Saturday 29 January 2011

Hexagon Tweeter Dan Fungsinya...

hexagon tweeter can attract more bird ????

selalunya tweeter jenis ini diletakkan di atas bumbung ataupun di atas monkey house BH....

telah bukti keberkesanannya...gambar ini menjadi saksi....

Telah menjadi trend kini apabila membina BH ramai yang telah menambah hexagon tweeter sekali di atas monkey house ataupun bumbung BH..ramai yang beranggapan jika diletakkan tweeter jenis ini burung akan lebih suka mengunjungi BH kita...erm...hal ini memeng terbukti apabila suatu hari saya telah melalui kawasan berdekatan Tandop Kedah...di situ telah ada kira-kira 5-6 buah BH tetapi 5 buah BH tersebut tidak mempunyai tweeter jenis ini sedangkan sebuah BH telah mengggunakan idea ini..terkejut saya apabila sebuah BH ini telah berjaya mengalahkan 5 buah BH yang lain dalam bab burung datang melawat ke BHnya...saya lihat ribuan sang walit ini mengelilingi tweeter hexagonnya...woww...satu pemandangan yang terbaik tetapi sayangnya saya tidak membawa kamera untuk diambil gambar dan berkongsi di sini...

Tetapi harus diingat bahawa jika anda memasang tweeter hexagon ini di atas monkey house anda adalah seeloknya tidak terlalu tinggi..lebih kurang 3-4  kaki sahaja dari lubang masuk (enterance hole)..ini kerana jika terlalu tinggi dipasang maka sang walit ini hanya akan mengelilingi hexagon tweeter itu sahaja dan tidak akan turun masuk ke dalam BH pula...jika ini terjadi membazir je lah anda memasang tweeter hexagon ini..dapat menarik ribuan sang walit tetapi seekor pon tak mahu menjengah ke dalam BH anda...

Tweeter jenis ini juga seeloknya dipasang kepada Bh yang berjauhan dengan rumah penduduk atau masyarakar..hal ini kerana teeter jenis ini akan mengeluarkan bunyi sang walit ini disekeliling BH anda..jadi jika ade penenmpatan di sekitar BH anda adalah lebih baik tidak dipasang tweeter jenis ini ataupun jika nak dipasang juga gunalah volume yang kecil sedikit...semua orang mengejar emas putih ini tetapi janganlah kita menjadi salah seorang yang hanya pentingkan diri sendiri dan berfikiran  seperti matlamat menghalalkan cara...semua orang hendak hidup dengan aman dan tenteram kan...janganlah kita meragut semua itu demi kepentingan diri...everyone can fly but always thinking about it....swiftlet_zone 4 all.....layan jer....

3 comments:

  1. salam, nice ilmu, saya baru blajar dan ingin bertanya, kalau pintu masuk ikut tepi, hexagon kena dok bahagian atas jgk ker? tq.

    ReplyDelete
  2. yup, hexagon ini sebaiknya atas lubang masuk burung (LMB) kalau jauh dari LMB ni maka burung akan berkeliaran di situ sahaja dan kurang memasuki bh kita..sebaiknya kalau pintu masuk ikut tepi dan sukar untuk dipasang hexagon maka boleh guna kaedah mini bazooka tweeter atau bazooka yang besar untuk tarik burung ke bh kita.tq

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete