Thursday 6 January 2011

....Nesting Plank....

Kenali Nesting Plank....








Diketahui bahawa pelbagai jenis cara memasang nesting plank untuk sang walit ini bersarang dalam sesebuah BH...ada yang jenis lajur panjang dan ada yang dibuat berpetak-petak tidak kurang juga yang membuat dengan jenis seakan-akan tangga terbalik..Sebenarnya setiap jenis ini mempunya kelebihan masing-masing contohnya nesting plank jenis berpetak ini sebenarnya akan mempunya banyak sudut-sudut yang disukai oleh sang walit..bagi burung muda yang 1st time membuat sarang akan memilih kawasan yang sudut hampi 90 darjah kerana sarang tersebut akan cepat disiapkan dan kurangnya gangguan. Gred sarang ini diketahui dalah gred C kerana ianya bersudut seakan-akan V...Tetapi bagi nesting plank yang jenis jalur memanjang sebenarnya mampu memberikan sarang ynag kualitinya lebih tinggi iaitu sarang jenis C cup penuh yang mana sangat diidamkan oleh taukey-taukey yang menceburi bidang ini..sarang jenis ini selalunya dibuat oleh sang walit dewasa yang mana tidak memilih tempat untuk membuat sarang..selalunya sarang jenis A diperoleh dari nesting planks yang jenis jalur memanjang...tetapi harus diingat bahawa burung muda kurang berminat bagi nesting planks jenis memanjang ini kerana ianya masih takut2 untuk membuat sarang....bagi jenis tangga terbalik pula memerlukan kemahiran tukang yang mampu membuatnya kerana beban yang ditanggung itu perlu diskru dan dibuat kemasan yang cantik agar ianya tidak lah digunakan setahun dua sahaja dan selepas itu runtuh atau jatuh...jika anda dapat membuat nesting planks jenis ini maka ianya akan dapat memberikan sarang yang banyak puluhan kilo walalaupun BH anda ukurannya kecil...Justeru anda lah yang membuat pilihan samada inginkan sarang yang berkualiti tetapi lambat ataupun cepat bersarang tetapi sarang tidak berkualiti namun banyak burung muda tidur dan bersarang kelak ataupun BH kecil tapi mampu menghasilkan puluhan kilo sebulan....anda yang membuat fikiran..anda tanya, anda jawab...tepuk dada tanya diri...swiftlet_zone 4 All...mesti mariiiiiii.....

2 comments:

  1. salam..sy nk tanya mengenai sarng burung palsu yg menngunakan polistren..adakah gabus juga boleh digunakan untuk buat sarang burung palsu?
    dan 1lgi adakah nenas busuk boleh digunakan untuk menarik minat burung walet untuk masuk dan menginap dlm BH?

    ReplyDelete
  2. wassalam bro..em gabus boelh juga digunakan asalkan ianya lembut..tetapi ianya perlu dipotong kecil dan diletakkan berdekatan dengan kawasan sudut..Insyallah ianya mampu memikat sang walit bersarng dalam bh..bab nenas tu saya penah dengar dan penah cuba...tapi kuraang menjadi...may be bilangan nenas sy letak tak byk kot setakat 3 biji...apapun tuan boleh cuba jgn risau burung takkan lari...tapi apabila letak tersebut perlu tunggu 3-5 minggu baru akan jadi uanggas...tq

    ReplyDelete