Monday 19 September 2011

Kelebihan Dan Kekurangan Kolam Besar Dalam BH

apakah cara ini sesuai di tiru...

 kolam merupakan elemen yang penting dalam mengawal suhu dalam bh...tetapi tahukah anda jika kolam tersebut terlalu besar sebegini ada juga kelebihan dan kekurangannya...

kelebihannya :

 1) bh akan menjadi sejuk sangat
2) burung walit yang memasukinya akan suka suhu tersebut pada awalnya..
3) boleh memelihara ikan sebagi hasil sampingan..hehe

kekurangannya :

1) suhu susah di kawal dalam bh...jika suhu sejuk bawah 25 maka bh akan terlalu lembap dan papan nesting plank akan cepat reput..
2) akan menjadi perangkap maut untuk anak burung yang akan belajar terbang dalam bh...dah menjadi habitat burung kan apabila belajar terbang mesti akan jatuh dahulu...jadi kalau jatuh dalam kolam ni dan tak pandai nk terbang naik pula maka akan menjadi kuburnya dan bangkai di situ..
3) jika sejuk sangat bh maka burung walit sukar untuk megeram telur anaknya...maka proses mengeraman telur akan lama..kesian pada sang walit ini..
4)apabila musim hujan suhu dalam bh tersebut akan bertambah sejuk dan ini menyusahkan burung walit untuk bersarang...
5) penggunaan air yang sangat banyak..
6) dan lain-lain lagi

semua di atas ini hanya lah pendapat saya sahaja..jka dah ada orang yang dan buat cara ini dan berhasil maka teruskanlah k..bukan apa saya penah masuk sebuah bh yang menggunakan kaedah sebegini dan melihat banyak anak burung mati dalam bhnya..dan papan nesting plank cepat reput....jadi syor saya kalau nk buat cara ini juga maka minimizekan lah keluasan kolam tersebut..kalau boleh buat lah kecik..sekadar memadai saiz 5x5 kaki dengan dua atau 3 kolam...just cadangan sahaj ini...anda buat anda dapat...layan je..

swiftlets-zone 4 all
email me : shidey_zone @yahoo.com
phone : 012-53283332

No comments:

Post a Comment