Tuesday 17 January 2012

Berapa Ekor Burung Walit Tidur Dalam Bh Anda???

Cara-Cara Mengenalinya...

ada ramai sahabat yang bertanyakan soalan sebegini...cara jawapan saya juga sama kepada mereka...jadi hari ini disebabkan ramai yang masih bertanyakan soalan begini jadi saya post kan jugalah tajuk sebegini agar semua sabahat perwalitan yang lain dapat fahaminya...jom kita layan antara cara-caranya...

1) Pasang CCTV..cara yang mudah untuk nampak...tetapi ongkosnya agak mahal sekali..mau tak mau kira-kira RM 2-4 K jugalah kalau kita beli dan dipasang..tu belum masuk tv lagi..kalau ada duit ok je kan...kalau tak cukup modal pergi ke cara yang kedua..

2) Bilang tompokan najis walit dalam BH kita...kalau tompokan najis tersebut sedikit di lantai dan mempunyai sedikit tompokan nasjis putih bermakna ianya adalah burung muda yang baru menginap dalam bh kita..kalau najis tersebut masih lagi seakan basah maka masih ada lagi burung tersebut menginap dalam bh..tetapi kalau dah 2-3 minggu dah kering bermakna burung tersebut telah pindah tempat tidur ataupun lari ke bh orang lain..atau tak sempat balik bh dah mati kene baham dengan binatang pemangsa lain...kalau nak masuk bh untuk lihat cara ini maka masuklah bh pada waktu tengah hari kira-kira pukul 12.00 tgh hari hingga 2.00 petang ke..cara ini mudah tetapi silap kita masuk time walit banyak dalam bh maka burung ini akan terbang lari ke luar bh dalam keadaan takut...ermm risiko gk tu...layan cara 3 pulak..

3) Cara pemerhatian dari luar BH..cara ini yang paling disyorkan sekali...cara ini begitu mudah tetapi memerlukan masa sedikit...caranya ialah anda perlu lihat dan lakukan bilangan setiap burung walit yang memasuki bh anda pada waktu selepas azan magrib atau sebelum azan magrib iaitu bergantung dengan keadaan cuaca kegelapan..selalunya kalau cuaca gelap awal maka burung walit akan pulang ke bh awal..masa yang sesuai untuk lakukan pemerhatian ini ialah pada pukul 7.15 petang hingga ke 8.00 malam..hampir 95% burung walit yang memasuki bh anda ketika waktu ini adalah burung walit kepunyaan anda..bermakna ianya akan bermalam dalam bh anda dan akan bersarang dalam bh anda kelak (jika tiada sebarang gangguan)..jadi bilanglah burung walit yang memasuki bh anda ketika ini...pemerhatian ini dibuat dengan anda melihat di Lubang Masuk Burung dan lakukanlah count tersebut...contohnya anda bilang ada 60 ekor jadi bermakna burung anda may be ada dalam bilangan 60-70 ekor atau akan jadi 50-60 ekor...pengiraan cara ini dibuat dengan mengandaikan juga telah ada burung walit yang pulang awal ke bh anda dan tidak keluar sehingga magrib atau burung yang masuk bh ketika ini adalah burung yang hanya mengikut burung walit yang lain pulang ke bhnya dan kemudiannya akan keluar dari bh anda untuk terbang kembali ke bhnya..cara ni kosnya tiada tetapi masanya anda perlu korbankan sedikit...


semua cara tersebut boleh dipakai oleh kita semua..tetapi bergantung juga dengan kemampuan diri anda juga..kalau kail panjang sejengkal janganlah lautan dalam ingin diduga..hehe..layan je..sharing is caring..

swiftlets-zone 4 all
email me : shidey_zone@yahoo.com
phone : 012-5328332

No comments:

Post a Comment