Sunday 1 January 2012

Suara Dari Swiftlets-Zone : 'Mengiurkan'

 Jom layan email sahabat dari Sarawak..


Assalamualaikum bro,
Setakat ini perkembangan masih perlahan. Burung dan tahi dah banyak. Umur, 4 bulan. Sarang sudah ada tapi masih di peringkat permulaan. Baru minggu lepas dapat balik kampung setelah 2 bulan tidak dijenguk oleh saya. Sebenarnya abang saya yang bantu uruskan kerana jarak dari tempat kerja ke kampung jauh. Tanda bersarang ada tapi macam perlahan je. (Sabar2). Bro, saya ada lampirkan pelan ringkas tentang BH saya. Harap bro beri pandangan. Designnya saya reka berdasarkan pengamatan beberapa buah burung yang berada di Sarawak. Pada pandangan saya, burung walit ni memerlukan ruang santai yang luas untuk meneroka (inspirasi diambil daripada habitat asal burung dalam gua) dan seterusnya bersarang di mana-mana BH. Humudifire, kolam air plastik, hormon, penyukat suhu, sarang palsu, aliran udara (termasuk kipas sedut udara luar) telah digunakan. Bunyi burung yang dibeli daripada bro saya gunakan. Kehadiran burung amat 'mengiurkan'. Terfikir juga, kenapakah aku sungguh lambat untuk masuk ke dalam industri ini? BH abang dan rakan yang terdahulu sudahpun berjaya dengan jayanya. Takut juga ada kerana hanya 20-40% sahaja yang berjaya kerana banyak juga pelaburan yang telah dikeluarkan. Aisehmennnn....panjang la pulak. Terima kasih banyak atas pandangan bro selama ini yang banyak membantu.





hehehe..mula baca email ni saya tertarik dengan ayat yang dimaksudkannya..apapun suara yang dibelinya tersebut terbukti telah menjadi dan berfungsi dengan terbaik...saya harap sahabat kita dari Sarawak ini mendapat hasil yang dicari selama ini...apapun keep in touch...layan je..


swiftlets-zone 4 all
email me : shidey_zone@yahoo.com
phone : 012-5328332

No comments:

Post a Comment