Friday 27 January 2012

LMB Arah Matahari Naik AtauTurun Boleh Ke...

Apa Pendapat Anda???

Dahulu ramai yang beranggapan bahawa lubang masuk burung haruslah dibuat janganlah mengadap matahari naik ataupun turun..tetapi kini bagi saya semuanya tidak penting lagi..yang paling penting ialah burung walit mahu datang dan memasuki bh kita..cuma setiap arah lubang masuk walit ada kelebihan tertentu..

Arah Matahari Naik - LMB arah ini mampu memberikan cahaya yang awal untuk walit tahu keadaan awal pagi dilaur sana dan walit akan cepat ke luar bh untuk mencari makan...

Arah Matahari Jatuh - LMB arah ini aga menyukarkan sedikit walit kerana pantulan cahaya dari matahari akan tepat ke LMB anda terutamanya pada hari petang ataupun tengah hari ataupun ketika matahari mula jatuh..jadi walit akan merasakan pantulan ini seperti sukar untuknya melihat..tetapi penglihatan walit dengan mausia tak sama...anda boleh juga guna cara ini sebab bh saya dan ramai lg guna arah ini..apa yang penting ialah keadaan di mana LMB tersebut walit suka masuk dan mudah masuk...itu yang penting...hehe..sebab itu lebih baik buat kajian arah walit pulang dahulu sblm membuat LMB..tak semestinya walit akan masuk terus bh kita ikut aturan arahnya pulang...ada juga walit yang balik arah melawan LMB tetapi ianya akan berpusing kemudian memasuki bh...jadi anda yang membuat pilihan..asalkan semua yang disediakan digemari walit maka LMB arah mana pon tak kisah...yang penting keadaan dalam walit dan suara memancing walit yang terbaik mampu memikat nya untuk bersarang dlm bh kita...

betul ke ni...layan je..hehe

swiftlets-zone 4 all
email me : shidey_zone@yahoo.com
phone : 012-5328332

Suara Luar Memancing Walit Vs Design Walit Yang Hebat

Mana yang paling penting...dan mana yang dahulu

anda pilih yang mana antara dua di atas...tak boleh pilih dua-dua..hehe..satu sahaja..(layan je)

Suara luar memancing walit maknanya suara tersebut dapat memancing puluhan malahan ratusan walit datang ke bh anda..

Design walit yang hebat pula bermakna walit mudah memasuki bh dan terus tidur menginap dalam bh...

Pendapat saya ialah saya mahukan suara luar yang mampu memancing walit datang banyak ke dalam bh anda..tahukah anda bahawa jika suara luar walit di pasang dan banyak walit datang ke bh keluar masuk malahan hinggap di nesting plank bermakna anda telah mempunya kejayaan yang pertama dalam bidang ini..maka suara tersebut anda simpanlah sebagai koleksi terbaik anda...atau anda pasanglah di bh anda saban hari kerana walit akan mudah masuk dlam bh..

Tetapi jika design anda buat menarik dan hebat dan anda rasa dapat membuatkan walit mudah memasuki bh dan bersarang dan anda pasangkan suara walit yang biasa dan tiada walit datang ke bh anda bermakna anda tidak memperolehi kejayaan langsung..

mengapa???

Kerana bagaimana anda hendak tentukan design yang hebat kerana tiada langsung walit datang mengunjungi bh anda seharian..ini banyak berlaku kepada sahabat perwalitan kita di luar sana..ramai yang mengalami masalah ini..semuanya MERASAKAN cara yang dibuat ini mudah walit menginap sedangkan iainya tidak mengethui bahawa citarasa walit dan manusia tidak sama...tidak semstinya kita suka dan walit juga suka..sebaliknya ada juga design yang tak elok dan suara luar walit kasar tetapi apabila dipasang mampu memikat ratusan walit dan dengan mudah juga walit bersarang...jadi pilihan mana yang anda pilih..

Kejayaan yang pertama ialah apabila suara walit dipasang banyak walit datang memasuki bh
Kejayaan kedua selepas 2-3 bulan anda memasuki bh maka anda lihat banyak tahi burung di lantai bh
Kejayaan yang ke tiga anda lihat di nesting plank telah ada tanda walit akan bersarang
Kejayaan keempat walit telah bersarang dalam bh anda
Kejayaan kelima walit telah bertelur dalam sarang tersebut dan menetas
Kejayaan keenam anak walit telah mula terbang keluar dari sarang dan bh anda
Kejayaan ketujuh anda kutip sarang tersebut
Kejayaan kelapan anda jual sarang tersebut di kedai dan dapat hasilnya
Kejayaan kesembilan modal pelaburan mula nampak hasilnya
Kejayaan Kesepuluh ialah anda bersyukur kerana anda telah tergolong dari 30% orang yang telah berjaya  dalam industri ini...

layan je...

swiftlets-zone 4 all
email me : shidey_zone@yahoo.com
phone : 012-5328332

Kenapa Perlu Tutup BH Selama 2 atau 3 Bulan Selepas Mula Beroperasi

bagi bh yang baru sahaja...

soalan ini ada yang bertanya kan kepada saya...jawapan saya adalah berdasarkan pengalaman yang cetek ini sahaja..hehe..sebenarnya burung walit adalah binatang yang cukup sensitif sekali..ye lah kalau anda baca blog saya ini dari awal anda akan dapat tau apa yang boleh dibuat dan apa yang tak boleh dibuat dalam bh...(sila rujuk post yang lama k...heheeh

bagi bh baru berilah masa kepada burung walit anda untuk mengenali bh anda...sebelum anda ingin membiarkan bh anda di kunci selama 2 atau 3 bulan periksalah dahulu buat kali terakhir perkara yang dah selesai tersebut seperti amplifier berfungsi ke tak...tweeter berfungi ke tak dan sebagainya..suara luar pilihan anda yang mampu memikat walit terbaik juga di psanag termasuk juga dengan suara dalam...kalau dh ok biarkanlah k..janganlah sesekali masuk bh nnti selepas cukup pantang..hehehe

untuk makluman masa sebulan adalah masa untuk walit mula mengenali bh anda..pada masa ini banyak walit akan datang mengunjungi bh anda...keluar masuk bh melalui LMB dan sebagainya...jika ianya berkenan maka ada juga yang akan pulang pada waktu petang untuk menginap dalam bh anda...pada bulan pertama selalu walit agak bimbang dengan rumah barunya...dan ketika ini ianya kurang menginap dalam bh anda kerana masih lagi bauan simen, bau asap rokok dari tukang dan sbgnya..jadi ia akan mengambil masa sedikit untuk ianya mengenali bh anda...

bulan kedua ialah bulan burung walit mula menginap dalam bh anda..ketika ini ianya akan berasa selamat kerana anda tidak menggangunya dengan memasuki bh. ianya akan bermain-main terbang dalam bh anda disetiap sudut dari depan hingga ke kawasan belakang bh..apabila ianya merasakan selamat .jadi ia akan mula menginap dalam bh anda dan mencari kawasan sudut tertentu untuk merasakan selamat untuk tidur..ketika ini akan mula ada tanda dalam bh iaitu dengan melihat tahinya di lantai tetapi AWAS jangan anda memasuki bh lagi...sabarlah demi hasilnya yang akan mendatang...

Bulan ketiga adalah masa untuknya mula bersarang jika ianya telah jumpa pasangan yang sesuai dengannya..ketika ini mungkin telah ada sarang yang telah siap atau telah ada tanda-tanda marking sarang dari air liurnya...rezeki semua itu..jadi biarkanlah..kalau boleh janganlah sesekali kacau tempat aiur liurnya tersebut seperti pegang dan sbgnya kerana tangan kita mempunya bau yang tak disukainya seperti baru lps isap rokok, bau minyak wangi dan bauan lain...

bagi anda yang ingin memasuki bh masuklah selepas bulan ke tiga kerana pusingan walit membuat sarang ialah dalam kiraan 3-4 bulan berikutnya...sebab itu ramai sahabat yang memasuki bh selepas bulan ketiga akan melihat tanda-tanda seperti yang disebutkan tadi...tapi kalau masuk lps bulan ketiga takdak tanda semua itu seperti tahi burung menginap maka buatlah sesuatu...pelajari dan tanyalah orang yang ada pengalaman dalm bidang ini...kalau tak jenuh tunggulah nnti..kegembiraan anda yang penting ialah selepas anda melihat tahi burung walit dalam bh anda..hehe..layan je..

swiftlets-zone 4 all
email me : shidey_zone@yahoo.com
phone : 012-5328332

Tuesday 17 January 2012

Berapa Ekor Burung Walit Tidur Dalam Bh Anda???

Cara-Cara Mengenalinya...

ada ramai sahabat yang bertanyakan soalan sebegini...cara jawapan saya juga sama kepada mereka...jadi hari ini disebabkan ramai yang masih bertanyakan soalan begini jadi saya post kan jugalah tajuk sebegini agar semua sabahat perwalitan yang lain dapat fahaminya...jom kita layan antara cara-caranya...

1) Pasang CCTV..cara yang mudah untuk nampak...tetapi ongkosnya agak mahal sekali..mau tak mau kira-kira RM 2-4 K jugalah kalau kita beli dan dipasang..tu belum masuk tv lagi..kalau ada duit ok je kan...kalau tak cukup modal pergi ke cara yang kedua..

2) Bilang tompokan najis walit dalam BH kita...kalau tompokan najis tersebut sedikit di lantai dan mempunyai sedikit tompokan nasjis putih bermakna ianya adalah burung muda yang baru menginap dalam bh kita..kalau najis tersebut masih lagi seakan basah maka masih ada lagi burung tersebut menginap dalam bh..tetapi kalau dah 2-3 minggu dah kering bermakna burung tersebut telah pindah tempat tidur ataupun lari ke bh orang lain..atau tak sempat balik bh dah mati kene baham dengan binatang pemangsa lain...kalau nak masuk bh untuk lihat cara ini maka masuklah bh pada waktu tengah hari kira-kira pukul 12.00 tgh hari hingga 2.00 petang ke..cara ini mudah tetapi silap kita masuk time walit banyak dalam bh maka burung ini akan terbang lari ke luar bh dalam keadaan takut...ermm risiko gk tu...layan cara 3 pulak..

3) Cara pemerhatian dari luar BH..cara ini yang paling disyorkan sekali...cara ini begitu mudah tetapi memerlukan masa sedikit...caranya ialah anda perlu lihat dan lakukan bilangan setiap burung walit yang memasuki bh anda pada waktu selepas azan magrib atau sebelum azan magrib iaitu bergantung dengan keadaan cuaca kegelapan..selalunya kalau cuaca gelap awal maka burung walit akan pulang ke bh awal..masa yang sesuai untuk lakukan pemerhatian ini ialah pada pukul 7.15 petang hingga ke 8.00 malam..hampir 95% burung walit yang memasuki bh anda ketika waktu ini adalah burung walit kepunyaan anda..bermakna ianya akan bermalam dalam bh anda dan akan bersarang dalam bh anda kelak (jika tiada sebarang gangguan)..jadi bilanglah burung walit yang memasuki bh anda ketika ini...pemerhatian ini dibuat dengan anda melihat di Lubang Masuk Burung dan lakukanlah count tersebut...contohnya anda bilang ada 60 ekor jadi bermakna burung anda may be ada dalam bilangan 60-70 ekor atau akan jadi 50-60 ekor...pengiraan cara ini dibuat dengan mengandaikan juga telah ada burung walit yang pulang awal ke bh anda dan tidak keluar sehingga magrib atau burung yang masuk bh ketika ini adalah burung yang hanya mengikut burung walit yang lain pulang ke bhnya dan kemudiannya akan keluar dari bh anda untuk terbang kembali ke bhnya..cara ni kosnya tiada tetapi masanya anda perlu korbankan sedikit...


semua cara tersebut boleh dipakai oleh kita semua..tetapi bergantung juga dengan kemampuan diri anda juga..kalau kail panjang sejengkal janganlah lautan dalam ingin diduga..hehe..layan je..sharing is caring..

swiftlets-zone 4 all
email me : shidey_zone@yahoo.com
phone : 012-5328332

Harga Sarang Burung Walit Jatuh Harga????

Kenapa semua ini terjadi??

saya dihujani dengan banyak betul pertanyaan tentang perkara ini..jawapannya YA..memang harga sarang burung walit kini jatuh sehingga 50%...malah jika sebelum ini kita mampu menjualnya sehingga RM 4,500 utk satu Kilo tetapi kini hanya mampu mencapai kira-kira RM 2,500 sahaja untuk satu kilo...kalau nasib baik dan ada banyak kilo dan gred sarang burung ok maka ada juga yang sanggup membelinya sehingga ke RM 3k...mengapa ini terjadi ek...semuanya hanya kerana ada segelintir pihak yang telah mengambil kesempatan dengan meniru sarang burung walit ini dengan bahan lain....malah ada juga yang sanggup membuatnya seperti yang asli dengan menggunakan bahan-bahan lain seperti agar-agar dan plastik..di samping itu juga, ada juga yang sanggup mencampurkannya dengan kimia yang boleh memberikan banyak penyakit kelak kepada orang yang memakannya...siapakah orangnya yang menjadi penyebab penurunan harga ini...antara orangnya ialah supplier yang bertindak menipu semua ini semasa tujuan eksport ke negara china

sebab itu lah kini Kerajaan China mengharamkan pengekportan sarang burung walit dari Malaysia...tetapi kini ianya menjadi rundingan lagi antara Kerajaan Malaysia dan China..tetapi jika anda ingin menjualnya sendiri di ke Negara China harganya di anggarkan masih lagi mencapai RM 8-10K utk satu kilo...tetapi buatlah dengan cara betul iaitu bayar cukai kepada kastam dan sebagainya..apa nak dibandingkan dengan cukai yang tak seberapa jika dibandingkan pulangannya kelak kepada kita kan...

jangan ada sesetengah pihak yang sanggup nk seludup keluar eksport secara haram ke luar sarang burung walit ini ke China, Hong Kong dan sebagainya...kelak apabila kene tangkap dengan Kastam baru menyesal...bayangkan anda membawa 10 kilo sarang untuk dijual..kalau kene tangkap semuanya di rampas tak cukup dengan itu siap kemungkinan kene jel lagi...tak sanggup bro...hahaha..jadi buatlah pilihan bijak..

sebab itu nanti apabila ada yang ingin eksportnya ke luar negara maka banyak tapisan akan di lakukan seperti kene berdaftar dengan Majlis Daerah terlibat, kene berdaftar di bawah Jabatan Veterinar malah untuk tujuna eksport pula kene menggunakan sistem tracking SKMM yang pernah saya ceritakan dahulu..banyak betul cabangnya kan...tapi baik juga agar mampu mengawal dan membunuh golongan yang cuba menipu dan mengambil jalan mudah dengan membuat peniruan sarang burung walit ini yang mana kelak golongan yang ada sarang walit asli ini juga yang rugi...jadi buatlah pilihan yang bijak..semuanya demi kesenangan kita kelak akhirnya...betul ke ni...layan je..

swiftlets-zone 4 all
email me : shidey_zone@yahoo.com
phone : 012-5328332 

Monday 2 January 2012

Besarnya Roving Room Bh ini..

Lokasi Jalan Malau Jitra


melihat 2 keping gambar ini anda dapat saksikan bahawa roving roomnya sangat besar sekali yang mana menjanjikan ruang yang selesa untuk sang walit bermain dalam kawasan itu sebelum ke nesting room..laluan ke nesting room pula dibuat satu lubang lain untuk menghalang kawasan tersebut dari cerah...kita serba tahu bahawa gelap adalah tempat sang walit bersarng...jadi dengan cara itu dapat memberikan kegelapan yang disukai oleh sang walit ini..

Bh ini ukurannya 20x35 tetapi roving roomnya mencecah hingga 15 kaki...apa yang penting di sini ialah...jika burung walit tersebut terbang masuk hingga ke kawasan tersebut maka ia akan memberikan keselesaan kepadanya..taukey owner tersebut ialah chinese..di sekitar ini juga telah ada 4 rumah walit yang lama...harap bh ini juga mampu memberikan saingan pada yang lain...nanti saya akan updet bh ini...

swiftlets-zone 4 all
email me : shidey_zone@yahoo.com
phone : 012-5328332

Sunday 1 January 2012

Suara Dari Swiftlets-Zone : 'Mengiurkan'

 Jom layan email sahabat dari Sarawak..


Assalamualaikum bro,
Setakat ini perkembangan masih perlahan. Burung dan tahi dah banyak. Umur, 4 bulan. Sarang sudah ada tapi masih di peringkat permulaan. Baru minggu lepas dapat balik kampung setelah 2 bulan tidak dijenguk oleh saya. Sebenarnya abang saya yang bantu uruskan kerana jarak dari tempat kerja ke kampung jauh. Tanda bersarang ada tapi macam perlahan je. (Sabar2). Bro, saya ada lampirkan pelan ringkas tentang BH saya. Harap bro beri pandangan. Designnya saya reka berdasarkan pengamatan beberapa buah burung yang berada di Sarawak. Pada pandangan saya, burung walit ni memerlukan ruang santai yang luas untuk meneroka (inspirasi diambil daripada habitat asal burung dalam gua) dan seterusnya bersarang di mana-mana BH. Humudifire, kolam air plastik, hormon, penyukat suhu, sarang palsu, aliran udara (termasuk kipas sedut udara luar) telah digunakan. Bunyi burung yang dibeli daripada bro saya gunakan. Kehadiran burung amat 'mengiurkan'. Terfikir juga, kenapakah aku sungguh lambat untuk masuk ke dalam industri ini? BH abang dan rakan yang terdahulu sudahpun berjaya dengan jayanya. Takut juga ada kerana hanya 20-40% sahaja yang berjaya kerana banyak juga pelaburan yang telah dikeluarkan. Aisehmennnn....panjang la pulak. Terima kasih banyak atas pandangan bro selama ini yang banyak membantu.





hehehe..mula baca email ni saya tertarik dengan ayat yang dimaksudkannya..apapun suara yang dibelinya tersebut terbukti telah menjadi dan berfungsi dengan terbaik...saya harap sahabat kita dari Sarawak ini mendapat hasil yang dicari selama ini...apapun keep in touch...layan je..


swiftlets-zone 4 all
email me : shidey_zone@yahoo.com
phone : 012-5328332

Majlis Pelancaran Pemutihan Perusahaan Sarang Burung Walit Peringkat Negeri Kedah

Sape-sape tahu cerita tentang gambar ni...sila komen


Pagi tadi terbuka blog sahabat perwalitan yang lain...dalam tu ada letakkan gambar ini...huraiannya dalam bahasa cina...jadi waaa talkkk faham looo..jadi kepada sahabat lain yang di luar sana tahu tentang cerita ini please komen di sini...moga kita semua dapat maklumat yang betul punya tentang gambar ini...adakah pemutihan rumah burung walit, adakah pendaftaran rumah burung walit, adakah nak robohkan rumah burung walit, adakah...adakah...adakah...mesti banyak bermain di minda anda kan..ni baru peringkat negeri kedah...rasanya sampi satu negara juga akan di buat kemudiannya...jadi kepada sahabat di asana yang tahu ceritanya tolong bagitau dan komen di sini...moga kita dapat share ngn sahabat yang lain juga..

p/s : saya juga kan mencari maklumat yang betul tentang apa yang di tulis dalam bloh tersebut kelak..sama-sama kita mencari jawpannya..

swiftlets-zone 4 all
email me : shidey_zone@yahoo.com
phone : 012-5328332 

Selamat Tinggal Tahun 2011..2012 Bakal Mengorak Langkah Dan Cabaran Yang Baru

Selamat Tahun Baru 2012 Kepada Semua Sahabat Perwalitan

lama jugak tak update blog ni...bulan disember ni paling ckit update blog...sekadar 4 post je yang sempat share dengan kengkawan perwalitan...manyak sikit dan mengecewakan...bukan apa kerana bulan 12 merupakan bulan yang agak bz dengan segala laporan berkaitan keje sy ni kene siapkan..ye lah nk tutup akaun orang kata...jadi tekpaksa berhempas pulas malah balik sampi lewat malam..jadi tak sempat nk update blog ni..jadi kepada sahabat perwalitan di sana yang telah menghantar meseg dan email bertanayakan kepada saya tentang masalah yang berlaku, insyaallah saya akan menjawabnya dengan sehabis baik..kalau lewat cikit tu mintak maap lah k..keje lain perlu diutamakan...semoga tahun 2011 yang telah berlalu itu membawa makna yang paling berharga kepada kita...bagi yang ada masalah perwalitan tersebut maka selesaikanlah di tahun 2012 pula k..hehe..

ayat standard dalam gambar itu menarangkan segalanya...hehehe...jadi di harap tahun 2012 mampu membawa banyak lagi sarang walit kepada kita..hehe

selamat datang tahun 2012...tahun ni jugak rasanya agak bz sikit...ramai juga yang mahukan syaa membuat bh mereka...tetapi terpaksa saya menolaknya...bukan apa sy memang tak sempat sebab keje sy ni byk gk out station...jadi sya sekadar memberikan nasihat yang mana diperlukan sahaja..di harap semua jawapan email, meseg dan yang saya berikan tersebut membawa kebaikan dan kemajuan kepada sahabat semua..akhir kata...selamat tahun baru 2012 kepada semua sahabat perwalitan...moga tahun 2012 menghasilkan banyak lagi sarang walit kepada kita...walit mesti mari...hehe..layan je..

swiftlets-zone 4 all
email me : shidey_zone@yahoo.com
phone : 012-5328332