Monday 17 January 2011

...Pantang Larang????

Betul ke?????

                                      ...Perfume...

                                    ...Asap Rokok...

Ramai orang bertanya betul ke kalau kita pakai perfume dan hisap rokok dalam BH akan menyebabkan sang walit ini lari dan tidak menetap dalam BH kita...emmmm betul lah tu.. sebab sang walit ini tidak menyukai bau-bau yang tajam yang boleh mengganggunya..semua taukey-taukey yang menceburi industri ini juga bersetuju dalam hal ini..menghisap rokok dalam BH dan memakai perfume yang baunya kuat dan memasuki BH adalah tidak digalakkan sama sekali...Tetapi bauan aroma asli sang walit iaitu tahi sang walit atau bird shit ini adalah amat diperlukan sangat sama sekali...hehehe....

                                       Tahi Sang Walit ( Bird Shit)

Tahi sang walit ini sangat sesuai jika diletakkan setempat dalam bekas dengan keadaan lembap di dalam BH ataupun dibuat berselerakan...tahi sang walit ini dapat dijadikan aroma asli sang walit untuk memancingnya masuk dan menetap di dalam BH kita..sang walit ini mungkin akan berfikiran bahawa banyak koloni sang walit ini dalam BH tersebut dan akan mendorongnya turut tinggal disitu dan membuat sarangnya juga...betul ke ni....hehehehe..kita hanya merancang je...apapun cara ini boleh dicuba juga dalam BH anda...tetapi ada ke yang sudi menjual tahi sang walit ini ek...kalau pandai cari anda akan perolehinya kerana bagi BH yang sudah berjaya taukeynya sudah tentu akan membuang tahi burung ini kerana jika tidak ianya akan bertambun dalam BHnya dan boleh mendatangkan penyakit lain plk kan..so carilah bird shit ini pada taukey-taukey BH yang berjaya k...pandai-pandailah bodeknya cmne k...heheheheh..selamat mencuba semua..swiftlet-zone 4 all...layan je...

No comments:

Post a Comment