Wednesday 27 April 2011

Design-Design Rumah Burung Walit (Bird House)

emmm mana satu pilihan anda ek...semuanya berkos ratusan ribu ringgit ni...pastikan anda tidak salah memilihnya..

 rumah burung walit design jenis inidibuat dengan memberikan keselesaan untuk burung walit masuk dan bermain di dalam bh..lihat sajalah design ini yang memberikan kelebihan untuk burung walit masuk dan berputar-putar dalam bh ini mengikut gaya yang disukainya...kawasan roving room yang luas memberikan keselesaan kepada burung walit ini..untuk bermain di kawasan tersebut sebelum terbang ke kawasan nesting room...

 design jenis ini pula mempunyai keistimewaannya tersendiri..monkey housenya yang besar mampu bertindak sebagai roving room juga...lubang antara lantai (LAL) dibuat sama besar dengan monkey house dan dibuat selari menghubungi tingkat atas dan bawah...cuma apa yang pentingnya pencahayaan yang banyak akan memasuki bh dan perlu dibuat ruangan sekatan bagi mengelak kawasan nesting room turut cerah nanti...

 design jenis pula anda dapat lihat monkey house dan lubang antara lantai (LAL) tidak selari..malah lubang antara lantai antara monkey house dan tingkat atas di buat sedikit kecil...cara ini dibuat untuk mengelak cahaya yang masuk terlampau terang di kawasan nesting room..LAL jenis ini begitu popular di buat oleh ramai consultan di luar sana...cuma LAL yang menghubungi tingkat 2 dan 3 tidak selari kerana mahu memberikan kebebasan untuk burung walit ini terbang menyusuri bh ini sebelum turung ke tingkat lainnya...dengan kata lainnya burung walit ini terpaksa bersusah payah untuk turun dari satu tingkat ke satu tingkat..design LAL jenis ini menyebabkan burung walit akan lebih suka membuat sarang di tingkat paling atas berbanding di bawah sekali...

 lihatlah lubang LAL yang selari dalam design jenis ini...burung tidak perlu bersusah payah untuk terbang jauh ke nesting room yang disukaiinya...perjalanannya juga singkat je..dengan sekali terjun je dari monkey house ia sudah mampu sampai ke tingkat yang paling bawah..cuma kaedah ini perlu dibuatkan sekatan agar dapat mengurangkan pencahayaan yang banyak dalam bh...

design bh 3D ini sangat menarik...design ini seperti gambar yang pertama sekali...lihatlah sekatan pencahayaan yang dibuatnya mampu mengurangi cahaya untuk memasuki bh....malah monkey husenya yang besar dan didepannya dibuat wall yang mampu bertindak sebagai penghalang suara panggilan luar ini agar tidak dikompen orang sekeliling jika tinggal berdekatan dengan perumahan...suara yang dihalang tersebut akan terpantul ke atas kembali kelak dan masih lagi mampu memikat burung walit...gaya ini juga sepeti gaya lubang masuk jenis terjun juga...jika lubang masuk tersebut dibuat besar anda akan dapat lihat burung walit yang bakal memasuki bh ini kebanyakkannya akan melakukan terjunan untuk masuk bh ini...dan dari pengamatan saya burung lebih gemar memasuki dengan gaya terjun ini..dan jika anda lihat di petang hari di bh yang berjaya sungguhpun monkey house yang dibuatnya sebagai lubang masuk tetapi bagi burung dewasa ini akan terbang dengan lajunya memasuki lubang masuk tersebut seperti pesawat sukhoi dan kemudian membuat terjunan yang menarik sebelum ke kawasan nesting mereka...

 design bh 3D ini juga menarik untuk diamati...lihatlah penghadang cahaya masuk yang dibuatnya sangat menarik sekali...penghadang ini dibuat agar dapat menyekat pencahyaan yang terang dari memasuki kawasan nesting room..design bh 2 tingkat ini wajar ditiru oleh bakal pengusaha baru kerana ianya mempunya kawasan roving room yang luas yang disukai oleh burung walit sebelum ke kawasan nesting room...di kawasan roving room ini dibuat sebuah kolam yang mana untuk menyejukkan bh ini...saya rasa design jenis ini akan cepat berjaya kerana saya sudah pernah memasuki bh yang design jenis ini yang mampu mengeluarkan hasil sehingga 3 kilo sekarang ini...

 design jenis ini dibuat kerana untuk mengurangkan cahaya memasuki bh...LAL yang tidak selari mampu bertindak mengawal cahaya memasuki bh dengan banyak...saya merasakan lubang masuk ini akan dibuat pada huruf P tersebut kerana mampu memberikan burung walit masa untuk masuk sehingga ke hujung monkey house ini sebelum membuat terjunan ke dalam bh tersebut...

design jenis ini pula sangat menyusahkan burung walit memasuki sehingga ke tingkat bawah sekali..lihatlah LAL yang dibuatnya aturannya semua di hujung bh dan tidak selari...burung walit terpaksa mengambil masa yang lama untuk untuk keluar dari bh ini jika ianya mendiami tingkat yang paling bawah...saya juga berpendapat tingkat yang paling bawah adalah kawasan yang paling terakhir sekali untuk burung walit bersarang...tu pun kalau semua tingkat yang lain telah penuh dengan sarang burung walit yang lain...tetapi tahukan anda cara untuk membuat burung walit ini turun ke kawasan paling rendah ialah dengan membuka lampu ditingkat paling bwh..biarlah seperti samar-samar sedikit...nanti kelak jika anda memasuki bh pasti akan ada tahi burung yang menandakan ianya telah mendiami atau turun ke tingkat tersebut...apapun anda yang memilih setiap design yang anda sukai dengan kos yang anda miliki...pastikan dibuat pilihan yang tepat terhadap semua design td...janganlah apabila dah dibuat bh tersebut kemudian apabila burung tidak masuk dan ada consultan lain pula dtg dan akan memberitahu anda bawah design tersebut salah dan dibuat perubahan...emmm kos lagi tuu..duit lah pe lag kalau nk ubahnya...apapun tepuk dada tanya hati tetapi Hati Dan Dada Yang Berilmulah....maksudnya buatlah kajian dan pembacaan dahulu sebelum turun dalam industri ini...janganlah hanya mengiku orang sahaja yang menceritakan kejayaan pelaburan dalam industri ini...tahukah anda hanya 20% sahaja yang berjaya dalam industri ini dan 80% lagi tidak berjaya dan masih terkapai-kapai mencari halatujunya tersendiri...anda buat-anda dapat...


swiftlets-zone 4 all
email me : shidey_zone@yahoo.com
phone : 012-5328332

5 comments:

  1. Bh bumbung biru itu bukan konsep monkey house ia konsep open roof or top entery mempunyai ruang kosong yang agak luas d hadapan juga dikenali sebagai roving area or tempat burung bermain2, ruang ini ada rahsia di bina begitu.please find out what are rasionalnya.

    ReplyDelete
  2. baik ada blog mcm ni...terbaik.

    ReplyDelete
  3. terbaik dpt kongsi tuan...Alhamdulillah

    ReplyDelete