Tuesday 11 January 2011

...Sharing is Caring...

Pertanyaan Dan Bertukar Ilmu  Dengan Seorang Sahabat....

Harini seawal jam 8.30 pagi shidey_zone menerima panggilan dari seorang sahabat baru dari Sarawak yang telah mengunjungi blog ini...Sahabat ini shidey_zone namakan sebagai Z dari sebuah daerah di Sarawak...kami berbual panjang dan bertukar pendapat mengenai  kemajuan BH masing-masing...Z menyatakan bahawa BHnya sekarang ini tengah direnovate dengan memperbesarkan ruangan monkey housenya agar memberikan keselesaan kepada sang walit ini sebelum ianya terbang menyusuri nesting area...beliau juga menyatakan bahawa ribuan sang walit bermain keluar-masuk BHnya setiap hari...em mesti suara luar yang digunakannya itu powerkan dan BHnya juga merupakan pioner di tempatnya..em mungkin itulah penyebabnya ribuan walit tertumpu kkepada BHnya..Allahmdulillah mungkin rezekinya...nasihat shidey_zone supaya kerja-kerja renovate yang dilakukannya itu perlu dilakukan cepat agar sang walit ini tidak berasa terancam dan kemudiannya lari meninggalkan BHnya..shidey_zone juga mencadangkannya supaya menggunakan mini tweeter bazooka dan diletakkan pada lubang antara lantai agar dapat menarik burung walit ini terbang turun sehingga ke dalam BHnya melalui kawasan nesting area juga...perbualan kami memakan masa kira-kira 20 minit  dan terima kasih yang tidak terhingga dari shidey_zone kepadanya kerana sudi juga berkongsi ilmu dengan shidey_zone...perbualan terpaksa ditamatkan kerana shidey_zone ada mesyuarat yang perlu dihadiri...Terima Kasih Daun Keladi...Bila-Bila Boleh Call Lagi...hehehe..Marilah kita sama-sama doakan kejayaan sahabat kita  yang telah menceburi bidang industri ini juga...lepas ini boleh lah bagitau kemajuan BH selepas di renovate itu ya Z agar kita dapat berkongsi rahsia kejayaan industri ini dalam blog ini untuk bacaan rakan-rakan yang lain juga.....

Jika ada sesiapa yang ingin berkongsi ilmu dan pendapat bolehlah menghubungi talian ataupun mesej je kepada shidey-zone...InsyaAllah kita semua akan mendapat ilmu yang baru...sharing is caring.....Swiftlet_zone 4 All...

No comments:

Post a Comment