. Bayangkan dengan saiz 20x60x3 tingkat mampu dituai hasil sehingga puluhan kilo sebulan. Kini harganya masih lagi di anggarkan bernilai RM 4,000-5,000 rinngit sekilo jika kena pada kualitinya yang bersaiz A super. Ramai orang inginkan kualiti seperti ini tetapi kualiti seperti itu memerlukan tempoh 2 tahun ke atas kerana burung sudah meningkat dewasa dan mampu membuat sarang dengan begitu baik tidak lagi di sudut2 tetapi sarang berbentuk C cup. Banyak lagi kita boleh perkatakan tentang emas putih ini dan tgggu posting ssaya seterusnya.hehehehe..walit zone 4 all..

Tuesday 28 December 2010

Suara Luar

Beginilah yang terjadi apabila burung walit suka kepada suara panggilan luar. Ianya akan datang berkoloni dan akan keluar-masuk melalui monkey house yang dibuat untuk memastikan sesebuah BH itu sesuai sebagai tempatnya selamat untuk bersarang.

Industri Jutaan Ringgit : Sarang Burung Walit


Dahulunya industri ini sengaja disembunyikan oleh sesetengah pihak bagi mengaut keuntungan sendiri sahaja. Tetapi kini perkembangannya yang pesat serta pulangan hasilnya yang lumayan sukar untuk dibendung lagi sehinggakan banyak Rumah Burung Walit ini telah tumbuh sepeti cendawan selepas hujan. Statistik menunjukkan sehingga tahun 2009 peningkatan BH ini telah meningkat mencapai kira-kira 50,000 buah BH telah dibina di Semenanjung Malaysia termasuklah Sabah dan Sarawak.

Kenali Burung Walit