Thursday 27 January 2011

Soalan Dan Jawapan : Sup Dan Air Sarang Burung

halaman akhbar lama....ruangan tanyalah ustaz...

sup sarang burung ni...ermm sedapnya...
 
sekadar gambar hiasan...

Soalan dari seorang sahabat : Saya ada kemusykilan berkenaan sarang burung layang-layang (walit). Apa yang saya ketahui dan pernah dengar sarang burung layang-layang adalah haram dimakan oleh orang Islam. Baru-baru ini saya ke rumah kawan dan kebetulan dia menjamu saya dengan sup sarang burung dan air sarang burung layang-layang bercampur dengan ginseng. Saya terkejut dan bertanya boleh ke orang Islam makan sarang burung layang-layang dan beliau menjawab tidak menjadi kesalahan. Jiran yang selalu datang ke rumahnya juga dihidangkan sarang burung layang-layang selalu (untung jirannya tu kan..hehehehe). Persoalannya adakah sarang burung layang-layang dibenarkan dalam Islam. Jika diharamkan apa yang perlu saya lakukan kerana saya sudah memakannya.

Jawapan Uztaz tersebut : Merujuk kepada persoalan memakan sup dan air sarang burung layang-layang berpandukan satu Fatwa iaitu Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Bil. 8/79/2007 membuat keputusan sebagaimana berikut. "Hukum memakan sarang burung layang-layang adalah Harus". Oleh itu saudara tidak perlu khuatir untuk memakan sup dan air sarang burung tersebut..

Jadi, janganlah kita ragu-ragu lagi dalam soal ini. Majlis Fatwa Kebangsaan dah pun membuat keputusan tersebut dan marilah kita bersama-sama menceburi industri sarang burung ini yang diketahui banyak dipelopori dan diketuai oleh kaum tertentu sahaja..swiftlet-zone 4 all...mesti mari...

No comments:

Post a Comment