Monday 3 January 2011

Di Manakah Lokasi Sesuai Rumah Burung Dibina?


Soalan ini sering bermain di fikiran para pengusaha baru dalam industri ini..Lokasi yang tepat menentukan kejayaan dan kegagalan dalam industri ini. Banyak terjadi hari ini lokasi yang kurang tepat iaitu kurangnya kawasan walit bermain dan mencari makan serta bukan laluan walit pulang adalah penyebab utama kegagalan ini..Hari ini saya akan syer sedikit tentang keadaan lokasi yang sesuai bagi pembinaan rumah burung ini..Lokasi yang sesuai bagi pembinaan rumah burung ini adalah di....

1) Kawasan yang lapang tanpa gangguan daripada pokok-pokok yang tinggi yang boleh menghalang burung walit terbang bermain sebelum menyusupi rumah burung anda..kawasan ini juga perlu mempunyai makro habitat serangga pemakanan utama walit ini. Lokasi yang sesuai untuk ini adalah di kawasan sawah padi, ladang-ladang, kebun-kebun dan kawasan sungai serta pantai.

2) Elakkan pembinaan rumah burung ini dikawasan industri kerana asap yang dikeluarkan oleh kilang-kilang ini mampu menghalau walit dari mendekati rumah burung anda. Diketahui bahawa burung walit tidak suka dan sangat sensitif kepada bau-bauan dan asap yang akan mendorongnya lari dan takut untuk mendekati rumah burung anda walaupun rumah burung anda memainkan suara yang 'sedap' mendayu-dayu memanggilnya masuk.

3) Elakkan dari membina rumah burung dikawasan yang kurang dari 100 meter kawasan kediaman rumah orang. Ini kerana bagi mengelak menerima komplen mengenai bunyian yang kuat dari tweeter suara luar tersebut. Jika ini terjadi maka anda sendiri tidak akan berasa tenteram apabila sering ditegur oleh jiran-jiran sekeliling supaya menutp rumah burung tersebut. Selain itu, pihak PBT dan Veterinar juga akan selalu kacau anda jika mereka menerima aduan tentang bunyi bising dari suara luar anda yang mengganggu ketenteraman hidup mereka seharian.

Kesimpulannya, binalah rumah burung anda dikawasan yang tidak diganggu dan mengganggu jiran anda sekeliling..Penah terjadi pada seorang kawan saya yang telah membina rumah burung di kawasan berdekatan dengan kampung-kampung dan akhirnya ia telah diberikan 'ubat' yang telah terkena kepada tuannya..kisah ini diharap jadikanlah tauladannya..binalah rumah burung anda seperti taukey burung walit seperti gambar di atas yang memilih membina di kawasan di tengah-tengah sawah padi dan sememangnya jauh daripada perkampungan orang...tepuk dada tanya hati...swiftlet_zone 4 all..layannn....

2 comments:

  1. salam. minta pendapat, saya ingin mbina BH d tepi sungai, pintu masuk yang terbaik adakah mhadap sg atau sebelah tepi BH. tq

    ReplyDelete
  2. wslm..pintu masuk burung yang terbaik adalah yang mengadap laluan burung walit ini pulang...tetapi untuk permulaan bh ini lebih baik bina 2 lubang masuk burung..lubang yang 1 mengadap sungai...lubang masuk kedua mengadap bertentangan tetapi jangan dibuat selari...kalau menggunakan monkey house pastikan ianya besra...yang penting di sini ialah kawasan roving room yang digemari oleh sang walit..kalau LMB dibuat di tepi bh boleh juga tetapi pastikan kaedah partion dibuat agar menutup cahaya terang memasuki bh...cara ini lebih cepat memancing walit tinggal dalam bh cuma pastikan anda tidak menyekat laluan burung terbang dalam bh tersebut untuk ke nestiing room.tq

    ReplyDelete