Saturday 20 August 2011

SKMM Pelopor Bird's Nest Tracking System...

to prevent fakes nest in the market...

Minggu lepas telefon saya berdering dan apabila di angkat ada seseorang memperkenalkan yang dia daripada SKMM (Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia)..terkejut gak yang saya tau kalau SKMM tentang netbook 1 Malaysia je...ehhee..nampak sangat jarang baca paper sekarang ni..bz je..hehehe..dan kami berbual lebih kurang 20 minit dan penerangan diberinya kepada saya...akhirnya barulah saya faham bahawa SKMM kini tengah dalam proses untuk menghasilkan Tracking Sistem untuk pengusaha burung walit ini...

Rasionalnya idea ini ialah disebabkan pertumbuhan yang pesat industri ini maka ramai daripada orang lain telah mengambil kesempatan dengan menghasilkan sarang burung palsu dan telah mengeskportnya hingga ke luar negara...sarang burung palsu ini jika dilihat daripada mata kasar iainya adalg tulen seperti sarang burung walit yang asli...tetapi apabila diletakkan dibawah mikroskop dan dibuat ujian makmal maka pembohongan ini akan diketahui...sarang palsu ini banyak dibuat menggunakan agar-agar dan sebagainya...akhirnya apabila Negara Luar seperti China mendapat tahu tentang kepalsuan sarang ini dan memberitahu Kerajaan Malaysia namun begitu di pihak Kerajaan Malaysia tindakan sukar dilakukan untuk mengesan punca daripada sarang tersebut dihasilkan...

Justeru, atas dasar itu kini SKMM telah membina suatu sistem pengesanan punca sarang burung walit ini yang mana kelak semua produk sarang burung di Malaysia yang akan dieksport ataupun dijual haruslah mempunyai dan berdaftar dengan sistem ini...bagi industri sarang burung walit ini sangat untung kerana ramai pihak yang mengambil berat dan cuba untuk membanteras pemalsuan yang berleluasa....

Atas dasar itu maka kini SKMM sedang dalam proses untuk memberikan taklimat program bagi menjayakan sistem Bird's Nest Tracking Sistem ini bagi mereka di kawasan Utara iaitu dari Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak Utara...untuk makluman juga taklima yg pertama telah ramai dihadiri oleh kaum bukan bumiputera...Jadi untuk kali ini ianya hanya terbuka kepada kaum BUMIPUTERA SAHAJA...

jadi kepada yang berminat untuk tahu tentang lebih lanjut akan tentang ini maka boleh lah memberikan butiran seperti di bawah melalui email saya :

a) Nama :
b) Alamat Tempat Tinggal :
c) No H/P :
d) Email :

Semua butiran ini akan saya isi dalam borang yang telah diberikan kepada saya ini melalui email..jika ada yang tidak percaya tentang ini boleh lah melihat email SKMM di bawah yang telah dihantar kepada saya..



Mencari Pengusaha Baru RBW Bumiputera

Monday, 15 August, 2011 2:34 AM
From:
Add sender to Contacts
To:
"shidey_zone@yahoo.com" <shidey_zone@yahoo.com>
Cc:
"ibnumasri@yahoo.com" <ibnumasri@yahoo.com>
Message contains attachments
2 Files (462KB) | Download All




Dengan segala hormatnya sila  semak lampiran di atas untuk rujukan pihak tuan.
Sehubungan itu saya memerlukan senarai Pengusaha RBW di kawasan utara  untuk menjayakan program yang di rancang seperti dalam lampiran di atas. Senarai kawasan RBW  yang di madsudkan adalah Perlis, Kedah,  Pulau Pinang dan Perak Utara.
Dengan ini saya mengucapkan ribuan terima kasih dan Assalammualaikum.  


swiftlets-zone 4 all
email me : shidey_zone@yahoo.com
phone : 012-5328332

7 comments:

  1. macam mana ya mereka nak buat tracking system ni? letak microchip? kajian dna? letak apa tu? setahu saya tracking system ni hanya kalau ada apa-apa cip yang diletak pada sarang..tu pun boleh ditipu, letak ajelah pada sarang tipu tu??

    kalau sarang dari rumah kita dan dr rumah orang lain bila dealer beli..macam mana dia nak kenal kalau depa nak tipu? boleh juga masukkan yang tipu kat situkan?

    entahlah..kot epa cuma nak jual barangan depa nih..suruh kita beli pas tu kemudian tak guna pun. tak leh pakai.. kalauorg nak tipu mcm2 boleh buat..ic kita ada cip pun boleh diklonkan..nikan pula saang burung? besok org tak mau beli pula takut termakan cip..hehe

    so hati-hatilah kalu nak buat apa pun..tu nasihat pak din

    ReplyDelete
  2. elok minta mereka proffkan dulu..boleh berjaya ker tak? perhilitan buat tracking system pada binatang yg nak lepas pakai radio kolar pada setiap satu ekor..ni nak kena pasang cip or wht not pada setiap sarang...ermmm berapa belanja tu unless SKMM nak bagi free ler.

    ReplyDelete
  3. salam shidey..taniah di atas kelahiran sorang lagi cahaya mata..
    -pasal sarang walet asli atau tiruan..tidak semua yang mengetahuainya..mungkin orang yang berpengalaman lebih memnegenalinya..perkara ini di indonesia telah lama berlaku..dik kerana pelmasuan yang berluluasa di sana telah menyebabkan permintaannya menjunam jatuh..bila jatuhhh..harrga pun drop.. cuma segelintir pengesport 'taico' yang masih menopolinya sarang aslinya hingga sekarang.. ia bermula dengan pelmasuan sarang merah dan sekarang sarang putih pula..esok lusa walet pun boleh dipalsukan..hahaa.. Jadi jika anda pengeluar "baru"..emm tentu orang susah nak mempercayai anda.. so hati2 lah dengan sang pembeli mahupun sang penjualnya.... Selamat Menyambut Hari Raya dari Saifswift Trading Group!

    ReplyDelete
  4. em tq pak din n saif.tp sekurangnya tak salahkan kalau kita mendengar dahulu apa yg akan diceritakan nanti.pada saya yg positif kita ambil yg negatif kite pakat tolaklah kan.tak salah mendengar dahulu.apa2 perkara bermula dgm mendengar baru mengikut.macm yg sy selalu kata anda buat-anda dapat.hehehe.

    ReplyDelete
  5. dengar kalau free oklah..tp kalau kena bayar ermmm..baik guna utk beli srg tiruan tu.hehehe

    ReplyDelete
  6. oh dengar kata malaysia pun dah mula ada problem sama mcm indon..dulu masa perhilitan buat kawalan..ttg import/exsport dr indon n sebagainya...ramai yg bising..negeri cina dulu kalau ada pengesahan dr perhilitan baru ok..kalau tak de depa tolak.. ni la ni tak taulah.. negara cina nak tanya siapa pulak..veterinar ada buat kawalan ker?

    ReplyDelete
  7. salam.. camner raya.... happy tak shidey... haaahhaa walet pun semakin bertambahkan.. baguss.. emm betul juga..jika ada aktiviti/kursus yang boleh menambah ilmu baguslah.. yang penting kaalu ia free lagi baguih1... all da best!

    ReplyDelete