Sunday 9 January 2011

...Kawasan Lingkungan Wilayah Burung Walit...

...Wilayah Sang Walit...

 Anda perhatikan kawasan petak kuning dalam peta di atas tersebut...Inilah untungnya kita sebagai Negara Malaysia yang mana tergolong dalam kawasan lingkungan burung walit ini..kita patut bersyukur diberikan rezeki oleh Allah kerana dalam banyak-banyak negara di dunia negara kita termasuk dalam kawasan emas putih ini..Negara-negara lain yang terlibat adalah Thailand, Indonesia, Brunei, sedikit di Vietnam dan sedikit di Kemboja. Justeru, jika ada orang yang berkata bahawa burung walit ini adalah burung walit dari Negara Indonesia yang bermigrasi ke Malaysia adalah tidak tepat...Di Malaysia sejak dahulu lagi telah adapun koloni burung walit ini contohnya di Gua Niah, Sarawak yang direkodkan sebagai tempat gua sang walit ini yang pertama dijumpai di Malaysia...Jadi, janganlah risau tentang sang walit anda akan bermigrasi semula ke Negara Indonesia ataupun ke negara lain seperti yang diperkatakan oleh sesetengah orang yang tidak arif langsung tentang sejarah evolusi sang walit ini...Cuma anda perlu risau sang walit dalam BH anda mungkin akan terbang dan menetap dalam BH jiran anda jika anda tidak menjaga faktor-faktor asas dalam umah BH seperti suhu, serangga perosak dan sebagainya....apapun Swiftlet-zone 4 all....chaiyok-chaiyok...layan....

No comments:

Post a Comment