macam ketat jugak undang-undang ni...ish...ish..
ALOR SETAR - Bagi menyelesaikan pelbagai masalah yang timbul dari perusahaan burung walit di Kedah, maka kerajaan negeri melaksanakan Program Pemutihan Premis Burung Walit Negeri Kedah Darul Aman.
Exco Kerajaan Tempatan, Bekalan Air, Sumber Air dan Tenaga, YB Dato’ Ir. Phahrolrazi Zawawi berkata, selepas program pemutihan dilaksanakan maka pihaknya dapat mengawal aktiviti perusahaan burung walit dan juga dapat memantau operasi industri ini daripada semua aspek termasuk perancangan, pemeliharaan alam sekitar, nilai estetika dan kepentingan awam.
Beliau berkata demikian semasa bercakap di sidang media mengenai melaksanakan Program Pemutihan Premis Burung Walit Negeri Kedah Darul Aman di Wisma Darul Aman.
“Program pemutihan yang dijalankan adalah untuk memastikan pengusaha mematuhi garis panduan dan bagi menjamin kualiti sarang burung walit yang dihasilkan.
“Melalui program ini pengusaha perlu mendaftar dan memohon lesen sementara dengan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dengan bayaran RM180 berbanding kadar biasa yang lebih tinggi,” katanya.
Menurutnya, selepas mendapat lesen sementara ini, mereka perlu memohon lesen tetap untuk premis tersebut yang melibatkan dua kaedah.
Premis yang mematuhi garis panduan akan diberikan terus lesen tetap manakala yang gagal patuhi garis panduan pula akan diberikan tempoh lima tahun untuk berpindah.
“Garis panduan yang dibenarkan adalah rumah burung dibina di kawasan zon industri atau pertanian, manakala bagi zon kediaman dan premis perniagaan tidak dibenarkan.
“Kita tidak akan bertindak kejam dengan merobohkan bangunan itu tetapi akan meminta mereka memohon lesen sementara untuk tempoh lima tahun,” katanya.
Tambahnya lagi, kerajaan negeri tidak akan lagi berkompromi dengan pengusaha burung walit sekiranya mereka tidak mematuhi Kod Amalan Baik Penternakan Burung Walit Jabatan Veterinar, selepas program pemutihan berakhir 30 jun ini.
Pengusaha yang masih berdegil dan enggan mendaftar dengan PBT dan Jabatan Veterinar serta tidak memiliki lesen, maka mereka akan berdepan dengan tindakan tegas termasuk denda dan bangunan dirobohkan.
“Selain itu, disebabkan masih ramai pengusaha belum mendaftarkan premis mereka selepas pelancaran program pemutihan bermula 1 Julai hingga 31 Disember 2011 lalu, maka kita akan lajutkan lagi tempoh sehingga 30 Jun ini.
“Selepas Jun ini kita tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan berdasarkan Undang-Undang Kecil PBT kerana sudah banyak kali kita bertolak ansur dalam garis panduan ini,” jelasnya.
Katanya lagi, dianggarkan jumlah keseluruhan premis pengusahaan burung walit di Kedah adalah sebanyak 1910 tetapi yang mendaftar hanyalah sebanyak 872 buah.
anda mampu mengikut garis panduan ini...entah lah..tepuk dada tanya duit ada ke...plan ada ke..status tanah clear ke..banyak nk kena ikut tu...kalau dulu buat undang-undang awal sebelum industri ni wujud kan bagus,,,entah lah...layan je..
swiftlets-zone 4 all
phone : 012-5328332