Friday 27 January 2012

Kenapa Perlu Tutup BH Selama 2 atau 3 Bulan Selepas Mula Beroperasi

bagi bh yang baru sahaja...

soalan ini ada yang bertanya kan kepada saya...jawapan saya adalah berdasarkan pengalaman yang cetek ini sahaja..hehe..sebenarnya burung walit adalah binatang yang cukup sensitif sekali..ye lah kalau anda baca blog saya ini dari awal anda akan dapat tau apa yang boleh dibuat dan apa yang tak boleh dibuat dalam bh...(sila rujuk post yang lama k...heheeh

bagi bh baru berilah masa kepada burung walit anda untuk mengenali bh anda...sebelum anda ingin membiarkan bh anda di kunci selama 2 atau 3 bulan periksalah dahulu buat kali terakhir perkara yang dah selesai tersebut seperti amplifier berfungsi ke tak...tweeter berfungi ke tak dan sebagainya..suara luar pilihan anda yang mampu memikat walit terbaik juga di psanag termasuk juga dengan suara dalam...kalau dh ok biarkanlah k..janganlah sesekali masuk bh nnti selepas cukup pantang..hehehe

untuk makluman masa sebulan adalah masa untuk walit mula mengenali bh anda..pada masa ini banyak walit akan datang mengunjungi bh anda...keluar masuk bh melalui LMB dan sebagainya...jika ianya berkenan maka ada juga yang akan pulang pada waktu petang untuk menginap dalam bh anda...pada bulan pertama selalu walit agak bimbang dengan rumah barunya...dan ketika ini ianya kurang menginap dalam bh anda kerana masih lagi bauan simen, bau asap rokok dari tukang dan sbgnya..jadi ia akan mengambil masa sedikit untuk ianya mengenali bh anda...

bulan kedua ialah bulan burung walit mula menginap dalam bh anda..ketika ini ianya akan berasa selamat kerana anda tidak menggangunya dengan memasuki bh. ianya akan bermain-main terbang dalam bh anda disetiap sudut dari depan hingga ke kawasan belakang bh..apabila ianya merasakan selamat .jadi ia akan mula menginap dalam bh anda dan mencari kawasan sudut tertentu untuk merasakan selamat untuk tidur..ketika ini akan mula ada tanda dalam bh iaitu dengan melihat tahinya di lantai tetapi AWAS jangan anda memasuki bh lagi...sabarlah demi hasilnya yang akan mendatang...

Bulan ketiga adalah masa untuknya mula bersarang jika ianya telah jumpa pasangan yang sesuai dengannya..ketika ini mungkin telah ada sarang yang telah siap atau telah ada tanda-tanda marking sarang dari air liurnya...rezeki semua itu..jadi biarkanlah..kalau boleh janganlah sesekali kacau tempat aiur liurnya tersebut seperti pegang dan sbgnya kerana tangan kita mempunya bau yang tak disukainya seperti baru lps isap rokok, bau minyak wangi dan bauan lain...

bagi anda yang ingin memasuki bh masuklah selepas bulan ke tiga kerana pusingan walit membuat sarang ialah dalam kiraan 3-4 bulan berikutnya...sebab itu ramai sahabat yang memasuki bh selepas bulan ketiga akan melihat tanda-tanda seperti yang disebutkan tadi...tapi kalau masuk lps bulan ketiga takdak tanda semua itu seperti tahi burung menginap maka buatlah sesuatu...pelajari dan tanyalah orang yang ada pengalaman dalm bidang ini...kalau tak jenuh tunggulah nnti..kegembiraan anda yang penting ialah selepas anda melihat tahi burung walit dalam bh anda..hehe..layan je..

swiftlets-zone 4 all
email me : shidey_zone@yahoo.com
phone : 012-5328332

No comments:

Post a Comment