Monday 26 September 2011

Lubang Masuk Burung Konsep Corong atau Bubu

sesuaikah digunakan ekkk...

kini banyak tranformasi juga telah dilakukan dalam bidang perwalitan ini...bagus-bagus...kajian jenis baru ini penting agar semua pemain dalam industri ini dapat mencari jawapan yang terbaik untuk menambahkan populasi sarang mereka dan burung walit...

gambar di atas menunjukkan bh yang membuat lubang masuk jenis seakan corong...pendapat saya kaedah ini dibuat disebabkan untuk mengelakkan cahaya yang banyak memasuki bh...cahaya hanya masuk melalui corong lubang masuk tersebut sahaja dan ianya akan terpancar di satu arah sahaja...jadi bh anda akan menjadi gelap seperti gua...

untuk kedah ini burung walit hanya dapat memasuki bh anda dengan terbang ke arah lubang ini sahaj dan terus memasukinya..burung walit tiada dapat menunjukkan banyak gaya seperti masuk dengan gaya terjun dari atas terus ke lubang antara lantai...

tahukah anda...ada juga bh di sini yang menggunakan kaedah ini dan telah pon berjaya...suma seeloknya kaedah sebegini lebih sesuai dibuat di bahagian tengah bh yang mana memberikan burung walit ini dapat terbang memasuki terus sehingga ke nesting area...kalau di buat di monkey house boleh juga tetapi pastikan monkey house anda tersebut besar dan sesuai untuk burung walit ini terjun dan terbang sehingga ke nesting plank...sekadar perkongsian sahaja...kalau anda berjaya kaedah ini baguslah...kalau tak jadi jangan marah pula...just pendapat saya sahaja...layan je...

swiftlets zone 4 all
email me : shidey_zone@yahoo.com
phone : 012-5328332

Lubang Masuk Telah DiPerbesarkan

bagus-bagus...

Alhamdulillah...minggu lepas saya melalui jalan ini..gambar lama saya telah post kan dalam blog ini pada edisi yang lalu...gambar yang lalu menunjukkan lubang masuk burung walit ini yang sangat kecil dan mneyusahkan burung walit untuk memasuki bh..kini semuanya berubah...may be kesedaran owner bh ini atatupun kesedaran konsultan tersebuat menyebabkan lubang masuk burung walit ini diperbesarkan...kini burung walit ini dapat memasuki bh ini dengan mudah sekali...tidak seperti dahulu yang terpaksa masuk dengan cara terbang mengiring yang melawan habitatnya...kini burung walit mampu tersenyum untuk memasuki bh ini...bagus-bagus...layan je...

swiftlets-zone 4 all
email me : shidey_zone@yahoo.com
phone : 012-5328332


Taman Perindustrian Simpang Empat, Kedah

hampir keseluruhan bangunan di sini telah bertukar menjadi bh

 minggu lepas sempat saya ronda-ronda di sekitar simpang empat ini...apabila melalui satu kawasan maka saya terdengar banyak bunyi suara panggilan burung walit..lalu saya masuk mencari jalan ke arah bunyi tersebut..terkejut saya melihat perkembangan yang pesat bh di sini...dahulunya semua rumah kedai di sini telah diwartakan sebagai kawasan perindustrian ringan sahaja...tetapi nampaknya hampir keseluruhannya telah bertukar menjadi bh...jom kita layan gambar di bawah ini yang saya sempat snap kan kepada anda...

 lihatlah semuanya telah bertukar menjadi bh..jika anda melalui kawasan ini dongaklan untuk melihatnya k..

industri yang cepat sekali membangun...jika perniagaan gagal maka industri inilah yang menjadi alternatif kedua...ye lah bangunan semua dh ada kan..jadi buat je lah..undang-undang ???em entah lah...layan je..

swiftlets-zone 4 all
email me : shidey_zone@yahoo.com
phone : 012-5328332

Monday 19 September 2011

Kelebihan Dan Kekurangan Kolam Besar Dalam BH

apakah cara ini sesuai di tiru...

 kolam merupakan elemen yang penting dalam mengawal suhu dalam bh...tetapi tahukah anda jika kolam tersebut terlalu besar sebegini ada juga kelebihan dan kekurangannya...

kelebihannya :

 1) bh akan menjadi sejuk sangat
2) burung walit yang memasukinya akan suka suhu tersebut pada awalnya..
3) boleh memelihara ikan sebagi hasil sampingan..hehe

kekurangannya :

1) suhu susah di kawal dalam bh...jika suhu sejuk bawah 25 maka bh akan terlalu lembap dan papan nesting plank akan cepat reput..
2) akan menjadi perangkap maut untuk anak burung yang akan belajar terbang dalam bh...dah menjadi habitat burung kan apabila belajar terbang mesti akan jatuh dahulu...jadi kalau jatuh dalam kolam ni dan tak pandai nk terbang naik pula maka akan menjadi kuburnya dan bangkai di situ..
3) jika sejuk sangat bh maka burung walit sukar untuk megeram telur anaknya...maka proses mengeraman telur akan lama..kesian pada sang walit ini..
4)apabila musim hujan suhu dalam bh tersebut akan bertambah sejuk dan ini menyusahkan burung walit untuk bersarang...
5) penggunaan air yang sangat banyak..
6) dan lain-lain lagi

semua di atas ini hanya lah pendapat saya sahaja..jka dah ada orang yang dan buat cara ini dan berhasil maka teruskanlah k..bukan apa saya penah masuk sebuah bh yang menggunakan kaedah sebegini dan melihat banyak anak burung mati dalam bhnya..dan papan nesting plank cepat reput....jadi syor saya kalau nk buat cara ini juga maka minimizekan lah keluasan kolam tersebut..kalau boleh buat lah kecik..sekadar memadai saiz 5x5 kaki dengan dua atau 3 kolam...just cadangan sahaj ini...anda buat anda dapat...layan je..

swiftlets-zone 4 all
email me : shidey_zone @yahoo.com
phone : 012-53283332

Wednesday 14 September 2011

Musim Hujan Dan Aktiviti Dalam Dan Luar BH

sila ambil perhatian para sahabat dalam industri ini...


 musim hujan sering dikatkan dengan aktiviti yang rancak akan berlaku di sekitar bh dan dalam bh...perkara yang penting sekali ialah JANGAN DI MASUK BH KETIKA WAKTU INI....untuk makluman para sahabat aktiviti di dalam bh ketika ini boleh dikatakan rancak sekali...jika anda terlihat banyak burung walit di luar dan keluar masuk bh ketiak ini jangan anda memasukinya...dan aklau anda terlihat di bh tiada burung walit keluar masuk lubang masuk burung itu juga JANGANLAH anda memasukinya...AMARAN KERAS NI...hehehe..tu pun kalau nak berjaya lah...

tahukah anda apabila waktu hujan maka banyak burung walit akan selalu bermain sekitar bh...dan jika dalam bh ada telah mempunyai sarang maka ketika ini aktiviti sangatlah rancak sekali dalam bh...bagi bh burung walit yangh telah bertelur maka ketika ini merupakan aktivtinya untuk berada dalam bh untuk tujuan mengeram telur tersebut...ianya akan mengeram lama telur tersebut kerana pada waktu hujan suhu akan sejuk jadi bagi mendapatkan suhu yang sesuai untuk mengeram telur tersebut bagi burung walit akan meyebabkannya berada dalam bh sahaj sambil mengeram telur tersebut...jasi jika anda memsukinya ketika ini maka burung walit tersebut akan terbang keluar yang mana boleh mengganggu masa mengeram yang sesuai untuk ibu burung walit tersebut...

bagi burung walit yang telah menetaskan telur pula maka ianya perlu mendapatkan makanan yang sebanyak mungkin untuk anaknya ketika waktu hujan ini...musim huja juga diketahui adalah masa mewah untuk mencari serangga bagi burung walit...dan ibu burung walit ini akan mencari makan dan mensuap anaknya sehingga 6-7 kali keluar masuk bh bagi menyaupakan anaknya dengan makanan...jadi jika kita memasuki bh akan mengaggu prosesnya ketika ini...dan ibu walit ini hanya akan bermain di luar sahaj kerana takut untuk memasuki bh...

bagi burung walit muda pula ketika waktu hujan juga akan menyebabkan kecenderongannya untuk tertarik dengan koloni walit yang banyak keluar masuk bh kita...ianya juga akan mudah keluar masuk bh kita malah ianya juga akan berani untuk memasuki bh hingga ke kawasan nesting room...dan jika ianya sesuai maka ianya akan menetap dalam bh kita,,,

bagi burung walit yang dewasa pula masa ini merupakan masa yang sesuai untuknya mengawan dan membuat sarang..jadi jangalah anda mengaggunya k..aktiviti yang rancak kalau di ganggu maka akan potonglah kan...nanti ia akan cari tempat lain yang clear dan tenang je iaitu di bh orang lain...anda juga rugi...hehehehe...layan je...

swiftlets-zone 4 all
email me : shidey_zone@yahoo.com
email me : 012-5328332

Monday 12 September 2011

Rumah Burung Walit Saiz Kecil. Kos RM 10 K sahaja

adakah ianya juga mampu berjaya....

lihatlah siaz rumah burung walit ini...dengar kata kini rumah burung saiz begini banyak di buat untuk golongan miskin tegar dengan kos RM 10K sahaja (itu harga konsultan lah kalau buat sendiri murah lagi daripada itu)..bh sebegini boleh juga dibuat jika tetap ingin memiliki bh juga...tetapi anda keselamatan bh ini atau strukturnya yang kuat perlulah di buat dengan kukuh...bukan apa saya pernah menyaksikan sendiri bh saiz sebegini yang dibuat untuk peserta miskin tegar tetapi runtuh apabila di pukul angin kencang...jadi sangat kesin pada peserta tersebut yanag mana tak boleh hasil apa-pun sedangkan bhnya telah runtuh...dipihak konsultan pula mereka tidak bertanggungjawab kerana telah selesai membinaya...dan tiada gerenti untuk malapetaka seperti itu..jadi terbanglah RM 10 K tersebut...rugikan...

inilah contoh bh tersebut apabila ianya disiapkan kelak...yang mana manusia mampu berteduh di bawahnya...tetapi manusi juga mampu untuk meruntuhkannya dengan menggoyangkannya atau sekali terajang je dah tumbang...hehehe..jadi lebih baih tiang bh tersebut perlu dibuat dengan ready made tiang simen yang banyak di jual di kedai pembekal alat binaan kini...di samping strukturnya yang kukuh ianya juga mampu digunakan lama seperti rumah kediaman kita juga....

adakah bh sebegini mampu berjaya juga????

jawapannya Yaaa... tetapi bergantung juga denga keadaan dan lokasi bh tersebut...sebaiknya jika ingin membuat bh seperti ini maka ianya perlu di buat di kawasan yang lapang yang mana burung walit mudah untur terbang memasukinya...dan kawasan di depan bh yang besar tersebut mampu bertindak sebagai roving roomnya sebelum memasuki bh tersebut...saya juag pernah melihat bh yang kecil sahaj iaitu 10x20 tetapi di buat menggunakan simen konkrit dan hasilnya Alhamdulillah iaitu 10 bulan 16 biji (baguslah bagi saiz bh yang kecil kan...saiz bh kecil jangan kita bermimpi untuk mempunyai sekilo sathun or 2 tahun pulak...sedangkan orang yang mempunyai bh 20 70 3 tingkat tetapi 4 tahun masih lagi kosong...jadi anda telah melangkah ke alam berjaya juga tu...jadi buatlah pilihan yang tepat k..layan je...

swiftlets-zone 4 all
email me : shidey_zone@yahoo.com
phone : 012-5328332

Sunday 11 September 2011

Pengawal Pusat Ternakan Walit Mati Ditetak

bahaya jugak sekarang ini

sila zoomkan kalau tak jelas...(sekadar berita hiasan sahaja)

industri ini semakin mencabar sekarang ini...bagi pengusaha bh ppula untuk menjaga bh kita yang telah didiami ribuan burung walit dan mampu mengeluarkan hasil sehingga puluhan kilo sebulan maka sudah tentu kita akan mengambil pak guard untuk menjaga bh kita...ye lah apalah nak berkira sangat jika bh anda produktif dan mampu keluarkan hasil kira-kira 5-10 kilo sebulan..dah berapa sebulan tu jika berbanding dengan upah pak guard yang tak sampi pon RM 1K sebulan..

.tetapi kini geng perompak ini sanggup buat apa sekali pon asalkan hasil yang mereka dapat itu berbaloi malah lagi tinngi nilainya dari rompak benda lain...ini mungkin juga akan terjadi suatu hari nanti...jadi selain ambik pak guard pastikan juga langkah yang lain untuk mencegah juga diambil seperti memasang alarm sistem, memasang pintu kebal yang memerlukan banyak kunci untuk membukanya dan sebagainya...tetapi jika semua langkah telah diambil tetapi tetap juga bh anda diceroboh maka biarkanlah sahaja...

ye lah hasil yang di ambil tersebut akan tetap anda peroleh semula selepas 3 bulan musim membuat sarang kembali tiba..asalkan burung walit anda tidak lari, bh anda tidak dirosakkan dan sebagainya...yang penting keselamatan diri anda yang harus dijaga..yelah buat bh untuk diri kita dan famili kan...janganlah sampai benda yang mampu dpat balik tetapi sanggup gadaikan nyawa pulak...tetapi bagi anggota keselamatan ianya baguslah sebab amanah bagi mereka menjaga keselamatan kan setelah dibayar gaji...jadi buatlah pilihan yang tepat...layan je...

swiftlets-zone 4 all
email me : shidey_zone@yahoo.com
phone : 012-5328332 

Thursday 8 September 2011

Penggunaan Lampu Warna Merah Di Antara Lubang Masuk Burung Dalam BH

idea baru yang boleh di cuba...lokasi bh ini di Alor Star..

ini adalah contoh lampu yang mengeluarkan cahaya merah apabila di pasang..lampu yang mengeluarkan cahaya sebegini diketahui tidak meyakitkan mata kita sebaliknya dapat mewujudkan suasana suram dan malap dalam bh..tetapi bagi penggunaannya apakah kelebihannya????

 gambar di atas saya ambil ketika bulan puasa yang lalau yang mana ketika itu hendak berbuka puasa di sebuah hotel di Alor Setar...lokasinya yang agak terperosok dalam bandar menjadikan bh ini kurang kelihatan di waktu siangnya..yang hanya kedengaran adlah bunyi suara panggilan daripada tweeter luarnya...namun semuanya berubah apabila tiba waktu magrib iaitu waktu berbuka...ketika itu saya dapat lihat banyak burung mula terbang pulang ke bh masing-masing...

apa yang menariknya dalam banyak bh yang dibuat di sini ada sebuahnya yang agak unik iaitu du lubang masuk burungnya atatupun di kawasan atasnya sebelum ke nesting plank ianya di pasang dengan lampu berwarna merah...anda lihatlah sendiri cahaya kemerahan yang keluar dari lubang masuk bh ini...ternyata idea baru yang dibuat oleh pemiliknya ini menyebabkan kita tertanya-tanya apakah kelebihan yang ada pada bh tersebut...apa yang saya lihat walalupun lampu warna merah tersebut di pasang ketika itu tetapi masih banyak juga burung walit yang tetap memasuki bh itu tanpa takut akan cahaya tersebut...pada pendapat saya pula, pertamanya lampu tersebut di pasang begitu pertamanya untuk menghalau predator malam seperti burung hantu dan sebagainya...keduanya pula ialah untuk mewujudkan suasana yang samar-samar di ruang masuk burung...tetapi adakah burung walit menyukai lampu merah tersebut ek...em nanti saya akan try dulu kelak dan saya akan bagitahu perkembangannya kepada pembaca blog di sini...layan je...

swiftlets-zone 4 all
email me : shidey_zone@yahoo.com
phone : 012-5328332

Wednesday 7 September 2011

Tragedi Mini Bazooka Di Lubang Antara Lantai (LAL) Dalam Bh Ku

kesiannya pada sang walit ini....

pada hari raya ke 3 yang lalu saya pulang ke rumah ibu mertua saya untuk beraya...di samping itu juga sempat juga saya melawat bh yang kira-kira3 minggu tidak menjengahnya...apabila saya sampi di depan bh...sy hairan kenapa suara di lubang antara lantai (LAL) yang saya tempat kan tweeter mini bazooka di situ tidak kedengaran..alamak dh rosak pulak ke ammplifier ini atau pon tweeter bazookas nya rosak...

akhirnya untuk mencari jawapannya juga maka sy tepaksa lah memasuki bh untuk membuat pemeriksaan....ingatkan kira-kira 2 bulan baru nak masuk bh semula..tetapi nampaknya terpaksa lah di awalkan kerana untuk membuat pemeriksaan yang penting...apabila memasuki bh sy melihat amplifier yang disambungkan bazookas tersebut masih lagi berfungsi...pendrivenya juga masih elok lagi...

akhinrnya saya membuat pemeriksaan pula di bazooka tersebut...kelihatannya juga masih elok...kemudian saya menjengah pula untuk melihat di dalam mulut bazookas tersebut...MasyaAllah apa yang saya nampak ialah seekor burung walit telah mati di dalam lubang bazookas tersebut...kenapa ianya terjadi ek??? sedangkan saya telah membuat protection dengan menempatkan dawai di lubang masuk bazookas tersebut untuk mengelakkan burung walit memasukinya...

em nampaknya suara di lubang antara lantai ini telah berjaya menarik burung walit turun ke bawahnya...bagi kes burung ini pula may be ianya tetap ingin memasuki lubang punca suara tersebut keluar walalupun sempit yang mana akhirnya apanila memasukinya ia tidak dapat keluar kembali dan akhirnya terbunuh di situ...kes ini adalah kematian yang ke empat terjadi dalam bh saya...2 di tweeter ini dan yang lainnya dalam kolam...

nampaknya dah tersurat kan bahawa riwayatnya akan tamat di situ..hehee...kini bazooka tersebut berfungsi dengan baik setelah dikeluarkan burung walit yang mati tersebut....jadi kelak saya merancang untuk menutup mulut lubang bazookas ini dengan kain pula agar burung walit tidak dapat memasukinya...di bawah ini saya letakkan gambar untuk sharing kita bersama...layan je....

 kelihatan burunng walit ini menemui ajak dalam bazooka tersebut sedangkan protection untuk ia memasukinya telah dibuat...

 inilah bazooka yang di pasang di lubang antara lantai (LAL)

 kelihatan burung walit ini setelah di keluarkan daripada bazookas tersebut...

gambar dekat ni...

swiftlets-zone 4 all
email me : shidey_zone@yahoo.com
phone : 012-5328332

Tuesday 6 September 2011

Puteriku Yang Pertama dan Waris Yang Kedua

diberi nama Nur Zara Sofia

 tanggal 21.8.2011 yang lalu iaitu seminggu sebelum hari raya aidil fitri saya dan keluarga telah dikurniakan seoarang cahaya mata yang baru dan merupakan anak kedua dan puteri pertama kami...kini saya perkenalkan waris saya yang kedua...namanya Nur Zara Sofia Binti Mohd Roshidi...gambar ini diambil selepas upacara cukur rambut..wah tidur nyenyak sekali..hehe..

 gambar ini diambil semasa usianya 4 hari..kene bedung lagi ni...hehehe...

gambar ini diambil ketika dalam perjalanan pulang dari hospital selepas membuat check up untuk penyakit kuning...kesian betul anak ku ini..tetapi tetap tidur dengan nyenyak sekali...heheh layan je gambar ini k...just nk share je...kan sharing is caring...hehehe

Selamat Hari Raya Aidil Fitri

maaf zahir dan batin


Selamat Hari Raya Aidil Fitri saya ucapkan kepada semua pembaca dan sahabat blog saya yang beragama Islam...walalupun dah lewat untuk wish tapi rasa tak cukup dan kurang sesuatu dalam blog ini kalau tidak bermaafan kan..ye lah sejak cuti aray dulu hari ini baru saya masuk opis...di bulan puasa dan raya yang lepas ini saya agak sibuk sedikit...ye lah pertamanya untuk menyambut puteri yang baru kami sekeluarga...dan keduanya raya lah..hehehe..jadi di kesempatan yang ada ini saya ingin menyusun sepuluh jari untuk memohon kemaafan kepada semua pembaca dan sahabat blog saya ini jika ada kata-kata ataupun tulisan di sini yang telah mengguris hati dan perasaan pembaca blog saya ini...saya juga berharap semoga ikatan sahabat blog dan juga perwalitan kita ini akan terus berkekalan...di samping itu juga, diharap apa yang telah kita rancangkan selama ini menjadi....mungkin tuaian kita yang pertama kelak nanti akan beroleh kepuasan dan senyuman kelak...selamat hari raya aidil fitri...layan je...

swiftlets-zone 4 all
email me : shidey_zone@yahoo.com
phone : 012-5328332