Tuesday 17 January 2012

Harga Sarang Burung Walit Jatuh Harga????

Kenapa semua ini terjadi??

saya dihujani dengan banyak betul pertanyaan tentang perkara ini..jawapannya YA..memang harga sarang burung walit kini jatuh sehingga 50%...malah jika sebelum ini kita mampu menjualnya sehingga RM 4,500 utk satu Kilo tetapi kini hanya mampu mencapai kira-kira RM 2,500 sahaja untuk satu kilo...kalau nasib baik dan ada banyak kilo dan gred sarang burung ok maka ada juga yang sanggup membelinya sehingga ke RM 3k...mengapa ini terjadi ek...semuanya hanya kerana ada segelintir pihak yang telah mengambil kesempatan dengan meniru sarang burung walit ini dengan bahan lain....malah ada juga yang sanggup membuatnya seperti yang asli dengan menggunakan bahan-bahan lain seperti agar-agar dan plastik..di samping itu juga, ada juga yang sanggup mencampurkannya dengan kimia yang boleh memberikan banyak penyakit kelak kepada orang yang memakannya...siapakah orangnya yang menjadi penyebab penurunan harga ini...antara orangnya ialah supplier yang bertindak menipu semua ini semasa tujuan eksport ke negara china

sebab itu lah kini Kerajaan China mengharamkan pengekportan sarang burung walit dari Malaysia...tetapi kini ianya menjadi rundingan lagi antara Kerajaan Malaysia dan China..tetapi jika anda ingin menjualnya sendiri di ke Negara China harganya di anggarkan masih lagi mencapai RM 8-10K utk satu kilo...tetapi buatlah dengan cara betul iaitu bayar cukai kepada kastam dan sebagainya..apa nak dibandingkan dengan cukai yang tak seberapa jika dibandingkan pulangannya kelak kepada kita kan...

jangan ada sesetengah pihak yang sanggup nk seludup keluar eksport secara haram ke luar sarang burung walit ini ke China, Hong Kong dan sebagainya...kelak apabila kene tangkap dengan Kastam baru menyesal...bayangkan anda membawa 10 kilo sarang untuk dijual..kalau kene tangkap semuanya di rampas tak cukup dengan itu siap kemungkinan kene jel lagi...tak sanggup bro...hahaha..jadi buatlah pilihan bijak..

sebab itu nanti apabila ada yang ingin eksportnya ke luar negara maka banyak tapisan akan di lakukan seperti kene berdaftar dengan Majlis Daerah terlibat, kene berdaftar di bawah Jabatan Veterinar malah untuk tujuna eksport pula kene menggunakan sistem tracking SKMM yang pernah saya ceritakan dahulu..banyak betul cabangnya kan...tapi baik juga agar mampu mengawal dan membunuh golongan yang cuba menipu dan mengambil jalan mudah dengan membuat peniruan sarang burung walit ini yang mana kelak golongan yang ada sarang walit asli ini juga yang rugi...jadi buatlah pilihan yang bijak..semuanya demi kesenangan kita kelak akhirnya...betul ke ni...layan je..

swiftlets-zone 4 all
email me : shidey_zone@yahoo.com
phone : 012-5328332 

1 comment:

  1. salam kami telah membina rumah burung walit hampir 3 thn yg lalu tp belum mendapat hasil walau rm1 sekalipun..ini kerana kami tidak mempunyai byk maklumat tentang cara nak menuai hasil dan menjual sarang burung tersebut disamping kekangan masa kami sendiri...utk pengetahuan kami dah 3 kali mengambil sarang burung ttp hanya disimpan selama beberapa bulan (hampir 4 bulan) didalam bekas kedap udara..mtk saudara admin dpt memberi sedikit info utk membantu kami...

    ReplyDelete