Tuesday, 28 June 2011

Rezeki Dari Langit : Sarang Burung Walit

Kita hanya merancang burung walit yang menentukan 

 lihatlah gambar ini...walalupun kekemasan tidak diutamakan oleh owner bh ini iaitu dengan membiarkan wayar berjuntai tetapi burung walit ini tetap juga bersarang dalam bhnya..ini yang dikatakan rezeki..kita hanya merancang burung walit yang menentukan...

 ini yang dikatakan burung walit telah membina kolono mereka...pada mulanya kawasan bucu menjadi target utamanya untuk bersarang...dan apabila kawasan bucu tersebut telah penuh dengan sarang maka bahagian kayu yang panjang ini akan pula dibuat sarang oleh anak-anaknya kelak...

kawasan target telah dipenuhi iaitu kawasan sudut..apabila gambar di ambil dari bawah maka hasilnya sebeginilah..dah jadi bentuk bulat je...hehehe...layan je...rezeki telah ditetapkan oleh Yang Maha Esa...kita hanya perlu berusaha dan berdoa serta bertawakkal sahaja...InsyaAllah rezeki akan berpihak kepada kita juga akhirnya...sama-samalah kita berdoa k...

swiftlets-zone 4 all
email me : shidey_zone@yahoo.com
phone : 012-5328332

Sunday, 26 June 2011

Garis Panduan Penternakan Burung Walit

Dikeluarkan oleh Jabatan Veterinar Malaysia...

boleh baca je terus dalam blog ni...kalau tak nampak sila zoomkan ok...

bacalah dari awal dan akhirnya kelak anda akan faham apa yang boleh dan apa yang tidak boleh dalam industri ini..zooom kan je kalau tak nampak k...

zoomkan jugak yang ni kalau tak nampak...

antara syarat-syarat yang perlu dipatuhi..tetapi adakah mereka patuhi terutamanya golongan yang membuat rumah burung walit di rumah kedai dalam bandar...sudah tentu 200% tak patuhi piawaian ini...zoomkan jugak k....

layan je..zoom k..

so apa yang anda dapat dari hasil garis panduan ini....sama ada just buku sahaja atau pun memang kena ikut..kalau kena ikut maka pertamnya tutpkan lah dulu rumah burung di kawasan bandar k...baru yang lain boleh ikut...kalau tak hangat-hangat tahi ayam je..layan je..

swiftlets-zone 4 all
email me : shidey_zone@yahoo.com
phone : 012-5328332

Wednesday, 22 June 2011

Fake Nest : Wayar Putih Mampu Memberikan Hasil Yang Terbaik

gambar ini saya pernah postingkan dahulu...

Jika anda perhatikan dan amati gambar ini betul2 maka anda akan dapat satu kaedah baru tentang burung walit ini...sila zoomkan kalau tak terang...rahsia yang besar di sini ialah burung walit tersebut membuat sarang di dinding tanpa nesting plank...rahsianya di sini ialah wyer putih yang melintang tersebut telah digunakan sebagai fake nest...dan nampaknya hasil ini berjaya apabila semua burung walit ini membuat sarangnya di atas wayar tersebut...sama ada kebetulan ataupun telah dirancang oleh pengusaha burung walit ini tetapi hasilnya sangat bagus sekali...justeru, jika anda mempunyai wayar kaler putih yang tidak digunakan lagi maka dicadangkan supaya anda membuat dan meniru seperti gambar ini...tarik dan paku ataupun gamkan sahaja wayer tersebut di dinding-dinding dalam bh...anda boleh tengokkan hasilnya kelak dalam jangka masa 3 bulan..kalau tak jadi anda jugak tidak rugi pon kan...baik cuba sahaja...mana tau rezeki kelak berpihak kepada anda siapa yang tahukan...dengan modal yang ciput tetapi hasilnya baik punya..hehe..layan je...

swiftlets-zone@yahoo.com
email me : shidey_zone@yahoo.com
Phone : 012-5328332

Tuesday, 21 June 2011

Lubang Masuk Burung : Arah Mana yang Sesuai

soalan ini saya dapat daripada email semalam dari sahabat baru perwalitan dari Negeri Sembilan

gambar contoh lubang masuk burung arah dari dalam bh

email dari sahabat :

Shidey, saya dalam proses membuat rumah burung sekarang ini...saiznya 20x30 dan lokasinya di kawasan kampung..masalah saya sekarang ini di manakah arah yang paling sesuai untuk saya membina lubang masuk burung...rumah burung ini saya membuatnya dengan sendiri sahaja dengan sedikit pembacaan.harap tuan bagi pendapat sedikit...tq

jawapan saya:

pertamanya saya mengucapkan selamat join bidang perwalitan ini..tahniah juga kepada tuan kerana berjaya mendapatkan maklumat asas mengenai ilmu perwalitan ini..saya berharap semua orang yang bakal membuat rumah burung walit ini seperti tuan iaitu membuat kajian dahulu mengenai asas bidang perwalitan rumah burung ini..berkaitan masalah tuan tersebut saya cadangkan kepada tuan supaya kajian lokasi burung dibuat terlebih dahulu...dan jika kajian ini sudah dilakukan maka tuan akan dapat membuat pengamatan potensi lokasi tersebut..masalah berkaitan lubang masuk burung dapat diselesaikan melalui pengamatan tuan ketika waktu petang iaitu pada pukul 7.00-7.30 petang arah burung walit pulang...ketika ini tuan akan dapat melihat dengan jelas burung walit terbang pulang ke bhnya...jika burung walit tersebut pulang arah utara ke selatan maka lubang masuk tuan juga perlu ke arah tersebut...hal ini agar burung walit tersebut dapat memasuki bhnya dengan mudah tanpa membuat U-turn untuk memasuki bh kelak..di samping itu juga lubang masuk yang sama arahnya pulang akan memungkinkan burung walit tersebut singgah melawati bh anda sebelum pulang ke bh mereka...lama kelamaan InsyAllah anak-anak walit muda ini akan cepat tertarik ke bh anda...harap sy dapat menjawabnya..tq...sharing is caring..




swiftlets-zone 4 all
email me : shidey_zone@yahoo.com
phone : 012-5328332

Monday, 20 June 2011

Rumah Burung Walit Tradisional

lokasi Daerah Yan..May Be rumah ini sama seperti rumah sahabat dari Terengganu yang email bertanyakan kepada saya..

 asalnya rumah ini didiami oleh keluarga mereka...tetapi kini apabila semuanya telah berkerja sendiri maka rumah terebut ditinggalkan begitu sahaja..maka daripada rumah tersebut reput sahaja menyembah bumi maka suatu cadangan telah diterima oleh semua ahli keluarga iaitu menukarkan rumah tersebut menjadi rumah burung tanpa merubah struktur keadaan rumah tersebut...jika berjaya hasil kelak jugak akan diperolehi iaitu sarang burung walit ini..idea yang menarik sekali...di sini saya merasakan bahawa rumah tersebut juga adalah seperti rumah sahabat kita dari Kuala Terengganu yang juga mahu menukarkan rumah lama keluarganya menjadi rumah burung walit..may be cara seperti ini dapat ditiru...

 rumah burung tradisional ini telah dibuat ventilation hole iaitu agar dapat mengawal mikro dalam rumah burung ini..hal ini penting iaitu dengan pengudaraan yang terbaik dapat mengawal suhu juga dalam rumah burung ini..di samping itu juga tingkap-tingkap lama rumah ini juga telah diletakkan simen bord untuk menutup kawasan tersebut..seeloknya rumah burung ini dibaluti juga oleh polisterin di dinding di bahagian dalamnya agar dapat mengawal suhu dalam rumah burung walit...

 monkey house rumah burung ini seeloknya dibuat besar kerana memudahkan burung walit muda terjun sehingga ke nesting plank...jika monkeu house dan lubangnya terlalu kecil maka burung walit muda hanya akan keluar masuk bh sahaja dan takut untuk turun ke bawah...ada yang bertanyakan kepada saya kalau lubang masuk besar nanti burung hantu masuk pula...memang betul persoalan tu...tetapi jawapan saya senang sahaja iaitu jika burung tiada dalam bh anda maka burung hantu pun tak akan datang...burung hantu hanya akan tertarik apabila melihat koloni burung walit memasuki bh anda apabila tiba waktu pulangnya...jadi buat permulaan ini iaitu 3 bulan pertama maka perbesarkanlah lubang masuk burung anda..apabila burung telah tidur banyak maka barulah anda kecilkannya k...di samping itu hexagon tweeter perlu juga diletakkan di atas monkey house anda..jaraknya iaitu hanya maksimumnya 5 kaki sahaja...jangan terlalu tinggi kerana jika tidak burung hanya berpusing di situ sahaja dan tidak memasuki bh anda...seeloknya 4 tweeter bertindak sebagi hexagon tweeter ini agar dapat menjadi sokongan memanggil burung walit ke bh anda...bahagian dalamnya seeloknya dibuat roving room dan juga lubang untuk ke nesting room...hal ini perlu dibuat kerana anda perlu mengawal cahaya yang memasuki bh agar tidak ke nesting room...di samping itu juga roving room mampu bertindak sebagai tempat burung berpusing atau bermain dahulu sebelum ke nesting planks anda...betul ke ni..sekadar bertukar pandanagan...hehehe...layan je..


swiftlets-zone 4 all
email me : shidey_zone@yahoo.com
phone : 012-5328332

Monday, 13 June 2011

Sarang Burung Walit Dari Sahabat Perwalitan, Lokasi BH : Perlis

gambar ini dihantar oleh sahabat melalui email kepada saya...di sini saya share kan bersama anda juga...

 bh ini berusia 11 bulan dan kini telah mempunyai 28 buah biji sarang burung walit ini...beliau hanya memberikan beberapa gambar sahaja untuk menjadi tontonan kita bersama...tuan punya bh ini saya kenal juga dalam blog ini..kira-kira 3 bulan yang lalu..ketika itu bhnya hanya mempunyai kira-kira 12 biji sarang sahaja...
 alhamdulillah dengan perbincangan kami bertukar-tukar pandangan melalui email akhirnya rezeki memihak kepadanya..antara yang saya menyuruhnya lakukan pembaharuan ialah membuat wyering lain, menambah kira-kira 30-50 tweeter baru dalam bh, membuat sedikit sekatan dalam kawasan nesting room dan memakai suara walit yang baru..beliau menggunakan suara walit marvelous cloud, thunder, black cloud, super AAA dan greenwave serta baby king sebagai suara dalam....yang mana 3 minggu sekali ditukarkannya jika tiada kelihatan burung walit bermain keluar masuk dalam bhnya pada waktu pagi..dan hasilnya Alhamdulillah seperti yang terkandung dalam gambar ini...layan je k...

 kelihatan burung walit ini mula membina koloni dalam bhnya...

 nesting mark yang baru dibuat oleh burung walit ni...alhamdulillah

 sarang burung yang mempunyai anak di dalamnya..baru lagi ni..anak pun belum tumbuh bulu...

 cantik sarang inikan...

 bucu kiri dan kanan telah penuh..jadi seterusnya burung walit ini akan membina sarangnya di jalur nesting plank yang panjang inilah untuk membina koloninya...insyaAllah...

sarang sudut juga ini..tetap rezekikan..kelihatan burung walit ini suka bersarang berdekatan dengan tweeter..jadi banyakkanlah tweeter dalam bh anda untuk mendapat pulangan hasil yang cepat...InyaAllah...saya doakan untuk sahabat ini semoga sarang burung walitnya bertambah dan untuk sahabat lain di luar sana yang telah menceburi dunia perwalitan ini maka buatlah sesuatu jika bh anda kelihatan semakin tenat iaitu tidak didiami oleh burung walit 5 bulan selepas membuka rumah tersebut...kalau telah ada yang sudi tidur maka alhamdulillah tunggulah masanya yang sesuai maka burung walit ini tetap akan bersarang dalam bh anda..kurangkanlah gangguan ketika ini...layan je..

swiftlets-zone 4 all
email me : shidey_zone@yahoo.com
phone : 012-5328332

Cara-Cara Untuk Mencuci Sarang Burung Walit

diambil dari blog walitindonesia ini...

bagi sesiapa yang sudah mempunyai sarang burung walit dan telah telah harvest serta ingin mencucinya untuk tujuan makan ataupun komersial maka bolehlah meniru proses mencucinya dalam gambar ini..kalau tak clear sila zoomkan k...kalau tak clear lagi sila ke blog tersebut sahaja...tetapi blog tersebut menjual lah buku cara-cara ini..hehehe..ada duit anda bel lah satu k..tak rugi pon rasanya kalau pulangannya berbaloi...kalau tak mahu membeli juga anda bolelahlah mengecilkan mata anda untuk meniru apa yang telah dibuat dalam gambar ini untuk mendapat sarang burung walit super yang mana bersih untuk tujuan makanan sendiri...layan je...

swiftlets-zone 4 all
email me : shidey_zone@yahoo.com
phone : 012-5328332 

Jom Makan Sup Sarang Burung : Pengalaman Pertamaku

Dalam lawatan ke Hatyai yang lepas sempat saya dan kengkawan try sup sarang burung ini..Lokasi : Nora Plaza Hatyai..

 inilah plaza yang turut menyediakan sup sarang burung ini...

 macam-macam menu sup sarang burung di sini...

 ni pun sama...

 makan jangan tak makan..

 tengok je terus nak try...

 lihat sahajalah menunya ini...

 ada sup sarang burung yang dicampurkan buah longan, buah kelapa, dan macam-macam lagi...

 ha inilah sup sarang burung yang saya makan...sup sarang burung yang dicampurkan dengan buah kelapa..sejuk dan sedap je...harganya hanyalah 300 baht atau pun RM 30 duit Malaysia untuk semangkuk ini...kalau di Malaysia rasanya mesti mahal lagikan...

 ni lah kengkawan yang turut merasa sup sarang burung ini buat pertama kali...

 Pak Tuan dengan Sup Sarang Burung di campur dengan Buah Longan...

ha ni lah saya...hehehe...jom makan...hehehe..jadi jika anda berkunjung di sini baik anda mencuba sup sarang burung ini k..sedapnya selain sangat berkhasiat untuk tubuh badan kita...


swiftlets-zone 4 all
email me : shidey_zone@yahoo.com
Phone : 012-5328332

Salah Satu Serangga atau Unggas Makanan Burung Walit

minggu lepas ketika berada dekat bh kelihatan banyak unggas dekat bh saya...jadi saya ambil sedikit gambar untuk perkongsian kita bersama

 kelihatan unggas-unggas ini berterbangan berdekatan bh saya..unggas-unggas ini terbang dalam bentuk kumpulan dan terbang rendah sahaja iaitu 1-2 kaki sahaja...rasanya kalau terbang tinggi sudah tentu menjadi santapan burung walit ni..
 tengoklah gambar ini..kalau tak nampak zoomkan je..

 koloni unggas ini terbang berdekatan dan celah-celah pokok je..jadi sudah tentu burung walit sukar untuk menyambar memakannyakan...

 jadi selamat lah unggas ini dari jadi makanan burung walit pada hari itu...

pandai betul koloni unggas ini kan..selain unggas sebegini banyak lagi unggas lain yang menjadi santapan burung walit yang mana banyak terdapat di kawasan debunga..sawah-sawah padi, sungai-sungai dan kawasan hutan..jika anda terpandang koloni burung walit sedang mengerumuni pokok terutamanya pokok yang mengeluarkan debunga maka di situ tandanya banyak unggas-unggas telah berhimpun dan hal ini banyak terjadi ketika selepas hujan apabila unggas-unggas ini terpaksa terbang untuk mencari lokasi yang lain untuk berteduh ataupun pulang ke sarang mereka...jadi apalagi banyak yang terkorbanlah menjadi makanan burung walit ini...

swiftlets-zone 4 all
email me : shidey_zone@yahoo.com
phone : 012-5328332

Lawatan Ke Hatyai dan Songkla, Thailand

Bulan Jun merupakan bulan yang paling sibuk sekali...hehehe

 sory lah kepada semua pembaca blog saya..dh berapa hari tidak update blog ini..hehe..bukan apa pada kesempatan yang lepas saya telah megikuti rombongan jabatan pergi melancong ke Hatyai, Songkla Thailand..Rabu depan ke Bandung Indonesia pula..selama berada di Songkla dan Hatyai saya sering mendongak juga ke atas bangunan kot2 lah terpandang rumah burung walit di kawasan ini..tetapi tidak ada satu pun yang saya jumpa..emmm di sini tiada bh ke ek..or orang sini buat rumah burung di kawasan luar bandar sahaja kot..dah cari rumah burung tidak jumpa jadi gambar saya dan geng saya je lah saya post dekat sini...layan je k..shopping time..hehehe

 antara staf-staf yang join sekali ni..
 saya dan azhar bergambar di pantai samila..

 posing di tengah round boud ni..hehhee

 floating market atau pasar terapung di hatyai

 banyak sungguh orang menjual makanan di sini..

 lihat lah orang yang membeli juga ramai..tarikan utama juga di sini

 kebanyakkan yang menjualnya adalah orang melayu di sini dan makanan juga murah-murah saja

 makanan halal di sini..tapi resepi macam2..hehehe

 pasar terapung macam di bangkok jugaklah ni...

 lihatlah mereka menggoreng dan memasaknya semuanya di atas perahu sahaja

 pak tuan sempat berposing maut ni..hehee

 beli dik beli..20 bat sebungkus sahaja ini atau 2 ringgit sahaja

 di sini ada kira-kira 50 orang atau lebih yang berniaga di atas perahu sebegini

 hebatkan..tarikan terbaik di sini...

 meja panjang juga disediakan untuk anda menjamu selera bersama famili di sini..hehehe

 rasa jangan tak rasa..tetapi saya tak rasa pun..hehhee

 di sini pula kawasan bandarnya..malam di ini cukup meriah sekali...

 tut-tut cukup banyak di sini..jemput naik k..hehehe

 depan hotel yang kami menginap juga ramai orang menjual buah..

bergambar sebelum pulang dengan 2nd Big Boss...tq boss..pasni leh buat lawatan di tempat lain pulak..hehehe..bulan ini adalah yang paling sibuk sekali...banyak program yang saya kena handle..rabu ini kalau jadi saya akan ke Bandung, Indonesia pula...InsyaAllah jika ternampak rumah burung di sana nanti saya akan ambil gambar dan kita share dalam blog di sini..harap-harap sangat dapat melihat dengan mata sendiri keadaan rumah burung di sana..assyik dengar orang kata dan lihat gambar sahaja kan..apa-apa saya akan letakkan dalam blog ini sekembalinya saya pada hari Isnin depan nanti dari Bandung Indonesia..layan je k...hehehe

swiftlets-zone 4 all
email me : shidey_zone@yahoo.com
phone : 012-5328332